Satu cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah
ialah dengan bangun mengerjakan ibadah, khususnya sembahyang tahajud atau
sembahyang di tengah malam. Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung
perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada
tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya ialah kerana Allah mahu menguji sejauh mana
taatnya seseorang mahluk yang mengaku bertuhankan Allah SWT. "Sesungguhnya, bukan
satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari
ketika orang lain sedang dibuai mimpi". Juga bukan satu perkara mudah untuk
berwudhu’ dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan juga bukan perkara
mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih
terkebil-kebil kepedihan menahan nikmat tidur yang masih belum dipenuhi.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah
perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana
sehari suntuk bekerja pada siang hari, ditambah pula sekiranya seseorang itu
masih belajar seperti seorang mahasiswa IPG, maka sudah tentu banyak tenaga
telah digunakan pada waktu pagi dan petang dek kerana riadahnya dan mentelaah
ilmu pelajaran. Justeru, keadaan tubuh yang letih dan lesu sememangnya
memerlukan rehat yang mencukupi dan hal ini menyebabkan ramai yang mengalami
kesukaran untuk bangun seketika daripada tidurnya lantaran kerana lenanya
diulit mimpi yang indah serta fikiran yang bebas daripada belenggu masalah
kerana nikmatnya tidur kurniaan Allah SWT. Mata akan bertambah mengantuk dan tubuhnya akan
menjadi bertambah penat apabila seseorang tidur lewat malam kerana asyik
menonton tayangan gambar khususnya bagi pihak muslimin yang gemarkan menonton
sukan bola sepak pada larut malam di kaca komputer riba atau televisyen serta
melakukan kerja tambahan-tambahan yang lain. Keadaan sejuk dan suasana sunyi
sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak
tidur dan berasa ‘keberatan’ untuk berhubung dengan Allah SWT di tengah malam. Namun,
pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali
diketahui oleh hamba-hamba-Nya. Sekalipun sembahyang tahajud sekadar sunat,
tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi niainya. Firman Allah
SWT dalam surah al-Isra’ : 79 :
Maksudnya : “Dan pada sebahagian malam,
lakukanlah solat tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan
Tuhanmu mengangkatmu ke suatu darjat yang terpuji)"
Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya
sembahyang tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia
untuk mengukuhkan hubungan manusia dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala
kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah
melakukannya., namun bagi mereka yang biasa, ia akan menjadi satu kenikmatan
pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar
jika meninggalkan sembahyang tahajud. Pada waktu sepertiga malam inilah, pintu
langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan
membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka
yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
:
“Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam
kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau
isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan
yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminta dan
jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya “ (Hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu
yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya
dan meninggalkan larangannya. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh
ituAllah menyanyangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang
benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun
melakukan tahajud di tengah malam. Sesungguhnya, sembahyang tahajud ialah satu
daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding
sembahyang sunat yang lain. Sembahyang tahajud adalah amalan orang soleh yang
sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan sembahyang tahajud
bukannya hanya diamalkan umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja malah turut diamalkan
oleh umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah tahajud bukan dikhususkan
kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja.
Saidina Umar Al-Khatab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang
malam dengan berkata : “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang malam (tahajud)
dengan khusyu’ nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan
empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah :
2) Lahir kesan takwa pada wajahnya
3) Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4) Percakapannya mengandungi hikmah
5) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat kurniaan di akhirat ialah :
2) Dipermudahkan hisab
3) Cepat melalui Sirat al-Mustaqim- seperti kilat
4) Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan
Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang
tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengakui beragama islam sanggup dan
bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih
utama daripada sembahyang ini. Sesungguhnya manusia akan berlumba-lumba untuk
bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan
amalan ini.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi
kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara mahluk
dan pencipta-Nya. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu
seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Orang yang khusyu’ dalam sembahyang akan merasa hubungannya dengan Allah begitu
hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat
mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Anologinya cukup mudah,
sebagai contohnya di IPG saya ada sebuah kedai burger yang menjadi tumpuan
pelajar-pelajar di sini. Justeru itu, sekiranya pada ketika itu bilangan orang
yang ingin membeli burger teramat kecil bilangannya, maka sudah tentu
permintaannya akan menjadi mudah, cepat dan senang diperolehi.
Oleh itu,
mohonlah keampunan dan limpahan rahmat ketika orang lain sedang tidur nyenyak.
Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu
taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat
daripada-Nya Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung
denganAllah ialah pada waktu malam. Sebab itu kurangkanlah tidur dan perbanyakkanlah
bersembahyang dan beribadah bagi menambahkan saham atau bekalan di akhirat pada
waktu malam hari. Insya-Allah pesanan buat rakan serta diri ini khususnya
selaku hamba yang sering tidak terlepas daripada elakukan dosa terhadap Allah
dan sesama mahluk.
"Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimp.. Pada waktu sepertiga malam inilah, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
ReplyDeleteAda sahabat saya pernah kongsikan dua perkara yang membuktikan kecintaan kita kepada Allah...
ReplyDeletePertama,di saat azan berkumandang,di manakah kita?
Kedua,di saat Allah menunggu kita untuk berqiamullail di sepertiga malam,di manakah keberadaan kita?
askum. insert yg menginsafkan. alhamdulilah.
ReplyDeleteSyukur ya allah ya affuw ya tawab ya ghaffar ya jalil ya quddus.sesunguhnya allah maha menerima taubat....sepertiga mlm waktu yg sesuai utk kita adukn pada allah...kesannya di siang hr masyallah..wajah yg berseri ht yg girang..urusan nye mudah...allah mndengar aduan hmbanya rengekan hmbanya....mn mungkin tgn yg berdoa pd allah itu disia siakn..tidak mungkin krn allah ya mujib..maha mengkabulkn...aamiin
ReplyDeleteSyukur ya allah ya affuw ya tawab ya ghaffar ya jalil ya quddus.sesunguhnya allah maha menerima taubat....sepertiga mlm waktu yg sesuai utk kita adukn pada allah...kesannya di siang hr masyallah..wajah yg berseri ht yg girang..urusan nye mudah...allah mndengar aduan hmbanya rengekan hmbanya....mn mungkin tgn yg berdoa pd allah itu disia siakn..tidak mungkin krn allah ya mujib..maha mengkabulkn...aamiin
ReplyDeleteSangat bermanfaat, alhamdulillah, terima kasih..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete😊
Sgt mmbantu .
ReplyDelete