Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Monday, January 10, 2011

Renungan Buat Muslimah


Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah…
[Riwayat al-Muslim, al-Nasai, Ibn Majah]

Jika berabad lalu wanita dipandang seperti barangan yang rendah nilainya, kini wanita bukan sahaja seiring dengan golongan lelaki, adakalanya kedudukannya menandingi golongan lelaki. Jika pada zaman Jahiliyyah, wanita hanyalah sebagai alat hiburan, tidak diberi hak yang sepatutnya dan dipandang sebagai sesuatu yang membawa sial sehingga anak perempuan di tanam hidup-hidup,   akan tetapi ,dengan kedatangan Islam, martabat wanita atau Muslimah telah diangkat dan hak mereka dikembalikan.
Namun, Islam telah menggariskan panduan yang perlu diikuti oleh golongan Muslimah. Antaranya, hendaklah golongan Muslimah ini menjaga akhlak, dan memelihara maruah mereka seperti yang termaktub dalam al-Quran: “katakan kepada wanita beriman, hendaklah mereka memelihara pandangan kecuali yang (biasa) terlihat. Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami…..” [an-Nur:31]. Berdasarkan ayat tersebut, Islam telah meletakkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh golongan Muslimah agar martabat mereka tidak tercalar.
Malangnya, keadaan pada hari ini dilihat jauh berbeza. Muslimah kini seolah-olah lupa pada sejarah terdahulu, tentang bagaimana golongan mereka dipandang hina. Mereka dengan sengaja telah menyingkap kembali tabir silam. Terdapat Muslimah pada hari ini bukan sahaja telah menjatuhkan martabat mereka yang telah diangkat dengan kedatangan Islam malah, tanpa disedari mereka sedang menghancurkan martabat tersebut.
Keadaan ini terbukti apabila golongan ini tanpa segan silu berpakaian ketat, mendedahkan susuk tubuh mereka, dan bercampur bebas dengan lelaki ajnabi. Adab-adab sebagai seorang Muslimah tidak lagi dipedulikan, kononnya untuk mengikuti peredaran zaman dan  agar tidak dipandang kolot.
Muslimah hari ini perlu sedar, kecantikan yang dianugerahkan bukan untuk tontonan umum, sebaliknya kecantikan tersebut perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak hilang serinya. Justeru, golongan Muslimah perlu berhati-hati dengan istilah-istilah yang boleh merosakkan jati diri mereka seperti istilah ‘kebebasan, kemodenan, dan persamaan hak’. Sebaliknya, Muslimah hendaklah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan ini tanpa perlu mengorbankan prinsip sebagai seorang wanita solehah.

Semoga Allah akan sentiasa memberikan hidayah dan kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini. InsyaAllah..

3 comments:

  1. Semoga Para Muslimah dpt mngambil Iktibar drpd artikel ini.. & taK lupe juge paDe Muslimah2 di LuaR sane khUsUsnye yg maSih brPakaian aLa2 hollIwooD agaR sntIasa Mnjage maruAh dr Lebih2 Lagi dLm Etika BrpakaiAn.. ~ Marilah Saling nasihat-menaSihati Ke araH keBaikan........ :~)

    ReplyDelete
  2. hayati lagu "aduhai puteriku sayang" hijjaz...sgt mendalam maksudnye.. :)

    ReplyDelete
  3. erm... ayuh kita sentiase tarbiyahkn diri kita dengan lagu-lagu genre islamic... thnx saudari atas komen anda (^_^)

    ReplyDelete