Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Tuesday, January 25, 2011

"Hakikat Sebenar Cinta"


“Sebuah Cinta”



Muqaddimah "Pengorbanan Cinta"


Ada yang beranggapan bahawa mereka yang mendalami ilmu agama ataupun para alim ulama’ amat menjemukan dan langsung tidak mengambil tahu berkenaan dengan cinta bahkan langsung tidak tahu nilai erti sebuah cinta dan masih kabur apakah itu cinta. Akan tetapi yang sebenarnya pandangan ini lah yang amat disangkal dan langsung idak tepat sama sekali. 


Bahkan cinta sentiasa subur kekar didalam kalbu sodiqin yang sentiasa mengalunkan bait-bait syahdu dipentas cinta. Namun ianya adalah cinta yang mulia lagi suci. Para solihin menintakannya dengan air mata,menghunuskan mata pena dengan titisan darah mereka.Kerana itulah menjadikan mereka tersenarai dikalangan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja kerana cinta, mereka kekal diingati sepanjang zaman...




“Hanya ALLAH lah yang menentukan diantara kita samada kekasihnya ataupun dikalangan para syuhada’ dijalannya.


Ingatlah sahabat-sahabatku, kerana cintalah, ulama-ulama dahulu sanggup menulis beribu-ribu kitab supaya kalimah ALLAH itu tersebar. Subhanallah.
Cinta itu terlalu indah, janganlah kita mencemari cinta itu dengan perbuatan kita sendiri.
ingatlah " ulama itu pewaris rasulullah sollahu alaihi wassallam"


"Sesungguhnya orang-orang mukmin hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah. maka, bergetarlah hatinya dan apabila disebut ayat-ayat Allah menjadi bertambahlah imannya dan kepada Rabbnya mereka bertawakal" Dunia adalah tempat persinggahan untuk ke destinasi hakiki




Dalam mengharungi liku kehidupan penuh ranjau, mukmin perlu menyedari, hakikat sebenar tuntutan-tuntutan, yang wajib dilaksanakan, sebagai hamba kepada RabbNya..."Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat duduknya denganku pada hari kiamat adalah yang paling baik AKHLAKnya" (riwayat ibnu Majah)


"Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu sianng maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."


(Surah Al-A'raf[7]:205) Jangan dikeluh mentari yang hilang...Carilah pelangi disekitar!
‘Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan’... “Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah penggilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati maut(mati)."



Cinta ibarat air bagi kehidupan,nurani bagi roh dan tenaga bagi tubuh.
Sesiapa saja akan sudah semestinya akan duduk  termenung apabila mendengar berkenaan cinta, seperti seorang ibu yang menyusui bayi kerana cinta, 


Dengan panahan cinta jugalah mentari berlabuh lantas bibir menguntum senyuman lalu mata akan terlena. Cinta merupakan hakim kepada mahkamah dunia ia dan secara fitrahnya seseorang yang sedang bercinta pasti akan menyebelahi kekasihnya daripada orang lain, DIa tetap akan menyebelahi kekasihnya walaupun sudah terang-terangan bahawa kekasihnya itu telah berlaku zalim. Melalui  cinta jugalah seseorang akan sanggup memenggal kepala musuh di medan peperangan dek kerana mereka amat mencintai Yang Maha Satu (azali). 


Orang yang sebegini sanggup menggadaikan nyawa mereka dihujung mata pedang semata-mata untuk mempertahankan cinta hakikinya itu dan juga kerana mereka amat mengasihi risalah yang dibawa oleh para utusan-Nya.Para sahabat amat mencintai pembawa sinar dan sang penurun wahyu. 




Mereka  sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mendapat keredhaan-Nya seperti yang berlaku di Badar, Uhud dan Hunain. Mereka juga sanggup meninggalkan kesenangan,keselesaan dan kemewahan yang ada di Makkah juga demi menuju  cintanya dan terpaksa hidup sebatang kara dengan hanya tidur beralaskan debu pasir demi mencapai keredhaan seorang kekasih.


Kerana cinta jugalah Harm Ibnu Malhan bangkit dari tidur dan terus menuju untuk mendapatkan syahid, kerana cinta jugalah Umair Ibnu Humam terus ke syurga untuk hidup yang kekal selamanya,(syahid di medan peperangan) Abdullah Ibnu Amru Al-Ansori seraya berdoa: 


Ya Allah kau ambillah nyawa ini jika itu yang boleh mendatangakan redhamu!..ketika berkat cinta yang hakiki jugalah bersinar api yang panas membara bertukar menjadi sejuk yang nyaman (kisah Nabi kita Ibrahim A.S) ketika cinta sejati jugalah terbelahnya lautan Merah (kisah nabi kita Musa A.S) ketika cinta yang suci bersemi jugalah, maka jinaklah unta dan terbelahlah bulan (kisah insan yang paling kita cintai iaitu Nabi Muhammad S.A.W).


Cinta itu suatu asyik danamat-amat mengasyikkan, Seseorang sanggup syahid kerana cinta,
Ku amat mencintaimu, Usah ditanya kenapa ku begini,


Ku mencintaimu seolah-olah cinta inilah pegangan dan mazhabku,




Dengan cinta jugalah bangun seseorang abid dari lena meninggalkan tilam yang empuk untuk berqiyyam, dan dengan cinta jugalah nyawa sebagai galang ganti, Dengan cinta jugalah, maka menitisnya air mata, gelisahnya hati, tidak mengucapkan kata kecuali apa yang mahu didengari(oleh kekasih).Cinta umpama aliran elektrik yang menyinarkan neon-neon lampu juga menyentak tangan yang menyentuh. 


Cinta umpana galaxi dengannya angkasa berputar, memagari bintang-bintang dan menaungi sekalian planet-planet tiada yang terjatuh dan berkecai. Dengan cinta mentari berlegar disekitar tiada yang disana perlanggaran. Dihari berakhirnya cinta hancurlah bumi,prasangka kan munguasai diri, akan munculah perpecahan dan permusuhan. Dihari berakhirnya cinta para pelajar tidak akan memahami apa yang diajarkan oleh gurunya,isteri tidak akan menghiraukan suami walaupun yang diminta hanya secawan air. 



Seorang ayah akan tetap tenang walaupun anak dalam kandang singa.Dihari berakhirnya cinta lebah tidak lagi menghirup aroma bunga, sunyi dari kicauan burung-burung dan unggas tidak lagi kelihatan. Dihari berakhirnya cinta berlakulah perang dan pembunuhan dimana-mana, hancurlah binaan, tiada lagi nilai maruah, jiwa dan harta tidak lagi dihargai. Dihari berakhirnya cinta dunia ibarat padang tandus tiada lagi percaya tiada kenangan semuanya sia-sia.


Tiada kehidupan tanpa cinta,kita tidak mampu untuk hidup kecuali adanya cinta.kita tidak mampu bertahan kecuali kerana cinta.Pabila wujudnya cinta mewangilah bunga-buangaan diselaan kelopaknya yang lembut dan kita dapat merasakan manisnya madu, padanya penyembuh, ianya penemuan agung para ilmuan, barulah kita mengerti rahsia disebaliknya.



Pada ketika marah menguasai, tersemburlah semua kata-kata nista ,setiap urusan menjadi sangsi dan setiap tingkah laku menjadi prejudis. Setiap ehsan menjadi keji, ketika kasih kembali, marah bertukar redha,kesilapan dimaafkan dan kelalaian dihapuskan.
Pada pandanganku ini, bersugi itu suatu yang menjelekkan,
Tetapi kadang-kala ku tetap mengamalkannya kerana itu yang kau sukai 
(Sunnah Rasulullah S.A.W)


Cinta umpama pepasir,yang berada dimana-mana tiada suatu tempat yang tiadanya. Cinta yang tertinggi ialah ketaatan,pengabdian,penyaksiaan dan ketuanan. Cinta kerana ilahi berlandaskan syariat bagi memimpin perjalanan sebagai penunjuk destinasi seterusnya untuk sampai kepadaNya. Cinta adalah anugerah Illahi yang maha tinggi lagi mulia dan menjanjikan kebahagian yang pasti. 




Oleh itu kenapa kamu tidak mencintai Allah? Yang tiada sesiapa yang boleh memberikan cinta kecuali Dia yang kepadaNya lah sepatutnya kita menaruh cinta dan kita hanya mengharapkan cinta daripadaNya. Dia lah satu-satunya yang sentiasa memberikan perhatian, apabila dia menentukan sesuatu itulah yang terbaik, semua yang ditentukanNya, rahmat seluruh penciptaanNya menawan bahkan sekaliannya sempurna tiada satu pun yang tercela bahkan semuanya elok dari awal hingga ke akhir. 



Oleh itu mencintaiNya wajib,mendekatkan diri kepadaNya fardhu, mensyukuri nikmatNya mesti dan mentaatiNya pasti. Adapun mencintai yang selainNya memerlukan cagaran,nafsu yang bersama,materialis merupakan tujuan,penuh dengan kesangsian, kekurangan,kelemahan dan tiada berkekalan yang akhirnya akan membawa kekesalan dan kelesuan.


Tidak ada seorang pun dikalangan insan yang mampu menenangkan jiwa, Oleh itu usah berserah kecuali hanya kepadaNya.Dia ialah Allah, sekiranya kamu mencintaiNya, maka sudah tentu Dia akan memberikan ketenangan kepadamu buat selamanya.




Semoga kita akan dapat bersama-sama menjadikan cinta kepada Allah S.W.T.., Nabi Muhammad S.A.W .., Al-Quran, Agama Islam serta yang berkaitan dengannya mengatasi rasa cinta kita terhadap diri sendiri serta mahluk-mahluk yang lain di dunia ini… InsyaAllah.. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")

1 comment:

  1. Cinta kerana Ilahi berlandaskan syariat bagi memimpin perjalanan sebagai penunjuk destinasi seterusnya untuk sampai kepadaNya....

    Cinta terhadap Ilahi yang maha tinggi lagi maha mulia pasti akan menjanjikan kebahagian serta ketenangan yang yang berkekalan.. Tidak ada seorang pun dikalangan insan yang mampu menenangkan jiwa.. Oleh itu usah berserah kecuali hanya kepadaNya.

    Dia ialah Allah, sekiranya kamu mencintaiNya, maka sudah tentu Dia akan memberikan ketenangan kepadamu buat selamanya... Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")

    ReplyDelete