Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Monday, July 23, 2012

“Hargai Sebelum Di Tangisi”


 Pengucapan Diri Ana



          Assalamuailaikum w.b.t. saya ucapkan kepada sidang pembaca yang sudi  bertandang ke blog ini. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini dengan penuh aturan yang maha agung. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan rasul serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.  Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Azza Wajalla, Tuhan kepada diri ini serta semua mahluk yang ada di dunia ini. Satu-satunya tuhan yang layak disembah dan diberikan pengabdian sepenuhnya, kepadaNyalah kita sembah dan hanya kepadaNyalah kita memohon pertolongan. Setelah terlalu lama menyepi dalam penulisan blog, kini saya cuba untuk menukilkan sedikit perkongsian yang boleh saya sifatkan sebagai perkongsian nurani kerana pada kali ini, saya akan cuba membawa para pembaca semua ke arah menghayati erti “sebuah kehilangan orang yang tersayang”. 


        Entri pada kali ini akan saya coretkan mengenai kisah seorang sahabat perempuan yang telah pun kematian ibu dan ayahya sendiri dan kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri.  Pada penghujung penulisan entri blog saya pada kali ini akan saya lampirkan sebuah video clip yang telah sedia ada dalam blog ini. Video yang sangat2 menyentuh hati saya pada setiap kali saya menontonnya. Video tersebut adalah mengisahkan kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sangat2 kita cintai dan rindui. Saya mengharapkan agar sidang pembaca semua serta diri ini khususnya akan terkesan di hati melalui penulisan saya pada kali ini. Insya-Allah. Sekadar peringatan bersama, “Kerap kali saya cuba memberi peringatan kepada para hadirin supaya sentiasa melakukan kebaikan adalah bukan bermakna saya adalah orang yang terbaik dalam kalangan kalian, akan tetapi peringatan yang berunsurkan menyeru kepada amar ma’aruf dan nahi mungkar adalah berbalik kepada diri ini juga. Saya cuba untuk mentarbiyahkan diri ini selaku hamba yang sukar untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan, hamba yang teramat-amat dhaif di bumi Allah ini. Saya mengharapkan kalian semua mampu mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna dalam entri saya pada kali ini. Sekian, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan Israel-Gaza yer. Salam ukhuwah fillah dan selamat membaca. (^_^)


Perkongsian diri saudari Ain
“Kehilangan orang yang terlalu disayangi”

            Kisah yang berlaku pada seorang saudara seislam kita. Seorang anak gadis yang sebaya dengan diri ini. Hanya sekadar perkenalan di sebuah blog sahaja. Penulisan blognya banyak menceritakan keperitan, kesedihan, kesunyian, penderitaan dan kehilangan orang tersayang setelah pemergian ayahanda dan bondanya yang tersayang. Hanya sedikit sahaja cerita yang mampu saya kongsikan bersama kerana cuba menjaga keaslian blognya daripada dicemari kononya.. huhu.. :) pada hakikatnya, saudari ini telah menceritakan dengan sangat2 panjang lebar detik2 kematian ibu dan ayahnya sehingga detik2 beliau menjalani kehidupan sendiri tanpa beribu bapa.

=================================================================================


Ramadhan dan Air Mata..
 
Tak lama lagi Ramadhan hampir tiba...
Seluruh umat Islam di dunia akan melakukan ibadat berpuasa..
Sama seperti aku.. Ini Ramadhan yang ke 2 aku berpuasa tanpa mama dan ayah..
Rasa pantas masa berlalu.. sayu rasa hati menanti ramadhan kali ini..
Jiwa terasa kosong.. mampukah aku laluinya sekali lagi??
Rindu sangat dengan mama dan ayah.. rindu rasa hati ini tidak dapat diungkapi..
Hanya doa yang mengiringi dan mengubati kerinduan ini.. 
Kini tidak lagi dapat ku sentuh tangan mu.. wajah mu duhai mama dan ayah..
Hanya potret mu menjadi kenangan dan menemani tidurku setiap hari..

Hanya air mata yang menemani tatkala aku di tikar sejadah mendoakan kalian di sana..
Maaf andai diri ini sering menangis mengenangkanmu..
Aku redha dengan pemergian kalian.. 
Mama Ayah.. 
Andai saja kamu tahu.. 
aku teringin sekali ingin memelukmu.. dan mengatakan aku sayang pada kamu berdua..

Terkenang kembali Ramadhan lalu..
Ketika itu kita bersahur dan berbuka bersama..
Indahnya kenangan itu.. kenangan yang tidak dapat aku lupakan..
Kenangan yang sentiasa bermain2 dalam mindaku..
Kita bergelak ketawa bersama.. bersolat bersama..
YaAllah.. ! rindunya aku pada mama dan ayah !!
Berikan aku kekuatan.. 

Kini, kehidupan aku lalui tanpa mama dan ayah tercinta..
segalanya dilakukan sendiri..
Sepinya hidup tanpa dirimu...
Kenangan hanya tinggal kenangan...
Terasa terlalu pantas ALLAH mengambil kalian berdua dari aku..
Aku masih belum puas bermanja dengan mu..

MAMA..AYAH..
aku disini sentiasa mendoakanmu.. nantikan aku di pintu syurga..
Tika itu.. kita akan bahagia di sana.. aku pasti..

Untukmu.. aku hadiahkan AL-FATIHAH..
semoga kalian aman di sana.. 
aku amat menyayangimu.. 




Sedikit perkongsian mengenai suruhan berbuat baik kepada ibu bapa yang telah sedia ada dalam Al-Quran sendiri :


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS. al-Isra’: 23).


Baginda SAW sendiri amat-amat menitik-beratkan kepentingan berbuat kebaikan kepada ibu dan bapa sehingga terdapat salah satu hadis baginda yang menyebut :


Hadith Pertama

Dari Abdullah bin Amr berkata, “Ada seseorang yang datang kepada Rasulullah seraya berkata, ‘Saya datang demi berbaiat kepadamu untuk berhijrah, namun saya meninggalkan kedua orang tuaku menangis.’ Maka, Rasulullah bersabda, ‘Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau membuat keduanya menangis.’” (HR. Abu Dawud dengan sanad shahih, lihat Shahih Targhib, 2481).


Hadith Kedua

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, dari Rasulullah bersabda, “Dosa-dosa besar adalah berbuat syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh jiwa serta sumpah palsu.” (HR. Bukhari).

Perkongsian diri saya sendiri


 “Kehilangan orang yang terlalu disayangi”

Kisah ini sememangnya adalah kisah benar yang berlaku dalam diri ini tanpa melalui proses edit atau di tokok tambah sekalipun.. huhu. :) mungkin kisah ini adalah kisah2 biasa sahaja mengikut tafsiran sidang pembaca tapi bagi diri ini seakan-akan sesuatu yang sangat2 menguji kecekalan hati dan iman saya kononya.. huhu :). Dengan lafaz nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,  saya mulakan penceritaan kisah saya. 

           Setiap sesuatu yang diciptakan di dunia ini ada mempunyai perkaitan. Begitu juga dengan manusia yang sememangya mempunyai kaitan dengan manusia lain. Bermula dengan zaman nabi Adam a.s sehingga ke zaman ini, manusia tidak terlepas daripada bergantung antara satu sama lain kerana fitrah manusia sendiri yang Allah ciptakan inginkan kasih dan sayang daripada insan lain untuk hidup. Apa yang ingin saya sentuh pada penulisan kali ini adalah mengenai hubungan kekeluargaan. Sebagai mukaddimah cerita saya, sahaja saya ingatkan kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini bahawasanya “ setiap daripada umat islam adalah bersaudara selagi mana mereka meyakini bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah dan Muhammad SAW adalah utusan daripada-Nya”. Justeru itu, sebagai saudara-saudara seislam, kita sewajarnya menyanyangi antara satu sama lain dengan seikhlas yang mungkin. 
           Mana mungkin kita yang dikatakan beragam Islam sanggup membiarkan saudara islam yang lain hanyut dalam arus moden yang serba mencabar ini, sanggup membiarkan saudara sendiri dibiarkan lupa pada ajaran islam yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW yang sangat2 menitik-beratkan akan hubungan persaudaraan dalam Islam. Cukup mudah analogi yang mampu saya beri kepada semua pembaca sekalian. Persaudaraan dalam Islam boleh diibaratkan seperti penumpang-penumpang yang sedang menaiki sebuah bas ekspres untuk sampai ke sebuah destinasi sebagai misalannya ke Jertih, Terengganu.  Justeru itu, sekiranya bas tersebut berhenti rehat atau makan di suatu tempat persinggahan, sudah tentu bas tersebut akan kembali meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju sekiranya bilangan penumpang di dalamnya mencukupi. Mana mungkin, bas tersebut terus berjalan tanpa mempedulikan hal yang berlaku kepada para penumpangnya.


Begitu juga diri kita yang sekiranya menjadi salah seorang dari penumpang tersebut, mana mungkin kita tidak terlepas daripada menjawab pertanyaan daripada konduktor bas tersebut akan ke mana perginya para penumpang yang lain. Hal ini sama dalam konteks persaudaraan kita dalam Islam. Mana mungkin di akhirat kita akan terlepas daripada menjawab pertanyaan Allah Ta’ala akan nasib saudara seislam kita yang tidak terbela walaupun kita punyai peluang dan ruang untuk membelanya. Memetik sebuah hadis daripada nabi Muhammad SAW. “Seorang mu’min adalah cermin bagi mu’min yang lainnya, apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya”. Justeru itu, kita sebagai orang islam harus prihatin terhadap saudara dan saudari islam di sekitar kita. Wallahua’lam.

Berbalik kepada cerita diri saya, maaf sekiranya jauh menyimpang daripada landasan yang ditetapkan.  Saya dilahirkan di sebuah perkampungan di Johor. Dipendekkan cerita, kelahiran saya disambut oleh bidan pada waktu itu dan bukan menggunakan khidmat seorang doktor atau nurse. Wallahua’lam tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Justeru itu, saya sering kali menjadi cucu kesayangan datuk saya. Seingat saya, saya merupakan cucu pilihannya untuk dibawa ke mana-mana sahaja beliau pergi walaupun ke tempat kerja sekalipun. Untuk pengetahuan semua, datuk saya tidaklah bekerja makan gaji seperti pegawai kerajaan seperti hari ini, beliau hanyalah bekerja sendiri sebagai pengutip hasil tanaman kopi. Beliau mempunyai kebun tanaman kopi yang diusahakan sendiri dan beliau telah selamat kembali ke Rahmatullah lebih kurang sewaktu saya dalam tingkatan empat kalau tidak salah saya. Sekiranya ada kelapangan, beliau pasti membawa saya ke mana-mana sahaja beliau pergi lebih-lebih lagi pada sekitar awal pagi untuk bersarapan. Daripada saya masih kecil sehingga melewati usia belasan tahun, saya tetap menjadi cucu pilihan dan kesayangan arwah. Sungguh terlalu banyak kenangan manis bersama arwah yang masih segar dalam ingatan saya.


Antara kenangan terindah saya ialah saya sewaktu saya berumur dalam lingkungan 10-11 tahun yang paling tidak boleh saya lupakan. Pada ketika itu, anak jiran sebelah arwah ada bermain basikal yang baru dibelinya barangkali. Pada ketika itu, naluri kanak-kanak saya yang inginkan hiburan berbentuk kayuhan basikal mudah meresap masuk dalam jiwa ini. Saya yang ketika itu mengadu keinginan saya kepada ibu dan ayah saya untuk ingin mendapatkan khidmat sebuah basikal tidak kesampaian. Lenteran itu, merajuk yang teramatlah saya pada ketika itu, seingat saya, dalam keadaan suasana menangis, meraung dan bersedih yang teramat, saya mula bertindak liar dengan mematahakan pepohon kopi tanaman arwah. Memang seingat saya banyak dedahan kopi yang gugur menyembah bumi pada waktu itu. Namun, arwah tidak sesekali pernah memarahi saya terhadap sikap saya itu. Beliau memang seorang yang sangat2 mengajar saya erti nilai sebuah kesabaran yang sebenar kerana seingat saya menjadi cucu kepada beliau, beliau seorang yang jarang bercakap dan tidak pernah sesekali saya melihat dengan mata saya sendiri sifat marah beliau terhadap ahli keluarga yang lain. Akibat daripada tindakan saya itu, arwah tanpa segan silu telah pun pergi menemui penjaga kepada anak jiran tersebut dan meminjam basikal daripadanya semata-mata untuk diri saya. Arwah sememangnya seorang yang terlalu menyanyangi cucunya tetapi kasih sayang beliau pada saya memang ternyata sangat berbeza sekali sehingga saya merasakan cucu-cucu yang lain turut merasa iri hati terhadap nilai kasih-sayang yang diberikan kepada saya. Mungkin disebabkan faktor kelahiran saya di rumah arwah sendiri yang barangkali menjadi satu-satunya cucu kesayangan arwah berbanding cucu2 yang lain


Terlalu banyak kenangan yang saya rakamkan dalam memori minda saya akan kenangan bersama arwah. Subhanallah..., betapa diri ini sangat2 merindukan diri arwah. :’( antara kenangan yang lain ialah sewaktu makan bersama-sama, beliau sendiri akan memberi atau menuangkan lauk kepada saya walaupun kadang-kadang arwah tidak duduk bersebelahan dengan saya tetapi bertentangan dengan saya. Sebagai contohnya, sekiranya lauk yang dihidangkan berupa ayam goreng atau ikan goreng, maka, beliaulah insan yang mula2 menyalurkan makanan tersebut kepada saya. Kenangan terindah yang lain ialah arawah merupakan seorang datuk yang sangat2 suka menghiburkan cucu-cucunya. Kenangan saya bermain mercun bola bersama arwah memang tetap terpahat di sanubari ini, jarang pada waktu ini seorang datuk yang sanggup menjadi sikap kebudak-budakan seperti arwah semata-mata untuk menghiburkan hati anak2 cucunya. Pada hari kebiasaannya, sewaktu saya masih belajar di sekolah rendah, apabila pulang bercuti di rumah arwah, beliau akan sentiasa mengahadiahkan saya keropok2 ringan yang menjadi makanan kebiasaan golongan kanak-kanak. Kadang2 terhibur di hati ini apabila melihat telatah arwah menyampaikan keropok tersebut itu kepada saya dan cucu2 yang lain. Sebagai makluman, rumah orang2 johor kebiasaannya tinggi, jadi arwah akan sengaja mencampakkannya dari tingkap yang sedia terbuka. Kadang2 kalau bernasib malang, keropok tersebut akan kena di bahagian kepala saya. J memang sangat2 lucu jika dikenangkan kembali telatah arwah. :)


Detik Kematian Arwah

       Sehinggalah pada suatu ketika arwah di angkat pulang oleh Ilahi. Kisah kembalinya arwah kepada Allah sangat2 berbekas di hati ini. Allhurobbi.. :’(... sangat2 sukar untuk saya luahkan kepada para pembaca. Memang saya tidak akan lupa saat2 kematian arwah meninggalkan saya dan ahli keluarga yang lain. Yang paling saya kenangkan ilaha sewaktu arwah sudah terlantar di katil hospital. Akan tetapi keadaan beliau pada masa itu sangat stabil dan susah untuk menyangka bahawa hari tersebut merupakan hari terakhir beliau menjadi penduduk bumi Allah ini. Suasana pada ketika itu sangat2 nyaman. Terasa bahawa Allah akan memanjangkan usia arwah dan memulihkan kesihatannya. Pada ketika itu, anak-anak dan cucu-cucu semuanya berada di wad hospital untuk menziarahi arwah. Memang sarat wad itu pada ketika itu kerana kebanyakan ahli2 keluarga sudah tersedia berhimpun di sana. Apa yang sangat menyentuh hati saya ialah saya langsung tidak menyangka bahawa arwah sempat memanggil2 nama saya walaupun pada ketika itu seingat saya, beliau tidak nampak saya kerana sudah bercampur dan bersesak-sesak dengan ahli keluarga yang lain.
               
        Panggilannya cukup2 membuatkan hati saya sangat2 tersentuh sehingga ke hari ini. Nama saya dipanggil berkali-kali dan emak saya lantas menyuruh saya tampil ke hadapan untuk berjumpa dengan arwah yang sedang sakit pada ketika itu, Apa yang arwah minta kepada saya ialah sesuatu yang saya sendiri tidak sangka. Belaiu hanya meminta saya mengambil sehelai tuala kecil untuk dilapkan ke pipinya. Allahurobbi.. :’( sungguh sedih diri saya pada ketika itu, hanya linangan air mata yang mampu berkomunikasi bersama arwah sedangkan lidah dan lisan saya kaku membisu. Saya memandang wajah arwah dan memerhatikannya seperti arwah seakan-akan cuba memberitahu diri ini yang beliau sangat mengasihi diri saya dan seakan-akan tidak mahu saya pulang meninggalkannya. :’( setelah lama berada di wad tersebut, hari seakan melewati senja, saya meminta izin daripada arwah untuk pulang ke rumah. Sambil bersalaman dengan arwah, masih segar dalam ingatan saya wajah arwah yang menampakkan mata yang merah seperti sedang menahan kesedihan yang amat. 

Pada keesokan harinya, sedang saya bermain bola bersama abang saya, tiba-tiba kami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada saudara berdekatan yang memaklumkan bahawa arwah sudah pergi meninggalkan kita. Ya Allah, memang sukar digambarkan dengan tulisan betapa saya sangat2 bersedih pada ketika itu, emak saya pada ketika itu sudah pun tidak henti2 mengalirkan air mata menagisi kematian ayahnadanya.  Dipendekkan cerita, semasa arwah telah dikafankan, saya tidak langsung menyentuh tubuh arwah sebaliknya hanya memerhatikannya daripada jauh sahaja. Walaupun sudah berkali-kali diarahkan oleh ibu saudara untuk mencium arwah sebagai penghormatan terakhirnya. 


Bukan tidak mahu tetapi hati saya pada ketika itu tidak sekuat hati saya pada masa sekarang. Memang teramat sukar untuk menerima perpisahan yang sangat2 memilukan dan tidak terbayang di fikiran ini. Orang kata air mata lelaki memang sukar untuk jatuh ke bumi namun, diri saya sebaliknya, air mata saya mudah jatuh disebabkan oleh kehilangan seorang datuk yang sangat2 saya kasihi. Wallahua’alam.. betapa saya merindukan arwah.. Insya-Allah, doa saya akan sentiasa mengalir uantuk diri arwah selagi mana saya tetap mengingatinya setiap masa. Kini Ramadhan dan Aidilfitri yang saya lalui seakan-akan kurang meriah dan bermakna dengan ketiadaan arwah.  


Akan tetapi saya tetap bersyukur kerana arwah meninggalkan kami dalam keadaan Islam dan fasih menyebut kalimah”Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Memang teramat jauh sekali dengan kesdihan yang dialami oleh baginda SAW yang mana kematian datuk tercintanya Abdul Muthalib dalam keadaan beliau tidak mahu menerima Islam. .. Syukran ya Allah.. Sekian sahaja coretan saya di blog ini, Insya-Allah akan saya coretkan lagi pengajaran atau peringatan yang berguna kepada diri kita semua selaku umat Muhammad SAW yang dijanjikan oleh Allah dengan sebaik-baik umat. Hargailah insan-insan yang berada di sekitar kita sebelum ucapan salam perpisahan terpaksa kita tuturkan apabila sampai masanya nanti. Semoga sidang pembaca semua dapat menagmbil iktibar daripada kisah-kisah yang saya coretkan di sini. Tidak lupa juga sebuah video mengenai kasih sayang junjungan besar kita Muhammad SAW kepada kita yang telah saya muat turun dalam blog ini. Akhir kalam, yang segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan diri ini selaku hamba yang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan.

Video -----------> Tangisan Muhammad SAW untuk kita.. :'(


3 comments:

  1. menarik.
    teringat arwah atuk dengan nenek.


    sungguh, hati ini rindu.

    ReplyDelete
  2. nice sharing... keep it writing...
    *mata masuk habuk*

    ReplyDelete
  3. syukran sahabat2 semua atas kunjungan.., moga sama2 dapat ambil i'tibar daripada kisah2 benar ini semua.. malu diri ana sedikit sbb ada prkongsian di blog ini yg b'kisarkn kisah yg bnar2 brlaku trhdp diri ana sndri + cara p'olahan pnceritaan yg kurng oke sbb ana bkn sasterawan negara.., cume rakyat jelata yg biasa2 saje....huhu.. :) barakAllahufikum.. (^_^)

    ReplyDelete