Assalamuailaikum w.b.t. saya ucapkan kepada sidang
pembaca yang sudi bertandang ke blog
ini. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Segala puji bagi
Allah yang mentadbir alam ini dengan penuh aturan yang maha agung. Selawat dan
salam buat Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan rasul serta para
sahabat dan ahli keluarga baginda.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah
Azza Wajalla, Tuhan kepada diri ini serta semua mahluk yang ada di dunia ini.
Satu-satunya tuhan yang layak disembah dan diberikan pengabdian sepenuhnya,
kepada-Nyalah kita sembah dan hanya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan.
Setelah terlalu lama menyepi dalam penulisan blog, kini saya cuba untuk
menukilkan sedikit perkongsian nurani
sekali lagi kerana pada kali ini,
saya akan cuba membawa para pembaca semua ke arah menghayati erti “sebuah
kehilangan orang yang tersayang”. Bersama-sama penghujung blog ini ini
juga ada saya lampirkan 2 buah video klip mengenai kisah tangisan Rasulullah S.A.W dan kisah penceritaan nabi Yunus a.s.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W :
“Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan
ahlak yang mulia”
Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai ahlak
Rasulullah S.A.W.., beliau menjawab dengan katanya :
“Sesungguhnya
ahlak Rasulullah S.A.W adalah Al-Quran”.
Video yang
sangat2 menyentuh hati saya pada setiap kali saya menontonnya. Video klip
pertama tersebut adalah mengisahkan kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW yang sangat2 kita cintai dan rindui. Saya mengharapkan agar sidang pembaca
semua serta diri ini khususnya akan terkesan di hati melalui penulisan saya
pada kali ini. Insya-Allah. Sekadar peringatan bersama, “Kerap kali saya cuba
memberi peringatan kepada para hadirin supaya sentiasa melakukan kebaikan
adalah bukan bermakna saya adalah orang yang terbaik dalam kalangan kalian,
akan tetapi peringatan yang berunsurkan menyeru kepada amar ma’aruf dan nahi
mungkar adalah berbalik kepada diri ini juga. Saya cuba untuk mentarbiyahkan
diri ini selaku hamba yang sukar untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan,
hamba yang teramat-amat dhaif di bumi Allah ini.
Yang demikian adalah kerana sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang
bathil dan sesungguhnya orang-orang mu’min mengikuti yang haq (benar) dari
Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan
bagi mereka.
(Surah Muhammad : Ayat 3)
Hai orang-orang mu’min, jika kamu menolong (agama)
Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Surah Muhammad : Ayat 7)
Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mu’min dan beramal soleh ke dalam
jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir
bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan neraka
jahannam adalah tempat tinggal mereka.
(Surah
Muhammad : Ayat 12)
Dan betapa banyaknya negeri yang (penduduknya) lebih
kuat dari pada (penduduk) negerimu (Muhammad) yang telah mengusirmu itu. Kami
telah membinasakan mereka, maka tidak ada seorang penolong pun bagi mereka.
(Surah Muhammad : Ayat 12)
(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang
yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah
rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya,
sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai
dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam
buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka
jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?
(Surah Muhammad : Ayat 15)
Video kedua
adalah video klip nasyid yang mengisahkan perjuangan Nabi Allah Yunus a.s dalam
menyebarkan dakwah terhadap kaumnya.. Sungguh tabah hati Nabi Allah ini
walaupun sudah berdakwah sekian lama terhadap kaumnya dan kaum2nya turut
mengenali dan menyanyangi baginda a.s namun kaum2nya tetap mendustakan
ajarannya. Sehinggalah baginda a.s merasa hampa dan pergi membawa hatinya yang
duka lara lagi kecewa. Terlalu panjang untuk diceritakan kisahnya. Mungkin pada
entri2 yang akan datang akan saya coretkan.. Insya-Allah.. Saya mengharapkan kalian semua mampu
mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna dalam entri saya pada kali ini.
Sekian, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan
Israel-Gaza yer. Salam ukhuwah fillah dan selamat membaca. (^_^)
“ Patutkah menjadi sesuatu yang pelik bagi manusia bahawa
Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka: "Berilah
peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka." Orang-orang kafir
berkata: "Sesungguhnya orang ini benar-benar adalah tukang sihir yang
nyata."
(Surah Yunus : ayat 2)
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan
langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk
mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali
sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka
sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?”
(Surah Yunus : ayat 3)
“Hanya kepada-Nyalah kamu semuanya akan kembali;
sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk
pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah
berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan
yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan
minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka. “
(Surah Yunus : ayat 4)
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan
bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan
bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah
tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak[669]. Dia menjelaskan
tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. “
(Surah Yunus : ayat 5)
Surah Yunus
terdiri atas 109 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah kecuali ayat 40,
94, 95, yang diturunkan pada masa Nabi Muhmmad s.a.w. berada di Madinah. Surah
ini dinamai surah Yunus karena dalam surah ini terutamanya ditampilkan kisah
Nabi Yunus a.s. dan pengikut-pengikutnya yang teguh imannya.
Pokok-pokok isinya:
1. Keimanan:
Al Quran
bukanlah sihir, Allah mengatur alam semesta dari Arasy-Nya; syafa'at hanyalah
dengan izin Allah; Wali-wali Allah; wahyu Allah yang menerangkan yang ghaib
kepada manusia; Allah menyaksikan dan sentiasa mengawasi perbuatan
hamba-hamba-Nya di dunia; Allah adalah
esa ya’ni tidak mempunyai anak. Memang salah sama sekali dakwaan penganut
ajaran kristian bahawa Allah ada mempunyai anak yang diutus di dunia ini. Apa
yang ana faham mengenai ajaran Kristian adalah wujudnya original sin/ dikenali
sebagai dosa warisan (minta diperbetulkan sekiranya ada penganut agama Kristian
yang membaca blog ana yang jahil ini.) apa yang difahamkan berkenaan dosa
warisan adalah kesalahan yang datang daripada Nabi Adam a.s yang dalam istilah
penganut ajarn kristian tidak dapat ana kemukakan kerana dibimbangi takut
tersalah. Penganut Kristian percaya bahawa Nabi adam a.s adalah penyebab kepada
terjadinya dosa warisan ya’ni kesalahannya memakan buah khuldi dan menyebabkan
baginda dikeluarkan dari syurga. Hasil daripada itu, maka lahirlah
keturunan manusia semua kini yang
menanggung dosa yang dilakukan pleh baginda a.s. Justeru, JESUS atau dalam
Al-Quran sebagai (Nabi Isa a.s Al-Masih) yang lahir tanpa memerlukan seorang
ayah, boleh bercakap ketika bayi, boleh menyembuhkan orang sakit, menghidupkan
orang mati.., semuanya ada dikisahkan dalam ilmu Islam dan ilmu Kristian sendiri
mengikut fahaman pembacaan ana.. wallahua’lam “Hanya Allah yang maha mengetahui
apa yang tersirat disebalik Al-Quran dan Bible. Jesus (Isa a.s) diutus ke dunia sebagai anak
tuhan mengikut fahaman Kristian bertindak
sebagai penebus dosa warisan umat2 manusia semenjak dari zaman nabi adam
a.s hingga kini. Itu adalah fahaman kristian, dalam Islam pula tercatat dalam
Al-Quran bahawasanya Nabi Isa bukanlah anak tuhan. Rujukannya boleh dilihat
pada keseluruhan surah Al-Ikhlas yang terdapat dalam Al-Quran
“Katakanlah:
"Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”.
(Al-Ikhlas :1)
“Allah adalah Tuhan
yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu”
(Al-Ikhlas :2)
“Dan tidak ada
seorangpun yang setara dengan Dia."
(Al-Ikhlas
:3)
“Dia tidak sesekali beranak dan sesekali tidak diperanakkan”
(Al-Ikhlas
: 4)
Surah Al-Ikhlas menegaskan kemurnian Allah s.w.t.
Surah ini
terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah, diturunkan
sesudah sesudah surat An Naas. Dinamakan Al Ikhlas karena surah ini sepenuhnya
menegaskan kemurnian keesaan Allah s.w.t.Antara pokok-pokok isinya ialah
penegasan tentang kemurnian keesaan Allah S.W.T. dan menolak segala macam
kemusyrikan dan menerangkan bahwa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.
2. Hukum:
Menentukan perhitungan
tahun dan waktu dengan perjalanan matahari dan bulan; hukum mengada-adakan
sesuatu terhadap Allah dan mendustakan ayat-ayat-Nya.
3. Kisah-kisah:
Kisah Nabi Nuh a.s.
dengan kaumnya; Nabi Musa dengan Fir'aun dan tukang-tukang sihir; kisah Bani
Israil setelah ke luar dari negeri Mesir; Nabi Yunus a.s. dengan kaumnya.
4. Dan lain-lain:
Manusia ingat kepada
Allah di waktu kesukaran dan lupa di waktu senang; keadaan orang-orang baik dan
orang-orang jahat di hari kiamat; Al Quran tidak dapat ditandingi; rasul hanya
menyampaikan risalah.
Penceritaan Kisah ana bermula….
Ana tinggal di sebuah perkampungan biasa di
Melaka.., pada waktu kecil, ana sering mengikut datuk ana pergi berkebun..
biasalah.. zaman kanak-kanak kebiasannya sudah menjadi kebiasan diri ana
mendampingi datuk.. Al ma’lum lah semua yer., datuk mana di dunia ini yang
tidak sayangkan cucu. walaupun semua manusia berlainan agama. Adanya Islam,Kristian,
Buddha, Hindu dan tidak terkecuali juga kepada
yang tidak beragama juga seperti ananisme, seorang datuk tidak akan
pernah terlepas daripada memiliki sifat sayangkan cucu. Kerana sifat kasih dan
sayang itu memang ciptaan dan kurniaan pencipta manusia sekalian alam ini,
Allah SWT. Datuk yang ana hendak
ceritakan di sini ialah datuk di sebelah bapa ana.. beliau merupakan seorang
insan yang sangat2 suka berbakti kepada tanah ciptaan Allah SWT. Suka bercucuk-tanam..,
dan sekiranya adanya haiwan yang makan hasil tanamannya.., maka diniatkan
beliau sekadar sedekah.. Iklan sebentar yer.. “Kita dijadikan daripada
unsur tanah dan kepada tanah jualah kita akan dikembalikan”.. huhu.. J
Datuk ana juga memiliki perwatakan yang pelik
sama seperti datuk sebelah emak ana yang
telah ana coretkan pada entri blog ana yang lepas.. Apa yang peliknya adalah dalam rumahnya.., dia
suka tinggal menyendiri di sebuah tempat yang ana panggil “bawah Kolong” pada
ketika itu.., rumah datuk ana adalah rumah biasa sahaja kerana datuk ana
merupakan orang susah pada zaman dahulu begitu juga sewaktu zaman kanak-kanak ana
bersamanya.., namun, yang memelikkan fikiran ana ialah kolong tersebut
kedudukannya berada di satu tempat yang sulit seakan-akan tempat persembunyian
orang-orang yang berperang di jalan Allah SWT… “kolong” tersebut sangat2 sempit
namun boleh sekadar memuatkan jumlah 5/6 orang sahaja untuk berada di sana… ana
sangat2 tersentuh apabila terkenangkan datuk ana sentiasa ‘relax’ walaupun bagi
pendapat ana, tempat tersebut sangat panas sehingga terkadang-kadang hampir
banyak peluh ana yang keluar bila bersamanya di sananya bersama-sama cucunya
yang lain.. Beliau juga merupakan seorang datuk yang amat penyanyang terhadap
cucu2nya sama seperti datuk sebelah ibu ana. Kolong tersebut seakan –akan
banyak menyimpan rahsia datuk ana.. mungkin tempat tersebut menjadi saksi akan apa yang dilakukannya berhari-hari di
sana walaupun berseorangan diri… Datuk ana mengikut pandangan saya seorang yang
sangat baik walaupun sangat tegas dan garang berbanding datuk sebelah ibu ana..
mana tidaknya kerana datuk sebelah ibu ana memiliki anak sebanyak 9 orang.., yang kini hanya 2 perempuan
3 lelaki (akan tetapi 4 daripadanya telah di ambil nyawa oleh Allah SWT. 2
daripadanya ketika zaman bayi dan 2 lagi pada usia kanak-kanak disebabkan jatuh
dalam tempayan mungkin sebab kedegilan mereka sendiri pada usia sebegitu
ditambah pula disebabkan sudah tercatit qada’ qadarnya sebegitu rupa..
–mengikut apa yang diceritakan oleh emak dan nenek ana ) manakala datuk sebelah
ibu ayah ana pula memiliki anak sebanyak lapan orang dan kesemuanya masih ada
di bumi Allah ini sehingga sekarang..
Alhamdulillah J,
hanya seorang sahaja cahaya mata perempuan yang dimiliki oleh datuk ana
ini.. iaitu mak long ana yang merupakan kakak sulong terhadap 7 adik lelaki
yang lain.. memang tidak tergambar di fikiran saya kesusahan beliau membesarkan
anak-anaknya sehingga mereka sudah berkeluarga sendiri + kemiskinan yang
mencengkam pada ketika itu”. Justeru itu.., perwatakan datuk ana ialah sangat
suka bergurau dengan cucu2nya dan tegas apabila berurusan dengan anak2nya iaitu
pak ngah, pak teh, ayah ana, pak itam, pak ndak, pak cik, busu saya pada ketika
itu mengikut pemerhatian saya sewaktu bertitlekn kanak-kanak ribena pada masa
tersebut. J
beliau juga memiliki sifat yang sama seperti ana.., suka bersendiri +
berseorangan di tempat yang sunyi pada waktu malam…. Datuk saya juga turut memiliki sebuah “kerusi
malas” yang digunakan untuk beristirehat dan membaca Al-Quran dengan kerusi
berkenaan.. apa yang menariknya di kerusi tersebut ialah sangat nikmat untuk
menggoyangkan badan yang keletihan.. huhu.. J kadang-kadang disebabkan kenakalan nahnu
(ana + cucu2 yang lain) yang suka menganggu datuk ana ketika sedang berehat
kami akan dimarahi oleh beliau tetapi tidaklah seperti beliau memarahi
anak2nya.. beliau marah dengan kasih sayang yang mana kami pada ketika itu
tidak pernah serik untuk lepak menganggu datuk.huhu J
Datuk
ana juga sama seperti datuk sebelah emak ana.., suka membelikan makanan2 ringan sekiranya pulang atau membawa
cucu2nya bersama.. datuk saya tidak pernah membezakan cucu2nya dengan cucu yang
lain.. beliau melayan cucu2nya sama shaja tanpa membezakan usia… dipendekkan
cerita pada ketika datuk ana hendak pergi meninggalkan kami semua berjumpa
tuhan pemilik alam ini iaitu Allah SWT, datuk saya sangat2 berpewatakan pelik..
biasalah kalau dikaji orang yang akan pergi meninggalkan dunia Allah yang
sementara ini pada kebiasannya akan mempamerkan perwatakan yang sangat2
ganjil/ganjil sedikit berbanding pada kebiasaannya.. ana yang pada ketika itu
berusia 5 tahun sangat2 ingtkan kisah tersebut yang saya saksikan di hadapan mata
saya sendiri.. memang seram jika direnungkan kembali.. terlebih dahulu ana
ingin membetulkan persepsi sebahagian orang pada masa kini yang terkadang salah
menilai seseorang.. saya tidak pernah menyindir/ menujukan terhadap sesiapa
yang ada membaca entri saya ini.. Cuma sekadar perkongsian ilmu sahaja..,
sekiranya telah sampai seseorang bercerita mengenai mimpi yang dimilikinya maka
janganlah mudah menilai orang itu pada tahap yang mana.. siapalah kita untuk
membaca isi hati orang..
(Kisah benar) ~Nama dirahsiakan bagi
mengelakkan dari disalah tafsir dan diselewengkan oleh anasir2 yang
xbertanggungjawab.. huhu.. J
Steven Gerrad wrote
: “sekadar nk tye pndpt semua je.. sy prnh b'mmpi brjumpa seorang lelaki
b'jubah putih sedang duduk di atas sbuah kerusi dlm keadaan dy t'senyum kt sy..
mmpi tu xlame cume skitar seminit je rase sy... wjh lelaki b'jubh tu sngt2
cntik + mndamaikn.. mmg sngt2 misteri sngt.. sush nk bygkn kt semua..
Allahuakbar.. kwn2 rase siapa yer?? status sy ni bkn nk tnjuk yg b'tuahnye sy
dpt mmpi luar biase tu.. mhon sy djauhkn dr sft mzmumah2 sprti riya' n len2..
p'soaln dy mmp tu skjp sngt & dlm mmpi tu sy cume nmpk dy duduk atas krusi
n bckground blkg xde pe2.. kosong je.. adekh malaikat maut nk bg wrning kt sy
ajal dh dkt.. :(.. mhon bg pndpt yg
rasional... :)”
Zinadine Zidane : mungkin anda akan diberi
rahmat dari Allah..
Steven Gerrad: erm nth r Zinadine Zidane..
moge dpt jmpe laki b'jubh tu kmbali.. nk tye ye sape..
Messi : Mimpi adalah mungkin aib atau kelebihan kita ..
Elakkan daripada bercerita di halayak .. X semestnya mimpi yg baik bermaksud
baik ..Mgkin bermaksud buruk
Steven Gerrad: tu la mhon djauhkn
drpd bnda2 yg buruk.. amiin..
Drogba : .dy suh study . jgn nk men pesbuk je pandai
Torres : x elok cerite mimpi kita kepada umum
Steven Gerrad: xpe.. nk tye pndpt je... sy mmg nk delete
post ni lps dh rase puas dnga pndpt.. huhu.. Drogba.. ade sy
kisah ke?? ~weekk.. ;p
Zinadine Zidane : Good luck Steven
Gerrad...
Steven Gerrad: Insya-Allah Zinadine Zidane.
hehe.. sy study niat 2 je Zinadine Zidane kerana Allah n lg 1 nk lulus je., xmtk pown
cmrlng.. mhon jgn tiru sape2 yg bce komn ni yer.. huhu..
Torres : Maaf ye
Steven Gerrad, saya pun dulu pernah buat mcm ni...pastu
ade orang beritahu saya bahaya cerita mimpi kat orang ramai. sebabnya, berkemungkinan ada musuh kita yang akan
manipulasi kita berdasarkan mimpi kita...
Steven Gerrad: xde yg nk d maafkn r Torres t'<3 huhu..
mmg lame tau kalau mmp2 ni xbek citer kt org.. tp just nk mtk pndpt.. ikhlas
seyh.. huhu.
Torres : ok. :-)
Steven Gerrad: nnt kalau sy mmp naik pelamin sy citer lg kt
fb yer .. huhu.. ^_^ gurau-mnyurau je Torres k.. :)
Cristiano Ronaldo : ciri2 lain ade ker?
Steven Gerrad : xde
Cristiano Ronaldo.. skjp sngt.. tp yg sure dy snyum.., b'jubh putih n muke mmg
cntik..
Cristiano Ronaldo : berserban?
Steven Gerrad : Cristiano Ronaldo tp kalau btul2 r dpt jmpe dy balik.. sy hrp dy
org bek2 soleh.. yup.. a'ah
Steven Gerrad : tp bkn pe Cristiano
Ronaldo.. just saje nk share yg sy slalu m'hrp+doa pd Allah dpt jmpe
slh sorg nabi Allah yunus a.s... tp
siapelah sy nk dpt jmpe nabi kn.. tp sy ttp usaha nk jmpe nbi yunus a.s dlm
mmp.. moge Allah p'knnknn.. yg laki mstri tu xpsti siape.. wallaahua'lam..
MESSI : janggut panjang mana? Hehe
Steven Gerrad : xingt2.. sy xpst.. cr2 yg sy psti
je sy citer..., dy snyum kt sy.., b'jubh+serban.. duk atas kerusi.. wajah cntik
+mndmaikn.. tu je.. sbb mmp t'lalu
sgkt.. lps tu sy trus t'sedar.. dlm smnit je jmpe dy..
Cristiano Ronaldo : : roh kita ni
ada 2. ruhul hayah n ruhul tamyiz. so, dlm mimpi, rohul tamyiz tu yg bergerak.
Mcm org yg x jaga syariat n slalu sgt buat dosa, mimpi dia agak mengarut sbb
berjumpa dgn roh2 yg jahat. mungkin awak jumpa dgn roh yang baik. subhanallah.
Kalo menurut Harun din ,mimpi yg benar berlaku 3 kali berturut2. syukur anda di
anugerahkan mimpi begitu. Tapi ana sgt cemburu dgn anta jika itu adalah
Rasulullah SAW.. itulah harapan semua umat Muhammad, mahu melihat Rasulullah.
melihat dlm mimpi umpama melihat Rasulullah semasa jaga.. subhanallah...
TEVEZ : kalu mimpi samada baik atau buruk, seeloknya
bertanya pada alim ulama, para ustaz.. xperlu dihebohkan..
Steven Gerrad : breh TEVEZ..
:)
Steven Gerrad : sy ykin bkn
rasullullah s.a.w tp mgkin org2 baik kot.. wallahua'lam... ade ptg asar skali
sy bau harumn kjutkn sy solat asar.. tp
jrk mmpi tu jauh ckit.. mgkin de kna-mngena gak ngn mmpi tu.. pe2 pown sy hrp
jmpe 'dy' balik nk mtk sign.. syukran Cristiano Ronaldo yer.. nnt
sng2 jmpe r kt mlake.. lame sngt dh x
b'sua.. huhu.. :)
Cristiano Ronaldo
: boleh juga search di internet. ada jer orang kongsi
mimpi2 cam awak ni.. baca sekadar tambah pengetahuan.. kalo enta rasa itu
Rasulullah , cuba buka kitab syamail muhammadiyah.. ada ciri2 fizikal
Rasulullah, kecintaan seluruh penduduk langit dan bumi...
Steven Gerrad : sy lame dh pndmkn
mmpi ni.. bkn smlm nyer mmpi.. dh b'buln2.. cume kdg2 wjh dy mngggu fkrn sy..
sy asyk trkngkn dy.. huhu..
Steven Gerrad : x.. sy tau + sy kaji
lame dh.. bkn trf sy jmpe rasulullah s.a.w.. siyes ckp.. tp psti dy org bek2
kot.. tkot gak kalau mALAikat maut.. Cristiano Ronaldo rase2 bkn
mlkat maut kn.. huhu
Cristiano Ronaldo
: berdoalah agar dipertemukan syeikh.. dalam kisah
wali2 Allah, banyak diceritakan tentang perkara2 begini. Malah berjumpa dgn
nabi2 sebelum ini. wallahua'lam. selain tu, bila enta byk bersama org2 berilmu
dan warak, banyak cerita yg akan mreka kongsikan...See More
Steven Gerrad : llaki tu byk gnggu
fkrn sy.. sy slalu sngt t'kngkn dy.. pe yg sy tkot kalau waning dr malaikat
maut psl ajal kmatian.. sy prnh sakit eksden mtor (2x) mmg trauma kdg2 bile pk eksiden.. tp
kalau psl kmatian.. mmg lg2 r sy takut sakitnye.. sy tkot sngt nk hdapi
kmatian.. :'( nk mtk pndpt Cristiano Ronaldo yg rase2 bkn mlaikat
maut kn.. ??
Cristiano Ronaldo
: kalo malaikat maut, bersedialah.. bukankah org yg
paling bijak itu mengingati mati? Sahabat2 nabi, mereka cintakan kematian
kerana rindukan akhirat. Sebab cintakan kematian dan rindukan akhirat tu lah
terbangun empayar Islam 3 perempat dunia... sebab m...See More
Steven Gerrad : Allah.. :'(
Cristiano Ronaldo : kematian itu sakit, tapi dirasakan indah bagi org
beriman+taqwa. umpama 300 mata pedang ditusuk, mana x sakit..huhu.. peringatan
buat kita agar segera igt pd Allah. segalanya dalam percaturan Tuhan, manusia x
ada campur tgn walau sebesar habuk pun dgn ...See More
Steven Gerrad : sy nk delete dh pos
ni.. nnt2 sy jmpe Cristiano Ronaldo kalau de rezki nk mtk pndpt
lnjut.. syukran abg Cristiano Ronaldo sbb memahami + kongsi pndpt
yg sngt brguna bg sy :) rndu la senior2 mlake yg dh prgi dr ipg ni.. Suarez..,
michael ballack.., khairul fahmi che mat., ghaddar
ke pe lg sorg yg duk kt white house.. huhu.. nnt kte jmpe raye adilftri 2013 ke kalo b'ksmptn yer.. bereh??
huhu...
Cristiano Ronaldo
: bereh. xde hal. ok, dah dgn pendapat org baru
delete.. :)
Steven Gerrad : sorry.. sy mmg fhm
sngt ksn bruk citer ksh mmp ni kt public..org pndg serong/slh tfsir sume.. tp
sbb xthn sbb fkrn byk b'celaru dsbbkn wjh
llaki b'jubh tu.. smpai mkn.., mnum.., exam sume xleh nk fokus.. huhu..
:) Cristiano Ronaldo still pkai no lame kn.. ??
Cristiano Ronaldo
: ok la tu. ust haron din tu cerita
mimpi jumpa Rasulullah, relax jer..:) aah, Still pakai no lama. xyh call la.
jmpe nnti kita smbg lama..:)
Steven Gerrad : eh x ah.. nk surekn
je.. xgnggu pown Cristiano Ronaldo mlm2 ni nk kol.. huhu.. lgpown
esok exam.. k2.. lg10 mnit xde sape bg pndpt lg sy delet je post ni.. syukran
akhi Cristiano Ronaldo.. barakAllahufik.. :)
Analoginya cukup mudah untuk ana sampaikan..
sekiranya ana menyatakan ana tidak suka terhadap orang tersebut kerana beberapa
sikapnya yang meluat/menyampah namun jauh dalam lubuk hati ana yang ana sangat2
sayangkannya kerana Allah SWT.. ambillah hadith yang terdapat di blog ana ini “
Seseorang mukmin adalah cermin……….” Justeru.., sebagai individu muslim, suka
untuk ana katakan haram kalau kita wujudkan sifat dendam/ benci terhadap
seseorang walaupun beliau memang pada hakikatnya berperwatakan yang sangat2
menyampah seperti suka menjatuhkan aib orang dihadapan orang ramai dan lain2
namun sebagai orang islam kita tetap bersaudara di bawah satu payung yang sama
iaitu Islam.. Ingatlah semua.., kalau
kita ada berbalah/bersepak penampar dengan sesama islam, maka berdamailah
semula kerana pernah saya terbaca hadith nabi muhammad SAW yang menyatakan
bahawasanya sekiranya kamu beriman.., maka damaikanlah antara dua kaum kamu
yang bertelagah… wallahua’lam.. mohon diperbetulkan.., sekiranya salah hadith
berkenaan.., jangan menyalahkan saya yer.., sebaliknnya ambillah pengajaran
atau hikmah terhadap kesalahan yang ana lakukan yang terkandung dalam hadith
berkenaan.
Hakikatnya kita sebagai umat Islam.. harus
bersyukur kerana kita lahir sebagai orang islam dan masih ramai lagi orang yang
tidak mendapat hidayah (petunjuk) untuk menerima/memeluk islam yang mulia… Kita juga perlu sedar bahawasanya sekiranya
kita bermusuh terhadap sesama islam.. maka kita tetap sujud di bawah satu
kiblat yang sama iaitu Kaabah Allah SWT..
begitulah hikmahnya jika diamati mengapa kaabah menjadi kiblat umat islam
sehingga ada orang kristian mempertikaikan sekiranya menyembah kaabah..,andai
kata umat islam berada pada satu barisan saf yang lurus menghadap betul2
dihadapan Kaabah Allah SWT sehingga saf tersebut terlebih dan terkeluar
daripada lingkungan keluasan kaabah maka adakah sah sembahyang orang islam
tersebut jika tidak menyembah kaabah.. suka untuk saya betulkan fahaman
sahabat2 bukan islam yang dikasihi yang terbaca entri blog ana ini.. “UMAT
ISLAM BUKAN MENYEMBAH KAABAH KERANA KAABAH BUKANLAH TUHAN PENCIPTA ALAM INI..,
akan tetapi ia adalah suruhan ALLAH YANG DISAMPAIKAN MENERUSI RASUL2nya nabi2
Allah musa (MOSES).., Isa (JESUS).., sulaiman (SOLOMON)..,Ibrahim (Abraham) ,
Ismail (Ishamel).. dan lain2 lagi. lebih2 lagi pelengkap rasul2 iaitu MUHAMMAD
S.A.W yang menyempurnakan ajaran2 yang dibawakan oleh rasul2 sebelumnya seperti
JESUS dan menyempurnakan semua ajaran yang dibawa iaitu ISLAM yang bermaksud ‘
sejahtera’ dan juga bertindak sebagai Nabi terakhir di bumi ini… tidak akan
wujud nabi sesudah baginda dan teramatlah rugi sekiranya masih ramai yang masih
tidak mempercayai ajaran Islam lebih2 lagi pengikut JESUS yang beragama
Kristian (pengikut Nabi Isa a.s yang diceritakan kisahnya dalam Al-Quran).
Allahuakbar.. maaf sekiranya menyimpang daripada penceritaan ana.., Insya-Allah
akan ana ceritakan kisah2 nabi Allah pada entri2 yang akan datang… moga
dipermudahkannya.. berbalik kepada penceritaan ana.. datuk ana pada ketika itu
berkata kepada nenek ana yang dia menyatakan “kenapa ramai sangat orang berpakaian jubah putih di luar
rumah..ada apa kat situ??, marilah kita pulang ke rumah kita sendiri” yang pada
ketika itu tiada seorang pown yang
berjubah putih di luar rumah dan hakikatnya memang rumahnya sendiri pown
pada ketika itu.., ini adalah kisah benar yang diceritakan nenek saya kepada
saya (mohon doakan nenek saya yang sakit keuzuran di rumahnya sehingga
sekarang).. :’( :’( :’( :’( :’( namun
apa yang nenek saya lakukan adalah menenangkan datuk saya pada ketika itu… biasalah orang yang sedang nazak.. namun apa
yang saya sangat2 tersentuh pada ketika itu ialah datuk saya fasih mengikut
bacaan yaasin orang yang mebacakan untuknya pada ketika itu walau sudah nazak
ketika itu…:’) :’) :’) :’) :’):’) :’)
sehinggalah ajal menjemputnya beliau fasih melafazkan kalimah syahadah yang
mulia iaitu “Tiada tuhan melainkan Allah
SWT dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah”..
Orang kata air mata lelaki memang
sukar untuk jatuh ke bumi namun, diri saya sebaliknya, air mata saya mudah
jatuh disebabkan oleh kehilangan seorang datuk yang sangat2 saya kasihi.
Wallahua’alam.. betapa saya merindukan arwah.. Insya-Allah, doa saya akan
sentiasa mengalir untuk diri arwah selagi mana saya tetap mengingatinya setiap
masa. Kini Ramadhan dan Aidilfitri yang saya lalui seakan-akan kurang meriah
dan bermakna dengan ketiadaan arwah.
Akan tetapi saya tetap bersyukur
kerana arwah meninggalkan kami dalam keadaan Islam dan fasih menyebut
kalimah”Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Memang teramat jauh sekali dengan
kesdihan yang dialami oleh baginda SAW yang mana kematian datuk tercintanya
Abdul Muthalib dalam keadaan beliau tidak mahu menerima Islam. ..
Syukran ya Allah.. Sekian sahaja coretan saya di blog ini, Insya-Allah akan
saya coretkan lagi pengajaran atau peringatan yang berguna kepada diri kita
semua selaku umat Muhammad SAW yang dijanjikan oleh Allah dengan sebaik-baik
umat. Hargailah insan-insan yang berada di sekitar kita sebelum ucapan salam
perpisahan terpaksa kita tuturkan apabila sampai masanya nanti. Semoga sidang
pembaca semua dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang saya coretkan
di sini. Tidak lupa juga sebuah video mengenai kasih sayang junjungan besar kita
Muhammad SAW kepada kita yang telah saya muat turun dalam blog ini. Akhir
kalam, yang segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk
datangnya daripada kelemahan diri ini selaku hamba yang tidak terlepas daripada
melakukan dosa dan kesahan terhadap Allah.. dan sesama mahluk.. J
No comments:
Post a Comment