Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Thursday, September 3, 2026

Cinta Kepada Allah Tidak Bertepian..


Mencari dan memburu cinta manusia itulah yang terlalu diutamakan pada zaman ini. Sehingga alpa dengan satu cinta yang tidak pernah pudar dan hilang. Cinta itu adalah cinta kepada Allah. S.W.T. Cinta-Nya adalah suci dan murni.

 

Sesiapa yang cinta kepada Allah pasti hatinya tenang dan damai. Ketika musibah menjengah, lidah lembut menyebut nama Allah. Tiada kata seindah membaca kalamNya (Al-Quran) dan menyebut nama-Nya (Zikirullah). Itulah perasaan orang yang sedang bercinta dangan tuhannya.

 


Cinta Allah S.W.T tulus suci dan murni

Sesetengah manusia yang bercinta hanya memilih rupa dan harta. Jika tidak berharta, rupa segak yang dicari. Namun, itu cinta manusia bukan cinta Allah. Allah tidak memilih rupa. Biar rupanya tidak disukai manusia tetapi iman dan taqwa di dada itu yang paling utama.

 

Cinta Allah tidak dinodai. Cinta-Nya tidak akan mengecewakan sesiapa yang mendambakan-Nya. Sesiapa yang tulus cinta kepadaNya pasti akan dibalas baik dan tidak akan pernah rugi sama sekali. 


Berbeza pula dengan cinta manusia, kadang-kala dikhianati, dikecewakan sehingga bersedih hati, ditinggalkan walaupan ada yang telah berkorban dengan begitu hebat sekali, berlaku perbuatan curang dan bermacam lagi. 


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula sangat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”

Surah Al-Baqarah 2:207

 


Percayalah dan yakinlah bahawa cinta Allah adalah cinta sejati. Membawa bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Dicintai pula oleh penduduk langit (para malaikat). Cinta yang agung dan lagi diberkati.

 

Kurniaan Allah Yang Tidak Ternilai.

Jika dicatat dan dikira segala nikmat yang diberikan oleh Allah, maka pasti kita akan tertunduk lemah. Hal ini kerana, nikmat Allah cukup banyak dan terlampau banyak sehingga tidak mampu untuk dihitungkannya..

 

Dari badan kita sekecil bayi sehingga ke saat ini, renung sejenak berapa banyak nikmat pemberianNya. Kita sebagai hamba yang kerdil sepatutnya menyedari bahawa kasih sayang Allah Maha Luas. Walau kita terkadang sibuk mengejar dunia, Allah masih memberi nikmat kurniaanNya yang luas kepada kita.

 


Kenanglah kembali nikmatNya agar hati tidak mudah mengeluh dan kecewa. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani”

Surah At-Tur 52:28

 

Kita yang akan beruntung apabila kita ikhlas mencintaiNya. Allah tidak pernah rugi jika ada hambaNya tidak menyembah dan mengikut perintahNya. Kekuasaan dan kerajaanNya tetap megah dan tinggi.

 


Cinta Allah Melebihi Cinta Seorang Ibu.

Seorang ibu sanggup berkorban dan menanggung beban untuk mendidik serta menjaga anak-anaknya. Ketika si anak demam, dia tidak melelapkan mata dan berjaga malam.

 

Ketika anak kelaparan, si ibu pasti akan segera menjamukan makanan. Itulah cinta dan kasih seorang ibu.

 

Cinta Allah pula melebihi cinta seorang ibu dan seorang ayah. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya walaupun hambaNya banyak melakukan dosa dan maksiat.

 

Selain itu, setiap dari perbuatan baik yang kita lakukan, pasti Allah akan memberi gandaan pahala yang berlipat kali. Allah memberi peluang untuk kita bertaubat walau seberapa banyak jumlah kita bermaksiat. Jika dosa kita sebesar kapal-kapal yang berlayar di lautan, maka ingatlah rahmat dan keampunan dan Allah seluas lautan.

 


Tidak mampu dibilang dengan jari sudah berapa banyak peluang Allah beri untuk kita kembali. Dosa yang dilakukan mengunung tinggi, Allah tutup keaiban dan menanti taubat kita. Rahsia hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu.

 

Meskipun kita bergelumang dengan dosa yang banyak, kasih Allah tidak berkurangan apabila kita kembali bertaubat kepadaNya. Allah menerima taubat kita jika ia sebenar-benar taubat. Subhanaallah.

 

Mereka Yang Dicintai Allah

Tiada siapa yang tidak mahu dirinya dicintai. Dicintai pula oleh orang yang kita suka. Itulah fitrah manusia. Ada perasaan cinta di dalam jiwa.

 

Siapakah pula orang yang Allah cintai? Siapakah mereka yang beruntung itu? Mereka itulah hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Mereka yang mengikut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

 

Mereka sanggup berjuang semata-mata kerana Allah bukan kerana habuan sementara di dunia. Rela berpenat-lelah mempertahankan segala perintah Allah.

 

Subhanaallah, mereka hanya susah di dunia, namun akhirat mereka diibarat raja dan hidup penuh bahagia.

 


“Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut)Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan mengingatnya.”

Rujukan - Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab..

 

Perjalanan Meraih Cinta Allah..

Pernahkah kita berhenti sejenak dan merenung apa yang paling kita kejar dalam hidup ini?.....

Adakah kita pernah bertanya pada diri kita sendiri, siapakah yang paling kita cintai?..

 

Bagaimana kita boleh meraih cinta dan kasih sayang yang sebenar, yang tidak akan hilang dengan berlalunya masa….

… atau berubah dengan bergantinya keadaan?....

 

 


Mungkinkah kita mencari cinta dari sumber yang paling suci dan kekal dari Pencipta kita, Allah?...

 

Perjalanan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini mungkin akan mengubah pandangan kita tentang hidup dan membawa kita ke arah mendapatkan cinta dan kasih sayang yang sebenar iaitu cinta Allah.

 

Mari kita menerokai perjalanan ini bersama-sama…

Sayangilah  Allah S.W.T, dan Dia Akan Membuat Makhluk di Langit dan Bumi Menyayangi Kita… Berusahalah sepenuhnya untuk meraih kasih sayang Allah S.W.T.

 

Apabila Allah sayang pada kita, DIA akan memerintahkan makhluk-makhluk-Nya di langit dan bumi untuk menyayangi kita. Betapa hebatnya kasih sayang yang dititahkan oleh Allah S.W.T pada makhluk-Nya berbanding dengan bentuk-bentuk kasih sayang lain.


Tidak ada satu pun pokok, batu, manusia, jin atau sebarang makhluk yang kita ketahui wujud, kecuali mereka akan sayang pada orang yang disayangi Allah S.W.T, sebagai tanda penghargaan kepada Penguasa, (Yang Maha Mulia), dan patuh kepada perintah-Nya.

 


Ini disahkan dalam apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda::

Apabila Allah, Yang Maha Kuasa dan Maha Berkat, sayang pada hamba, Dia akan memanggil Jibril A.S, “Aku sayang pada si hamba ini, oleh itu sayangilah dia.”


Kemudian Jibril akan menyayangi dia. Dia juga akan memanggil semua penduduk di langit: “Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mulia sayang pada hamba ini, oleh itu sayangilah dia.”

 

Maka makhluk di langit akan mula menunjukkan kasih sayang mereka. Baginda berkata: Kemudian orang itu akan diterima oleh orang ramai di bumi. Dan apabila Allah S.W.T benci pada hamba itu,  maka Allah akan panggil Jibril dan berkata: “Aku benci hamba itu, oleh itu bencilah dia.”

 

Kemudian Jibril akan membencinya. Dia akan memanggil  semua penduduk di langit: “Sesungguhnya Allah membenci hamba itu, oleh itu bencilah dia.” Kemudian kebencian akan ditunjukkan kepadanya di bumi.

Hadis Sahih Muslim, -2637

 


Tanggungjawab seorang hamba adalah memperoleh kasih sayang Allah S.W.T melalui setiap perbuatan yang dilakukan.


Antara perbuatan tersebut ialah sepatutnya seseorang merasa takut kepada Allah secara tersembunyi dan terbuka, sayang kepada Rasulullah S.A.W, dan keluarganya. Dia juga sepatutnya menyayangi orang-orang yang soleh dan sentiasa merendah diri.

 

Seseorang itu juga wajib teguh dalam menjalankan solat fardhu, dan melaksanakan banyak solat sunat serta melakukan amalan kebaikan sebanyak mungkin, berurusan dengan orang lain dengan baik dan menjaga hati dan lidah (dari perbuatan yang dilarang), dan lain-lain….

 

Inilah sebahagian dari banyak amalan yang dapat mengundang kasih sayang Allah dan memperbanyak keberkatan-Nya terhadap amalan hamba-Nya. Doa adalah faktor penting dalam meraih kasih dan sayang Allah S.W.T.

 


Meskipun doa adalah permintaan dan rayuan yang dibuat kepada Allah, ini juga merupakan salah satu cara untuk mendapat kasih sayang Allah dan juga jalan bagaimana ia dapat digapai.

 

Diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda:

Rasulullah S.A.W berkata: “Ini adalah antara doa Nabi Daud:

 


Ya Allah, aku memohon cintamu, cinta orang-orang yang mencintaimu, dan perbuatan yang akan membuatku meraih cintamu. Ya Allah, buatlah cintamu lebih aku cintai daripada jiwa, keluarga, dan cintaku pada air dingin.

- At-Tirmidzi mengatakan ini adalah Hasan.

 

Ingatlah, kasih sayang Allah adalah harta yang paling berharga dan tak ternilai harganya.

 

Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat menandingi nikmat mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk meraihnya. Marilah kita memperkukuh pokok keimanan kita setiap masa dan ketika.

 


Dalam usaha kita ini, mari kita renungkan beberapa soalan:

Bagaimana kita boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah? Bagaimana kita boleh memastikan bahawa setiap amalan yang kita lakukan, kecil atau besar, adalah untuk mencari redha dan kasih sayangNya?

 

Bagaimana kita boleh menjadi seperti individu-individu yang disayangi Allah, supaya kita juga bisa dicintai oleh makhluk di langit dan di bumi? Mari kita renungkan bersama dan semoga kita semua menjadi lebih dekat dengan kasih sayang-Nya.


Sentiasalah kita menjadi mahluk Allah yang sentiasa berkasih-sayang sesama kita. Jangan ada rasa dendam dan benci di antara kita khususnya sesama manusia di dunia ini..

 


Kesimpulannya.,

Janganlah terlalu mendambakan cinta kepada manusia semata-mata. Takut nanti kita akan kecewa merana. Burulah cinta Allah yang utama kerana cinta-Nya sentiasa kekal dan abadi. 


Cinta-Nya tidak pernah terpadam walaupun sekali. Utamakan cinta Allah daripada cinta kepada makhluk. Keredhaan Allah itulah tunjangnya untuk kita mencapai kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki.

 

“Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan).......

Surah Ash-Shura 42:26

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")