Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Thursday, January 6, 2011

Info Zamzam


NAMA –NAMA AIR ZAMZAM
Air zamzam mempunyai beberapa jenis nama, diantara yang boleh saya senraikan ialah:
Zamzam, Zammamu,  Zumazimu, As-Syubaatu, Hazmatul Malaki, Hahdhatu Jibril 
Terdapat segelintir ulama’ berbeza pendapat mengenai penamaan air zamzam.
Antaranya ialah :
Ibnu Bari berkata : Zamzam mempunyai sebelas nama, iaitu zamzam, Maktumatu, Madhamunatu, Syubaatu, Suqta, Suqya, Ar-rawau, Rahdatu Jibril,Hazmatu Jibril, Syifau suqmin,Taamu tukmin, Hafiratu Abdul Muttalib.
Sa’id bin Zubair mengatakan, air tersebut selain dinamakan zamzam, iainya turut diberi gelaran dengan Barrah dan Madhumunah.
Ibnu abbas r.a mengatakan sesungguhnya kami sebelumnya telah menamakan air tersebut dengan nama syubaah.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata : Solatlah kamu di masjid al-akhyar, dan minumlah kamu semua dari perigi Sharabul abrar. Lalu ditanya, dimana masjid al-akyar itu? Beliau menjawab : Di bawah pancuran air (Di Baitullah). Kemudian ditanya lagi : Apakah ia Sharabul Abrar itu?.. Beliau menjawab : Sharabul abrar ialah air zamzam. Air yang paling mulia dikalangan air-air yang lain.
Wahai saudaraku muslim, alangkah sedapnya jika kamu minum air zamzam ini, yang mempunyai nilai berharga dan berkedudukan tinggi. Dan wahai  saudariku muslimah, alangkah sedapnya jika kamu minum dari perigi Sharabul abrar dan kamu solat di masjid al-akhyar.
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau mencegahku untuk menikmati air zamzam sampai aku mati di dunia ini, dan begitu juga dengan rumah Engkau (Ka’abah) sampai aku bertemu denganMu.

SEJARAH KEMUNCULAN PERIGI ZAMZAM..
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Shahihnya, dari Ibnu Abbas r.a.., ia berkata: Orang perempuan yang pertama menggunakan tali pinggang ialah ibu Nabi Ismail a.s.. Ia menggunakan tali pinggang untuk memperindah tubuhnya, melebihi Sarah. Nabi Ibrahim a.s membawanya dan anaknya, nabi Ismail a.s (yang sedang disusui) . Kedua-duanya ditinggalkan di sudut Ka’bah, di atas telaga zamzam sebelah masjid. Di Mekah, waktu itu terdapat seorang manusia, juga tidak terdapat air. Nabi Ibrahim meninggalkan kedua-duanya di tempat itu. Nabi Ibrahim a.s meletakkan sebuah tempat dari kulit yang didalamnya terdapat buah kurma dan sebuah tempat berisi air.
Setelah itu, Nabi Ibrahim a.s kembali ke Syam. Ibu Nabi Ismail a.s. mengikutinya, seraya berkata : Wahai Ibrahim, ke mana kamu pergi sedangkan kamu tinggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu apapun. Ibu Nabi Ismail a.s mengucapkan kalimah itu beberapa kali . Nabi Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Ibu Nabi Ismail a.s berkata lagi : Apakah Allah memerintahkan kamu melakukan ini?.. Nabi Ibrahim menjawab : Ya! Ibu Nabi Ismail a.s berkata : Jika demikian, Allah tidak akn mensia-siakan kami.
Ibu Nabi Ismail a.s kembali ke tempatnya ( ke tempat Nabi Ibrahim meninggalkannya). Nabi Ibrahim a.s berjalan terus hingga sampai ke pintu masuk Mekah hingga iaa tidak melihatnya lagi. Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke Ka’bah lalu berdoa seraya mengangkat kedua belah tangannya:


Surah Ibrahim : 37
  Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Aku Telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur.

Ibu Nabi Ismail a.s menyusui anaknya, Ismail. Mereka minum air yang ditinggal oleh Nabi Ibrahim a.s, hingga air yang di dalam tempat tersebut kering. Mereka kehausan. Ibu Nabi Ismail a.s memandang ke arah anaknya yang kehausan itu, hingga timbul kekhuatiran-kekhuatiran lain yang lebih buruk. Ia melihat di  bukit Safa dekatnya, lalu menghampirinya. Ia berdiri di atasnya, menghadap ke arah lembah untuk melihat seseorang, tetapi tidak melihat seorang pun.
Ibu Nabi Ismail a.s. terus turun dari bukit Safa, hingga sampai ke  lembah, dengan mengangkat hujung lengannya. Ia berlari-lari anak seperti orang yang ditimpa kesusahan, sampai melintasi lembah tersebut.
Ibu Nabi Ismail a.s. melihat ke bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya. Ia memandang ke lembah untuk melihat seseorang, tetapi tidak melihat seseorang pun di lembah itu. Ia melakukan perbuatan tersebut sebanyak tujuh kali.

Ibnu Abbas r.a. berkata : Nabi Muhammad s.aw. bersabda : Akibat perbuatan ibu Nabi Ismail. a.s. tersebut, manusia bersa’I ( berlari-lari anak) antara kedua bukit itu.
Ketika ibu Nabi Ismail a.s. naik ke atas bukit Marwah, ia mendengar suara. Ia berkata kepada dirinya sendiri : Diam! Kemudian ia mendengar suara itu lagi : Wahai ibu Ismail, dengarkanlah bahawa disisimu terdapat sesuatu yang dapat memberikan pertolongan. Suara itu dari malaikat Jibril a.s yang berada di sebelah tempat air zamzam (yang muncul selepasnya). Jibril a.s menghentak-hentak tempat itu dengan tumitnya (atau dikatakan dengan sayapnya) sampai airnya keluar.
Ibu Nabi Ismail a.s membuat kolam. Sejarah menyebutkan, ibu Nabi Ismail a.s  membuat kolam itu dengan tangannya. Ia mencedoknya dan meletakkan ke tempat minuman air. Air tersebut memancar setelah dicedok.
Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi Muhammad s.a.w mengatakan, Allah s.w.t merahmati ibu Nabi Ismail a.s, setelah ia meninggalkan. Baginda s.a.w juga mengatakan jika ibu Nabi Ismail a.s tidak mencedoknya, nescaya air itu akan mengalir di atas muka bumi ini.
Ibnu Abbas r.a. berkata : Ibu Nabi Ismail a.s. minum air zamzam itu dan menyusui anaknya. Malaikat Jibril a.s. datang kepadanya seraya berkata : Jangan kamu takut kepada kebinasaan, sesungguhnya di sini terdapat Baitullah, anak lelaki ini akan membinanya bersama ayahnya, dan sesungguhnya Allah tidak kan membinasakan keluarganya.
Rumah (Baitullah) itu lebih tinggi dari bumi, seperti tanah tinggi dan ketika banjir melanda, maka akan robohlah bangunan-bangunan di sekitarnya.
Para sahabat dari Jurhum(atau keturunan Jurhum) datang menuju ke arah seekor burung yang sedang berlegar-legar. Mereka berkata : Burung yang berlegar-legar di kawasan itu mesti mempunyai maksud yang tertentu. Sepertimana yang kita ketahui bahawa tempat itu tidak ada airnya. Mereka mengutuskan seorang atau dua orang utusan untuk meninjau lokasi tersebut. Utusan itu kemudiannya memberi khabar gembira kerana mereka berjaya menemui air. Akhirnya, mereka bersama-sama kelompoknya menuju ke kawasan tersebut.
Ibnu Abbas r.a. bercerita, waktu itu ibu Nabi Ismail a.s berada di sebelah air zamzam. Mereka berkata : Apakah kamu mengizinkan, jika kami menetap di sekitar kawasan ini?. Ibu Nabi Ismail menjawab : Silakan, tetapi kamu tidak mempunyai hak untuk memiliki air ini. Mereka kemudiannya menjawab : Baiklah!
Ibnu Abbas r.a. berkata : Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan bahawa ibu Nabi Ismail a.s. mengikat tali persaudaraan dengan mereka. Akhirnya, merekamemberitahukan kepada seluruh keluarganya untuk tinggal bertetangga dengan ibu Nabi Ismail a.s.  Keluarga ahli Jurhum tinggal berdampingan dengan keluarga ibu nabi Ismail a.s. Nabi Ismail a.s. kemudiannya membesar sehingga menjadi seorang pemuda dan mempelajari bahasa arab dari suku kaum Jurhum.
 

No comments:

Post a Comment