Islam ialah satu sistem hidup menyeluruh. Ia merangkumi dimensi kepercayaan, peraturan dan akhlak. Islam membawa kebaikan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Asas dan rujukan kebaikan Islam termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Islam dan selok-belok ajarannya tidak dapat memberi manfaat kepada manusia jika ia tidak disebarkan dan difahamkan kepada mereka.
Penyebaran cahaya Islam kepada umat manusia memerlukan manhaj atau kaedah yang tertentu. Manhaj ini dikenali sebagai dakwah. Menurut Sheikh Saiyyid Qutub dakwah bermaksud menyampaikan dan menyeru manusia kepada kebenaran agama terutamanya kebenaran akidah.
Dakwah merupakan ikhtiar agar risalah Islam terus sampai tanpa putus dari generasi ke generasi umat Islam, dan usaha dakwah ini merupakan tanggungjawab semua umat Islam selamanya.
Firman Allah SWT “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah,”
(Ali Imran: 110).
Dakwah boleh juga difahamkan sebagai usaha agar umat manusia sentiasa patuh kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T, yang merupakan usaha pembetulan kehidupan manusia daripada landasaan yang salah kepada landasan yang sebenar. Dakwah juga boleh dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam segenap aspek kehidupan manusia ke tahap yang lebih baik mengikut landasan agama.
Disebabkan manusia terdedah kepada pengaruh sekeliling yang tidak sihat, mereka terdorong dengan keinginan hawa nafsu, cenderung dengan kepentingan diri sendiri, maka dakwah berfungsi sebagai pemberi ingatan kepada manusia untuk kembali kepada fitrah dan petunjuk Ilahi.
Dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, antara isu kritikal hari ini ialah perpecahan sesama mereka. Perpecahan berlaku mengenai pelbagai perkara termasuk yang menyentuh agama, puak dan politik. Perpecahan dan perselisihan yang berlaku dalam masyarakat merupakan satu yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimana pun, perpecahan berkenaan tidak boleh dibiarkan sehingga tiada mempunyai had. Had batasannya ialah selagi tidak memecahkan-belahkan ummah sehingga menyebabkan mereka lemah, ketinggalan, tidak dapat berdaya saing kerana tiada pasukan yang kuat. Bahkan umat Islam boleh hilang tampuk kekuasaan dengan hilangnya kesatuan dalam kalangan mereka.
Oleh itu, dakwah kepada kesatuan ummah adalah kritikal. Ia merupakan satu tuntutan dan petunjuk asas agama Islam. Kesatuan ummah penting kerana ia disebut dengan jelas dalam Al-Quran.
Dalam surah Ali Imran ayat 103, Allah S.W.T menegaskan bahawa “Dan berpegang (teguhlah) dengan tali Allah (ajaran Islam) dan janganlah kamu berpecah belah”.
Sebagai orang Islam, kita wajib menyakini bahawa segala perintah Allah SWT adalah untuk kebaikan manusia tersurat dan tersirat. Amanat Allah SWT adalah untuk memberi keselamatan manusia daripada kebinasaan dan kerugian.
Dengan itu, sebarang perpecahan khasnya dalam bidang agama dan politik adalah perpecahan yang perlu mempunyai had dan bersifat rantingan. Ia tidak boleh menjejaskan kesatuan umat Islam khasnya di Malaysia.
Dakwah, yang menjadi kewajiban setiap orang Islam, menjadi benteng kepada kesatuan ummah. Dengan kesatuan, ummah akan menjadi kuat untuk menjamin kelangsungan jati diri mereka dan kuasa umat Islam dalam memakmurkan negara.
Dalam ajaran Islam, berdakwah merupakan salah satu kewajiban penting bagi setiap Muslim. Dakwah berarti menyampaikan pesan-pesan Islam, baik melalui lisan maupun tindakan, untuk mengajak orang lain kepada kebaikan dan jalan yang benar.
Berikut ini adalah beberapa ayat Al-Qur'an yang menekankan kewajiban berdakwah bagi umat Islam.
Surah Al-Imran (3:104)
”Dan hendaklah di antara kalian ada segolongan yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
Ayat ini jelas menunjukkan bahwa setiap umat Islam memiliki tanggung jawab untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini adalah inti dari dakwah, yaitu mengajak orang lain untuk berbuat baik.
2. Surah An-Nahl (16:125)
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik."
Dalam ayat ini, Allah memerintahkan umat Islam untuk menyeru kepada-Nya dengan cara yang bijaksana. Dakwah harus dilakukan dengan pendekatan yang baik, agar pesan yang disampaikan dapat diterima dengan baik pula.
3. Surah Al-Baqarah (2:143)
"Dan demikianlah Kami menjadikan kalian ummat yang tengah, agar kalian menjadi saksi bagi manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi bagi kalian."
Umat lslam diangkat sebagai umat yang tengah, dengan tugas untuk menjadi saksi atas kebenaran Islam. Ini mengimplikasikan bahwa setiap Muslim harus aktif dalam menyebarkan ajaran Islam kepada orang lain.
4. Surah Al-Ma'idah (5:67)
”Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Jika tidak, maka engkau tidak menyampaikan amanah-Nya."
Pesan ini bukan hanya ditujukan kepada Nabi Muhammad, tetapi juga menjadi teladan bagi umatnya. Setiap Muslim memiliki tanggung jawab untuk menyampaikan ajaran Islam dan tidak menyembunyikannya.
5. Surah Al-Hajj (22:41)
"Dan (jika) mereka mendengar perkataan yang tidak baik, mereka tidak menjawabnya dengan kata-kata yang tidak baik dan mereka hanya berkata, 'Kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali…”
Ini menunjukkan bahwa dalam proses berdakwah, penting untuk tetap menjaga akhlak dan tidak terprovokasi oleh keburukan.
Berdakwah adalah kewajiban setiap Muslim yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Dengan mengikuti ajaran Al-Quran, umat Islam diharapkan dapat menjadi agen perubahan dan penyebar kebaikan di tengah masyarakat.
Melalui dakwah yang baik, kita tidak hanya mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, tetapi juga dapat menyumbang kepada kemenjadian masyarakat yang lebih baik.
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهَ بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Demi Allah, bila ada satu orang saja yang mendapat petunjuk melalui dirimu maka itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta-unta merah (semulia-mulia harta orang Arab) “.
(Hadis Riwayat Bukhari No: 2724)
Panduan umum...
1. Tugas berdakwah – mengajak manusia kepada jalan kebenaran dan ketaatan kepada Allah S.W.T adalah tanggungjawab setiap muslim….
2. Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda jika seseorang itu mendapat pertunjuk hasil dari dakwah kita..
3. Marilah kita rebut peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pelbagai medan dan penjuru di sekeliling kita. Semoga ia menjadi amal soleh yang berterusan apabila kita meninggal dunia….
Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)








Ada masa ketika doa tak dikabulkan bukan kerana tak khusyu', tapi kerana dakwah ditinggalkan.... Ada saat ketika munajat kita tak berjawab....
ReplyDeleteInilah masa ketika azab ditimpakan, berupa bencana alam yang mendera atau berupa sulitnya kehidupan yang merebak pada segenap umat Islam...
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
وَالَّذِيْ نَفْسِي بِيَدِهِ، لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ، أَوْ لَيُوْشِكُنَّ اللهُ يَبْعَثُ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ، ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلاَ يَسْتَجِيْبُ لَكُمْ
“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya. Kamu harus melakukan seruan dakwah (amar ma’ruf dan nahi munkar)... Atau jika tidak, Allah akan segera menimpakan azab dari sisi-Nya dan ketika kamu berdo’a tidak akan dikabulkan-Nya.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)...
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")