Allah SWT berkehendak untuk
menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan
dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang
mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama
datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di
dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan
pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan
perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang
pertama. Demikianlah yang kami yakini.
Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah
s.a.w tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau
menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa?
Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia
menjadi rasul bagi anak-anaknya."
Tabir penciptaan disingkap di
tengah-tengah para malaikat-Nya. Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi' Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan
khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan
Engkau ?'Tuhan berfirman: 'Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)
Berkenaan dengan ayat tersebut, para
mufasir memberikan komentar yang beragam. Dalam tafsir al-Manar disebutkan:
"Sesungguhnya ayat- ayat ini termasuk ayat-ayat mutasyabihat yang tidak
dapat ditafsirkan zahirnya. Sebab, di lihat dari ketentuan dialog
(at-Takhathub) ia mengandung konsultasi dari Allah SWT. Tentu yang demikian itu
mustahil bagi-Nya. Di samping itu, ia juga mengandung pemberitahuan dari-Nya
kepada para malaikat yang kemudian diikuti dengan penentangan dan perdebatan
dari mereka. Hal seperti ini tidak layak bagi Allah SWT dan bagi para
malaikat-Nya. Saya lebih setuju untuk mengalihkan makna cerita tersebut pada
sesuatu yang lain." Sedangkan dalam tafsir al-Jami' li Ahkamil Qur'an
disebutkan: "Sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada para
malaikat-Nya, bahawa jika Dia menjadikan ciptaan di muka bumi maka mereka akan
membuat kerosakan dan menumpahkan darah." Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi, " (QS. al-Baqarah: 30)
Mereka bertanya: "Apakah ini
adalah khalifah yang Engkau ceritakan kepada kami bahawa mereka akan membuat
kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah, ataukah khalifah selainnya?"
Dalam tafsir Fi Zhilalil Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya para malaikat
melalui fitrah mereka yang suci yang tidak membayangkan kecuali kebaikan dan
kesucian, mereka mengira bahawa tasbih dan menguruskan Allah adalah puncak dari
segala wujud. Puncak ini terwujud dengan adanya mereka, sedangkan pertanyaan
mereka hanya menggambarkan kehairanan mereka, bukan berasal dari penentangan
atau apa pun juga."
Kita melihat bagaimana para mufasir
berijtihad untuk menyingkap hakikat, lalu Allah SWT menyingkapkan kedalaman
dari Al-Quran pada masing-masing dari mereka. Kedalaman Al-Quran sangat
mengagumkan. Kisah tersebut disampaikan dalam gaya dialog, suatu gaya yang
memiliki pengaruh yang kuat. Tidakkah Anda melihat bahawa Allah SWT berfirman:
"Kemudian Dia menuju langit dan
langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:
Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.'
Keduanya menjawab: 'Kami datang dengan suka hati.'" (QS. Fushshilat: 11)
Apakah seseorang membayangkan bahawa
Allah SWT berbicara dengan langit dan bumi, dan bumi dan langit pun menjawabnya
sehingga terjadi dialog ini di antara mereka? Sesungguhnya Allah SWT
memerintahkan langit dan bumi sehingga keduanya taat. Allah SWT menggambarkan
apa yang terjadi dengan gaya dialog hanya untuk meneguhkan dalam fikiran dan
menegaskan maknanya serta penjelasannya. Penggunaan gaya dramatis dalam kisah
Nabi Adam mengisyaratkan makna yang dalam. Kita membayangkan bahawa Allah SWT
ketika menetapkan penciptaan Nabi Adam, Dia memberitahukan kepada malaikat-Nya
dengan tujuan agar mereka bersujud kepadanya, bukan dengan tujuan mengambil
pendapat mereka atau bermusyawarah dengan mereka. Maha Suci Allah SWT dari hal
yang demikian itu. Allah SWT memberitahukan mereka bahawa Dia akan menjadikan
seorang hamba di muka bumi, dan bahawa khalifah ini akan mempunyai keturunan
dan cucu-cucu, di mana mereka akan membuat kerosakan di muka bumi dan
menumpahkan darah di dalamnya. Lalu para malaikat yang suci mengalami
kebingungan. Bukankah mereka selalu bertasbih kepada Allah dan mensucikan-Nya,
namun mengapa khalifah yang terpilih itu bukan termasuk dari mereka? Apa rahsia
hal tersebut, dan apa hikmah Allah dalam masalah ini? Kebingungan malaikat dan
keinginan mereka untuk mendapatkan kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi, dan
kehairanan mereka tentang penghormatan Adam dengannya, dan masih banyak
segudang pertanyaan yang tersimpan dalam diri mereka. Namun Allah SWT segera
menepis keraguan mereka dan kebingungan mereka, dan membawa mereka menjadi
yakin dan berserah diri. Firman-Nya:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang kamu tidak ketahui." (QS. al-Baqarah: 30)
Ayat tersebut menunjukkan keluasan
ilmu Allah SWT dan keterbatasan ilmu para malaikat, yang kerananya mereka dapat
berserah diri dan meyakini kebenaran kehendak Allah. Kita tidak membayangkan
terjadinya dialog antara Allah SWT dan para malaikat sebagai bentuk pengutusan
terhadap Allah dan penghormatan terhadap para malaikat- Nya. Dan kita meyakini
bahawa dialog terjadi dalam diri malaikat sendiri berkenaan dengan keinginan
mereka untuk mengembang khilafah di muka bumi, kemudian Allah SWT memberitahu
mereka bahawa tabiat mereka bukan disiapkan untuk hal tersebut. Sesungguhnya tasbih pada Allah SWT dan
menyucikan-Nya adalah hal yang sangat mulia dialam wujud, namun khilafah di
muka bumi bukan hanya dilakukan dengan hal itu. Ia memerlukan karakter yang
lain, suatu karakter yang haus akan pengetahuan dan lumrah baginya kesalahan.
Kebingungan atau kehairanan ini, dialog yang terjadi dalam jiwa para malaikat
setelah diberitahu tentang penciptaan Nabi Adam, semua ini layak bagi para
malaikat dan tidak mengurangi kedudukan mereka sedikit pun. Sebab, meskipun
kedekatan mereka dengan Allah SWT dan penyembahan mereka terhadap-Nya serta
penghormatan-Nya kepada mereka, semua itu tidak menghilangkan kedudukan mereka
sebagai hamba Allah SWT di mana mereka tidak mengetahui ilmu Allah SWT dan
hikmah-Nya yang tersembunyi, serta alam ghaibnya yang samar. Mereka tidak
mengetahui hikmah-Nya yang tinggi dan sebab-sebab perwujudannya pada sesuatu. Setelah beberapa saat para malaikat
akan memahami bahawa Nabi Adam adalah ciptaan baru, di mana dia berbeza dengan
mereka yang hanya bertasbih dan menyucikan Allah, dan dia pun berbeza dengan
haiwan- haiwan bumi dan makhluk-makhluk yang ada di dalamnya yang hanya
menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Sesungguhnya Nabi Adam akan menjadi
ciptaan baru dan keberadaannya disertai dengan hikmah yang tinggi yang tidak
ada seorang pun mengetahuinya kecuali Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin
dan manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku." (QS. adz-Dzariyat: 56)
Ibnu Abbas membaca ayat tersebut:
"Liya'rifuun" (agar mereka mengenal Aku). Pengetahuan merupakan
tujuan dari penciptaan manusia. Dan barangkali pendekatan yang terbaik
berkenaan dengan tafsir ayat tersebut adalah apa yang disampaikan oleh Syekh
Muhammad Abduh: "Dialog yang terdapat dalam ayat tersebut adalah urusan
Allah SWT dengan para malaikat-Nya di mana Dia menggambarkan kepada kita dalam
kisah ini dengan ucapan, pertanyaan, dan jawapan. Kita tidak mengetahui hakikat
hal tersebut. Tetapi kita mengetahui bahawa dialog tersebut tidak terjadi
sebagaimana lazimnya yang dilakukan oleh sesama kita, manusia." Para malaikat mengetahui bahawa Allah
SWT akan menciptakan khalifah di muka bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya
kepada mereka secara terperinci. Dia memberitahukan bahawa Dia akan menciptakan
manusia dari tanah. Maka ketika Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh di
dalamnya, para malaikat harus bersujud kepadanya. Yang harus difahami bahawa
sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan sujud ibadah,kerana sujud
ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari
tanah.' Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya
roh (ciptaan)Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu
seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri
dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (QS. Shad: 71-74)
Allah SWT mengumpulkan segenggam tanah
dari bumi; di dalamnya terdapat yang berwarna putih, hitam, kuning, coklat dan
merah. Oleh kerana itu, manusia memiliki beragam warna kulit. Allah SWT
mencampur tanah dengan air sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari
lumpur hitam yang diberi bentuk. Dari tanah inilah Allah menciptakan Nabi Adam.
Allah SWT menyempurnakannya dengan kekuasaan-Nya lalu meniupkan roh-Nya di
dalamnya, kemudian bergeraklah tubuh Nabi Adam dan tanda kehidupan mulai ada di
dalamnya.
Selanjutnya, Nabi Adam membuka kedua
matanya dan ia melihat para malaikat semuanya bersujud kepadanya, kecuali satu
makhluk yang berdiri di sana. Nabi Adam tidak tahu siapakah makhluk yang tidak
mahu bersujud itu. Ia tidak mengenal namanya. Iblis berdiri bersama para
malaikat tetapi ia bukan berasal dari golongan mereka. Iblis berasal dari
kelompok jin. Allah SWT menceritakan kisah penolakan Iblis untuk sujud kepada
Nabi Adam pada beberapa surah. Allah SWT berfirman:
"Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa
yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua
tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk
orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya,
kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.'
Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah
orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari
pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang
diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari
kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka
semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (QS. Shad:
75-83)
Nabi Adam mengikuti peristiwa yang
terjadi di depannya. Ia merasakan suasana cinta, rasa takut, dan kebingungan.
Nabi Adam sangat cinta kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan
memuliakannya dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk sujud kepadanya.
Adam juga merasa takut saat melihat Allah SWT marah terhadap iblis dan
mengusirnya dari pintu rahmat-Nya. Ia merasakan kebingungan ketika melihat
makhluk ini yang membencinya, padahal ia belum mengenalnya. Makhluk itu
membayangkan bahawa ia lebih baik dari Nabi Adam, padahal tidak ada bukti yang
menunjukkan bahawa salah satu dari mereka lebih baik dibandingkan dengan yang
lain. Kemudian alangkah anehnya alasan
iblis. Ia membayangkan bahawa api lebih baik dari tanah. Dari mana ia
mendapatkan ilmu ini? Seharusnya ilmu ini berasal dari Allah SWT kerana Dialah
yang menciptakan api dan tanah dan mengetahui mana di antara keduanya yang
paling utama. Dari dialog tersebut, Nabi Adam
mengetahui bahawa iblis adalah makhluk yang memakaiatribut keburukan dan sifat
yang tercela. Ia meminta kepada Allah SWT agar mengekalkannya sampai hari
kebangkitan. Iblis tidak ingin mati. Namun Allah SWT mengetahui bahawa ia akan
tetap hidup sampai hari yang ditentukan. Ia akan hidup sampai menjemput ajalnya
dan kemudian mati. Nabi Adam mengetahui bahawa Allah SWT telah melaknat iblis dan
telah mengusirnya dari rahmat-Nya. Akhirnya, Nabi Adam mengetahui musuh
abadinya. Nabi Adam bingung dengan kenekatan musuhnya dan kasih sayang Allah
SWT.
Barangkali ada seseorang yang bertanya
kepada saya: "Mengapa Anda tidak meyakini terjadi dialog antara Allah SWT
dan para malaikat-Nya dan Anda cenderung menakwilkan ayat-ayat tersebut,
sedangkan Anda menerima adanya dialog antara Allah dan iblis." Saya jawab:
"Sesungguhnya akal menunjukkan kita kepada kesimpulan tersebut. Terjadinya
dialog antara Allah SWT dan para malaikat-Nya adalah hal yang mustahil kerana
para malaikat suci dari kesalahan dan dosa dan keinginan-keinginan manusiawi
yang selalu mencari ilmu. Sesuai dengan karakter penciptaan mereka, mereka
adalah pasukan yang setia dan mulia. Adapun iblis ia terikat dan tunduk
terhadap ketentuan agama, dan karakternya sebagai jin mendekati karakter jenis
ciptaan Nabi Adam. Dengan kata lain, bahawa jin dapat beriman dan dapat juga
menjadi kafir. Sesungguhnya kecenderungan agama mereka dapat saja tidak berfungsi
ketika mereka tertipu oleh kesombongan yang palsu sehingga mereka mempunyai
gambaran yang salah. Maka dari sisi inilah terjadi dialog. Dialog di sini
bererti kebebasan. Tabiat manusia dan jin cenderung untuk menggunakan
kebebasannya, sedangkan tabiat para malaikat tidak dapat menggunakan kebebasan.
Nabi Adam menyaksikan secara langsung - setelah penciptaannya - kadar kebebasan
yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang terkena tanggungjawab.
Terjadinya pelajaran ini di depan Nabi Adam mengandung maksud yang dalam. Allah SWT tidak pernah mencabut
kebebasan yang diberikan-Nya kepada iblis. Namun pada akhirnya, iblis tetap
sebagai hamba yang kafir. Iblis benar-benar menolak untuk sujud kepada Nabi
Adam. Allah SWT mengetahui bahawa ia akan menolak untuk sujud kepada Nabi Adam
dan akan menentang-Nya. Bisa saja Allah SWT menghancurkannya atau mengubahnya
menjadi tanah namun Allah memberikan kebebasan kepada makhluk-makhluk-Nya yang
dibebani tanggung jawab. Dia memberikan kepada mereka kebebasan mutlak sehingga
mereka bisa saja menolak perintah-Nya. Tetapi yang perlu diperhatikan bahawa
keingkaran orang-orang kafir dan orang-orang yang bermaksiat kepada- Nya tidak
bererti mengurangi kebesaran kerajaan-Nya dan sebaliknya, keimanan orang-orang
mukmin dan kepatuhan orang-orang yang taat tidak bererti menambah kebesaran
kekuasaan-Nya. Semua itu kembali kepada mereka. Adam menyedari bahawa kebebasan di
alam wujud adalah merupakan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya.
Allah SWT memberikan balasan yang setimpal atas penggunaan kebebasan itu.
Setelah mempelajari pelajaran kebebasan, Nabi Adam mempelajari pelajaran kedua
dari Allah SWT, yaitu ilmu. Nabi Adam mengetahui bahawa iblis adalah simbol
kejahatan di alam wujud. Sebagaimana ia mengetahui bahawa para malaikat adalah
simbol kebaikan, sementara ia belum mengenal dirinya saat itu. Kemudian Allah
SWT memberitahukan kepadanya tentang hakikatnya, hikmah penciptaannya, dan
rahsia penghormatannya. Allah SWT berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam
nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31).. Allah SWT memberinya rahsia kemampuan
untuk meringkas sesuatu dalam simbol-simbol dan nama-nama. Allah SWT
mengajarinya untuk menamakan benda-benda: ini burung, ini bintang, ini pohon,
ini awan, dan seterusnya. Nabi Adam mempelajari semua nama-nama tersebut. Yang
di maksud dengan nama-nama di sini adalah ilmu dan pengetahuan. Allah SWT
menanamkan pengetahuan yang luas dalam jiwa Nabi Adam dan keinginan yang terus
mendorongnya untuk mengetahui sesuatu. Hasrat untuk menggali ilmu dan belajar
juga diwariskan kepada anak- anaknya Nabi Adam. Inilah tujuan dari penciptaan
Nabi Adam dan inilah rahsia di balik penghormatan para malaikat kepadanya.
Setelah Nabi Adam mempelajari nama benda-benda; kekhususannya dan
kemanfaatannya, Allah SWT menunjukkan benda-benda tersebut atas para
malaikat-Nya dan berkata:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama
benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar. " (QS.
al-Baqarah: 31)
Yang dimaksud adalah kebenaran mereka
untuk menginginkan khilafah. Para malaikat memperhatikan sesuatu yang
ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mereka, namun mereka tidak mengenali
nama-namanya. Mereka mengakui di hadapan Allah SWT tentang kelemahan mereka untuk
menamai benda-benda tersebut atau memakai simbol-simbol untuk mengungkapkannya.
Para malaikat berkata sebagai bentuk pengakuan terhadap ketidakmampuan mereka:
"Maha Suci Engkau." (QS.
al-Baqarah: 32)
Yakni, kami menyucikan-Mu dan
mengagungkan-Mu.
"Tidak ada yang kami ketahui
selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Baqarah: 32)
Yakni, mereka mengembalikan semua ilmu
kepada Allah SWT. Allah SWT berkata kepada Adam:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada
mereka nama-nama benda ini." (QS. al-Baqarah: 33)
Kemudian Nabi Adam memberitahu mereka
setiap benda yang Allah SWT tunjukkan kepada mereka dan mereka tidak mengenali
nama-namanya: "Dan Dia mengajarkan kepada Adam
nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para
malaikat itu lalu berfirman: 'Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika
kamu memang orang-orang yang benar.' Mereka menjawab:
'Maha Suci Engkau. Tidak ada yang kami
ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: 'Hai Adam,
beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah
diberitahukannya kepada mereka nama benda-benda itu, Allah berfirman: 'Bukankah
sudah Kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan
bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?'"(QS. al-Baqarah: 31-33)
Allah SWT ingin berkata kepada para
malaikat, bahawa Dia mengetahui kehairanan yang mereka tunjukkan, ketika Dia
memberitahu mereka tentang penciptaan Nabi Adam sebagaimana Dia mengetahui
kebingungan yang mereka sembunyikan dan sebagaimana juga Dia mengetahui
kemaksiatan dan pengingkaran yang disembunyikan oleh iblis.
Para malaikat menyedari bahawa Nabi
Adam adalah makhluk yang mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui. Ini
adalah hal yang sangat mulia. Dan para malaikat mengetahui, mengapa Allah
memerintahkan mereka untuk bersujud kepadanya sebagaimana mereka memahami
rahsia penciptaannya sebagai khalifah di muka bumi, di mana ia akan
menguasainya dan memimpin di dalamnya dengan ilmu dan pengetahuan. Yaitu,
pengetahuan terhadap Sang Pencipta yang kemudian dinamakan dengan Islam atau
iman. Para malaikat pun mengetahui sebab-sebab kemakmuran bumi dan
pengubahannya dan penguasaannya, serta semua hal yang berkenaan dengan
ilmu-ilmu mated di muka bumi. Adalah hal yang maklum bahawa
kesempurnaan manusia tidak akan terwujud kecuali dengan pencapaian ilmu yang
dengannya manusia dapat mengenal Sang Pencipta, dan ilmu-ilmu yang berkenaan
dengan alam. Jika manusia berhasil di satu sisi, namun gagal di sisi yang lain
maka ia laksana burung yang terbang dengan sayap satu di mana setiap kali ia
terbang sayap yang lain mencegahnya. Nabi Adam mengetahui semua nama-nama
dan terkadang ia berbicara bersama para malaikat, namun para malaikat
disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, Adam merasa
kesepian. Kemudian Adam tidur dan tatkala ia bangun ia mendapati seorang
perempuan yang memiliki mata yang indah, dan tampak penuh dengan kasih sayang.
Kemudian terjadilah dialog di antara mereka: Adam berkata: "Mengapa kamu
berada di sini sebelum saya tidur." Perempuan itu menjawab:
"Ya." Adam berkata: "Kalau begitu, kamu datang di tengah-tengah
tidurku?" Ia menjawab: 'Ya." Adam bertanya: "Dari mana kamu
datang?" Ia menjawab: "Aku datang dari dirimu. Allah SWT menciptakan
aku darimu saat kamu tidur." Adam bertanya: "Mengapa Allah
menciptakan kamu?" Ia menjawab: "Agar engkau merasa tenteram
denganku." Adam berkata: "Segala puji bagi Allah. Aku memang
merasakan kesepian."
Para malaikat bertanya kepada Adam
tentang namanya. Nabi Adam menjawab: "Namanya Hawa." Mereka bertanya:
"Mengapa engkau menamakannya Hawa, wahai Adam?" Adam berkata:
"kerana ia diciptakan dariku saat aku dalam keadaan hidup." Nabi Adam adalah makhluk yang suka
kepada pengetahuan. Ia membagi pengetahuannya kepada Hawa, di mana ia
menceritakan apa yang diketahuinya kepada pasangannya itu, sehingga Hawa
mencintainya.
Allah SWT berfirman:
"Dan Kami berfirman: 'Hai Adam,
tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya
yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati
pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS.
al- Baqarah: 35)
Kita tidak mengetahui tempat syurga
ini. Al-Quran tidak membicarakan tempatnya, dan para mufasir berbeza pendapat
tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: "Itu adalah syurga yang bakal
dihuni oleh manusia (jannah al-Ma'wa) dan tempatnya di langit." Namun
sebahagian lagi menolak pendapat tersebut. Sebab jika ia adalah jannah al-Ma'wa
maka iblis tidak dapat memasukinya dan tidak akan terjadi kemaksiatan di
dalamnya. Sebahagian lagi mengatakan: "Ia adalah syurga yang lain, yang
Allah ciptakan untuk Nabi Adam dan Hawa." Bahkan ada juga yang berpendapat
bahawa ia adalah syurga (taman) dari taman-taman bumi yang terletak di tempat
yang tinggi. Dan sekelompok mufasir yang lain menganjurkan agar kita menerima
ayat tersebut apa adanya dan menghentikan usaha untuk mencari hakikatnya. Kami
sendiri sependapat dengan hal ini. Sesungguhnya pelajaran yang dapat kita ambil
berkenaan dengan penentuan tempatnya tidak sedikit pun menyamai pelajaran yang
dapat kita ambil dari apa yang terjadi di dalamnya.
Nabi Adam dam Hawa memasuki syurga dan
di sana mereka berdua merasakan kenikmatan manusiawi semuanya. Di sana mereka
juga mengalami pengalaman-pengalaman yang berharga. Kehidupan Nabi Adam dan
Hawa di syurga dipenuhi dengan kebebasan yang tak terbatas. Dan Nabi Adam
mengetahui makna kebahagiaan yang ia rasakan pada saat ia berada di syurga
bersama Hawa. Ia tidak lagi mengalami kesepian. Ia banyak menjalin komunikasi
dengan Hawa. Mereka menikmati nyanyian makhluk, tasbih sungai-sungai, dan muzik
alam sebelum ia mengenal bahawa alam akan disertai dengan penderitaan dan
kesedihan. Allah SWT telah mengizinkan bagi mereka untuk mendekati segala
sesuatu dan menikmati segala sesuatu selain satu pohon, yang barangkali ia
adalah pohon penderitaan atau pohon pengetahuan. Allah SWT berkata kepada
mereka sebelum memasuki syurga:
"Dan janganlah kamu dekati pohon
ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS.
al-Baqarah: 35)
Nabi Adam dan Hawa mengerti bahawa mereka dilarang untuk memakan sesuatu dari pohon ini, namun Nabi Adam adalah
manusia biasa, dan sebagai manusia ia lupa dan hatinya berbolak-balik serta
tekadnya melemah. Maka iblis memanfaatkan kemanusiaan Nabi Adam dan
mengumpulkan segala kedengkiannya yang disembunyikan dalam dadanya. Iblis terus
berusaha membangkitkan waswas dalam diri Nabi Adam.
Apakah aku akan menunjukkan kepadamu
pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan sirna? Nabi Adam bertanya-tanya
dalam dirinya. Apa yang akan terjadi seandainya ia memakan buah tersebut,
barangkali itu benar-benar pohon keabadian. Nabi Adam memang memimpikan untuk
kekal dalam kenikmatan dan kebebasan yang dirasakannya dalam syurga. Berlalulah waktu di mana Nabi Adam dan
Hawa sibuk memikirkan pohon itu. Kemudian pada suatu hari mereka menetapkan
untuk memakan pohon itu. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah mengingatkan mereka
agar tidak mendekatinya. Mereka lupa bahawa iblis adalah musuh mereka sejak
dahulu. Nabi Adam menghulurkan tangannya ke pohon itu dan memetik salah satu
buahnya dan kemudian memberikannya kepada Hawa. Akhirnya mereka berdua memakan
buah terlarang itu.
Allah SWT berfirman:
"Dan derhakalah Adam kepada Tuhan
dan sesatlah ia." (QS. Thaha: 121)
Tidak benar apa yang disebutkan oleh
kitab-kitab kaum Yahudi bahawa Hawa menggoda Nabi Adam yang kerananya ia
bertanggungjawab terhadap pemakanan buah itu. Nas Al-Quran tidak menyebut Hawa,
namun ia menyebut Nabi Adam sebagai orang yang bertanggungjawab atas apa yang
terjadi. Demikianlah setan disalahkan dan Nabi Adam juga disalahkan kerana
kesombongan. Salah seorang dari mereka menghina manusia, dan yang lain ingin
menjadi tandingan bagi Allah SWT dalam hal kekekalan. Belum selesai Nabi Adam memakan buah
tersebut sehingga ia merasakan penderitaan, kesedihan, dan rasa malu.
Berubahlah keadaan di sekitarya dan berhentilah muzik indah yang memancar dari
dalam dirinya. Ia mengetahui bahawa ia tak berpakaian, demikian juga isterinya.
Akhirnya, ia mengetahui bahawa ia seorang lelaki dan bahawa isterinya seorang
wanita. Ia dan isterinya mulai memetik daun-daun pohon untuk menutup tubuh mereka
yang terbuka. Kemudian Allah SWT mengeluarkan perintah agar mereka turun dari
syurga.
Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi.
Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak
henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT
menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi
adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di
atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:
"Di bumi itu kamu hidup dan di
bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. "
(QS. al-A'raf: 25)
Kemudian Allah SWT menceritakan kisah
tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di
syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.
Allah SWT berfirman:
"Dan Sesungguhnya telah Kami
perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak
Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata
kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis.
la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis)
adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia
mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.
Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang,
dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa
panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat
kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon
khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah
pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya
menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan
sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan
memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga
bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka
jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barang siapa yang mengikuti
petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'" (QS. Thaha:
115-123)
Sebahagian orang menganggap bahawa
Nabi Adam keluar dari syurga kerana kesalahannya dan kemaksiatannya. Ini adalah
anggapan yang tidak benar kerana Allah SWT berkehendak menciptakan Nabi Adam di
mana Dia berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya aku akan menjadikan
seorang khalifah di muka bumi." Dan Dia tidak mengatakan kepada mereka:
"Sesungguhnya aku akan menjadikan khalifah di syurga."
Tidaklah turunnya Nabi Adam ke bumi
sebagai penurunan penghinaan tetapi ia merupakan penurunan kemuliaan
sebagaimana dikatakan oleh kaum sufi. Allah SWT mengetahui bahawa Nabi Adam dan
Hawa akan memakan buah itu, dan selanjutnya mereka akan turun ke bumi. Allah
SWT juga mengetahui bahawa setan akan merampas kebebasan mereka. Pengalaman
merupakan dasar penting dari proses menjadi khalifah di muka bumi agar Nabi
Adam dan Hawa mengetahui - begitu juga keturunan mereka - bahawa setan telah mengusir kedua orang tua
mereka dari syurga, dan bahawa jalan menuju syurga dapat dilewati dengan
ketaatan kepada Allah SWT dan permusuhan pada setan
.
Apakah dikatakan kepada kita bahawa
manusia adalah makhluk yang terpaksa, dan bahawa Nabi Adam terpaksa atau
dipaksa untuk berbuat kesalahan sehingga ia keluar dari syurga dan kemudian
turun ke bumi? Sebenarnya anggapan ini tidak kalah bodohnya dari anggapan
pertama. Sebab, Nabi Adam merasakan kebebasan sepenuhnya, yang kerananya ia
mengembang tanggung jawab dari perbuatannya. Ia derhaka dan memakan buah
tersebut sehingga Allah SWT mengeluarkannya dari syurga. Maksiat yang
dilakukannya tidak berlawanan dengan kebebasannya, bahkan keberadaannya yang
asli bersandar kepada kebebasannya. Alhasil, Allah SWT mengetahui apa yang
bakal terjadi. Dia mengetahui sesuatu sebelum terjadinya sesuatu itu. Pengetahuan-Nya
itu bererti cahaya yang menyingkap, bukan kekuatan yang memaksa. Dengan kata
lain, Allah SWT mengetahui apa yang akan terjadi, tetapi Dia tidak mencegahnya
atau mendorongnya agar terjadi. Allah SWT memberikan kebebasan kepada
hamba-hamba-Nya dan semua makhluk-Nya. Yang demikian itu berkenaan dengan
hikmah-Nya yang tinggi dalam memakmurkan bumi dan mengangkat khalifah di
dalamnya. Nabi Adam memahami pelajaran ketiga.
Ia memahami bahawa iblis adalah musuhnya. Secara pasti ia mengerti bahawa iblis
adalah penyebab ia kehilangan nikmat dan penyebab kehancurannya. Ia mengerti
bahawa Allah SWT akan menyeksa seseorang jika ia berbuat maksiat, dan bahawa
jalan menuju ke syurga dapat dilewati dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ia
memahami bahawa Allah SWT menerima taubat, memaafkan, menyayangi, dan memilih.
Allah SWT mengajari mereka agar beristighfar dan mengucapkan:
"Ya Tuhan kami, kami telah
menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi
rahmat kepada kami, nescayalah pastilah kami termasuk orang-orang yang
merugi." (QS. al- A'raf: 23)
Allah SWT menerima taubatnya dan
memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi
manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan
berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada
anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai
dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau
berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan
di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan
kenabian mereka. Nabi Adam mengetahui bahawa ia
meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi
penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat
makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta
melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di
bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya
dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan.
Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga
mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan
pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang
mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan,
dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api,
iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.
Nabi Adam mengerti semua ini. Ia
menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi.
Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi
penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan
membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka
dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik. Hawa melahirkan dalam satu
perut seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pada perut berikutnya seorang
lelaki dan seorang perempuan, maka dihalalkan perkahwinan antara anak lelaki
dari perut pertama dengan anak perempuan dari perut kedua. Akhirnya, anak-anak
Nabi Adam menjadi besar dan menikah serta memenuhi bumi dengan keturunannya.
Nabi Adam mengajak mereka untuk
menyembah Allah SWT. Nabi Adam menyaksikan kecenderungan pertama dari anaknya
terhadap pangkal kejahatan, yaitu iblis sehingga terjadilah kejahatan
pembunuhan yang pertama kali di muka bumi. Salah seorang anak Nabi Adam
membunuh saudara kandungnya sendiri. Anak yang jahat itu membunuh saudaranya
yang baik. Allah berfirman:
:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah
kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya
mempersembahkan korban, maka di terimalah dari salah seorang dari mereka berdua
(Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). (QS. al-Maidah: 27)
Dikatakan bahawa pembunuh ingin
merebut isteri saudara kandungannya untuk dirinya sendiri. Nabi Adam
memerintahkan mereka berdua untuk menghadirkan korban lalu setiap dari mereka
menghadirkan korban yang dimaksud. Allah SWT menerima korban dari salah satu
dari mereka dan menolak korban yang lain:
"Ia (Qabil) berkata: 'Aku pasti
membunuhmu.' Berkata Habil: 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari
orang-orang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku
untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk
membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam. (QS.
al-Maidah: 27-28)
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT
menyampaikan kepada kita kalimat- kalimat yang diucapkan oleh anak Nabi Adam
yang terbunuh sebagai syahid, dan ia menyembunyikan kalimat-kalimat yang
diucapkan oleh si pembunuh. Si pembunuh mengangkat tangannya sambil mengancam,
namun calon korban pembunuhan itu berkata dengan tenang:
Sesungguhnya aku ingin agar kamu
kembali dengan membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan
menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang- orang
yang lalim. " (QS. al-Maidah: 29)
Selesailah percakapan antara mereka
berdua dan anak yang jahat itu membiarkan anak yang baik beberapa saat. Setelah
beberapa hari, saudara yang baik itu tidur di tengah-tengah hutan yang penuh
dengan pohon. Di hutan itu, keledai tua mati dan dagingnya dimakan oleh burung
Nasar dan darahnya ditelan oleh bumi. Yang tersisa hanya tulang belulang
berserakan di tanah. Kemudian saudaranya yang jahat membawanya menuju saudara
kandungnya yang sedang tidur, lalu ia mengangkat tangannya dan menjatuhkan
dengan keras dan cepat. Anak laki-laki baik itu tampak pucat wajahnya ketika
melihat darah mengucur darinya, lalu ia bangun. Ia bermimpi saat tidur. Lalu si
pembunuh menghantam saudaranya sehingga tidak tampak lagi gerakan dari
tubuhnya. Si pembunuh puas bahawa saudara kandungnya benar-benar mati. Pembunuh
itu berdiri di depan korban dengan tenang dan tampak pucat wajahnya. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
orang yang membunuh jiwa yang tak berdosa maka anak Adam yang pertama akan juga
menanggung dosanya kerana ia yang pertama kali mengajarkan pembunuhan." Si
pembunuh terduduk di depan saudaranya dalam keadaan berlumuran darah. Apa yang
akan dikatakannya terhadap Nabi Adam, ayahnya, jika ia bertanya kepadanya
tentang hal itu. Nabi Adam mengetahui bahawa mereka berdua keluar bersama-sama
lalu mengapa ia kembali sendinan. Seandainya ia mengingkari pembunuhan terhadap
saudaranya itu di depan ayahnya, maka di manakah ia dapat menyembunyikan
jasadnya, dan di mana ia dapat membuangnya? Saudaranya yang terbunuh itu
merupakan manusia yang pertama kali mad di muka bumi sehingga tidak diketahui
bagaimana cara menguburkan orang yang mati. Pembunuh itu membawa jasad saudara
kandungnya dan memikulnya. Tiba-tiba keheningan itu dipecah dengan suara burung
yang berteriak sehingga ia merasa ketakutan. Pembunuh itu menoleh dan menemukan
seekor burung gagak yang berteriak di atas bangkai burung gagak yang mati.
Burung gagak yang hidup meletakkan bangkai burung gagak yang mad di atas tanah
lalu ia mulai menggali tanah dengan paruhnya dan kedua kakinya. Kemudian ia
mengangkatnya dengan paruhnya dan meletakkannya dengan lembut dalam kuburan.
Lalu ia menimbunkannya di atas tanah. Setelah itu, ia terbang di udara dan
kembali berteriak. Si pembunuh berdiri dan ia mundur untuk meraih jasad saudara
kandungnya dan kemudian berteriak:
"Berkata Qabil: 'Aduhai, celaka
aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat
menguburkan saudaraku ini?" (QS. al-Maidah: 31)
Ia mulai merasakan kesedihan yang sangat
dalam atas apa yang telah dilakukannya terhadap saudaranya. Ia segera menyadari
bahawa ia adalah orang yang paling buruk dan paling lemah. Ia telah membunuh
orang yang paling utama dan paling kuat. Anak Nabi Adam berkurang satu dan
iblis berhasil "mencuri" seorang anak Nabi Adam. Bergetarlah tubuh si
pembunuh dan ia mulai menangis dengan keras, lalu ia menggali kuburan saudara
kandungnya. Ketika mendengar kisah tersebut Nabi Adam berkata:
"Ini adalah perbuatan syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata." (QS.
al-Qashash: 15)
Nabi Adam merasakan kesedihan mendalam
atas hilangnya salah satu anaknya. Salah seorang dari mereka mad dan yang lain
dikuasai oleh syaitan. Nabi Adam salat untuk anaknya yang mati, dan kemudian ia
kembali menjalani kehidupannya di muka bumi. Beliau adalah manusia yang bekerja
dan mengalami penderitaan. Seorang Nabi yang menasihati anak-anaknya dan
cucu-cucunya, serta mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Beliau
menceritakan kejahatan iblis kepada mereka, dan meminta kepada mereka agar
berhati-hati darinya. Beliau menceritakan pengalaman pribadinya bersama iblis
kepada mereka, dan menceritakan kehidupannya bersama anaknya yang tega membunuh
saudara kandungnya sendiri. Nabi Adam telah menjadi dewasa, lalu
tahun demi tahun datang silih berganti sehingga anak-anaknya tersebar di bumi,
lalu datanglah waktu malam di atas bumi. Angin bertiup sangat kencang. Dan
bergoncanglah daun-daun pohon tua yang ditanam oleh Nabi Adam, di mana dahan-
dahannya mendekati danau sehingga buahnya menyentuh air danau. Dan ketika pohon
itu menjadi tegak setelah berlalunya angin, air mulai berjatuhan di antara
cabang-cabangnya dan tampak dari jauh bahawa pohon itu sedang menarik dirinya
(memisahkan diri) dari air dan menangis. Pohon itu sedih dan dahan-dahannya
bergoncang. Sementara itu, di langit tampak bahawa bintang-bintang juga
bergoncang. Cahaya bulan menerobos kamar Nabi Adam sehingga cahaya itu menerpa
wajah Nabi Adam. Wajah Nabi Adam tampak lebih pucat dan lebih muram dari wajah
bulan. Bulan mengetahui bahawa Nabi Adam akan mati. Kamar yang sederhana, kamarnya Nabi
Adam. Nabi Adam tertidur dengan janggutnya yang putih dan wajahnya yang
bersinar di atas tempat tidur dari dahan-dahan pohon dan bunga-bunga.
Anak-anaknya semua berdiri di sekelilingnya dan menunggu wasiatnya. Nabi Adam
berbicara dan memahamkan anak-anaknya bahawa hanya ada satu perahu keselamatan
bagi manusia, dan hanya ada satu senjata baginya yang dapat menenangkannya.
Perahu itu adalah petunjuk Allah SWT dan senjata itu adalah kalimat-kalimat
Allah SWT.
Nabi Adam menenangkan anak-anaknya,
bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia sendirian di muka bumi.
Sesungguhnya Dia akan mengutus para nabi untuk membimbing mereka dan
menyelamatkan mereka. Para nabi itu memiliki nama-nama, sifat-sifat, dan
mukjizat- mukjizat yang berbeza-beza. Tetapi mereka dipertemukan dengan satu
hal, yaitu mengajak untuk menyembah Allah SWT semata.
Demikianlah wasiat Nabi Adam kepada
anak-anaknya. Akhirnya, Nabi Adam menutup kedua matanya, dan para malaikat
memasuki kamarnya dan mengelilinginya. Nabi Adam tersenyum ketika mendapatkan
kata salam daripada malaikat-malaikat Allah., dan rohnya mencium bau-bauan
syurga.