Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Tuesday, January 25, 2011

“JaHanAM IsRae iLL”…

Kekejaman Israel & Kelemahan Umat Islam


Pengucapan Diri Ana :p

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang pembaca sekalian dan rakan2 bloggersku yang lain. Pada kesempatan kali ini saya akan cuba mengutarakan punca2 utama terjadinya kekejaman yang telah dilakukan oleh golongan yang kini lebih mesra dengan panggilan “Laknatullah” ini. “New Post” saya pada kali ini sememangnya merupakan antara yang paling saya sukai.. Maklumat yang telah saya perolehi pada kali ini adalah berkat daripada ketekunan saya kononnya dalam mencari maklumat2 khususnya info2 mengenai golongan yang paling terlaknat di bumi Allah ini.. Kali ini saya akan membincangkan tentang perkara yang hampir2 tidak menemui jalan penyelesaian sejak berkurun lama lagi. Isu pada kali ini ialah berkaitan dengan ujian yang membelenggu saudara2 seislam kita, Palestin yang sekian lama ditindas oleh Zionis Yahudi Laknatullah1000xxx!!! . segala inf0 yang akan dikongsi di sini adalah bersumberkan daripada penulis2 blog yang saya kira golongan yang a’lim.. Terasa juga diri saya seperti melakukan dosa kerana mengutip maklumat daripada mereka tanpa meminta izin daripada mereka akan tetapi menurut prinsip pegangan hidup saya sendiri… “Ilmu adalah untuk dikongsikan dan disebarkan”.. :p


Sekilas Inf0 “Laknatullah”

Yahudi ini memang sifatnya begitu, mereka menganggap diri mereka bangsa yang terpilih oleh tuhan dan menganggap bangsa lain hanya sebagai keldai mereka. Mereka sering menggembar-gemburkan bahawa sesungguhnya mereka adalah satu-satunya bangsa pilihan Tuhan dan turut beranggapan bahawa adalah halal sekiranya mereka menumpahkan darah yang bukan dari kaumnya sendiri. Pada hari ini, kita dapat merumuskan bahawa Amerika Syarikat merupakan keldai tambatan kepada golongan yahudi ini. Cerita rakyat Palestin ditindas oleh Yahudi ini bukan satu perkara baru tetapi pada hakikatnya adalah suatu masalah yang paling lama sejak dari zaman para Nabi kita lagi.Justeru, umat Islam pada hari ini haruslah bersama-sama bangkit dan sedar akan bala’ yang akan menimpa diri serta agama kita khusunya sekiranya dibiarkan golongan yahudi memonopoli bumi Allah ini. 


“Umat Islam masih belum mahu belajar”.., inilah antara petikan yang sering diberikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dr. Mahathir Mohammad.
"George Santayana, seorang pujangga Inggeris menyebut, Manusia yang tidak mahu belajar dari sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama.."


Kelemahan Umat Islam

Silapnya umat Islam di Palestin mahupun didunia adalah kerana tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam. Mungkin ada yang marah dengan kenyataan saya ini. Tetapi itulah hakikat. Umat Islam sudah termakan budaya barat. Kita sudah lupa sejarah kita, bagaimana Empayar Islam berada pada puncaknya sehingga runtuhnya kerajaan Andalusia, Bani Umaiyyah akibat dari kelekaan umat Islam sendiri. Kita juga lupa bahawa Umat Islamlah pelopor utama ilmu Matematik, Sains, Astronomi, Teknologi,Anatomi dan pelbagai lagi suatu waktu ketika dahulu. Tetapi kita kini semakin leka dan beranngapan bahawa kita masih berada di zon yang selesa dan masih menganggap bahawa Allah sentiasa sayangkan kita.. Memang Allah itu Maha Pengasih dan Lagi Mengasihani, tetapi adakah kita Mengasihani Allah S.W.T??? Apa usaha kita untuk membalas kenikmatan yang tidak terhingga yang Allah telah berikan kepada kita? Mudah saja analoginya yang boleh saya berikan.. , sebagai misalannya “Sembahyang 5 waktu pun masih ramai yang terumbang-ambing lebih-lebih lagi diri saya yang terlalu jahil ini.

Umat Islam pada hari ini semakin bersikap “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.. Sebagai contohnya, apa yang saya kesalkan adalah Sikap Bangsa Arab yang seolah-olah sudah kembali ke zaman Jahiliah mereka semula. Jika kita lihat di Dubai, sedang ada negara Islam yang kebuluran dan miskin, Mereka sibuk dan leka untuk mempromosikan MAKSIAT di negara mereka. Mereka juga sudah berani melawan Allah dengan merobek segala keindahan alam untuk membuat kepulauan "Palm" mereka sendiri. Yang lebih sedih, kebanyakan unit-unit perumahan dan sarang maksiat Mewah di Dubai dimiliki oleh pelakon-pelakon Hollywood yang KAFIR dan sememangnya menjadi Penyokong Kuat ZIONIS!!! Jika ada bala yang menimpa kita, Kita harus muhasabah kembali, mengapa kita menerima musibah yang sedemikian.


Seperkara lagi, Negara Penjaga Kaabah, Arab Saudi menerusi kerabat mereka secara terang-terangan menyokong Yahudi. Ini dapat dilihat secara terang-terangan dengan sikap mereka sendiri yang menyelamatkan CITIBANK dengan menambah bilangan saham mereka di bank yang CEO nya ialah seorang Yahudi. Dan Kerabat Saudi ini secara terang-terangan menyatakan sokongan dan keyakinannya terhadap CEO yahudi itu. Saya berasa amat sedih... Kerana Kebodohan kita sendiri, habis agama, harta kita tergadai dan lama kelamaan kita akan menjadi lebih hina dari apa sahaja didunia ini jseandainya dibiarkan berterusan sebegini.

Sepatutnya, Arab Saudi dan Liga Arab yang menguasai dunia dengan minyak, patut membantu untuk mengukuhkan perbankan Islam. Inilah masanya kita biarkan sistem kapitalis runtuh dan kita kuasai dunia dengan sistem perbankan Islam. Tetapi malangnya, akibat terlalu taksub dengan keduniaan dan Bodoh serta tidak menguasai ilmu, kita leka dan terus menjadi boneka Yahudi. Adakah kita sedar perkara ini?


Saya bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, cuma saya mohon kepada semua yang membaca dan semua Umat Islam agar kita merenung kembali, dimana kesilapan-kesilapan kita. dan bangkit untuk mengatasinya. Marilaah kaji sejarah lampau kita dan mulakan tahun baru dengan lembaran yang baru. Kita masih belum terlambat dan saya yakin bahawa umat Islam pada hari ini sudah mula bangkit perlahan-lahan daripada mimpi dunia yang amat2 melekakan...

Silapnya umat Islam di Palestin mahupun didunia adalah kerana tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam.., kita harus bersimpati terhadap nasib yang menimpa umat islam di bumi palestin,  kerana mereka amat2 berpegang teguh dengan agama Allah ini iaitu islam., maka Allah telah pun menguji mereka dengan keadaan perang yang berpanjangan dan juga dissbbkn oleh iman mereka yang kental.. Ayuh kita cuba bayangkan negara kita yang ditimpa perang seumpama itu, apakah situasi umat-umat islam di negara kita? Samakah kekekentalan hati mereka dengan kita.. Renung2kanlah...                                                                                                      (Pndngn dari saudari AtiQah  + saudara Hafiz :) PAI 2@ IPGKSM


Semoga Allah sentiasa memberikan naungan kasih-sayang terhadap orang Islam dan memberikan pancaran “laknat” terhadap golongan Yahudi di dunia ini.. amin….

"Hakikat Sebenar Cinta"


“Sebuah Cinta”

Pengucapan Diri Ana.
Pada kali ini, saya ingin membawa para pembaca kearah memahami erti cinta serta hakikat cinta yang sebenar yang paling terindah dan mempersiakan perjalanan cinta yang tidak menentu, Cinta yang sememangnya hadir kadang-kala mengeruhkan suasana dan kadang-kala membawa kepada satu kehidupan yang indah terpuji dan sempurna. InsyaAllah, kita akan bersama-sama merentasinya sehingga kita akan sanggup melakukan pengorbanan cinta jiwa dan raga keranaNya.Dan kita akan mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan cinta setelah selesai membaca coretan ini yang sememangnya saya ambil dari sebuah blog yang diperkenalkan oleh rakan lama saya yang kini sedang menuntut di luar Negara dalam jurusan perubatan. Dengan izin daripada Allah SWT, maka saya yakin bahawa sidang pembaca pasti akan memahami apa yang maksudkan dengan “hakikat cinta” setelah membacanya... InsyaAllah.. :)

Muqaddimah "Pengorbanan Cinta"

Ada yang beranggapan bahawa mereka yang mendalami ilmu agama ataupun para alim ulama’ amat menjemukan dan langsung tidak mengambil tahu berkenaan dengan cinta bahkan langsung tidak tahu nilai erti sebuah cinta dan masih kabur apakah itu cinta. Akan tetapi yang sebenarnya pandangan ini lah yang amat disangkal dan langsung idak tepat sama sekali. Bahkan cinta sentiasa subur kekar didalam kalbu sodiqin yang sentiasa mengalunkan bait-bait syahdu dipentas cinta. Namun ianya adalah cinta yang mulia lagi suci. Para solihin menintakannya dengan air mata,menghunuskan mata pena dengan titisan darah mereka.Kerana itulah menjadikan mereka tersenarai dikalangan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja kerana cinta, mereka kekal diingati sepanjang zaman.
“Hanya ALLAH lah yang menentukan diantara kita samada kekasihnya ataupun dikalangan para syuhada’ dijalannya.
Ingatlah sahabat-sahabatku, kerana cintalah, ulama-ulama dahulu sanggup menulis beribu-ribu kitab supaya kalimah ALLAH itu tersebar. Subhanallah.
Cinta itu terlalu indah, janganlah kita mencemari cinta itu dengan perbuatan kita sendiri.
ingatlah " ulama itu pewaris rasulullah sollahu alaihi wassallam"
"Sesungguhnya orang-orang mukmin hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah. maka, bergetarlah hatinya dan apabila disebut ayat-ayat Allah menjadi bertambahlah imannya dan kepada Rabbnya mereka bertawakal" Dunia adalah tempat persinggahan untuk ke destinasi hakiki
Dalam mengharungi liku kehidupan penuh ranjau, mukmin perlu menyedari, hakikat sebenar tuntutan-tuntutan, yang wajib dilaksanakan, sebagai hamba kepada RabbNya..."Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat duduknya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik AKHLAKnya" (riwayat ibnu Majah)
"Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu sianng maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
(Surah Al-A'raf[7]:205) Jangan dikeluh mentari yang hilang...Carilah pelangi disekitar!
‘Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan’... “Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah penggilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati maut(mati)."

Cinta ibarat air bagi kehidupan,nurani bagi roh dan tenaga bagi tubuh.
Sesiapa saja akan sudah semestinya akan duduk  termenung apabila mendengar berkenaan cinta, seperti seorang ibu yang menyusui bayi kerana cinta, Dengan panahan cinta jugalah mentari berlabuh lantas bibir menguntum senyuman lalu mata akan terlena. Cinta merupakan hakim kepada mahkamah dunia ia dan secara fitrahnya seseorang yang sedang bercinta pasti akan menyebelahi kekasihnya daripada orang lain, DIa tetap akan menyebelahi kekasihnya walaupun sudah terang-terangan bahawa kekasihnya itu telah berlaku zalim. Melalui  cinta jugalah seseorang akan sanggup memenggal kepala musuh di medan peperangan dek kerana mereka amat mencintai Yang Maha Satu (azali). Orang yang sebegini sanggup menggadaikan nyawa mereka dihujung mata pedang semata-mata untuk mempertahankan cinta hakikinya itu dan juga kerana mereka amat mengasihi risalah yang dibawa oleh para utusan-Nya.Para sahabat amat mencintai pembawa sinar dan sang penurun wahyu. Mereka  sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mendapat keredhaan-Nya seperti yang berlaku di Badar, Uhud dan Hunain. Mereka juga sanggup meninggalkan kesenangan,keselesaan dan kemewahan yang ada di Makkah juga demi menuju  cintanya dan terpaksa hidup sebatang kara dengan hanya tidur beralaskan debu pasir demi mencapai keredhaan seorang kekasih.
Kerana cinta jugalah Harm Ibnu Malhan bangkit dari tidur dan terus menuju untuk mendapatkan syahid, kerana cinta jugalah Umair Ibnu Humam terus ke syurga untuk hidup yang kekal selamanya,(syahid di medan peperangan) Abdullah Ibnu Amru Al-Ansori seraya berdoa: Ya Allah kau ambillah nyawa ini jika itu yang boleh mendatangakan redhamu!..ketika berkat cinta yang hakiki jugalah bersinar api yang panas membara bertukar menjadi sejuk yang nyaman (kisah Nabi kita Ibrahim A.S) ketika cinta sejati jugalah terbelahnya lautan Merah (kisah nabi kita Musa A.S) ketika cinta yang suci bersemi jugalah, maka jinaklah unta dan terbelahlah bulan (kisah insan yang paling kita cintai iaitu Nabi Muhammad S.A.W).

Cinta itu suatu asyik danamat-amat mengasyikkan, Seseorang sanggup syahid kerana cinta,
Ku amat mencintaimu, Usah ditanya kenapa ku begini,
Ku mencintaimu seolah-olah cinta inilah pegangan dan mazhabku,
Dengan cinta jugalah bangun seseorang abid dari lena meninggalkan tilam yang empuk untuk berqiyyam, dan dengan cinta jugalah nyawa sebagai galang ganti, Dengan cinta jugalah, maka menitisnya air mata, gelisahnya hati, tidak mengucapkan kata kecuali apa yang mahu didengari(oleh kekasih).Cinta umpama aliran elektrik yang menyinarkan neon-neon lampu juga menyentak tangan yang menyentuh. Cinta umpana galaxi dengannya angkasa berputar, memagari bintang-bintang dan menaungi sekalian planet-planet tiada yang terjatuh dan berkecai. Dengan cinta mentari berlegar disekitar tiada yang disana perlanggaran.
Dihari berakhirnya cinta hancurlah bumi,prasangka kan munguasai diri, akan munculah perpecahan dan permusuhan. Dihari berakhirnya cinta para pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkan oleh gurunya,isteri tidak akan menghiraukan suami walaupun yang diminta hanya secawan air. Seorang ayah akan tetap tenang walaupun anak dalam kandang singa.Dihari berakhirnya cinta lebah tidak lagi menghirup aroma bunga, sunyi dari kicauan burung-burung dan unggas tidak lagi kelihatan. Dihari berakhirnya cinta berlakulah perang dan pembunuhan dimana-mana, hancurlah binaan, tiada lagi nilai maruah, jiwa dan harta tidak lagi dihargai. Dihari berakhirnya cinta dunia ibarat padang tandus tiada lagi percaya tiada kenangan semuanya sia-sia.Tiada kehidupan tanpa cinta,kita tidak mampu untuk hidup kecuali adanya cinta.kita tidak mampu bertahan kecuali kerana cinta.Pabila wujudnya cinta mewangilah bunga-buangaan diselaan kelopaknya yang lembut dan kita dapat merasakan manisnya madu, padanya penyembuh, ianya penemuan agung para ilmuan, barulah kita mengerti rahsia disebaliknya.

Pada ketika marah menguasai, tersemburlah semua kata-kata nista ,setiap urusan menjadi sangsi dan setiap tingkah laku menjadi prejudis. Setiap ehsan menjadi keji, ketika kasih kembali, marah bertukar redha,kesilapan dimaafkan dan kelalaian dihapuskan.
Pada pandanganku ini, bersugi itu suatu yang menjelekkan,
Tetapi kadang-kala ku tetap mengamalkannya kerana itu yang kau sukai (Sunnah Rasulullah S.A.W)
Cinta umpama pepasir,yang berada dimana-mana tiada suatu tempat yang tiadanya. Cinta yang tertinggi ialah ketaatan,pengabdian,penyaksiaan dan ketuanan.
Cinta kerana ilahi berlandaskan syariat bagi memimpin perjalanan sebagai penunjuk destinasi seterusnya untuk sampai kepadaNya. Cinta adalah anugerah Illahi yang maha tinggi lagi mulia dan menjanjikan kebahagian yang pasti. Oleh itu kenapa kamu tidak mencintai Allah? Yang tiada sesiapa yang boleh memberikan cinta kecuali Dia yang kepadaNya lah sepatutnya kita menaruh cinta dan kita hanya mengharapkan cinta daripadaNya. Dia lah satu-satunya yang sentiasa memberikan perhatian, apabila dia menentukan sesuatu itulah yang terbaik, semua yang ditentukanNya, rahmat seluruh penciptaanNya menawan bahkan sekaliannya sempurna tiada satu pun yang tercela bahkan semuanya elok dari awal hingga ke akhir. Oleh itu mencintaiNya wajib,mendekatkan diri kepadaNya fardhu, mensyukuri nikmatNya mesti dan mentaatiNya pasti.
Adapun mencintai yang selainNya memerlukan cagaran,nafsu yang bersama,materialis merupakan tujuan,penuh dengan kesangsian, kekurangan,kelemahan dan tiada berkekalan yang akhirnya akan membawa kekesalan dan kelesuan.
Tidak ada seorang pun dikalangan insan yang mampu menenangkan jiwa, Oleh itu usah berserah kecuali hanya kepadaNya.Dia ialah Allah, sekiranya kamu mencintaiNya, maka sudah tentu Dia akan memberikan ketenangan kepadamu buat selamanya.
Semoga kita akan dapat bersama-sama menjadikan cinta kepada Allah, Muhammad, Al-Quran, Agama Islam serta yang berkaitan dengannya mengatasi rasa cinta kita terhadap diri sendiri serta mahluk-mahluk yang lain di dunia ini… InsyaAllah.. (‘,’)…

Saturday, January 22, 2011

Sultan Muhammad Al Fateh

Sejenak kisah Sultan Muhammad Al Fateh 


Pengucapan Diri Ana

Pada kali ini saya akan membawa sidang kalian semua untuk mengimbas kembali sirah seorang tokoh pahlawan Islam yang paling digeruni oleh musuh Islam sewaktu ketika dahulu. Idea untuk menjadikan kisah tokoh ini sebagai new post dalam blog ini sememangnya adalah secara kebetulan sahaja kerana sewaktu saya ingin mengemas kini semula segala folder2 Islamic yang saya simpan di dalam computer riba ini, tiba-tiba saya terjumpa mengenai artikel yang memaparkan kisah tokoh ini yang telah saya simpan sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tokoh yang saya maksudkan ialah Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan pemerintah terulung sewaktu ketika dahulu. “Beliau adalah seorang Sultan yang amat-amat menitikberatkan akan soal agama mengatasi segala-galanya. Beliau juga lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan”. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Justeru itu, saya menyeru diri saya serta sidang pembaca semua umumnya agar dapat menjadikan beliau sebagai “role model” khususnya dari segi memperkukuhkan lagi hubungan dengan Allah SWT.

Dihormati rakyat, digeruni lawan...

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. 



Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.


Kisah Sultan Muhammad al – Fateh yang membekas di jiwa

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan.

Ayahanda baginda,Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.

Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk. Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh

Ketika Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir."

Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga.

Hati Maharaja Rom gementar melihat usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu. Benteng yang dibina siap dalam masa tiga bulan. Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.

Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa… pukul 11.00 pagi

Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul.

Baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid.


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam.

Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.

Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Begitulah kisah pemerintah yang begitu akrab hubungannya dengan Allah. Berbeza dengan kebanyakkan pemerintah hari ini yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada agenda yang diperintahkan oleh Allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat terhadap Sultan Muhammad al-Fateh serta para pemerintah Islam lain yang telah banyak mendaulatkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.. Tidak lupa juga kepada semua para pengikutnya serta umat Islam yang masih ada pada hari ini.. InsyaAllah.. :)

Friday, January 21, 2011

Persepsi Negatif “Nisfu Syaaban”




 Pengucapan Diri Ana :p
            Hujung minggu ini, saya berkesempatan untuk melawat blog2 yang memaparkan kisah mengenai malam nisfu syaaban.  Hasil daripada itu, timbul rasa minat untuk berkongsi dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan malam nisfu syaaban. Kadang-kala saya juga terkenang kembali mengenai khutbah2 yang sering disampaikan oleh para Imam khususnya di Masjid kampung saya. Saya yakin bahawa sidang pembaca juga pasti ada mendengar atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai “malam Nisfu Syaaban” berbanding diri saya yang agak jahil ini. Namun, pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan mengenai malam yang barakah ini dengan bertajukkan = “Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban“!.
Begitu keras bunyinya…terkejut juga saya ketika menaipnya. :)

Pada kali ini saya ingin berkongsi kesilapan-kesilapan yang orang kita sering lakukan ketika tibanya Nisfu Syaaban. Pertamanya saya ingin menyentuh mengenai :
Bulan Syaaban
SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr
Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.
Dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah daripada kita yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).
Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.
Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan.  Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik;  membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?
Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :
“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)
Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah Fardhu ‘Ain ke atas semua orang islam.
Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan
Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)
Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
P/S: Betulkan saya jika terdapat kekhilafan ;)
 KESIMPULAN.
1- Fadilat Nisfu Sya’ban ada diriwayatkan dalam hadis yang hasan dan juga kebanyakannya daif tetapi berdasarkan kepada Mustolah Hadis, ia boleh dijadikan sandaran sebagai fadilat.
2- Dinaqalkan dari al-Qastalani rhm bahawa sebahagian besar fuqaha’ menyatakan sambutan nisfu sya’ban dengan berkumpul dan beribadah di masjid serta qiyam di malamnya bukan bid’ah.
3- Ada fuqaha’ yang menyatakan makruh berkumpul di masjid bagi menyambut nisfu sya’ban dengan bersolat, ceramah dan berdoa tetapi tidak makruh kalau buat secara persendirian di masjid, sebahagian lagi menyatakan mustahab.
Maka Syeikh ‘Atiyyah Saqar menyarankan agar jangan taksub kepada mana-mana pendapat kerana ia masalah khilafiah sahaja.
4- Saudara/i pembaca perlu faham betul-betul point apa yang saya hendak tekankan di sini:
i) Saya tidak kata perbuatan membaca Yasin pada malam Nisfu Syaaban itu sesuatu yang salah. Namun jika sebahagian masyarakat mengkhususkannya pada hari-hari tertentu dan masa-masa tertentu untuk membaca yasin atau memenuhkan surau/masjid; contohnya hanya pada malam Nisfu Syaaban SAHAJA itu yang dikategorikan sebagai bid’ah. Sedangkan pada malam-malam lain al-Quran tidak dibaca dan surau/masjid dibiarkan kosong.
ii) Hendak baca Yasin 1 kali atau 3 kali ataupun lebih, itu  tidak menjadi masalah. Tetapi hendaklah dibaca dengan bertajwid.
Semoga kita dapat memperhambakan diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya… Ketahuilah sidang pembaca sekalian.. Alangkah indahnya hidup jika kita meletakkan cinta terhadap Allah, Muhammad, Al-Quran dan Islam melebihi rasa cinta terhadap segala-galanya yang ada di bumi ini. InsyaAllah…

Wednesday, January 19, 2011

Info Perang Salib.

Perang Salib

Pengucapan Diri Ana.. :p

Pada kali ini saya akan cuba membawa sidang pembaca sekalian merenungi kembali mengenai peristiwa bersejarah yang amat bermakna sekali terutamanya terhadap umat Islam di dunia ini. Fakta-fakta sejarah yang akan saya jelaskan mengenai “Perang Salib” ini sememangnya saya ambil daripada sebuah buku agama yang sempat saya pinjam daripada seorang rakan saya yang turut sama menuntut di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Buku tersebut memaparkan beberapa peristiwa mengenai sejarah-sejarah Islam yang telah berlaku sewaktu ketika dahulu. Pada hakikatnya, buku tersebut membuatkan saya mengalami sedikit kesukaran untuk memahaminya kerana kebanyakan bahasa yang digunakannya adalah menggunakan khidmat bahasa melayu kuno… Oleh itu, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan bahasa atau percanggahan fakta dek kerana kelemahan saya memahami bahasa yang digunakan.

Pengenalan

Perang Salib adalah peperangan yang berlaku hasil daripada konflik atau penentangan antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian untuk merebut kota Jerusalem. Sejak dari mula berkembangnya agama Islam lagi, umat Islam terpaksa menghadapi tentangan-tentangan yang hebat dari kerajaan Kristian Empayar Roman di Asia Kecil, Afrika dan Sepanyol. Perang Salib ini bukanlah sahaja peperangan-peperangan agama tetapi adalah akibat konflik antara Timur dan Barat. Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, mengenai Perang Salib ini, bahawa sesungguhnya agama Kristian Latin di sebelah Barat telah meresap ke Timur dan hal ini telah mengakibatkan wujudnya dua perkara iaitu hubungan persahabatan dengan Gereja Greek dengan Timur dan hasil daripada itu, pihak Kristian telah mengisytiharkan permusuhan terhadap orang-orang Islam.
Ringkasnya unsur pertama dan paling penting dalam Perang Salib ini ialah kemasukan pengaruh barat ke Timur. Oleh itu, maka bertembunglah pengaruh-pengaruh tersebut dengan orang-orang Islam yang terdiri daripada beberapa mazhab iaitu (puak Turki Sunni dari Laut Hitam ke Laut Merah; Syiah dari Mesir di bawah Dinasti Fatimiyyah)

Sejak dari awal abad ke-7, orang-orang Islam telah mula meluaskan kekuatan mereka di Asia, Afrika dan Eropah. Mereka mula mengancam menakluki Istanbul (Constantinople) ibu negeri Empayar Byzantium. Akan tetapi, pada abad ke-11, melihat kekuatan Islam ini mulai merosot dan penganut Kristian kian bertambah kuat. Misalnya Pope Benedict VIII menyeru supaya orang-orang Kristian menakluki kawasan-kawasan yang dahulunya ditakluki oleh orang-orang Islam. Oleh itu, pengaruh-pengaruh Barat mulai berkembang ke Timur dan walaupun Islam mengalami kemerosotan, namun ia masih mempunyai kekuatan untuk mengahadapi cabaran-cabaran yang datang daripada pihak-pihak barat itu. Sebagai contohnya, Bangsa Turki yang pada mulanya baru sahaja mempertahankan agama Islam namun berjaya meresapi nilai-nilai murni keislaman ke dalam wilayah-wilayah Barat.


Sebab-sebab berlakunya Perang Salib.


Sekiranya ditinjau dengan lebih teliti, Perang Salib berlaku disebabkan oleh perkara-perkara yang bercampur-aduk dengan soal-soal agama, politik, ekonomi, perdagangan dan psikologi. Antara sebab tercetusnya Perang salib itu menurut buku yang sempat saya pelajari, ianya dapat digolongkan kepada beberapa faktor seperti yang berikut:

1) Kedudukan dan keadaan politik yang kucar-kacir dalam negara Islam dalam abad ke-11 yang telah menggalakkan pihak Barat untuk melancarkan serangan-serangan ke atas negara Islam. Sebelum meletusnya Perang Salib ini, Pihak Assabiah dan Saljuq berada pada peringkat yang paling lemah.

2) Jerusalem atau Baitul Muqaddis adalah tanah suci bagi orang-orang Islam, Yahudi dan Kristian.


3) Paderi Besar bagi Negara Kristian (Christendom) bercita-cita untuk menyatukan orang-orang Kristian yang telah berpecah-belah (Gereja Greek dan Rom) dan telah menggunakan Peperangan Salib sebagai unsur untuk menyatukan orang-orang Kristian.

4) Dengan berkembangnya pengaruh dan kekuasaan Islam, maka hampir keseluruhan aktiviti-aktiviti perdagangan di Laut Tengah berada dalam tangan orang-orang Islam. Pedagang-pedagang Itali dari wilayah Pisa, Venice dan Genoa telah gagal menyaingi kedudukan Islam ini dan mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, mereka mengharapkan bahawa menerusi Perang Salib, maka mereka dapat mengambil alih perdagangan daripada tangan-tangan orang-orang islam.

5) Eropah pada masa itu menghadapi satu krisis yang besar iaitu feudalisme sedang dalam proses kehancuran dan akibat daripada itu, pembesar-pembesar feudal bertelingkah antara satu sama lain. Hasilnya rakyat-rakyat jelata memerlukan jalan keluar untuk mempergunakan tenaga mereka. Pope (Paderi Besar) cuba menggunakan tenaga mereka ini bagi kepentingan-kepentingan agama Kristian dan menghancurkan orang-orang Islam.


6) Kerana munculnya apa yang dikatakan fanatik keagamaan (religious fanatism). Ini diperkuatkan lagi dengan unsur-unsur lain, misalnya hasrat untuk menegakkan kerajaan-kerajaan baru serta mendapatkan sumber kekayaan dalam masa Perang Salib, pejuang-pejuang Kristian tidak dikenakan cukai-cukai dan ditambah pula dengan janji-janji bahawa akan terhapusnya dosa-dosa mereka serta akan mendapat jaminan syurga terhadap sesiapa yang gugur. Hal ini merupakan antara penyebab utama meningkatnya golongan-golongan yang menyertai Perang Salib.

7) Sesetengah pendapat mengatakan bahawa sebahagian besar golongan yang menyertai Perang Salib adalah semata-mata dengan tujuan pengembaraan, pengalaman dan bersuka-sukaan. Bagi rakyat jelata pula terutamanya daripada golongan bawahan yang begitu miskin, cuba untuk mencari jalan keluar bagi mendapatkan kepuasan.

8) Mereka juga menyertai Perang Salib kerana tertarik hati dengan cerita-cerita mengenai kemewahan-kemewahan penghidupan di Timur. Oleh itu, sikap tamak dan cita-cita yang berkobar-kobar telah menekankan atau membangkitkan lagi semangat mereka.

9) Sebab langsung (immediate) yang membawa kepada meletusnya Perang Salib itu antaranya ialah sebab politik. Kerajaan Islam di Asia Kecil dan situasi orang-orang Islam yang cuba menguasai Istanbul (Constantinople). Oleh itu, kejatuhan Istanbul telah mula terbayang, Maharaja Alexius Commenus telah memohon bantuan daripada Pope Urban II agar menyeru Raja-Raja Eropah supaya melancarkan peperangan agama (holy wars) terhadap orang-orang Islam. Sahutannya amat menggalakkan kerana ditambah dengan cerita-cerita mengenai penyeksaan-penyeksaan ke atas orang-orang Kristian oleh orang-orang Islam di Jerusalem (Baitul Muqaddis) yang pada waktu itu jatuh di tangan orang-orang Turki. Oleh itu, raja-raja yang inginkan nama dan menjaga maruah mereka telah menyahut seruan tersebut.

10) Sebab utama meetusnya Perang Salib pertama ialah seruan Pope Urba II kepada orang-orang Eropah untuk menyelamatkan Gereja yang suci daripada tangan orang-orang Islam. Oleh itu, anak-anak raja, pembesar-pembesar, pegawai-pegawai gereja, telah berkumpul di Perancis, di bawah arahan Godfrey dari Buillon, Badwin dan lain-lain. Mereka ini menggunakan lambing pangkah (+) dan oleh itu dipanggil Crusaders. Mereka mara menentang orang-orang Islam dari puak Turki Saljuq. Dalam Perang Salib Pertama ini, orang-orang Islam telah tewas dan menyebabkan banyak wilayah-wilayah telah ditakluk kembali oleh orang-orang Kristian.



Perlu ditegaskan di sini bahawa hasil daripada serangan-serangan ini, maka, banyaklah peperangan-peperangan lain yang telah meletus. Pada dasarnya di dalam Perang Salib ini ada 7 peperangan kesemuanya :

Perang Salib Pertama ….. (1096-1099M)
Perang Salib Kedua …… (1147-1099M)
Perang Salib Kedua …… (1189-1192M)
Perang Salib Ketiga …… (1189-1192M)
Perang Salib Keempat …… (1202-1204M)
Perang Salib Kelima …… (1218-1221M)
Perang Salib Keenam …...(1228-1229M)
Perang Salib Ketujuh ……(1240-1249M)

Jika ditinjau dengan teliti, di dalam peperangan-peperangan Salib ini, telah muncul beberapa orang panglima perang Islam yang terkenal dan yang paling terkemuka sekali iaitu Salehuuddin Al-Ayubi (1169-1193). Ada baiknya ditegaskan di sini bahawa walaupun pada mulanya orang-orang Islam telah ditewaskan namun di dalam peperangan selanjutnya mereka berjaya menebus kembali kekalahan-kekalahan mereka itu, dan berjaya memasuki wilayah-wilayah Kristian.

Pada keseluruhannya, peperangan-peperangan Salib antara orang-orang Kristian dengan Islam itu mempunyai beberapa kesan yang penting. Antaranya ialah:



Kesan-Kesan Perang Salib

Sekiranya diperhatikan zaman sejak meletusnya Perang Salib Pertama 1096 M hingga akhirnya 1249 M merupakan satu jangka masa yang amat panjang. Oleh itu, pertempuran yang lama antara Islam dan Kristian itu telah mengakibatkan kehilangan jiwa dan harta benda amat banyak nilainya pada kedua-dua belah pihak. Ia juga telah membawa kepada satu persefahaman antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian kerana hubungan rapat (direct) telah wujud dalam masa peperangan Salib itu.

Ia juga telah memberi faedah dalam segi kebudayaan yakni berlakunya pertukaran kebudayaan. Perang Salib merupakan hubungan secara besar-besaran antara Timur dengan Barat. Oleh itu hubungan ini menyebabkan berkembangnya aktiviti intelektual Barat dan merupakan faktor tidak langsung kepada munculnya zaman Rennaisance di Eropah. Seni dan ilmu pengetahuan orang-orang Islam (Timur) telah meresap masuk ke dalam masyarakat Kristian misalnya institusi-institusi seperti hospital, tempat mandi umum dan cara-cara peperangan.

Perang Salib juga telah membawa kepada perkembangan perdagangan laut dan aktiviti-aktiviti perdagangan Laut Mediterranean. Mereka banyak mempelajari ilmu-ilmu baru daripada orang-orang Islam seperti penggunaan kompas pelayaran dan lain-lain lagi.

Dari segi pertanian, perusahaan dan perdagangan, Perang salib meberikan banyak kesan-kesan penting. Banyak benih-benih baru misalnya ragi, padi, limau, tembikai, telah mula ditanam di kawasan Mediterranean barat, dan orang-orang Perancis mengambil minat dalam aspek air wangi dari Arab dan India. Makanan-makanan baru misalnya yang mengandungi gula dan rempah-rempah amat digemari oleh mereka. Ini juga dapat dilihat dalam aspek pembinaan rumah-rumah bentuk timur yang mempunyai ruang-ruang yang luas.

Begitu juga mereka mula menyimpan janggut yang ditiru mereka daripada orang-orang Islam melalui perang Salib. Oleh itu, sebagai kesimpulannya, dapatlah saya rumuskan bahawa Perang Salib amat penting bukan sahaja dari aspek keagamaan malahan daripada aspek-aspek sosial, ekonomi, dan kebudayaan.

Semoga Allah memberi rahmat dan keampunan kepada mujahid-mujahid Islam yang telah gugur syahid sewaktu pertempuran pada suatu ketika dahulu dalam mempertahankan agama yang suci ini daripada anasir-anasir luar. Semoga roh-roh para suhada’ ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin….

Monday, January 17, 2011

Siri Teladan Insan Pilihan


Ahlak Rasulullah SAW.

Pada kali ini saya akan cuba membawa sidang pembaca sekalian bersama-sama dengan diri ini mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kisah kehidupan Junjungan Besar nabi kita iaitu Muhammad SAW dalam aspek ahlak. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, sirah kehidupan baginda bersinar dengan kilauan ahlak baginda sendiri. Baginda yang diutuskan ke alam ini sebagai penyempurna budi pekerti yang mulia adalah insan teladan utama yang perlu kita contohi dalam menuju kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru, punca utama masalah yang melanda manusia pada hari ini khususnya umat Islam adalah kerana mereka tidak bercermin dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, sedangkan baginda meninggalkan dua perkara yang menjamin umatnya daripada mengalami kesesatan iaitu dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri.
Kecintaan kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan segala ajaran Islam yang dibawa oleh baginda sewajarnya desemai dalam kehidupan insan sejak daripada kecil lagi supaya mereka dewasa bersama-sama nilai-nilai ahlak yang mulia. Ahlak amat penting sebagai pemangkin kepada kebahagiaan serta kejayaan kehidupan seseorang sekaligus dapat dijadikan benteng dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman dari luar.
Pengertian Ahlak
Berasal daripada perkataan Arab yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat dan adat kebiasaan. Ahlak yang baik umpamanya ialah benar, amanah, menepati janji, sabar, pemaaf dan pemurah. Peribadi Rasulullah SAW adalah contoh yang paling syumul untuk dijadikan teladan dalam membentuk peribadi masing-masing. Begitu juga peribadi para sahabat baginda sendiri seperti yang dipamerkan oleh Saidina Abu Bakar yang memiliki perwatakan As-Sidiq (Benar), Saidina Umar Al-Khatab (Berani), dan para sahabat lain. Antara hadith yang membicarakan soal ahlak ialah :
“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan ahlak yang terpuji”. (Riwayat Ahmad, hakim, Baihaqi dari Abu Hurairah).
Dalam hadith lain pula baginda ada bersabda :
“Tidak ada sesuatu dalam neraca timbangan yang lebih berat daripada timbangan keindahan budi”. (Riwayat Tarmizi).
Ciri-Ciri Ahlak Islamiah
Pusat atau asas ahlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah SWT yang dibimbing melalui sumbernya yang agung iaitu Al-Quran. Ketakwaan mengandungi pengerian taat kepada Allah dan ingin mendapatkan keredhaan daripadaNya. Ia juga membawa pengertian takut, yakni takut terhadap azab atau seksaan daripada sang pencipta iaitu Allah SWT. Takwa menjadi asas yang kuat dan tidak mudah berubah sama sekali. Orang yang benar-benar berahlak dengan menjadikan Islam sebagai sumber ahlak, akan menjadi seorang yang dermawan, berani, adil, jujur, dapat dipercayai, setia, berkasih-sayang dan dapat menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah yang lain. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
 (yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha luas ampunanNya. dan dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (Surah An-Najm :32)
Di samping itu, ahlak Islamiah mewajibkan umatnya mematuhi segala tuntutan yang digariskan oleh Allah SWT. Dengan demikian, keperibadian umat Islam sesuai dengan corak dan warna yang dipandukan oleh Al-Quran sehingga mampu menjadi umat yang bersatu-padu dan dapat hidup dengan tenang dan aman di bumi Allah ini.
Pandangan Sarjana Barat ke atas Ahlak Rasulullah SAW.
Ahlak Rasulullah SAW turut dikagumi oleh para pemikir dan sarjana Barat seperti Arthur Glyn Leonard,. Sarjana barat ini mengatakan, “Untuk mengerti Muhammad atau jiwa Islam dengan sempurna, harus lebih tahu dahulu bahawa Muhammad bukan hanya pengembara biasa yang menghabiskan umur melainkan seorang yang paling setia, jujur, dan bersungguh-sungguh dari setiap masa dan zaman”.
Manakala A.C Bonquet di dalam Comparative Religion menyatakan bahawa, “Muhammad berhasil memajukan umatnya dan mengembangkan ke seluruh wilayah Timur Tengah, idaman siasah dan sosial yang lebih luas, lebih segar, dan lebih matang daripada Byzantine. Ia menjauhi kemewahan, ia hidup dengan prinsip hemat, dan menjauhi ketamakan. Ia terkenal dengan tindakan-tindakannya yang sederhana. Ia melakukan tugas kemanusiaan dengan tangannya sendiri”.
Sikap rasulullah SAW ke atas dunia
 
Zuhud
Baginda tidak berhasrat kepada sesuatu yang harus, padahal adanya kesanggupan memperolehinya atau mengerjakannya, melatih diri dan membersihkannya. Baginda mendahulukan kepentingan orang mengatasi kepentingan peribadinya sendiri. Dengan sifat baginda ini, baginda mendidik para pengikutnya berahlak mulia seperti baginda. Baginda mengajar para sahabatnya agar tidak tunduk terhadap pujukan hawa nafsunya dan mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri seperti Abu Bakar, umar, Ali,  daripada kalangan sahabat mahupun pemimpin yang lain.
 Tarmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Syakhkhair r.a, “saya mendatangi Rasulullah SAW yang sedang mengerjakan solat, dari perut baginda terdengar seoperti bunyi air yang sedang mendidih kerana menangis”
Pernah juga sewaktu ketika Umar al-Khattab melihat Rasulullah SAW berbaring di atas padang pasir berdebu, sehingga meninggalkan bekas di rusuk baginda. Mengalir air mata Umar melihatnya. Rasulullah SAW bertanya : “ Ada apa hai Umar?”, maka Umar menjawab : “ Wahai rasulullah SAW, engkau adalah manusia pilihan Allah, sedangkan Kisra dan Kaisar begitu mewah kehidupan keduanya”. Mendengar jawapan Umar itu, Rasulullah SAW merah padam mukanya lalu berkata, “ Apakah engkau dalam kerugian wahai Umar? Mereka auatu kaum yang disegerakan kepada mereka kemewahan hidup mereka di dunia ini”. Baginda juga pernah bersabda , Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad sekadar cukup untuk dimakan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rumah
Rasulullah SAW  menolak kekayaan kerana baginda tidak mahu umatnya mencontohi perbuatannya dengan mengambil kekayaan untuk peribadi dan duniawi. Sekalipun baginda dapat apa yang dihajatinya, baginda tetap mahu hidup sebagai hamba. Itulah sikap pemimpin sejati yang mana rumahnya betul-betul ibarat rumah seorang hamba dan bercirikan sempit, berbumbung rendah, dibuat daripada tanah dan pintunya daripada kain guni.
Tempat Tidur
Alas tidur Rasulullah SAW cumalah anyaman tikar daun kurma, apabila baginda bangun daripada tidurnya, maka berbekas-bekas urat-urat daun anyaman pada badan baginda yang mulia itu. Kebesaran baginda sebagai pemimpin dunia tidak menghalangnya hidup sebagai hamba yang lemah.
Makanan dan minuman
Baginda juga sering berlapar sehingga perutnya pernah dilapik dengan batu bagi menahan kelaparan dan makanan yang ada kebanyakannya diberikan kepada orang lain. Baginda makan hanya apabila lapar dan berhenti apabila kenyang. Makanan baginda kebiasaanya hanyalah susu, air dan kurma. Sekiranya makanan tersebut berlebihan, baginda tidak akan sesekali membuangnya kerana dek sukapnya yang sentiasa bersyukur dan saying akan nikmat kurniaan Allah SWT. Hidup baginda boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Baginda juga sentiasa mengamalkan budaya makan secara berjemaah.
Pakaian
Rasulullah SAW cuma ada sedikit pakaian, itu pun jenis pakaian orang susah dan murah. Sesekali baginda memakai juga pakaian mahal yang dihadiahkan orang bukan hasil usahanya sendiri. Baginda memakainya kerana menghormati pemberian hadiah daripada orang tetapi lazimnya pakaian yang cantik, kemas dan bersih serta wangi itu adalah jenis pakaian murah.
Kenderaan
Sebagai hamba, baginda tidak merasa jijik untuk menaiki himar (keldai),tetapi juga berkuda dan naik unta sesuai dengan keperluan perjalanan. Tetapi keperluan perhubungan yang jauh serta peruntukan-peruntukan perjuangan memang memerlukan kenderaan yang agak canggih. Misalnya baginda menunggang kuda Sambrani, seekor kuda yang dihadiahkan kepada baginda.
Harta Benda dan wang
Rasulullah SAW asalnya seorang yang kaya dan berada kerana mewarisi kekayaan isterinya Siti Khadijah. Walau bagaimanapun, sewaktu wafat, baginda tidak meninggalkan apa-apa harta dan wang. Ertinya hidup bukan untuk mengejar kekayaan harta benda dan wang yang mana semuanya dikorbankan untuk jihad fisabilillah sebagai sumber pembangunan ummah.
Begitulah antara sikap Rasulullah SAW ke atas dunia yang dapat saya coretkan bersumberkan daripada sebuah buku rujukan yang dipinjam dari Surau Al-Firadus, IPG Kampus Sultan Mizan. Di sini dapatlah saya rumuskan bahawa baginda SAW seolah-olah tidak hirau atau tidak mempedulikan sangat berkenaan urusan yang berkaitan dengan dunianya. Tetapi untuk akhirat, baginda sangat serius melaksanakan segala tanggungjawab yang dipikulnya.
Semoga kita semua dapat mengadaptasikan segala sikap-sikap terpuji yang telah dipamerkan oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW ke dalam kehidupan seharian kita... InsyaAllah