Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar Al Khattab Di
Sisi Rasulullah S.A.W
Siapa yang tidak kenal sahabat seperjuangan Nabi
Muhammad S.A.W iaitu Saidina Umar Al Khattab. Pada awalnya, Umar Al-Khattab merupakan tokoh Quraisy yang keras penentangannya
terhadap Islam, tetapi akhirnya menjadi seorang khalifah kedua selepas
kewafatan Abu Bakar As-Siddiq dalam Islam.
Riwayat Hidup Saidina Umar Al Khattab Secara
Ringkas
Biodata Lengkap Umar Al Khattab
Umar Al-Khattab atau “Umar Al-Faruq” demikian
gelaran khalifah Islam kedua pada zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Nama
penuh putera Al-Khattab ini ialah Umar bin Khattab bin Naufal bin Abdul Uzaz
bin Ribah bin Abdullah bin Qurat bin Zurah bin Ali bin Ka’ab bin Luway bin Fihr
bin Malik. Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah
SAW pada moyang mereka, Ka’ab, iaitu keturunan yang ketujuh daripada kerabat
Nabi Muhammad S.A.W.
Umar dilahirkan pada tahun 584 Masihi di kota
Makkah. Ibunya pula bernama Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah
bin Umar bin Makhzum. Bani Makhzum merupakan satu anggota yang besar dalam
kabilah Quraisy. Semasa zaman Jahiliyah, ia telah banyak melahirkan
pemimpin-pemimpin yang hebat. Mereka terkenal dengan bilangan yang ramai dalam
kepimpinan, masyhur dengan keberanian yang tiada tara, kuat dan keras sehingga
kaum Quraisy menyerahkan tugas penjagaan tali gembalaan dan khemah-khemah
kepada mereka. Pada saat sebelum Islam hampir tiba, tugas ini berada di tangan
Khalid bin al-Walid.
Sewaktu kecilnya, Umar mengembala kambing. Apabila
usianya berginjak remaja, beliau berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan
sering berdagang ke Syam. Selain kedudukan keluarganya yang disegani, Umar juga
dikenali sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani. Malah, di pasar Ukkaz,
beliau merupakan juara gusti yang paling perkasa. Sebelum memeluk agama Islam,
Umar amat memusuhi Rasulullah S.A.W. Sikapnya sama seperti Abu Jahal. Umar
menganiaya pengikut-pengikut Rasulullah tanpa belas kasihan, malah beliau
pernah menyeksa hambanya yang bernama Labinah kerana memeluk agama Islam.
Ketika Muhammad diutus menjadi Rasul, usia Umar sudah menjangkau 27 tahun. Pada peringkat awal dakwah Islam, Umar merupakan penghalang besar kepada perjuangan Rasulullah S.A.W. Kebenciannya kepada agama Islam amatlah ketara. Beliau tidak segan silu menyeksa orang Islam dan beliau juga berpegang teguh dengan fahaman jahiliyahnya. Namun begitu, Umar tidak mampu untuk mengugat pendirian mereka terhadap agama Islam.
Sejarah Ringkas Umar Al Khattab Sebelum Memeluk Islam
Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayah
Islam pada tahun ke-6 kenabian (Nabi Muhammad s.a.w berusia 46 tahun ketika
itu) ketika berumur 33 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik
perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar
dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah S.A.W, beliau bertembung dengan
rakannya Nu’aim bin ‘Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah
membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya
dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin ‘Aratt sedang membaca Al-Quran
daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul
adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai
balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya.
Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat
al-Quran yang begitu indah sehingga akhirnya beliau memeluk Islam pada hari itu
juga. Lalu Umar al-Khattab segera menuju ke rumah Nabi Muhammad S.A.W, bukan
untuk membunuh Baginda tetapi untuk menyatakan keislamannya. Ternyata doa
Rasulullah S.A.W telah diterima oleh Allah SWT. Selepas peristiwa
terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah ,
kuatkanlah Islam dengan Umar.
Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata: Ya Muhammad , Sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.
KIsah Umar Al Khattab Setelah Memeluk Islam dan Dipilh Menjadi Khalifah
Selepas beliau menerima Islam, Islam seolah
mendapat ‘roh’ baru. Diriwayatkan, mereka tidak pernah merasakan kehebatan
Islam ini melainkan setelah Umar al-Khattab memeluk Islam. Umar al-Khattab
didoakan oleh Rasulullah agar menerima Islam, dan Islam bertambah kuat dengan
adanya beliau.
Sewaktu Abu Bakar as-Siddiq jatuh sakit selama 15
hari, beliau berasakan harus mencari pengantinya. Beliau bimbang jika setelah
ketiadaannya akan berlaku pertelingkahan dalam mencari penganti. Abu Bakar
as-Siddiq berasakan Umar al-Khattab adalah penggantinya yang terbaik. Lalu
beliau mengumpulkan beberapa para sahabat yang antaranya; Abdul Rahman bin Auf
dan Uthman bin Affan daripada kaum Muhajirin dan Asid bin Khudair dari kaum
Ansar.
Abdul Rahman bin Auf mengingatkan mengenai sikap
Umar al-Khattab yang keras. Namun, Abu Bakar as-Siddiq menyakinkannya bahawa
Umar al-Khattab pasti bersikap lembut apabila memerintah. Lalu semua sahabat setuju
dengan pemilihan itu.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meminta supaya berita
itu tidak dihebahkan dahulu kepada umum serta memerintahkan Uthman bin Affan
menulis perlantikan Umar al-Khattab bagi mengantikannya kelak. Apabila Abu
Bakar as-Siddiq meninggal dunia, Umar bin al-Khattab dilantik sebagai khalifah
yang kedua secara rasminya dan dibaiah dalam Masjid Nabawi.
Kehidupan Umar Bin Al Khattab Sebagai Khalifah Selepas Kewafatan Nabi
Muhammmad S.A.W.
Kepimpinan Khalifah Umar Al Bin Khattab
Kisah Ringkas Kehidupan Sahabat Umar
Al Khattab Di Sisi Rasulullah 12
Sebut saja nama Umar bin al-Khattab r.a, ramai
orang mengenalinya bukan saja sebagai antara sahabat Nabi SAW yang utama.
Malah, ramai mengaguminya sebagai pentadbir yang hebat semasa era Khulafa’
al-Rashidin. Dan banyak pengajaran urus tadbir yang boleh diambil dan
diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.
Ketika zaman pemerintahan Umar, empayar Islam sudah
meluas sehingga ke bumi Iraq, Iran, Azerbaijan, Khurasan (bekas jajahan Parsi),
Palestin dan Syria (dahulu Sham di bawah jajahan Rom) serta Mesir dan Libya di
utara Afrika.
Sumbangan Umar Al Khattab Dalam Pembaharuan Bidang Pentadbiran
Dalam setiap tindakan dan keputusannya Saidina Umar
Al khattab merupakan hal terbaik dan memberi sumbangan yang sangat besar
terhadap agama dan umat Islam ketika itu. Terdapat banyak pembaharuan yang
dilakukan beliau yang menambaikkan kedudukan Islam dan umatnya, antaranya;
Pembaharuan Dalam Bidang Politik dan Pentadbiran.
· · Membentuk majlis syura.
· Memperbaharui
undang-undang pentadbiran tanah.
· Melakukan
polisi baru untuk golongan Dzimmi.
· Mengasas
takwim hijrah
Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
· Menaik
taraf kedudukan golongan hamba
· Menubuhkan
jabatan aduan
· Pembangunan
sitem pendidikan
· Menubuhkan
ketenteraan setiap jabatan
· Perundangan
dan kehakiman
Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
· Penambahbaikan
Baitulmal
· Memajukan
sistem pertanian
Penutup Kisah Kewafatan Umar Al Khattab Di Bumi Mekkah
Umar al-Khattab meninggal dunia pada tahun
644, iaitu pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23H ketika berusia 63 tahun. Beliau
telah dibunuh dengan ditikam oleh Abu Lu’lu’ah sebanyak enam kali ketika sedang
mendirikan solat subuh. Beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah S.A.W.
Walaupun Umar al-Khattab sebelum pengislamannya
adalah penentang utama dakwah Rasulullah S.A.W, tetapi setelah memeluk Islam beliau
menjadi pembela pertama Islam, sehinggakan sedikit sebanyak perkembanagn Islam
ketika itu turut dipengaruhi oleh kekuatan dan keberanian Umar al-Khattab.
Ternyata Umar Al-Khattab bukan sahaja seorang
sahabat, serta mukmin yang setia tetapi merupakan pemimpin berwibawa yang
sangat didambakan oleh umat Islam. Bahkan sehingga kini tokoh seperti Umar
al-Khattab masih belum berganti. Semoga akan muncul pemimpin persis Umar
al-Khatab suatu hari nanti demi mengembalikan kegemilangan Islam, AmiinYa
Robbal ‘alamiin.…. Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)



.jpg)







“Masuknya Umar dalam Islam adalah pembukaan. Hijrahnya adalah kemenangan, kekuasaanya adalah rahmat. Sungguh kami menyedari diri kami sebelumnya tidak mampu melaksanakan solat di Kaabah sehingga Umar masuk Islam. Ketika masuk Islam, ia memerangi mereka dan membiarkan kami solat. (Ibnu Mas’ud diriwayatkan Al-Bukhari).
ReplyDeleteKemuliaan Umar tidak hanya berada pada keberaniannya, tetapi juga pada kebenaran dirinya. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran pada lidah dan hati Umar.”