Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Friday, January 14, 2011

TAUHID


Pengertian Agama
Agama ialah Petunjuk Tuhan untuk menghayati kehidupan dan penghidupan bagi keperluan manusia seluruhnya di permukaan bumi yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul yang didasarkan atas konsep iman dan takwa.




Mengapa agama itu perlu?
Allah SWT menciptakan manusia dengan serba lengkap agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan cara yang betul dan sesuai dengan tabiat mereka sendiri.
Manusia atau insan dilengkapkan dengan hawa nafsu untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang sederhana, tidak meningkat ke taraf malaikat dan tidak turun darjatnya sehingga menjadi binatang. Dan manusia juga dikurniakan akal fikiran oleh Allah.
Hawa nafsu sentiasa memujuk dan mengajak manusia melakukan sesuatu tanpa memikirkan apakah akibat yang akan menimpanya. Nafsu tidak mengenal batas, umpamanya seseorang yang tidak mengambil peduli akan halal haramnya sesuatu makanan yang dimakannya. Dengan itu, Allah memberikan kita akal fikiran yang lengkap sempurna bagi membolehkan manusia membuat pertimbangan dan keputusan yang untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun, bukan semua perkara dapat difikirkan oleh akal yang cetek dan terbatas keupayaanya itu.  Dengan itu, akal ini perlu kepada agama sebagai suatu jalan ke arah kejayaan dunia sehingga akhirat.
Apa itu agama Islam?
Islam merupakan suatu agama yang dibawa oleh para rasul a.s dan Nabi Muhammad SAW merupakan pelengkap bagi ajaran ini yang bersumberkan daripada Allah SWT semata-mata.
Maka, agama Islam dapat dijadikan sebagai :
Petunjuk Allah SWT yang terakhir yang disampaikan oleh Rasul yang bernama Muhammad SAW untuk menggantikan semua peraturan serta petunjuk yang disampaikan sebelumnay. Islam adalah petunjuk bagi seluruh umat manusia dan kekal abadi buat selama-lamanya.
Tujuan agama Islam
Tidak dapat dinafikan bahawa Islam  itu mempunyai tujuan yang sangat banyak, memadailah diringkaskan di sini sekadar yang perlu. Antara tujuannya ialah :
a)      Memperbaki kepercayaan kepada zat Allah Yang Maha Esa
b)      Memperkukuhkan keyakinan terhadap Pencipta Alam
c)       Menghapuskan kepercayaan yang bertentangan dengan Allah SWT
d)      Memberi petunjuk cara mengabdikan diri kepada Allah
e)      Mengatur cara beribadat
f)       Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia
g)      Mengatur hukum-hukum manusia
h)      Menegakkan keadilan
i)        Mempertinggi ahlak umat manusia
Rukun Islam
Rukun ertinya tiang yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiap-tiap rukun itu mestilah ada sehingga menyebabkan tertegaknya Islam dengan sempurna.
Rukun Islam ada 5 perkara iaitu :
1)      Mengucap dua kalimah Syahadat
2)      Sembahyang 5 waktu sehari semalam
3)      Berpuasa di dalam bulan ramadhan
4)      Menunaikan zakat
5)      Menunaikan haji bagi yang berkemampuan 
PENGERTIAN IMAN
Iman ertinya kepercayaan iaitu mempercayai dengan penuh keyakina terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, iaitu Nabi Muhammad, serta apa yang dibawanya adalah dari Allah SWT, serta mempercayai malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul serta Nabi-nabi yang terdahulu, Hari akhirat/ Hari Kebangkitan dan Qadha’ dan Qadar
Rukun Iman ada 6 perkara iaitu :
1)      Percayakan Allah SWT
2)      Percayakan malaikat
3)      Percayakan Kitab
4)      Percayakan Rasul-rasul
5)      Percayakan Hari Kiamat
6)      Percayakan Qadha’dan Qadar

"Semoga Allah akan mengurniakan kita "Halawatul Iman" yang bisa menjadi benteng ketahanan   diri kita daripada melakukan dosa terhadapNya serta mahluk-mahlukNya"... InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment