Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Sunday, March 25, 2012

Syaitan laknatullah.., Enemy 4 ever!!!!!!!


Pengucapan Diri Ana (^_^)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini dengan penuh aturan yang maha agung. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan rasul serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.  Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung terima kasih kepada seorang sahabat saya yang banyak berjasa dalam penulisan entri blog saya pada kali ini. Pada kali ini, saya ingin memberi peringatan kepada semua khususnya diri ini sendiri yang sering terleka dengan kehidupan dunia masa kini yang serba moden dan amat mencabar. Entri saya pada kali ini lebih berkisarkan kepada musuh utama para rasul, nabi, dan umat Islam  ya’ni kita sendiri iaitu syaitan Laknatullah. Seperti yang kita semua sedia maklum, nabi kita Muhammad S.A.W telah banyak memberikan garis peringatan serta panduan kepada umatnya akan peranan syaitan sebagai musuh yang nyata bagi kita semua. Baginda juga turut memberi panduan tentang cara-cara menghindarkan diri daripada hasutan syaitan laknatullah ini. Antara contoh yang mudah mampu saya beri ialah bacaan ta’awuz pada setiap kali memulakan sesuatu ibadah. Namun, pada masa kini, umat Islam semakin lupa akan peranan utama syaitan dalam menyesatkan umat manusia di muka bumi ini. Pengalaman saya sendiri yang menyaksikan ramai anak muda masa kini yang lebih cenderung mengikut amalan-amalan syaitan secara terang-terangan. Contohnya seperti golongan pemuda-pemudi Islam yang melibatkan diri dalam kegiatan lumba-haram, berzina, minum arak dan sebagainya. Justeru itu, bagi saya hanya Ilmu, Iman dan amalan kebajikan sahaja yang mampu menghalang kita daripada termakan dek hasutan syaitan laknatullah ini. Akhir kalam, segala yang baik yang dicoretkan dalam blog saya ini datangnya daripada Allah SWT dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan saya sendiri selaku hamba-Nya yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Sekian, selamat membaca buat sauadara dan saudari semua. (^_^)


Kekuatan iman dan amal benteng hadapi godaan syaitan
KITA sering terbaca berita yang dipaparkan mengenai peperangan dan pertelingkahan yang berlaku di segenap pelosok dunia. Namun, semua pertelingkahan ini tidak sehebat apa yang berlaku terhadap peperangan melawan godaan syaitan. Ia terpaksa dihadapi lebih daripada tujuh bilion umat manusia dalam melawan musuhnya yang satu dalam pelbagai watak. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh yang sebenar kerana dia mengajak golongannya supaya menjadi ahli neraka.”

 
Nabi Adam selaku makhluk yang istimewa ciptaan Allah adalah orang yang pertama menghadapi godaan ini. Keistimewaan inilah yang mengundang dendam daripada syaitan atau iblis yang juga sebelum ini penghulu kepada malaikat. Penderhakaan yang dilakukan iblis terhadap Allah SWT menyebabkan ia dilaknat dan diusir dari syurga. Di sinilah bermulanya permusuhan iblis terhadap umat manusia yang membawa kepada sumpahan untuk menyesatkan umat manusia.


Firman Allah SWT bermaksud: “Syaitan memujuk mereka dengan tipu daya. Maka jelaslah pengaruh syaitan itu dan Allah mengingatkan mereka mengenai larangan itu dan permusuhan bagi mereka berdua. (Adam dan Hawa). (al-A’raf ayat 22). Firman Allah SWT: “Iblis berkata: “Tuhanku, oleh kerana Engkau memutuskan bahawa aku tersesat, maka aku akan memastikan bahawa kesesatan ini akan menjadi perhiasan umat manusia seluruhnya.” (Surah Hijr ayat 39).


Oleh yang demikian, sifat dendam ini perlu dikikis daripada minda dan hati manusia kerana ia adalah hasutan syaitan yang hanya merugikan umat dan akan memusnahkan harta benda, malah nyawa yang tidak berdosa. Syaitan juga berupaya menyuntik perasaan dendam, iri hati, angkuh, bongkak, tamak haloba, pentingkan diri sendiri dan semua sifat mazmumah (keji) yang lain bagi merealisasikan tugasnya menyesatkan umat manusia. Benteng yang kukuh perlu dibina dan dibentuk bagi menghalang pengaruh dan godaan syaitan kerana semangat tipu daya yang dimilikinya tidak pernah luntur sehingga hari kiamat.

Kita mestilah menjadikan syaitan sebagai musuh yang sebenar dan perlu diperangi. Permusuhan ini perlu diterjemahkan dengan meninggalkan perkara yang keji dan mungkar. Ilmu dan amalan perlu dipersiapkan di samping sentiasa berwaspada terhadap kelemahan diri kita sendiri. Manusia mukmin juga perlu sentiasa beristiqamah dengan jalan yang lurus dan diredai juga benteng menghindarkan tipu daya syaitan. Hati kita hendaklah tetap dengan jalan itu walaupun akan datang suara wakil dari syaitan yang sentiasa memujuk agar kita terpesong daripada jalan yang lurus.Firman Allah SWT: “Inilah jalan Tuhanmu yang lurus dan janganlah kamu menuruti jalan lain yang akan menyesatkan kamu.” (Surah al-Ana’m ayat 153). Firman-Nya: “Syaitan itu hanya akan mengajak golongannya menuju neraka yang menyala.” (Surah al-Fatir ayat 6).

Di samping itu juga, doa yang bersifat konsisten serta tahap tawakal yang tinggi kepada Allah SWT juga boleh membantu menghindarkan gangguan. Jadikan Allah SWT sebagai tempat untuk kita menyerahkan segala urusan berbekalkan usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT bermaksud: “Mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah sedangkan Dia menunjukkan jalan kepada kami. Kami tetap bersabar terhadap ujian dan hanya pada-Nya kami bertawakkal”. (Surah Ibrahim ayat 12).

Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT yang menjadikan kita sebagai khalifah berpandukan kitab yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah, maka kami akan membiarkan syaitan untuk menyesatkannya. Mereka akan terhalang dari jalan yang lurus dan menyangka mereka adalah orang yang benar.” (Surah Zukhruf ayat 36 dan 37). Inilah satu penyakit yang melanda umat kini yang mana semua pihak menyatakan bahawa mereka berada pada landasan yang benar. Maka neraca yang sebenar ialah merujuk kepada Allah dan Rasulnya. Kita juga mestilah menjauhi orang lalai dan leka diulit keindahan serta kesibukan dunia sehingga lupa urusan kewajipan yang akan menyelamatkan mereka pada hari kemudian.

Berdampingan dengan seseorang individu atau kumpulan yang rosak juga dapat mempengaruhi diri terjebak sama dalam godaan syaitan yang mana kita sentiasa melihat contoh dilakukan dan terkesan daripada segala tidak tanduk mereka. Firman Allah SWT:“Ketika orang yang kita ikut dulu berlepas diri ketika melihat azab Allah, barulah disedari bahawa hubungan terputus dan semuanya akan dipersoalkan. Pengikut berkata : “Kalaulah kami dapat kembali ke dunia, nescaya kami akan jauhi mereka seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini.” (Surah al-Baqarah ayat 155 dan 166).

Kesimpulannya, syaitan adalah musuh kita yang sebenar yang perlu diperangi kerana ia mempunyai sekutu dalam kalangan manusia dan jin yang berperanan untuk menyesatkan manusia. Kekuatan benteng yang dibina untuk melindungi godaan syaitan dapat dinilai menerusi sudut komitmen kita terhadap hukum Allah SWT. Kadar kekuatan kita dapat diukur melalui kekuatan hubungan kita dengan Allah SWT.

Semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita dan ketakwaan terhadap Allah SWT kerana hanya iman, ilmu dan amal kebajikan yang mampu menjadi benteng dalam diri daripada terjerumus ke dalam hasutan Iblis dan Syaitan Laknatullah ini.

2 comments:

  1. sama2.. perkongsian untuk diri ini juga.. syukran kerana sudi melwat blog ana yang tidak seberapa ini.. (^_^) salam ukhuwah fillah..

    ReplyDelete