Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Sunday, January 9, 2011

Ujian Allah S.W.T

Kehidupan kita didunia ini penuh dengan ujian. Allah sengaja mengadakan ujian itu semata-mata. Kenapa?




"Dialah yang menjadikan mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk Ayat : 2)   Segala yang ada didunia ini hanyalah ujian semata-mata. Tiada manusia yang akan terlepas dari melaluinya. Tidak kira apapun pangkatnya, selagi dia bernama manusia, maka dia akan merasai ujian dari Allah. Bermula dari Nabi Adam hinggalah kepada pemimpin-pemimpin, raja-raja, saudara mara kita dan juga termasuk diri kita sendiri. Sebagai seorang yang beriman kepada qada' dan qadar dari Allah, kita wajib percaya bahawa ujian itu datangnya dari Allah.

Ada orang menganggap bahawa apabila mereka ditimpa kesusahan maka itu adalah bala atau kemurkaan dari Allah. Dan apabila mereka mendapat kemewahan dan kesenangan maka pada mereka itulah rahmat yang dikurniakan. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Kemewahan itu juga adalah ujian dan bukan hanya ujian itu apabila kita mendapat kesusahan. Saidina Abu Bakar pernah berkata bahawa, “Ketika orang-orang Islam menerima ujian kesusahan, kami semua dapat mengharunginya. Tetapi apabila datang ujian kemewahan, hampir-hampir kami tewas.” Kenyataan Saidina Abu Bakar ini sebenarnya menunjukkan bahawa ujian kemewahan adalah lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan ujian kesusahan kerana apabila ditimpa susah, kita sentiasa akan mengingati Allah. Tetapi apabila kita diuji dengan kesenangan, maka kita teramat mudah untuk menjadi lupa diri, sombong, bakhil, takbur dan sebagainya.

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi." Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan." Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah." Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.” "Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring." Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."


Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.
Ingatlah, sesungguhnya ketika dimarahi itu kita telah didatangi ketenangan yang kita sendiri tidak dapat lihat. Ukirlah sebuah senyuman ketika anda sedang dimarahi.
Ada pula diantara manusia cepat merasa kecewa, marah serta putus harap apabila kita ditimpa kesusahan. Itu bukanlah sifat seorang muslim kerana orang muslim tiada erti putus asa atau kecewa baginya. Mereka yang kecewa ini lekas hilang kesabaran terutamanya apabila kehilangan sesuatu yang paling bermakna dalam kehidupan mereka. Sehinggakan ada juga yang menjadi lebih teruk dengan sanggup untuk menyalahkan takdir Allah. Kita sebagai umat Islam dilarang daripada berkeluh kesah diatas ujian yang menimpa kita. Dalam menghadapi ujian samada susah atau senang kita mestilah bersabar. Ya benar, bukan perkara yang senang bagi orang yang terkena ujian menterjemahkan perkataan SABAR itu dalam bentuk praktikal tetapi percayalah, itulah perkara yang paling mulia apabila ditimpa ujian. Dengan kesabaranlah Allah akan mengangkat darjat kemuliaan kita. Dengan sabar juga hati menjadi tenang kerana mengingatkan kita bahawa ini adalah ujian dari Allah.

Sebuah hadith daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan.Nabi s.a.w bersabda "Sungguh unik urusan orang yang beriman itu. Semua urusannya baik baginya. Hal ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman. Jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika dia dirimpa kesulitan, dia bersabar dan itu baik baginya. " Riwayat Muslim.
Hadis ini menunjukkan bahawa senang atau susah bagi seorang muslim, adalah kebaikan dan bernilai pahala di sisi Allah jika dia bersabar dan redho menerimanya. Seorang mukmin sejati akan sentiasa bersabar dan bersyukur kepada Allah samada diwaktu senang ataupun susah. Dan pastinyalah atas kesabaran itu,maka mereka akan merasai ketenangan hidup.


Lihatlah kesabaran para nabi-nabi apabila datangnya ujian dari Allah. Lihatlah ujian yang ditimpakan keatas Nabi Ayyub. Baginda menghadapi ujian kesakitan, kematian anak-anaknya dan juga kehilangan harta benda. Begitu juga Nabi Nuh dengan tohmahan kaumnya, Nabi Musa dengan kedegilan kaumnya dan banyak lagi. Dek kerana kesabaran yang tinggi yaagng dimiliki oleh merekalah maka Allah mengangkat darjat mereka.
 
Oleh itu haruslah kita menanamkam didalam pemikiran kita bahawa hidup ini tidak lain hanyalah ujian semata-mata. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa mengingati bahawa semua kejadian adalah datang dari Allah. Setiap kejadian Allah itu pula ada hikmahnya. Cepat atau lambat, pasti kita akan dapat melihat hikmah itu. Mungkin hikmah itu akan kita lihat didunia ini, atau mungkin juga hikmah itu hanya dapat diketahui diakhirat nanti.

Semoga Allah akan sentiasa meletakkan diri kita semua dalam golongan orang yang mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah.

2 comments:

  1. bila hati bersama Allah...segalanya dipandang penuh hikmah..moga kamu dan saya dikurniakan iman yang teguh walau dimana berada...ameenn.

    ReplyDelete
  2. unique organism : bt0l 2,, sokong sngt2.., lg satu.., apebile hidup sentiasa ingt daN taAt pD saNg peNcipta, maka segaLa urusaN keHidupan akan dipermuDahkan.. :~p

    ReplyDelete