Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Sunday, January 16, 2011

Hiburan Menurut Islam

HIBURAN SENI MENURUT ISLAM



Sesungguhnya telah jelas bagi kita, sebagaimana yang telah disebutkan melalui nash-nash, berkenaan perhatian Islam terhadap keindahan dan keutamaannya dalam mendidik pancaindera manusia agar dapat merasakan keindahan tersebut serta menikmatinya dari pelbagai kesempatan dan bidang yang beraneka jenis. Antara keindahan itu, ada yang dapat dilihat dan ada yang dapat didengar oleh telinga dan ada yang dapat dirasai oleh indera-indera yang lainnya. Pada kali ini, saya akan cuba untuk membahaskan tentang “keindahan yang didengar”, bersumberkan buku yang dipinjam dari perpustakaan IPG Sultan Mizan iaitu “Seni dan Hiburan Dalam Islam” oleh Prof. Yusuf Al-Qardhawi. Dalam erti kata yang lain bermaksud lagu atau nyanyian, baik yang disertai dengan alat muzik ataupun yang tidak disertai dengan alat muzik. Pokok persoalan yang sering ditujukan ialah : “Bagaimana hukum Islam mengenai lagu dan muzik?”.

BAGAIMANA HUKUM ISLAM MENGENAI NYANYIAN DAN MUZIK?

Pertanyaan inilah yang sering dilontarkan oleh kebanyakan orang pada bila-bila masa dan waktu yang berbeza-beza. Pertanyaan yang jawapannya banyak berlaku perselisihan oleh sebahagian kaum Muslimin dan menimbulkan sikap yang berbeza-beza di antara mereka akibat daripada jawapan mereka yang berlainan. Antara mereka, ada yang membuka kedua telinganya untuk mendengar segala jenis nyanyian dan muzik dengan alasan bahawa itu semuanya halal dan merupakan kenikmatan hidup yang diperbolehkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya. Tetapi sebahagian mereka ada yang mematikan radio atau menutup kedua telinganya ketika mendengar apa jua nyanyian dengan alasan bahawa sesungguhnya nyanyian itu seruling syaitan dan perkataan yang tiada berguna yang boleh menghalangi zikrullah dan solat. Terutama jika yang menyanyikan itu seorang wanita,kerana suara wanita itu sendiri menurutnya adalah aurat apatah lagi nyanyiannya. Dan mereka berdalil dengan ayat-ayat dan hadith-hadith serta beberapa pendapat ulama’. 

ASAL SEGALA SESUATU ITU DIPERBOLEHKAN

Suatu kaedah yang ditetapkan oleh para ulama’ bahawa : “Segala sesuatu (yang bersifat duniawi) itu asalnya boleh, berdasarkan firman Allah SWT :

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit dan dia Maha mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Baqarah : 29)

Dan tidak ada pengharaman kecuali dengan nash yang benar lagi tegas, baik dari kitab Allah atau Sunnah RasulNya atau ijma’ yang meyakinkan. Jika Ijma’ atau ada nash yang tegas tetapi tidak shahih atau shahih tetapi tidak tegas dalam mengharamkan sesuatu, maka tidak akan mempengaruhi kehalalannya dan tetap kekal berada di dalam lingkungan kemaafan yang luas. Allah SWT berfirman :

Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Sesungguhnya Allah Telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. dan Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. (Al-An’am : 119)

Rasulullah SAW juga ada bersabda :

“Apa sahaja yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya adalah halal, dan apa-apa yang telah Dia haramkan tetap menjadi haram. Maka terimalah dari Allah apa-apa yang telah dimaafkanNya, kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatu sekalipun. (HR. Al Hakim, dari Abu darda’. Dan ia mensahihkan , juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar)
Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah : Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu. kepunyaan-Nya-lah apa-apa yang ada di hadapan kita, apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu itu lupa. (Surah Maryam : 64)

Rasulullah SAW juga bersabda :

Sesungguhnya Allah telah menentukan kewajipan-kewajipan, maka janganlah kamu mempersia-siakanNya dan menentukan batas-batas larangan, maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Allah mendiamkan berbagai hal kerana kasihan padamu, bukan lupa, maka janganlah kamu mencari-cari masalah itu. (HR Ad-Daruquthni, dari Abu TsalabahAl-Khasyani, dihasankan oleh Al-Hafiz Abu Bakar As-Sama’ani dalam kitabnya Amali, dan Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Arba’in )

ANTARA DALIL YANG MENGHARAMKAN LAGU (NYANYIAN) DAN BANTAHAN DARI ULAMA’ LAINNYA.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud dan Ibnu Abbas r.a serta sebahagian Tabi’in bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman Allah SWT :

Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.(Luqman :6)

Ibnu Hazim mengatakan : Tidak ada alasan untuk menggunakan ayat tersebut sebagai dalil atas haramnya nyanyian kerana beberapa alasan :

a) Sesungguhnya tidak ada alasan yang kuat bagi sesiapa pun melainkan Rasulullah SAW.

b) Pendapat tersebut bertentangan dengan pendapat Para Sahabat yang lainnya dan para tabi’in.

c) Sesunguhnya keterangan ayat itu sendiri mematahkan hujjahnya , kerana padanya terdapat kalimah “ Di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan allah itu olok-olokan.”

Orang yang sifat dan perilakunya sebegitu adalah kafir tetapi perlu diperdebatkan lagi kerana ia menjadikan jalan Allah sebagai bahan olok-olokan. Dalil yang kedua dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah SWT dalam memuji orang-orang yang beriman. Allah SWT berfirman :

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil". (Al-Qashash : 55)

Dan nyanyian termasuk “Al-Laghwu” (perkataan yang tidak berguna), maka wajib bagi kita untuk menghindarinya. Pendapat ini dijawab, bahawa secara zahir dari ayat ini “ Al-Laghwu” adalah perkataan kotor seerti caci-maki perkataan yang menyakitkan dan sebagainya. Kerana ayat yang seterusnya mentyatakan demikian.


PENDAPAT IMAM AL-GHAZALI TENTANG NYANYIAN :p

Pada dasarnya fiqh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin secara umum adalah fiqh yang telah bebas dari semua ikatan mazhab. Dia tidak lagi terikat dengan mazhab Syafi’e melainkan beliau adalah seorang mujtahid bebas yang memandang syari’at dari sudut pandangan yang luas. Hal ini nampak jelas di berbagai tempat dan untuk mengetahuinya memerlukan kajian khusus yang dapat dijadikan thesis. Imam Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang mengubah hukum mendengar nyanyian daripada mubah menjadi haram berdasarkan 5 penyebab utama iaitu :

1) Faktor yang ada pada penyanyi

Iaitu seorang wanita yang tidak halal dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya. Sehingga haramnya di sini disebabkan takut fitnah, bukan lagunya sendiri. Di sini, Imam Ghazali lebih menitikberatkan pengharaman atas dasar takut kepada fitnah. Ini dikuatkan dengan Hadith mengenai dua orang hamba perempuan yang sedang menyanyi di rumah Siti Aisyah. Sebagaimana diketahui pada saat itu nabi SAW turut mendengar suaranya dan tidak menjauhkan diri kerana tidak dibimbangi akan menimbulkan fitnah baginya.Peristiwa ini menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan yang masih muda dan yang sudah tua. Maka persoalan menjadi berbeza kerana perbezaan keadaan. Kami berpendapat : “Orang tua boleh mencium isterinya ketika sedang berpuasa, sedangkan orang muda tidak.

2) Faktor Yang Ada Pada Alat Muzik

Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai wanita, seperti seruling, sejenis gitar dan gendang. Ketiga-tiga jenis alat muzik ini dilarang. Adapun selain itu hukumnya mubah sebagai asalnya, seperti rebana meskipun ada locengnya, gong, memukul dengan tongkat dan alat muzik lainnya.

3) Faktor Yang Ada Pada Isi Lagu

Iaitu syair-syairnya. Apabila di dalamnya mengandung kata-kata mencaci dan kata-kata kotor, atau perkataan dusta terhadap Allah dan rasulNya atau terhadap sahabatnya sperti yang dilakukan oleh orang-orang Syi’ah yang mencaci maki para sahabat. Maka, mendengarkannya menjadi haram, baik dengan irama ataupun tidak, kerana pendengar itu dikhuariri akan terikut sama seperti yang dilagukan. Demikian juga lagu yang menyebutkan ciri-ciri wanita di hadapan lelaki, adapun menyebutkan ciri-ciri secara umum maka yang sahih tidak diharamkan melakukannya, baik dengan irama atau pun tidak. Dan bagi pendengar tidak boleh mempertunjukkan kepada wanita tertentu, apabila hendak dipertunjukkan maka hendaklah dipertunjukkan kepada wanita yang halal baginya. Jika ditunjukkan kepada wanita lain, maka ia menjadi maksiat kepada Allah. Dan jika demikian, ia wajib menjauhkan diri dari mendengar lagu itu.

4) Faktor Yang Ada Pada Pendengar

Jika orang yang mendengar nyanyian diliputi oleh nafsu syahwat yang biasanya terjadi pada usia awal remaja kerana hawa nafsunya lebih dominan daripada sifat-sifat lainnya, maka mendengar nyanyian haram hukumnya baik dalam hatinya ada rasa cinta kepada orang tertentu atau pun tidak. Bagaimanapun, mendengar nyanyian yang menggambarkan situasi menjalin hubungan cinta, putus cinta dan lain-lain hanya akan menimbulkan ghairah hawa nafsu, membuatkan dia membayangkan bentuk wanita tertentu, kerana syaitan menghembuskan hawa nafsu ke dalam kalbunya sehingga api syahwat menyala dan berkembanglah segala bentuk maksiat.

5) Faktor Keawaman

Jika pendengar dari golongan awam dan tidak diliputu rasa cinta kepada Allah SWT maka mendengar nyanyian disukai baginya dan jika diliputi oleh hawa nafsu maka dilarang baginya. Tetapi sebenarnya dibolehkan baginyaseperti menikmati kelazatan barang mubah lainnya. Hanya jika dia membiasakannya dengan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk mendengar lagu-lagu maka dia adalah bodoh yang persaksiannya tidak diterima. Kerana terus-menerus melakukan perbuatan yang sia-sia adalah kejahatan, seperti halnya dosa-dosa kecil jika dilakukan berterusan akan menjadi dosa besar, demikaian pula perbuatan-perbuatan yang sebaliknya. Contohnya, bermain catur hukumnya mubah, tetapi terus-menerus bermain catur akan menjadi makruh dan dibenci.

Imam Ghazali telah berijtihad di dalam mencari alasan tidak diperbolehkan mendengar nyanyian, maka beliau telah berusaha mencari ikhtiar dalam mencari alasan dan mentafsirkannya. Kerana itu, alat muzik sejenis gitar dan seruling diharamkan, seiring dengan pengharaman khamar, kerana 3 alasan :

1) Sesungguhnya alat itu boleh mendorong seseorang itu meminum khamar kerana lazatan yang diperolehi dengan muzik ini boleh sempurna dengan meminum khamar.

2) Alat-alat muzik tersebut bagi orang yang terdekat jangka waktunya dengan minum khamar mengingatkan tempat kebiasaan minum dan membangkitkan keinginan minum khamar.

3) Berkumpul dengan muzik itu sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang fasiq, maka dilarang untuk menyerupai mereka. Kerana barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, bererti ia termasuk di dalam kalangan kaum tersebut.

Setelah dengan indah Imam Al-Ghazali memaparkan huraian dan analisanya ini, ia berkata: “ dengan demikian jelaslah bagi kita bahawa sesungguhnya alasan pengharaman alat-alat muzik itu tidak semata-mata kerana kelazatan. Kerana secara umumnya semua yang lazat itu halal hukumnya, kecuali jika penghalalannya mengakibatkan kerosakan.”

Allah SWT ada berfirman :

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat]." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui.(Al-A'raf 32)

Maksudnya: perhiasan-perhiasan dari Allah dan makanan yang baik itu dapat dinikmati di dunia Ini oleh orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tidak beriman, sedang di akhirat nanti adalah semata-mata untuk orang-orang yang beriman saja.

Semoga Allah memberi rahmat kepada Imam Al-Ghazali serta para ulama’ dan pemerintah Islam yang banyak berbakti terhadap agama Islam terutamanya dalam menjalankan hukum-hukum Islam dengan sempurna... InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment