Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Sunday, November 11, 2012

KISAH NABI ADAM a.s.



Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini. 

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'"          (QS. al-Baqarah: 30)


Berkenaan dengan ayat tersebut, para mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan: "Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog (at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada sesuatu yang lain." Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)


Mereka bertanya: "Apakah ini adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami bahawa mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?" Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat melalui fitrah mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan kesucian, mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT berfirman:

"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.' Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat: 11)


Apakah seseorang membayangkan bahawa Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya sehingga terjadi dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis dalam kisah Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam. Kita membayangkan bahawa Allah SWT ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya dengan tujuan agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya, namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan keinginan mereka untuk mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan kehairanan mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak segudang pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi yakin dan berserah diri. Firman-Nya:

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)


Ayat tersebut menunjukkan keluasan ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan terhadap Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan mereka untuk mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut. Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia dialam wujud, namun khilafah di muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan. Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab, meskipun kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka terhadap-Nya serta penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu. Setelah beberapa saat para malaikat akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)


Ibnu Abbas membaca ayat tersebut: "Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku). Pengetahuan merupakan tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali pendekatan yang terbaik berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syekh Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita dalam kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut tidak terjadi sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita, manusia." Para malaikat mengetahui bahawa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah,kerana sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.


Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)

Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah dari bumi; di dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam. Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di dalamnya.

Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad: 75-83)

Nabi Adam mengikuti peristiwa yang terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan. Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya. Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang lain. Kemudian alangkah anehnya alasan iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari tanah. Dari mana ia mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di antara keduanya yang paling utama. Dari dialog tersebut, Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakaiatribut keburukan dan sifat yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah SWT.

Barangkali ada seseorang yang bertanya kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut, sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab: "Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter penciptaan mereka, mereka adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan. Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab. Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam. Allah SWT tidak pernah mencabut kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan orang-orang mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti menambah kebesaran kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka. Adam menyedari bahawa kebebasan di alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya. Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu. Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat adalah simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)..   Allah SWT memberinya rahsia kemampuan untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon, ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang terus mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan para malaikat kepadanya. Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para malaikat-Nya dan berkata:

"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. " (QS. al-Baqarah: 31)

Yang dimaksud adalah kebenaran mereka untuk menginginkan khilafah. Para malaikat memperhatikan sesuatu yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun mereka tidak mengenali nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya. Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:

"Maha Suci Engkau." (QS. al-Baqarah: 32)

Yakni, kami menyucikan-Mu dan mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)

Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah: 33)


Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali nama-namanya: "Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:

'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)

Allah SWT ingin berkata kepada para malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.

Para malaikat menyedari bahawa Nabi Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka memahami rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu, pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan ilmu-ilmu mated di muka bumi. Adalah hal yang maklum bahawa kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia terbang sayap yang lain mencegahnya. Nabi Adam mengetahui semua nama-nama dan terkadang ia berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka: Adam berkata: "Mengapa kamu berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu menjawab: "Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di tengah-tengah tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari mana kamu datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT menciptakan aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa Allah menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada Adam tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya: "Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata: "kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam keadaan hidup." Nabi Adam adalah makhluk yang suka kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa mencintainya. 

Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al- Baqarah: 35)


Kita tidak mengetahui tempat syurga ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada mereka sebelum memasuki syurga:

"Dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Baqarah: 35)


Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut, barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga. Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan buah terlarang itu.


Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)

Tidak benar apa yang disebutkan oleh kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa, namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan. Belum selesai Nabi Adam memakan buah tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan, dan rasa malu. Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik indah yang memancar dari dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya. Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:

"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. " (QS. al-A'raf: 25)

Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.

Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha: 115-123)

Sebahagian orang menganggap bahawa Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka -  bahawa setan telah mengusir kedua orang tua mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan
.

Apakah dikatakan kepada kita bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya yang asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di dalamnya. Nabi Adam memahami pelajaran ketiga. Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih. Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi." (QS. al- A'raf: 23)


Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka. Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki dari perut pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.


Nabi Adam mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya yang baik. Allah berfirman: 
:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)

Dikatakan bahawa pembunuh ingin merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu setiap dari mereka menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS. al-Maidah: 27-28)

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam, namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang:

Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang- orang yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)


Selesailah percakapan antara mereka berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan menjatuhkan dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si pembunuh menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak pucat wajahnya. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang akan dikatakannya terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama lalu mengapa ia kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap saudaranya itu di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan jasadnya, dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak diketahui bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba keheningan itu dipecah dengan suara burung yang berteriak sehingga ia merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan seekor burung gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati. Burung gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan. Lalu ia menimbunkannya di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan kembali berteriak. Si pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara kandungnya dan kemudian berteriak:

"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)

Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan saudara kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:

"Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS. al-Qashash: 15)


Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam atas hilangnya salah satu anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka agar berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh saudara kandungnya sendiri. Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu tahun demi tahun datang silih berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi, lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan- dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik dirinya (memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa bintang-bintang juga bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dan lebih muram dari wajah bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati. Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih dan wajahnya yang bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga. Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat menenangkannya. Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu adalah kalimat-kalimat Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya, bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian di muka bumi. Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan kata salam daripada malaikat-malaikat Allah., dan rohnya mencium bau-bauan syurga.

Friday, November 2, 2012

Tangisan Kedua untuk ditangisi



Assalamuailaikum w.b.t. saya ucapkan kepada sidang pembaca yang sudi  bertandang ke blog ini. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini dengan penuh aturan yang maha agung. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan rasul serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.  Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Azza Wajalla, Tuhan kepada diri ini serta semua mahluk yang ada di dunia ini. Satu-satunya tuhan yang layak disembah dan diberikan pengabdian sepenuhnya, kepada-Nyalah kita sembah dan hanya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan. Setelah terlalu lama menyepi dalam penulisan blog, kini saya cuba untuk menukilkan sedikit perkongsian nurani  sekali  lagi kerana pada kali ini, saya akan cuba membawa para pembaca semua ke arah menghayati erti “sebuah kehilangan orang yang tersayang”. Bersama-sama penghujung blog ini ini juga ada saya lampirkan 2 buah video klip mengenai kisah tangisan  Rasulullah S.A.W dan kisah penceritaan  nabi Yunus a.s.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W :

“Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan ahlak yang mulia”



Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai ahlak Rasulullah S.A.W.., beliau menjawab dengan katanya :

 “Sesungguhnya ahlak Rasulullah S.A.W adalah Al-Quran”.

Video yang sangat2 menyentuh hati saya pada setiap kali saya menontonnya. Video klip pertama tersebut adalah mengisahkan kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sangat2 kita cintai dan rindui. Saya mengharapkan agar sidang pembaca semua serta diri ini khususnya akan terkesan di hati melalui penulisan saya pada kali ini. Insya-Allah. Sekadar peringatan bersama, “Kerap kali saya cuba memberi peringatan kepada para hadirin supaya sentiasa melakukan kebaikan adalah bukan bermakna saya adalah orang yang terbaik dalam kalangan kalian, akan tetapi peringatan yang berunsurkan menyeru kepada amar ma’aruf dan nahi mungkar adalah berbalik kepada diri ini juga. Saya cuba untuk mentarbiyahkan diri ini selaku hamba yang sukar untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan, hamba yang teramat-amat dhaif di bumi Allah ini.

Yang demikian adalah kerana sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mu’min mengikuti yang haq (benar) dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka.
 (Surah Muhammad : Ayat 3)

Hai orang-orang mu’min, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Surah Muhammad : Ayat 7)
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mu’min dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan neraka jahannam adalah tempat tinggal mereka.
                                                                                              (Surah Muhammad : Ayat 12)

Dan betapa banyaknya negeri yang (penduduknya) lebih kuat dari pada (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami telah membinasakan mereka, maka tidak ada seorang penolong pun bagi mereka.
(Surah Muhammad : Ayat 12)
(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?
(Surah Muhammad : Ayat 15)


Video kedua adalah video klip nasyid yang mengisahkan perjuangan Nabi Allah Yunus a.s dalam menyebarkan dakwah terhadap kaumnya.. Sungguh tabah hati Nabi Allah ini walaupun sudah berdakwah sekian lama terhadap kaumnya dan kaum2nya turut mengenali dan menyanyangi baginda a.s namun kaum2nya tetap mendustakan ajarannya. Sehinggalah baginda a.s merasa hampa dan pergi membawa hatinya yang duka lara lagi kecewa. Terlalu panjang untuk diceritakan kisahnya. Mungkin pada entri2 yang akan datang akan saya coretkan.. Insya-Allah..  Saya mengharapkan kalian semua mampu mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna dalam entri saya pada kali ini. Sekian, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan Israel-Gaza yer. Salam ukhuwah fillah dan selamat membaca. (^_^)

“ Patutkah menjadi sesuatu yang pelik bagi manusia bahawa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka: "Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka." Orang-orang kafir berkata: "Sesungguhnya orang ini benar-benar adalah tukang sihir yang nyata."
 (Surah Yunus : ayat 2)

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?”
 (Surah Yunus : ayat 3)

“Hanya kepada-Nyalah kamu semuanya akan kembali; sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka. “
(Surah Yunus : ayat 4)


“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak[669]. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. “
(Surah Yunus : ayat 5)


Surah Yunus terdiri atas 109 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah kecuali ayat 40, 94, 95, yang diturunkan pada masa Nabi Muhmmad s.a.w. berada di Madinah. Surah ini dinamai surah Yunus karena dalam surah ini terutamanya ditampilkan kisah Nabi Yunus a.s. dan pengikut-pengikutnya yang teguh imannya.


Pokok-pokok isinya:

1. Keimanan:
Al Quran bukanlah sihir, Allah mengatur alam semesta dari Arasy-Nya; syafa'at hanyalah dengan izin Allah; Wali-wali Allah; wahyu Allah yang menerangkan yang ghaib kepada manusia; Allah menyaksikan dan sentiasa mengawasi perbuatan hamba-hamba-Nya di dunia; Allah  adalah esa ya’ni tidak mempunyai anak. Memang salah sama sekali dakwaan penganut ajaran kristian bahawa Allah ada mempunyai anak yang diutus di dunia ini. Apa yang ana faham mengenai ajaran Kristian adalah wujudnya original sin/ dikenali sebagai dosa warisan (minta diperbetulkan sekiranya ada penganut agama Kristian yang membaca blog ana yang jahil ini.) apa yang difahamkan berkenaan dosa warisan adalah kesalahan yang datang daripada Nabi Adam a.s yang dalam istilah penganut ajarn kristian tidak dapat ana kemukakan kerana dibimbangi takut tersalah. Penganut Kristian percaya bahawa Nabi adam a.s adalah penyebab kepada terjadinya dosa warisan ya’ni kesalahannya memakan buah khuldi dan menyebabkan baginda dikeluarkan dari syurga. Hasil daripada itu, maka lahirlah keturunan  manusia semua kini yang menanggung dosa yang dilakukan pleh baginda a.s. Justeru, JESUS atau dalam Al-Quran sebagai (Nabi Isa a.s Al-Masih) yang lahir tanpa memerlukan seorang ayah, boleh bercakap ketika bayi, boleh menyembuhkan orang sakit, menghidupkan orang mati.., semuanya ada dikisahkan dalam ilmu Islam dan ilmu Kristian sendiri mengikut fahaman pembacaan ana.. wallahua’lam “Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersirat disebalik Al-Quran dan Bible.  Jesus (Isa a.s) diutus ke dunia sebagai anak tuhan mengikut fahaman Kristian bertindak  sebagai penebus dosa warisan umat2 manusia semenjak dari zaman nabi adam a.s hingga kini. Itu adalah fahaman kristian, dalam Islam pula tercatat dalam Al-Quran bahawasanya Nabi Isa bukanlah anak tuhan. Rujukannya boleh dilihat pada keseluruhan surah Al-Ikhlas yang terdapat dalam Al-Quran




“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”.
(Al-Ikhlas :1)

“Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu”

(Al-Ikhlas :2)

“Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." 
                                                                                                                            
                                                                                            (Al-Ikhlas :3)

“Dia tidak sesekali beranak dan sesekali  tidak diperanakkan”
(Al-Ikhlas : 4)


Surah Al-Ikhlas menegaskan kemurnian Allah s.w.t.
Surah ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan sesudah sesudah surat An Naas. Dinamakan Al Ikhlas karena surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.Antara pokok-pokok isinya ialah penegasan tentang kemurnian keesaan Allah S.W.T. dan menolak segala macam kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.


2. Hukum:
Menentukan perhitungan tahun dan waktu dengan perjalanan matahari dan bulan; hukum mengada-adakan sesuatu terhadap Allah dan mendustakan ayat-ayat-Nya.

3. Kisah-kisah:
Kisah Nabi Nuh a.s. dengan kaumnya; Nabi Musa dengan Fir'aun dan tukang-tukang sihir; kisah Bani Israil setelah ke luar dari negeri Mesir; Nabi Yunus a.s. dengan kaumnya.

4. Dan lain-lain:
Manusia ingat kepada Allah di waktu kesukaran dan lupa di waktu senang; keadaan orang-orang baik dan orang-orang jahat di hari kiamat; Al Quran tidak dapat ditandingi; rasul hanya menyampaikan risalah.

Penceritaan Kisah ana bermula….

Ana tinggal di sebuah perkampungan biasa di Melaka.., pada waktu kecil, ana sering mengikut datuk ana pergi berkebun.. biasalah.. zaman kanak-kanak kebiasannya sudah menjadi kebiasan diri ana mendampingi datuk.. Al ma’lum lah semua yer., datuk mana di dunia ini yang tidak sayangkan cucu. walaupun semua manusia berlainan agama. Adanya Islam,Kristian, Buddha, Hindu dan tidak terkecuali juga kepada  yang tidak beragama juga seperti ananisme, seorang datuk tidak akan pernah terlepas daripada memiliki sifat sayangkan cucu. Kerana sifat kasih dan sayang itu memang ciptaan dan kurniaan pencipta manusia sekalian alam ini, Allah SWT.   Datuk yang ana hendak ceritakan di sini ialah datuk di sebelah bapa ana.. beliau merupakan seorang insan yang sangat2 suka berbakti kepada tanah ciptaan Allah SWT. Suka bercucuk-tanam.., dan sekiranya adanya haiwan yang makan hasil tanamannya.., maka diniatkan beliau sekadar sedekah.. Iklan sebentar yer.. “Kita dijadikan daripada unsur tanah dan kepada tanah jualah kita akan dikembalikan”.. huhu.. J



Datuk ana juga memiliki perwatakan yang pelik sama seperti datuk sebelah emak  ana yang telah ana coretkan pada entri blog ana yang lepas..  Apa yang peliknya adalah dalam rumahnya.., dia suka tinggal menyendiri di sebuah tempat yang ana panggil “bawah Kolong” pada ketika itu.., rumah datuk ana adalah rumah biasa sahaja kerana datuk ana merupakan orang susah pada zaman dahulu begitu juga sewaktu zaman kanak-kanak ana bersamanya.., namun, yang memelikkan fikiran ana ialah kolong tersebut kedudukannya berada di satu tempat yang sulit seakan-akan tempat persembunyian orang-orang yang berperang di jalan Allah SWT… “kolong” tersebut sangat2 sempit namun boleh sekadar memuatkan jumlah 5/6 orang sahaja untuk berada di sana… ana sangat2 tersentuh apabila terkenangkan datuk ana sentiasa ‘relax’ walaupun bagi pendapat ana, tempat tersebut sangat panas sehingga terkadang-kadang hampir banyak peluh ana yang keluar bila bersamanya di sananya bersama-sama cucunya yang lain.. Beliau juga merupakan seorang datuk yang amat penyanyang terhadap cucu2nya sama seperti datuk sebelah ibu ana. Kolong tersebut seakan –akan banyak menyimpan rahsia datuk ana.. mungkin tempat tersebut menjadi saksi  akan apa yang dilakukannya berhari-hari di sana walaupun berseorangan diri… Datuk ana mengikut pandangan saya seorang yang sangat baik walaupun sangat tegas dan garang berbanding datuk sebelah ibu ana.. mana tidaknya kerana datuk sebelah ibu ana memiliki anak  sebanyak 9 orang.., yang kini hanya 2 perempuan 3 lelaki (akan tetapi 4 daripadanya telah di ambil nyawa oleh Allah SWT. 2 daripadanya ketika zaman bayi dan 2 lagi pada usia kanak-kanak disebabkan jatuh dalam tempayan mungkin sebab kedegilan mereka sendiri pada usia sebegitu ditambah pula disebabkan sudah tercatit qada’ qadarnya sebegitu rupa.. –mengikut apa yang diceritakan oleh emak dan nenek ana ) manakala datuk sebelah ibu ayah ana pula memiliki anak sebanyak lapan orang dan kesemuanya masih ada di bumi Allah ini sehingga sekarang..



Alhamdulillah J,  hanya seorang sahaja cahaya mata perempuan yang dimiliki oleh datuk ana ini.. iaitu mak long ana yang merupakan kakak sulong terhadap 7 adik lelaki yang lain.. memang tidak tergambar di fikiran saya kesusahan beliau membesarkan anak-anaknya sehingga mereka sudah berkeluarga sendiri + kemiskinan yang mencengkam pada ketika itu”. Justeru itu.., perwatakan datuk ana ialah sangat suka bergurau dengan cucu2nya dan tegas apabila berurusan dengan anak2nya iaitu pak ngah, pak teh, ayah ana, pak itam, pak ndak, pak cik, busu saya pada ketika itu mengikut pemerhatian saya sewaktu bertitlekn kanak-kanak ribena pada masa tersebut. J beliau juga memiliki sifat yang sama seperti ana.., suka bersendiri + berseorangan di tempat yang sunyi pada waktu malam….  Datuk saya juga turut memiliki sebuah “kerusi malas” yang digunakan untuk beristirehat dan membaca Al-Quran dengan kerusi berkenaan.. apa yang menariknya di kerusi tersebut ialah sangat nikmat untuk menggoyangkan badan yang keletihan.. huhu.. J kadang-kadang disebabkan kenakalan nahnu (ana + cucu2 yang lain) yang suka menganggu datuk ana ketika sedang berehat kami akan dimarahi oleh beliau tetapi tidaklah seperti beliau memarahi anak2nya.. beliau marah dengan kasih sayang yang mana kami pada ketika itu tidak pernah serik untuk lepak menganggu datuk.huhu J




 Datuk ana juga sama seperti datuk sebelah emak ana.., suka membelikan  makanan2 ringan sekiranya pulang atau membawa cucu2nya bersama.. datuk saya tidak pernah membezakan cucu2nya dengan cucu yang lain.. beliau melayan cucu2nya sama shaja tanpa membezakan usia… dipendekkan cerita pada ketika datuk ana hendak pergi meninggalkan kami semua berjumpa tuhan pemilik alam ini iaitu Allah SWT, datuk saya sangat2 berpewatakan pelik.. biasalah kalau dikaji orang yang akan pergi meninggalkan dunia Allah yang sementara ini pada kebiasannya akan mempamerkan perwatakan yang sangat2 ganjil/ganjil sedikit berbanding pada kebiasaannya.. ana yang pada ketika itu berusia 5 tahun sangat2 ingtkan kisah tersebut yang saya saksikan di hadapan mata saya sendiri.. memang seram jika direnungkan kembali.. terlebih dahulu ana ingin membetulkan persepsi sebahagian orang pada masa kini yang terkadang salah menilai seseorang.. saya tidak pernah menyindir/ menujukan terhadap sesiapa yang ada membaca entri saya ini.. Cuma sekadar perkongsian ilmu sahaja.., sekiranya telah sampai seseorang bercerita mengenai mimpi yang dimilikinya maka janganlah mudah menilai orang itu pada tahap yang mana.. siapalah kita untuk membaca isi hati orang..


(Kisah benar) ~Nama dirahsiakan bagi mengelakkan dari disalah tafsir dan diselewengkan oleh anasir2 yang xbertanggungjawab.. huhu.. J
Steven Gerrad wrote :  “sekadar nk tye pndpt semua je.. sy prnh b'mmpi brjumpa seorang lelaki b'jubah putih sedang duduk di atas sbuah kerusi dlm keadaan dy t'senyum kt sy.. mmpi tu xlame cume skitar seminit je rase sy... wjh lelaki b'jubh tu sngt2 cntik + mndamaikn.. mmg sngt2 misteri sngt.. sush nk bygkn kt semua.. Allahuakbar.. kwn2 rase siapa yer?? status sy ni bkn nk tnjuk yg b'tuahnye sy dpt mmpi luar biase tu.. mhon sy djauhkn dr sft mzmumah2 sprti riya' n len2.. p'soaln dy mmp tu skjp sngt & dlm mmpi tu sy cume nmpk dy duduk atas krusi n bckground blkg xde pe2.. kosong je.. adekh malaikat maut nk bg wrning kt sy ajal dh dkt..  :(.. mhon bg pndpt yg rasional... :)”

  Zinadine Zidane :  mungkin anda akan diberi rahmat dari Allah..
Steven Gerrad:  erm nth r Zinadine Zidane.. moge dpt jmpe laki b'jubh tu kmbali.. nk tye ye sape..
Messi  : Mimpi adalah mungkin aib atau kelebihan kita .. Elakkan daripada bercerita di halayak .. X semestnya mimpi yg baik bermaksud baik ..Mgkin bermaksud buruk
Steven Gerrad: tu la mhon djauhkn drpd bnda2 yg buruk.. amiin..
Drogba :   .dy suh study . jgn nk men pesbuk je pandai
Torres :   x elok cerite mimpi kita kepada umum
Steven Gerrad:   xpe.. nk tye pndpt je... sy mmg nk delete post ni lps dh rase puas dnga pndpt.. huhu.. Drogba.. ade sy kisah ke?? ~weekk.. ;p
Zinadine Zidane : Good luck Steven Gerrad...
Steven Gerrad: Insya-Allah Zinadine Zidane. hehe.. sy study niat 2 je Zinadine Zidane  kerana Allah n lg 1 nk lulus je., xmtk pown cmrlng.. mhon jgn tiru sape2 yg bce komn ni yer.. huhu..
Torres  : Maaf ye   Steven Gerrad, saya pun dulu pernah buat mcm ni...pastu ade orang beritahu saya bahaya cerita mimpi kat orang ramai. sebabnya,  berkemungkinan ada musuh kita yang akan manipulasi kita berdasarkan mimpi kita...
Steven Gerrad:  xde yg nk d maafkn r Torres t'<3 huhu.. mmg lame tau kalau mmp2 ni xbek citer kt org.. tp just nk mtk pndpt.. ikhlas seyh.. huhu.
Torres  : ok. :-)
Steven Gerrad:  nnt kalau sy mmp naik pelamin sy citer lg kt fb yer .. huhu.. ^_^ gurau-mnyurau je Torres  k.. :)
Cristiano Ronaldo :  ciri2 lain ade ker?
Steven Gerrad : xde Cristiano Ronaldo.. skjp sngt.. tp yg sure dy snyum.., b'jubh putih n muke mmg cntik..
Cristiano Ronaldo :  berserban?
Steven Gerrad :  Cristiano Ronaldo  tp kalau btul2 r dpt jmpe dy balik.. sy hrp dy org bek2 soleh.. yup.. a'ah
Steven Gerrad : tp bkn pe Cristiano Ronaldo.. just saje nk share yg sy slalu m'hrp+doa pd Allah dpt jmpe slh sorg nabi Allah yunus a.s...  tp siapelah sy nk dpt jmpe nabi kn.. tp sy ttp usaha nk jmpe nbi yunus a.s dlm mmp.. moge Allah p'knnknn.. yg laki mstri tu xpsti siape.. wallaahua'lam..
MESSI :   janggut panjang mana? Hehe
 Steven Gerrad :  xingt2.. sy xpst.. cr2 yg sy psti je sy citer..., dy snyum kt sy.., b'jubh+serban.. duk atas kerusi.. wajah cntik +mndmaikn..  tu je.. sbb mmp t'lalu sgkt.. lps tu sy trus t'sedar.. dlm smnit je jmpe dy..
Cristiano Ronaldo :   :  roh kita ni ada 2. ruhul hayah n ruhul tamyiz. so, dlm mimpi, rohul tamyiz tu yg bergerak. Mcm org yg x jaga syariat n slalu sgt buat dosa, mimpi dia agak mengarut sbb berjumpa dgn roh2 yg jahat. mungkin awak jumpa dgn roh yang baik. subhanallah. Kalo menurut Harun din ,mimpi yg benar berlaku 3 kali berturut2. syukur anda di anugerahkan mimpi begitu. Tapi ana sgt cemburu dgn anta jika itu adalah Rasulullah SAW.. itulah harapan semua umat Muhammad, mahu melihat Rasulullah. melihat dlm mimpi umpama melihat Rasulullah semasa jaga.. subhanallah...
TEVEZ :  kalu mimpi samada baik atau buruk, seeloknya bertanya pada alim ulama, para ustaz.. xperlu dihebohkan..
Steven Gerrad : breh TEVEZ.. :)
Steven Gerrad : sy ykin bkn rasullullah s.a.w tp mgkin org2 baik kot.. wallahua'lam... ade ptg asar skali sy bau harumn kjutkn sy solat asar..  tp jrk mmpi tu jauh ckit.. mgkin de kna-mngena gak ngn mmpi tu.. pe2 pown sy hrp jmpe 'dy' balik nk mtk sign.. syukran Cristiano Ronaldo yer.. nnt sng2 jmpe r kt mlake..  lame sngt dh x b'sua.. huhu.. :)
Cristiano Ronaldo :  boleh juga search di internet. ada jer orang kongsi mimpi2 cam awak ni.. baca sekadar tambah pengetahuan.. kalo enta rasa itu Rasulullah , cuba buka kitab syamail muhammadiyah.. ada ciri2 fizikal Rasulullah, kecintaan seluruh penduduk langit dan bumi...
Steven Gerrad : sy lame dh pndmkn mmpi ni.. bkn smlm nyer mmpi.. dh b'buln2.. cume kdg2 wjh dy mngggu fkrn sy.. sy asyk trkngkn dy.. huhu..
Steven Gerrad : x.. sy tau + sy kaji lame dh.. bkn trf sy jmpe rasulullah s.a.w.. siyes ckp.. tp psti dy org bek2 kot.. tkot gak kalau mALAikat maut.. Cristiano Ronaldo rase2 bkn mlkat maut kn.. huhu
Cristiano Ronaldo :  berdoalah agar dipertemukan syeikh.. dalam kisah wali2 Allah, banyak diceritakan tentang perkara2 begini. Malah berjumpa dgn nabi2 sebelum ini. wallahua'lam. selain tu, bila enta byk bersama org2 berilmu dan warak, banyak cerita yg akan mreka kongsikan...See More
Steven Gerrad : llaki tu byk gnggu fkrn sy.. sy slalu sngt t'kngkn dy.. pe yg sy tkot kalau waning dr malaikat maut psl ajal kmatian.. sy prnh sakit eksden mtor  (2x) mmg trauma kdg2 bile pk eksiden.. tp kalau psl kmatian.. mmg lg2 r sy takut sakitnye.. sy tkot sngt nk hdapi kmatian.. :'( nk mtk pndpt Cristiano Ronaldo yg rase2 bkn mlaikat maut kn.. ??
Cristiano Ronaldo :  kalo malaikat maut, bersedialah.. bukankah org yg paling bijak itu mengingati mati? Sahabat2 nabi, mereka cintakan kematian kerana rindukan akhirat. Sebab cintakan kematian dan rindukan akhirat tu lah terbangun empayar Islam 3 perempat dunia... sebab m...See More
Steven Gerrad : Allah.. :'(
Cristiano Ronaldo :  kematian itu sakit, tapi dirasakan indah bagi org beriman+taqwa. umpama 300 mata pedang ditusuk, mana x sakit..huhu.. peringatan buat kita agar segera igt pd Allah. segalanya dalam percaturan Tuhan, manusia x ada campur tgn walau sebesar habuk pun dgn ...See More
Steven Gerrad : sy nk delete dh pos ni.. nnt2 sy jmpe Cristiano Ronaldo kalau de rezki nk mtk pndpt lnjut.. syukran abg Cristiano Ronaldo sbb memahami + kongsi pndpt yg sngt brguna bg sy :) rndu la senior2 mlake yg dh prgi dr ipg ni.. Suarez.., michael ballack.., khairul fahmi che mat., ghaddar ke pe lg sorg yg duk kt white house.. huhu.. nnt kte jmpe raye  adilftri 2013 ke kalo b'ksmptn yer.. bereh?? huhu...
Cristiano Ronaldo :  bereh. xde hal. ok, dah dgn pendapat org baru delete.. :)
Steven Gerrad : sorry.. sy mmg fhm sngt ksn bruk citer ksh mmp ni kt public..org pndg serong/slh tfsir sume.. tp sbb xthn sbb fkrn byk b'celaru dsbbkn wjh  llaki b'jubh tu.. smpai mkn.., mnum.., exam sume xleh nk fokus.. huhu.. :) Cristiano Ronaldo still pkai no lame kn.. ??
Cristiano Ronaldo :   ok la tu. ust haron din tu cerita mimpi jumpa Rasulullah, relax jer..:) aah, Still pakai no lama. xyh call la. jmpe nnti kita smbg lama..:)
Steven Gerrad : eh x ah.. nk surekn je.. xgnggu pown Cristiano Ronaldo mlm2 ni nk kol.. huhu.. lgpown esok exam.. k2.. lg10 mnit xde sape bg pndpt lg sy delet je post ni.. syukran akhi Cristiano Ronaldo.. barakAllahufik.. :)  


Analoginya cukup mudah untuk ana sampaikan.. sekiranya ana menyatakan ana tidak suka terhadap orang tersebut kerana beberapa sikapnya yang meluat/menyampah namun jauh dalam lubuk hati ana yang ana sangat2 sayangkannya kerana Allah SWT.. ambillah hadith yang terdapat di blog ana ini “ Seseorang mukmin adalah cermin……….” Justeru.., sebagai individu muslim, suka untuk ana katakan haram kalau kita wujudkan sifat dendam/ benci terhadap seseorang walaupun beliau memang pada hakikatnya berperwatakan yang sangat2 menyampah seperti suka menjatuhkan aib orang dihadapan orang ramai dan lain2 namun sebagai orang islam kita tetap bersaudara di bawah satu payung yang sama iaitu Islam.. Ingatlah semua..,  kalau kita ada berbalah/bersepak penampar dengan sesama islam, maka berdamailah semula kerana pernah saya terbaca hadith nabi muhammad SAW yang menyatakan bahawasanya sekiranya kamu beriman.., maka damaikanlah antara dua kaum kamu yang bertelagah… wallahua’lam.. mohon diperbetulkan.., sekiranya salah hadith berkenaan.., jangan menyalahkan saya yer.., sebaliknnya ambillah pengajaran atau hikmah terhadap kesalahan yang ana lakukan yang terkandung dalam hadith berkenaan.


Hakikatnya kita sebagai umat Islam.. harus bersyukur kerana kita lahir sebagai orang islam dan masih ramai lagi orang yang tidak mendapat hidayah (petunjuk) untuk menerima/memeluk islam yang mulia…  Kita juga perlu sedar bahawasanya sekiranya kita bermusuh terhadap sesama islam.. maka kita tetap sujud di bawah satu kiblat yang sama iaitu Kaabah Allah  SWT.. begitulah hikmahnya jika diamati mengapa kaabah menjadi kiblat umat islam sehingga ada orang kristian mempertikaikan sekiranya menyembah kaabah..,andai kata umat islam berada pada satu barisan saf yang lurus menghadap betul2 dihadapan Kaabah Allah SWT sehingga saf tersebut terlebih dan terkeluar daripada lingkungan keluasan kaabah maka adakah sah sembahyang orang islam tersebut jika tidak menyembah kaabah.. suka untuk saya betulkan fahaman sahabat2 bukan islam yang dikasihi yang terbaca entri blog ana ini.. “UMAT ISLAM BUKAN MENYEMBAH KAABAH KERANA KAABAH BUKANLAH TUHAN PENCIPTA ALAM INI.., akan tetapi ia adalah suruhan ALLAH YANG DISAMPAIKAN MENERUSI RASUL2nya nabi2 Allah musa (MOSES).., Isa (JESUS).., sulaiman (SOLOMON)..,Ibrahim (Abraham) , Ismail (Ishamel).. dan lain2 lagi. lebih2 lagi pelengkap rasul2 iaitu MUHAMMAD S.A.W yang menyempurnakan ajaran2 yang dibawakan oleh rasul2 sebelumnya seperti JESUS dan menyempurnakan semua ajaran yang dibawa iaitu ISLAM yang bermaksud ‘ sejahtera’ dan juga bertindak sebagai Nabi terakhir di bumi ini… tidak akan wujud nabi sesudah baginda dan teramatlah rugi sekiranya masih ramai yang masih tidak mempercayai ajaran Islam lebih2 lagi pengikut JESUS yang beragama Kristian (pengikut Nabi Isa a.s yang diceritakan kisahnya dalam Al-Quran). 



Allahuakbar.. maaf sekiranya menyimpang daripada penceritaan ana.., Insya-Allah akan ana ceritakan kisah2 nabi Allah pada entri2 yang akan datang… moga dipermudahkannya.. berbalik kepada penceritaan ana.. datuk ana pada ketika itu berkata kepada nenek ana yang dia menyatakan “kenapa ramai  sangat orang berpakaian jubah putih di luar rumah..ada apa kat situ??, marilah kita pulang ke rumah kita sendiri” yang pada ketika itu tiada seorang pown yang  berjubah putih di luar rumah dan hakikatnya memang rumahnya sendiri pown pada ketika itu.., ini adalah kisah benar yang diceritakan nenek saya kepada saya (mohon doakan nenek saya yang sakit keuzuran di rumahnya sehingga sekarang).. :’( :’( :’( :’( :’(  namun apa yang nenek saya lakukan adalah menenangkan datuk saya pada ketika itu…  biasalah orang yang sedang nazak.. namun apa yang saya sangat2 tersentuh pada ketika itu ialah datuk saya fasih mengikut bacaan yaasin orang yang mebacakan untuknya pada ketika itu walau sudah nazak ketika itu…:’) :’) :’)  :’) :’):’) :’) sehinggalah ajal menjemputnya beliau fasih melafazkan kalimah syahadah yang mulia iaitu  “Tiada tuhan melainkan Allah SWT dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah”..
Orang kata air mata lelaki memang sukar untuk jatuh ke bumi namun, diri saya sebaliknya, air mata saya mudah jatuh disebabkan oleh kehilangan seorang datuk yang sangat2 saya kasihi. Wallahua’alam.. betapa saya merindukan arwah.. Insya-Allah, doa saya akan sentiasa mengalir untuk diri arwah selagi mana saya tetap mengingatinya setiap masa. Kini Ramadhan dan Aidilfitri yang saya lalui seakan-akan kurang meriah dan bermakna dengan ketiadaan arwah. 



Akan tetapi saya tetap bersyukur kerana arwah meninggalkan kami dalam keadaan Islam dan fasih menyebut kalimah”Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Memang teramat jauh sekali dengan kesdihan yang dialami oleh baginda SAW yang mana kematian datuk tercintanya Abdul Muthalib dalam keadaan beliau tidak mahu menerima Islam. .. 

Syukran ya Allah.. Sekian sahaja coretan saya di blog ini, Insya-Allah akan saya coretkan lagi pengajaran atau peringatan yang berguna kepada diri kita semua selaku umat Muhammad SAW yang dijanjikan oleh Allah dengan sebaik-baik umat. Hargailah insan-insan yang berada di sekitar kita sebelum ucapan salam perpisahan terpaksa kita tuturkan apabila sampai masanya nanti. Semoga sidang pembaca semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang saya coretkan di sini. Tidak lupa juga sebuah video mengenai kasih sayang junjungan besar kita Muhammad SAW kepada kita yang telah saya muat turun dalam blog ini. Akhir kalam, yang segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan diri ini selaku hamba yang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesahan terhadap Allah.. dan sesama mahluk.. J