Dalam hidup ini, tiada siapa terlepas daripada ujian seperti kehilangan, kesempitan hidup, masalah keluarga dan kesihatan.
Islam mengajar agar redha dengan takdir kerana orang yang benar-benar redha akan mendapat dua ganjaran besar iaitu pahala yang melimpah serta ketenangan hati, yang tidak ternilai harganya.
Apabila ditimpa musibah, ada yang mempersoalkan dan menyalahkan takdir, sedangkan Allah S.W.T sedang mengangkat darjat hamba itu. Apa yang disangka buruk mungkin sebenarnya terbaik kerana Allah menentukan dengan hikmah dan ilmu yang luas.
Setiap ujian bukan kebetulan, Allah memilih waktu dan keadaan kerana Dia tahu hamba-Nya mampu menghadapinya. Ujian bukan tanda Allah benci, tetapi tanda Allah kasih kepada hamba-Nya itu.
Orang yang redha bukan sahaja mendapat pahala kerana bersabar, tetapi juga kerana menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang. Selain pahala, dia memperoleh ketenangan hati, tidak gelisah dan yakin ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Kadang-kadang kehilangan dan kegagalan membuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik. Hidup ini adalah perjalanan ujian, dan setiap hari tidak aka nada semuanya menjadi seperti yang dirancang.
Takdir adalah ketentuan Allah S.W.T yang telah ditetapkan sejak dahulu, baik yang menyenangkan maupun yang menyulitkan.
Seorang muslim dituntut untuk menerima takdir dengan hati yang redha. Redha kepada takdir Allah adalah tanda keimanan yang kuat, kerana seseorang hamba sadar bahawa segala yang terjadi pasti mengandung hikmah dan kebaikan.
Dalil dari Al-Qur’an tentang Ridha pada Takdir
Allah S.W.T berfirman:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa kecuali dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” (Surah At-Taghabun: 11).
Ayat ini menjelaskan bahwa musibah adalah sebahagian dari takdir Allah. Orang yang beriman dan redha akan diberi petunjuk serta ketenangan hati.
Hadis tentang Redha terhadap Takdir
Rasulullah S.A.W bersabda dari sahabat Shuhaib bin Sinan R.A :
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sungguh menakjubkan urusan orang beriman. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan, dan itu tidak dimiliki kecuali oleh orang beriman. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ia mendapatkan kesulitan, ia bersabar, maka itu baik baginya”
(Hadis Riwayat Muslim).
Hadis ini menegaskan bahwa ridha terhadap takdir, baik senang maupun susah, adalah bahagian dari pokok keimanan.
Antara manfaat redha terhadap Takdir Allah S.W.T
1. Hati Menjadi Tenang
Ridha membuat hati tidak gelisah, kerana seorang hamba menyedari semua yang terjadi adalah kehendak Allah S.W.T yang Maha Agung.
2. Menumbuhkan Rasa Syukur
Dengan redha, seorang muslim dapat melihat kebaikan dalam setiap peristiwa, bahkan dalam musibah sekalipun.
3. Menghindarkan dari Rasa Putus Asa
Orang yang redha tidak mudah berputus asa, sebab ia yakin Allah S.W.T tidak menetapkan sesuatu kecuali ada hikmah yang terkandung di dalamnya.
4. Mendekatkan hubungan dengan Allah S.W.T
Redha menjadikan seorang muslim lebih tawakal dan pasrah hanya kepada Allah S.W.T
Contoh Redha dari Para Sahabat
Para sahabat Rasulullah S.A.W selalu redha dengan takdir Allah S.W.T. Mereka tidak mengeluh ketika diuji, melainkan semakin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Inilah bukti keimanan mereka yang kuat dan akhlak mulia yang lahir dari keredhaan terhadap takdir.
Redha terhadap takdir Allah S.W.T adalah puncak kepasrahan seorang hamba. Dengan redha, hati menjadi tenteram, jiwa terbebas dari keluh kesah, dan hidup terasa lebih bermakna.
Maka, setiap muslim hendaknya berlatih untuk selalu redha dalam segala keadaan agar memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dalam hidup ini, tidak ada seorang pun yang terlepas daripada ujian. Ada yang diuji dengan kehilangan insan tersayang, ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada yang diuji dengan masalah keluarga dan kesihatan.
Namun di sebalik semua itu, Islam mengajar satu sikap yang sangat mahal nilainya iaitu redha dengan takdir.
Apabila seseorang benar-benar redha dengan takdir, Allah S.W.T akan memberikan dua perkara yang sangat besar nilainya dalam hidup iaitu ganjaran pahala dan ketenangan hati.
Inilah ganjaran yang tidak ternilai, yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ramai manusia apabila ditimpa musibah, mula mempersoalkan Allah, menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain, malah ada yang mempersoalkan keadilan Ilahi. Sedangkan pada saat itu, Allah sedang mengangkat darjatnya tanpa dia sedar.
Redha Dengan Takdir Disebut Dalam Al-Quran
Allah S.W.T telah mengingatkan kita dalam Al-Quran bahawa apa yang kita sangka buruk, sebenarnya mungkin itulah yang terbaik buat diri kita.
Firman Allah SWT:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.” (Surah al-Baqarah: 216)
Ayat ini sangat berkait rapat dengan sikap redha dengan takdir. Kita melihat dengan mata yang terbatas, tetapi Allah melihat dengan ilmu yang luas.
Kita menilai dengan perasaan, tetapi Allah menentukan dengan hikmah. Apa yang berlaku hari ini, mungkin kita tidak faham. Tetapi beberapa tahun akan datang, barulah kita sedar kenapa Allah izinkan perkara itu berlaku dalam hidup kita.
Allah tahu kita mampu hadapi ujian Itu. Setiap ujian yang datang bukanlah secara kebetulan. Allah memilih waktu, keadaan dan diri kita untuk menerima ujian tersebut. Ini kerana Allah maha tahu kemampuan hamba-Nya. Firman Allah S.W.T:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah: 286)
Apabila kita memahami ayat ini, kita akan lebih mudah untuk redha dengan takdir. Kerana kita tahu, jika ujian itu datang kepada kita, itu bermaksud Allah tahu kita mampu menghadapinya pada saat itu.
Allah bukan sekadar menguji, tetapi Allah sedang melihat bagaimana reaksi kita terhadap ujian tersebut.
Pahala Besar Bagi Hati Yang Redha Dengan Takdir
Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ، وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ
“Sesungguhnya besarnya ganjaran bergantung kepada besarnya ujian. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Hadis ini menunjukkan bahawa ujian bukan tanda Allah benci, tetapi tanda Allah sayang.
Dan apabila seseorang redha dengan takdir, dia bukan sahaja mendapat pahala kerana bersabar, tetapi pahala kerana menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang. Inilah darjat orang beriman yang tinggi di sisi Allah.
Ketenangan Hati, Hadiah Paling Mahal
Selain pahala, ganjaran kedua bagi orang yang redha dengan takdir ialah ketenangan hati. Hatinya tidak memberontak, tidak gelisah, tidak menyalahkan sesiapa.
Firman Allah SWT:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ
“Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”
(Surah al-Ra’d: 28)
Apabila seseorang menerima takdir dengan redha, hatinya sentiasa dekat dengan Allah. Dia yakin ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Inilah yang membuatkan jiwanya tenang walaupun berada dalam keadaan yang sukar.
Jangan Cepat Menilai Ujian Itu Buruk
Kadang-kadang kehilangan pekerjaan membuka jalan kepada rezeki yang lebih baik. Kadang-kadang kegagalan dalam hubungan menyelamatkan kita daripada kehidupan yang lebih menyakitkan di masa hadapan.
Semua ini hanya dapat difahami apabila kita belajar redha dengan takdir dan percaya bahawa perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan kita sendiri.
Apa yang Allah ambil, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada waktu yang tepat. Hidup ini adalah perjalanan ujian.
Setiap hari pasti ada perkara yang tidak menjadi seperti yang kita rancang. Di sinilah latihan untuk kita mempraktikkan redha dengan takdir.
Apabila hati kita mampu berkata, “Aku terima ya Allah, kerana aku tahu Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku”, ketika itulah kita akan merasai dua hadiah besar yang Allah janjikan: pahala dan ketenangan jiwa.
Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan hamba yang redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Hidup tidak selalu berjalan dengan baik. Adakalanya kita dihadapkan pada kesulitan, ujian, atau musibah yang terasa berat. Namun, dalam Islam, setiap kesulitan yang kita alami bukanlah tanpa makna. Allah S.W.T telah menyiapkan hadiah dan hikmah luar biasa di balik setiap cubaan yang menimpa hamba-Nya.
Setiap kesulitan adalah cara Allah mendekatkan kita kepada-Nya, memberikan pengajaran, dan mempersiapkan kita untuk sesuatu yang lebih baik.
Kesusahan Adalah Bahagian dari Takdir Allah S.W.T
Allah menciptakan hidup dan mati untuk menguji siapa di antara hamba-Nya yang terbaik amalnya. Hal ini ditegaskan dalam firman-Nya:
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.”
(Surat Al-Mulk: 2)
Setiap ujian adalah bahagian dari takdir Allah, yang dirancang untuk menguatkan keimanan, membersihkan dosa, dan mendidik kita agar menjadi hamba yang lebih baik.
Kesusahan sering kali terasa berat, tetapi Allah telah menjanjikan berbagai hadiah bagi hamba-Nya yang sabar dan tawakal. Berikut adalah beberapa hadiah yang Allah berikan kepada hamba-Nya saat menghadapi ujian:
1. Penghapusan Dosa
Setiap kesulitan yang dihadapi dengan sabar akan menjadi penghapus dosa. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu penyakit atau cubaan lainnya, melainkan Allah S.W.T akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya seperti pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Hadiah ini menunjukkan betapa besar kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Bahkan, kesulsahan sekecil apa pun dapat menjadi cara pembersihan diri.
2. Pahala yang Besar
Allah memberikan pahala yang besar bagi mereka yang bersabar menghadapi ujian. Dalam kitab Al-Quran, Allah berfirman:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Surat Az-Zumar: 10)
Pahala yang tak terbatas ini adalah bentuk penghargaan Allah kepada hamba-Nya yang mampu bertahan dalam kesulitan dengan penuh keikhlasan.
3. Kedekatan dengan Allah
Saat mengalami kesulitan, banyak hamba yang justeru semakin mendekatkan diri kepada Allah. Kesulitan membuat seseorang lebih banyak berdoa, memohon keampunan, dan berserah diri. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman:
“Aku bersama hamba-Ku ketika ia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut nama-Ku.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jalan Keluar yang Tak Disangka-Sangka
Allah menjanjikan jalan keluar bagi sesiapa pun yang bertakwa kepada-Nya. Ujian yang berat sering kali diakhiri dengan kemudahan yang luar biasa. Allah berfirman:
“Barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surat At-Talaq: 2-3)
5. Meningkatkan Derajat di Sisi Allah
Kesusahan yang diterima dengan ikhlas dapat meningkatkan derajat seseorang di sisi Allah. Dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah, apabila mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka ia mendapatkan keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka ia mendapatkan kemurkaan Allah.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Antara Cara Menghadapi Kesulitan dengan Baik
1. Bersabar dan Bertawakal
Kesabaran adalah kunci utama dalam menghadapi ujian. Bersabarlah dan tetap yakin bahwa Allah sedang menyiapkan yang terbaik untuk kita. Allah berfirman:
“Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.”
(Surah Al-Ahzab: 3)
2. Perbanyak Doa
Doa adalah senjata terbaik seorang Muslim. Ketika menghadapi kesulitan, panjatkan doa kepada Allah, memohon kekuatan dan jalan keluar. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Doa adalah senjata orang beriman.”
(Hadis Riwayat Hakim)
3. Tingkatkan Ibadah
Ujian adalah waktu yang tepat untuk meningkatkan ibadah, seperti solat malam, membaca Al-Quran, dan berzikir. Dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati akan menjadi lebih tenang dan kuat.
4. Ingat Janji Allah
Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah: 286)
Ayat ini menjadi penguat bahwa setiap ujian pasti mampu kita lalui, kerana Allah tahu kemampuan kita lebih dari siapa pun.
Setiap kesusahan yang kita alami adalah bahagian dari rencana Allah yang penuh hikmah. Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya sendirian dalam menghadapi cubaan.
Melalui ujian, Allah menghapus dosa, meningkatkan pahala, dan mendekatkan kita kepada-Nya. Hadiah terbesar dari kesusahan adalah kesempatan untuk menjadi hamba yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah.
Mari kita jadikan setiap ujian sebagai momen untuk memperkuat iman dan tawakal kepada Allah. Percayalah, hadiah yang Allah siapkan di balik kesusahan jauh lebih besar dari apa yang bisa kita bayangkan.
Mencari Tenang Dalam Ujian Hidup
Rasa sedih, kecewa dan ingin putus asa adalah lumrah kehidupan.
1. Jangan Malu Rasa Lemah, Itu Tanda Kita Seorang Hamba
Dalam hidup ini, tidak semua hari akan cerah. Akan ada hari-hari yang kita rasa lemah, tidak berdaya dan hanya mampu menangis. Namun, ketahuilah – saat-saat seperti itulah yang kadang membawa kita kembali kepada Allah S.W.T.
Rasa sedih dan kecewa bukanlah tanda kelemahan semata, tetapi bukti kita seorang hamba yang memerlukan kasih sayang dan bimbingan dari Pencipta.
2. Ujian Hidup Adalah Jalan Untuk Mencari Allah Kembali
Kehidupan tidak selalunya indah. Ada ketika kita terlalu tertekan dengan ujian yang datang bertubi-tubi. Tapi dari sebalik tekanan itu, Allah sedang memanggil kita – untuk kembali, untuk bergantung harap hanya kepada-Nya.
Meskipun rasa bersalah kerana hanya mengingati Allah ketika susah, ingatlah: yang penting kita kembali juga akhirnya. Allah Maha Menerima taubat, Maha Pengasih terhadap hamba-Nya.
3. Kekuatan Datang Bila Kita Percaya Rahmat Allah Itu Luas
Setiap orang melalui cabaran yang berbeza. Mungkin aku tidak tahu apa yang kau lalui. Allah tidak menguji melainkan kerana Dia tahu kita semua mampu.
Firman-Nya dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
Ujian adalah sebahagian daripada proses untuk menguatkan hati. Dari setiap kegagalan dan kekecewaan, muncul satu peluang baru untuk menjadi lebih tabah.
4. Langit Mendung Bukan Tanda Pengakhiran
Ramai yang kecewa apabila usaha yang dibuat akhirnya gagal pada saat-saat akhir. Namun, jangan mudah berputus asa. Apa yang gagal itu mungkin bukan milik kita, tetapi Allah telah siapkan sesuatu yang lebih baik di hadapan.
Setiap kegagalan adalah sebahagian dari takdir. Bila kita yakin kepada qada’ dan qadar, maka kita akan belajar menerima dengan hati yang lebih tenang.
5. Allah Melihat Kita Dengan Penuh Kasih Sayang
Dalam keadaan kita yang lemah dan tersungkur kerana ujian, Allah tetap melihat kita dengan penuh kasih sayang. Tiada satu pun air mata yang sia-sia, kerana semua itu dilihat dan dihitung oleh-Nya.
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapa yang lebih baik amalnya…”
(Surah Al-Mulk: 2)
Ujian adalah penanda bahawa Allah masih peduli. Dia ingin kita kembali kepada-Nya, lebih dekat, lebih tunduk, lebih bersyukur.
6. Antara maksud Bahagia Yang Sebenar
Bahagia itu bukan semata-mata pada senyum dan tawa. Kadangkala, bahagia hadir dalam bentuk penerimaan – redha terhadap apa yang terjadi.
Bahagia bukan bermaksud semua yang kita mahu akan kita dapat. Tapi bahagia adalah apabila kita yakin bahawa semua yang Allah berikan, walaupun pahit, tetap yang terbaik untuk kita.
7. Redha Membawa Ketenangan Hati Yang Sebenar
Redha adalah ubat paling mujarab untuk hati yang luka. Ia seperti teduhan dalam panas, seperti angin sepoi yang menenangkan jiwa.
“Allah redha kepada mereka, dan mereka pun redha dengan pemberian-Nya.”
(Surah Al-Bayyinah: 8)
Redha lahir apabila kita meyakini bahawa segala yang datang daripada Allah adalah anugerah – termasuk ujian. Apabila kita sayang pada Allah, kita akan percaya pada semua aturan-Nya.
8. Ujian Adalah Cara Allah Membentuk Kita Jadi Lebih Baik
Kesenangan atau kesusahan – kedua-duanya adalah bentuk ujian. Bezanya, bagaimana kita bertindak balas terhadapnya.
Allah uji mengikut kemampuan hamba-Nya. Ujian bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk membina kekuatan dalaman. Untuk menyedarkan kita bahawa kita perlu kembali bergantung kepada-Nya.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah Al-Ankabut: 2)
9. Bila Hati Rasa Berat, Mungkin Kerana Hubungan Kita Dengan Allah Terlalu Jauh
Sering kali, kita rasa ujian itu terlalu berat. Tapi mungkin, bukan kerana besar sangat ujiannya, tapi kerana kecilnya kebergantungan kita pada Allah.
Semakin dekat kita dengan Tuhan, semakin ringan hati menanggung beban. Bila hubungan kita dengan Allah kukuh, maka badai hidup pun terasa tenang untuk dilalui.
10. Ujian Itu Jalan Untuk Dekat Dengan Tuhan
Kita tidak dapat lari dari dugaan hidup. Tapi dalam setiap tangisan, dalam setiap doa yang kita lafazkan, ada kekuatan yang sedang terbina.
Melalui setiap ujian, kita belajar mengenali diri, memperbaiki kekurangan, dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Adakah Kita Berani Melihat Ujian Sebagai Anugerah?
Setiap ujian ada hikmahnya. Dan setiap detik sukar adalah peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik, lebih sabar dan lebih kuat.
Bahagia itu ada pada hati yang redha, pada jiwa yang bersyukur, dan pada iman yang teguh kepada Allah... Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")


















Ujian adalah tanda kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya... Dengan ujian, Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran.., keikhlasan..., dan keteguhan iman seseorang hamba.
ReplyDeleteRasulullah S.A.W juga bersabda :
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka DIA akan menimpakan ujian kepadanya.”
(HR. Bukhari)...
Jika kita merasa lelah menghadapi ujian hidup.., ingatlah bahawa itu adalah bukti perhatian Allah kepada kita.. Allah uji kerana Allah sayangkan kita.. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")