Di antara lembaran emas sejarah Islam, kisah Fatimah Az-Zahra bersinar paling terang sebagai teladan yang tak lekang oleh waktu.
Ia bukan hanya seorang puteri dari manusia paling mulia, Rasulullah S.A.W, tetapi juga seorang isteri, ibu, dan peribadi yang mewakili puncak kesabaran, ketaatan, dan kesederhanaan.
Mempelajari kehidupannya memberi kita perspektif mendalam tentang bagaimana seorang Muslimah sejati menjalani takdirnya dengan redha dan cinta kepada Allah S.W.T.
Siapakah Fatimah Az-Zahra…
Kita mengenal Saidatina Fatimah sebagai puteri bongsu Rasulullah S.A.W dari pernikahan baginda Rasulullah S.A.W dengan Siti Khadijah R.A. Beliau tumbuh dalam asuhan langsung wahyu, menyaksikan perjuangan berat ayahnya dalam menyebarkan risalah Islam.
Beliau mendapat julukan “Az-Zahra”, yang berarti “Yang Bercahaya” atau “Yang Berkilau”. Julukan ini diberikan karena wajahnya yang sentiasa berseri memancarkan cahaya keimanan.
Selain itu, beliau juga dijuluki “Al-Batul”, yang bermakna “Yang Suci” atau “Yang Memutuskan Diri (untuk beribadah)”. Gelar ini mencerminkan fokusnya yang luar biasa pada ibadah dan penjagaan kesucian diri dari urusan duniawi yang melalaikan.
Dalam perjalanannya, Fatimah R.A menikah dengan sepupu Nabi, Saidina Ali bin Abi Thalib R.A. Dari pernikahan agung inilah lahir dua pemuda mulia yang menjadi kesayangan Rasulullah S.A.W, iaitu Hasan dan Husein R.A, Ibunda Hasan dan Husein ini mendidik mereka dengan penuh cinta dan ajaran tauhid.
Pelajaran dari Kisah Rumah Tangga Saidatina Fatimah Az-Zahra
Meskipun berstatus sebagai puteri seorang pemimpin besar, kehidupan Fatimah, yang dijuluki Az-Zahra oleh ayahnya, jauh dari kemewahan.
Beliau dan Saidina Ali R.A menjalani kehidupan yang sangat sederhana, bahkan seringkali berada dalam keterbatasan. Sejarah mencatatkan bagaimana beliau harus menanggung beratnya pekerjaan rumah tangga seorang diri.
Kisah yang paling masyhur adalah tentang tangannya yang melepuh. Aktivitas sehari-hari Fatimah adalah menggiling gandum dengan penggiling tangan dari batu (rahā) hingga tangannya kasar dan melepuh.
Beliau juga mengambil air dengan wadah kulit (qirbah) hingga membekas di bahunya, dan membersihkan rumah hingga pakaiannya berdebu.
Kisah Tangan Melepuh dan Hadiah Tasbih Pengganti Pembantu
Melihat keadaan isterinya, Saidina Ali R.A merasa hiba. Suatu ketika, datang beberapa tawanan perang ke Madinah. Saidina Ali R.A menyarankan isterinya untuk meminta seorang pembantu (khadim) kepada Rasulullah S.A.W untuk meringankan bebannya.
Fatimah memberanikan diri mendatangi ayahnya. Namun, rasa segan kepada Rasulullah S.A.W membuatnya tidak sanggup mengutarakan permintaan itu dan kembali pulang. Akhirnya, Saidina Ali dan Saidatina Fatimah datang bersama. Setelah mendengar keperluan hajat mereka, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Mahukah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Ketika kalian hendak tidur, bacalah :
Allahu Akbar 34 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Subhanallah 33 kali. Sesungguhnya itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Malam itu, Rasulullah S.A.W mengajarkan sebuah amalan zikir yang kemudian dikenal sebagai “Tasbih Fatimah”.
Subhanallah (سُبْحَانَ اللهِ) – (Maha Suci Allah) – 33 kali
Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلهِ) – (Segala Puji Bagi Allah) – 33 kali
Allahu Akbar (اللهُ أَكْبَرُ) – (Allah Maha Besar) – 34 kali (atau 33 kali, ditutup dengan Lailahaillallah…)
Amalan ini bukan sekadar kalimah, melainkan sumber kekuatan spiritual. Rasulullah S.A.W mengajarkan bahwa kekuatan batin yang didapat dari zikir jauh lebih berharga daripada bantuan fisik seorang pembantu.
Fatimah dan Ali menerima hadiah ini dengan lapang dada dan mengamalkannya dengan istikamah.
Pemimpin Wanita di Surga
Keistimewaan Fatimah Az-Zahra ditegaskan langsung oleh lisan mulia Rasulullah S.A.W. Beliau adalah bagian dari Ahlul Bait (keluarga Nabi) yang suci dan mendapat jaminan khusus.
Dalam banyak hadis, Rasulullah S.A.W menunjukkan betapa besar cinta dan penghargaannya kepada sang puterinya.
Salah satu keutamaan terbesarnya adalah jaminan kepemimpinannya di akhirat kelak. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Fatimah adalah pemimpin para wanita di surga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis ini menegaskan statusnya yang luar biasa. Ketaatannya kepada Allah S.W.T, baktinya kepada ayah dan suaminya, serta kesabarannya dalam menjalani ujian kehidupan menjadikannya teladan tertinggi bagi seluruh wanita Muslimah di setiap zaman. Beliau adalah cerminan ahlak Al-Quran yang hidup.
Wafatnya Sang Bunga Hati Rasulullah
Fatimah adalah orang yang paling berduka atas wafatnya Rasulullah S.A.W. Namun, Nabi Muhammad S.A.W telah memberinya kabar gembira bahawa Fatimahlah anggota keluarga pertama yang akan menyusul beliau.
Benar saja, enam bulan setelah sang ayah wafat, Saidatina Fatimah Az-Zahra menyusul ke pangkuan Ilahi dalam usia yang masih sangat muda.
Kepergiannya meninggalkan warisan abadi tentang cinta, pengorbanan, dan keteguhan iman.
Mempelajari kisah Fatimah Az-Zahra bukan sekadar untuk mengenang sejarah. Esensi dari kisahnya adalah untuk kita teladani dalam kehidupan moden.
Kita belajar tentang kekuatan zikir saat fisik terasa lelah, belajar tentang kesabaran saat dunia terasa sempit, dan belajar tentang kesederhanaan di tengah gempuran materialisme.
5 Perkara Hebat Tentang Fatimah Az-Zahra R.A, Puteri Rasulullah S.A.W
Kelahiran Saidatina Fatimah dan peranannya dalam hidup Rasulullah S.A.W ini ibarat bunga yang mekar dengan begitu indahnya.
Sebagai seorang tokoh yang begitu signifikan dalam sejarah Islam, eloklah jika kita mengetahui beberapa perkara tentang puteri Rasulullah yang terkenal dengan gelaran Az-Zahra ini.
5 Perkara Hebat Tentang Fatimah Az-Zahra, Puteri Rasulullah S.A.W
1. Kelahiran
Fatimah dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi. Fatimah adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W hasil perkahwinannya dengan Khadijah, isteri yang amat dicintai Baginda.
Tahun tersebut adalah tahun ke-5 Rasulullah S.A.W diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj.
Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad S.A.W memiliki 7 orang cahaya mata sepanjang hayatnya. Namun, kesemua mereka wafat pada usia muda kecuali Fatimah.
Menurut sumber (ketika Saidatina Fatimah dilahirkan, masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah yang mengalami kerosakan.
2. Gelaran ‘Ibu Ayahnya’
Sejak awal usianya, Fatimah hidup dalam penentangan kafir Quraisy terhadap bapanya. Bahkan ketika berusia 6 tahun, ibunya pula wafat.
Disebabkan itu, Fatimah sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya sehingga beliau digelar ‘Ummu Abeeha’, yang bermaksud ‘ibu bagi ayahnya’ kerana kasih sayang yang dicurahkan kepada Baginda.
Selain itu, Fatimah juga mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang).
3. Sangat Menyerupai Rasulullah
Banyak riwayat yang mengisahkan bahawa Fatimah menyerupai ayahnya dari aspek rupa fizikal mahupun keteguhan akhlaknya. Aisyah R.A pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah S.A.W dalam ucapan dan fikirannya.
Sekalipun zaman kanak-kanaknya begitu sukar, namun Allah S.W.T telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang luar biasa.
Segala cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan berkat bimbingan Rasulullah, ia juga telah mendewasakan pemikiran Fatimah sehingga menjadi tokoh Islam yang amat dihormati dan disayangi.
4. Perkahwinan Dengan Ali
Pada tahun ke-2 hijrah, iaitu setelah Perang Badar, Saidina Ali bin Abi Talib menikahi puteri kesayangan Baginda ini. Fatimah rela dinikahi oleh Saidina Ali meskipun hidup miskin.
Namun, Ali adalah pemuda bertuah kerana dikisahkan Rasulullah S.A.W pernah menolak pinangan beberapa orang pemuda yang ingin menikahi Fatimah, termasuklah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Selepas bernikah, hidup mereka berdua serba sederhana tetapi cukup bahagia. Daripada Fatimah jugalah lahirnya 2 orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W iaitu Hassan dan Hussain.
Walaupun hidup susah, Fatimah dan Ali sangat pemurah. Bahkan Fatimah tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.
5. Zikir Fatimah
Sebagai ibu rumah tangga yang hidup dalam serba kekurangan, Fatimah juga melalui pelbagai kepayahan dan keletihan dalam melakukan kerja harian dan menguruskan anak-anak.
Bayangkanlah, tanpa teknologi pada zaman dahulu, sudah tentu kerja-kerja menggiling gandum dan membuat roti tidak semudah hari ini.
Walaupun berasa amat malu, Fatimah cuba menyuarakan hasratnya kepada ayahandanya untuk memiliki seorang pembantu kerana begitu kepenatan.
Sebaliknya, Rasulullah tidak menunaikan permintaan tersebut dan mengajarkan sebuah zikir yang dikenali sebagai Zikir Fatimah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertakwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali.
Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”
Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah dan suaminya hingga terus hidup zuhud dan sangat sederhana.
Wanita Penghulu Syurga
Ketika saat-saat akhir kehidupan Rasulullah S.A.W, Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah R.A yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi S.A.W membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Apa yang membuat Fatimah menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kewafatannya yang semakin dekat.
Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa’, gembiralah hatinya.
Salah satu moment sejarah yang paling mengharukan adalah ketika Fatimah melihat ayahnya diperlakukan secara keji oleh kaum kafir Quraisy saat sedang sujud di depan Kaabah. Mereka meletakkan kotoran unta di atas punggung mulia Rasulullah.
Dengan tangan kecilnya yang gemetar namun penuh keberanian, Fatimah membersihkan kotoran tersebut sambil menangis tersedu-sedu. Dalam momen itu, Rasulullah S.A.W melihat keteguhan luar biasa dalam diri puterinya.
Beliau kemudian menghibur Fatimah dengan kalimah yang menyejukkan hati. Kedekatan emosional inilah yang membuat Fatimah dijuluki sebagai "Umm Abiha" atau ibu bagi ayahnya, karena dialah yang paling membela Rasulullah S.AW setelah wafatnya Ibunda Khadijah R.A.
Memasuki masa dewasa, Fatimah pindah ke Madinah mengikuti gelombang hijrah. Di sanalah, babak baru kehidupannya dimulai melalui pernikahan dengan Ali bin Abi Thalib R.A. Pernikahan mereka adalah simbol dari kesederhanaan yang hakiki.
Mahar yang diberikan Saidina Ali hanyalah sebuah baju besi (baju perang) yang dijual untuk membiayai keperluan rumah tangga mereka.
Tidak ada kemewahan material dalam pesta pernikahan mereka, namun langit bersukacita karena bersatunya dua cahaya (Nur) yang sangat dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Dari pernikahan yang penuh keberkahan ini, lahirlah Hasan, Husain, Zainab, dan Ummu Kultsum, yang nantinya akan melanjutkan garis keturunan mulia sang Nabi.
Kehidupan rumah tangga Fatimah dan Ali bukanlah tanpa ujian. Mereka seringkali mengalami kekurangan. Fatimah, putri seorang pemimpin besar jazirah Arab, tidak pernah mengeluh meski telapak tangannya menjadi kasar karena menggiling gandum sendiri dan bahunya melecet karena memikul air dari sumur.
Fatimah juga dikenal sebagai sosok yang sangat menjaga kehormatan dan rasa malunya. Beliau adalah wanita yang paling teliti dalam menutup aurat dan menjaga pandangan.
Sifat malu Fatimah bukanlah tanda kelemahan, melainkan bentuk kemuliaan yang tertinggi. Beliau bahkan sempat berpesan agar jenazahnya nanti saat disalatkan ditutup dengan keranda yang tidak menampakkan bentuk tubuhnya, sebuah wasiat yang menunjukkan betapa beliau sangat menghargai privasi dan kesucian seorang wanita bahkan hingga akhir hayatnya.
Hal ini menjadi teladan bagi wanita muslimah moden tentang bagaimana cara menempatkan kehormatan diri di atas segalanya.
Hubungan Fatimah dengan Rasulullah S.AW adalah cerminan kasih sayang yang ideal. Rasulullah pernah bersabda, "Fatimah adalah bahagian dariku. Siapa yang membuatnya marah, maka ia telah membuatku marah."
Setiap kali Fatimah datang berkunjung, Rasulullah akan berdiri menyambutnya, mencium keningnya, dan memberikan tempat duduknya kepada puterinya tersebut.
Sebaliknya, sebuah kisah yang datangnya dari puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahra, dan Ali Bin Abi Talib, pintu hati Ali ‘diusik’ buat pertama kali saat Fatimah mengubati luka ayahnya, Nabi Muhammad S.A.W yang luka parah kerana berperang.
Dari situ, dia bertekad untuk melamar puteri Nabi. Lantas dengan tekun dia mengumpul wang untuk membeli mahar untuk menyunting Fatimah.
Malangnya belum cukup wang Ali untuk mahar, sahabat Nabi, Abu Bakar sudah pun melamar Fatimah.
Hancur hati Ali, namun dia sedar diri kerana saingannya punya kualiti Iman yang jauh lebih tinggi dari dirinya.
Walau dikenal sebagai pahlawan Islam yang gagah berani, Saidina Ali R.A juga turut dikenali sebagai orang yang miskin. Hidupnya dihabiskan untuk berdakwah di jalan Allah.
Namun seakan mendung berarak lalu, keyakinan Saidina Ali kembali menyinar tatkala Fatimah menolak lamaran Saidina Abu Bakar.
Namun sekali lagi keceriaan Ali hanya sementara apabila Umar bin Khatab meminang Fatimah. Saidina Ali hanya mampu pasrah kerana saingannya bukan calang-calang orang. Tapi takdir kembali berpihak kepadanya. Umar mengalami nasib serupa dengan Abu Bakar.
Tapi saat itu Ali belum berani untuk melamar Fatimah. Dia sedar dia hanya pemuda miskin. Bahkan harta yang dia miliki hanya ada satu set baju besi. Kepada Abu Bakar As-Siddiq, Ali mengatakan, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang.
Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar R.A terharu dan mengatakan, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Mendengar jawaban Abu Bakar, kepercayaan diri Ali kembali muncul untuk melamar gadis pujaannya saat teman-temannya sudah mendorong agar Ali berani melamar Fatimah.
Dengan ragu-ragu dia menghadap Rasulullah S.A.W. Dari hadis riwayat Ummu Salamah diceritakan bagaimana proses lamaran tersebut.
“Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, ‘Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kawin?”
“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu, engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh.
Oleh kerana itu, aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kawin sebuah baju besi sahaja. Aku menerima barang itu dari tanganmu.
Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi”. Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah R.A.
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dan disaksikan oleh para sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya,
“Bahawasanya Allah S.W.T memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
Maka berkahwinlah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah R.A. Perkahwinan mereka penuh dengan hikmah walau diharungi kemiskinan.
Bahkan disebutkan Rasulullah S.A.W sangat terharu melihat tangan Fatimah yang kasar kerana menepung gandum untuk membantu suaminya.
Inilah yang dinamakan takdir dan juga jodoh. Kita sendiri tidak tahu dengan siapa kita akan menempuh kehidupan bersama. Sesungguhnya jodohmu cerminan dari dirimu.
Berkahwin juga tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan kesediaan yang sepenuhnya demi mengharungi alam rumah tangga yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Fatimah selalu menjadi orang yang paling depan dalam melayani keperluan ayahnya. Di saat-saat terakhir menjelang wafatnya Rasulullah S.A.W,
Fatimah menangis tersedu ketika mendengar ayahnya akan segera berpulang, namun kemudian tersenyum bahagia saat Rasulullah S.A.W membisikkan bahwa dialah anggota keluarga pertama yang akan menyusul beliau ke alam baka.
Kesabaran Fatimah kembali diuji saat Rasulullah SAW wafat. Kesedihannya begitu mendalam, namun beliau tetap tegar dalam iman. Hanya berselang enam bulan setelah kepergian sang ayah, Fatimah pun jatuh sakit. Di saat itulah, beliau mempersiapkan kepulangannya dengan penuh ketenangan.
Beliau mandi, mengenakan pakaian terbaik, dan berbaring menghadap kiblat dengan senyuman di wajahnya. Fatimah Az-Zahra RA berpulang ke pangkuan Ilahi pada usia yang masih sangat muda, namun meninggalkan warisan keteladanan yang akan terus hidup selama ribuan tahun.
Gelar "Pemimpin Para Wanita di Surga" bukanlah sebuah gelar kosong. Gelar itu diberikan karena Fatimah berhasil mencapai puncak kesempurnaan dalam berbakti kepada orang tua, berbakti kepada suami, dan mendidik anak-anaknya di tengah segala keterbatasan ekonomi.
Beliau membuktikan bahwa kemuliaan seseorang tidak diukur dari tumpukan harta atau kemewahan harta, melainkan dari kebersihan hati dan keteguhan prinsip dalam memegang teguh nilai-nilai ketuhanan.
Bagi kita saat ini, biografi Fatimah Az-Zahra adalah kompas yang mengarahkan pada makna kebahagiaan yang sesungguhnya.
Dalam sejarah Islam, ada banyak sosok perempuan agung yang kisahnya tak lekang oleh waktu, menjadi lentera penerang bagi umat manusia.
Salah satunya adalah Sayyidah Fatimah Az-Zahra, putri tercinta Rasulullah SAW. Beliau bukan sekadar anak dari seorang Nabi, melainkan juga pribadi yang paripurna dengan ketabahan, kesederhanaan, dan kekuatan iman yang luar biasa.
Kisahnya adalah cerminan bagaimana seorang muslimah sejati menghadapi berbagai cobaan hidup dengan hati yang selalu bersandar kepada Allah SWT.
Fatimah Az-Zahra hidup di tengah gejolak awal perjuangan Islam. Sejak kecil, ia menyaksikan sendiri bagaimana ayahnya, Rasulullah SAW, berjuang menyebarkan agama di tengah penolakan dan permusuhan.
Lingkungan yang penuh tantangan ini justru menempa Fatimah menjadi sosok yang tangguh dan memiliki kecintaan mendalam terhadap Islam serta ayahnya.
Kesederhanaan dalam Pernikahan dan Kehidupan Rumah Tangga
Kisah pernikahan Fatimah Az-Zahra dengan Ali bin Abi Thalib RA adalah teladan kesederhanaan dan keberkahan. Meskipun Fatimah adalah putri Rasulullah SAW, pernikahan mereka jauh dari kemewahan duniawi.
Maharnya sederhana, yaitu baju besi Ali yang kemudian dijual untuk membeli perlengkapan rumah tangga yang sangat mendasar. Rasulullah SAW sendiri yang membantu mempersiapkan pernikahan ini dengan penuh kehangatan.
Kehidupan rumah tangga Fatimah dan Ali juga mencerminkan kesederhanaan dan keikhlasan. Mereka seringkali hidup dalam keterbatasan ekonomi, bahkan pernah tidak ada makanan selama beberapa hari.
Fatimah, dengan tangaya sendiri, menggiling gandum hingga telapak tangaya melepuh, menimba air, dan mengurus rumah tangga serta anak-anaknya Hasan, Husain, Zainab, dan Ummu Kultsum. Ali, sang suami, bekerja keras mencari nafkah, dan Fatimah selalu mendukungnya.
Kesabaran dan keikhlasan Fatimah dalam menghadapi segala kekurangan ini menjadi inspirasi. Beliau tidak pernah mengeluh, justru bersyukur atas karunia Allah.
Kehidupan mereka adalah bukti bahwa kebahagiaan sejati tidak terletak pada harta benda, melainkan pada ketenangan hati, cinta kasih, dan ketaatan kepada Allah SWT.
Ketabahan dalam Duka dan Doa
Di balik setiap cubaan yang menimpa Fatimah, tergambar jelas ketabahan dan kekuatan imannya.
Beliau mengajarkan kepada kita bahwa dalam menghadapi kesedihan dan musibah, seorang mukmin haruslah bersabar dan terus berprasangka baik kepada Allah. Doa adalah senjatanya. Fatimah selalu memohon kekuatan dan ketabahan kepada Allah SWT dalam menghadapi setiap ujian.
Kisah Fatimah mengingatkan kita pada firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 153:
“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Ayat ini seolah menjadi pegangan bagi Fatimah dalam menjalani hari-harinya yang penuh dengan duka dan tantangan. Beliau adalah teladayata dari kesabaran yang berbuah pertolongan dari Allah.
Warisan Akhlak Mulia untuk Umat
Meskipun hidupnya singkat, warisan akhlak mulia Fatimah Az-Zahra abadi dan terus menginspirasi umat Islam di seluruh dunia. Beliau adalah simbol kesabaran, keikhlasan, kesederhanaan, ketaatan, dan kasih sayang.
Dari Fatimah, kita belajar bagaimana mencintai dan berbakti kepada orang tua, bagaimana menjadi istri yang setia dan mendukung suami, serta bagaimana mendidik anak-anak dengan landasan agama yang kuat.
Sifat-sifat terpuji Fatimah Az-Zahra menjadikaya pemimpin para wanita di surga, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Penghulu wanita di surga adalah Maryam binti Imran, Fatimah binti Muhammad, Khadijah binti Khuwailid, dan Asiyah istri Firaun.”
(Hadis Riwayat Ahmad).
1.Memiliki Kepribadian yang Lembut dan Sederhana
Fatimah Az-Zahra dikenal bukan hanya karena kecantikan fisiknya, tetapi juga karena kelembutan hati dan kesederhanaannya.
Ia tidak pernah terfokus pada penampilan atau kemewahan, melainkan selalu berusaha mencari keridhaan Allah SWT. Kepribadiannya yang mulia tercermin dalam akhlaknya yang menawan, lisan yang terjaga, dan selalu berkata jujur.
Meskipun kehilangan ibunya pada usia muda, tetapi Fatimah tetap tegar dan menyembunyikan kesedihannya. Didikan yang baik dari keluarganya menjadikan Fatimah sosok yang kuat, sehingga ketika berumah tangga dengan Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a, ia rela menjalani kehidupan yang sederhana dengan penuh keikhlasan.
2.Memiliki Kepribadian yang Taat dan Sabar
Fatimah Az-Zahra tumbuh dalam keadaan sulit, menyaksikan perjuangan dakwah Islam di Makkah yang penuh dengan pengorbanan dan tentangan. Keadaan ini membentuknya menjadi sosok perempuan yang tangguh, kuat, dan penuh kesabaran.
Meski hidup dalam keterbatasan dan jauh dari kemewahan, Fatimah tetap bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan Allah SWT. Kesabarannya dalam menghadapi kesulitan hidup menjadikannya teladan yang luar biasa bagi umat Muslim, mengajarkan bahwa kekuatan iman dan rasa syukur adalah kunci dalam menjalani kehidupan.
3.Peduli dan Perhatian terhadap Orang Tua
Sejak kecil Fatimah Az-Zahra telah memahami tantangan yang dihadapi oleh ayahnya termasuk serangan dari kaum Quraisy. Di banyak kesempatan, Fatimah selalu berada di sisi ayahnya, menemani beliau dan memberikan dukungan moral dalam menyebarkan agama Allah.
Kepedulian dan perhatian Fatimah kepada ayahnya mencerminkan rasa cinta yang mendalam serta keteguhannya dalam mempertahankan kebenaran yang diajarkan oleh ayahnya.
4.Memiliki Sikap Hormat kepada Suami
Kisah cinta antara Fatimah Az-Zahra dan Ali bin Abu Thalib menjadi salah satu contoh teladan dalam kehidupan rumah tangga yang harmonis. Meskipun hidup dalam keterbatasan, Fatimah tidak pernah mengurangi rasa hormat dan cintanya kepada Ali. Kesetiaan dan perhatian yang Fatimah berikan kepada suaminya menggambarkan betapa ia menghargai peran Ali sebagai pemimpin keluarga.
5.Kepandaian dalam Mengasuh Anak
Fatimah berhasil mendidik anaknya, Hasan dan Husein, dengan menanamkan sikap qana'ah atau rasa cukup. Ia mengajarkan nilai-nilai keutamaan yang lebih berharga daripada harta, sehingga mereka tumbuh menjadi generasi yang teguh dalam iman dan akhlak.
Kepandaian Fatimah dalam mengasuh anak-anaknya tidak terlepas dari naluri keibuan yang lembut. Didikan langsung dari ayahnya, membentuk perasaan halus dan penuh kasih sayang dalam dirinya. Selain itu, Fatimah juga sering memuji putra-putranya, langkah yang bijak untuk membangun kepercayaan diri mereka sejak dini, sehingga Hasan dan Husein tumbuh dengan keyakinan yang kuat.
Kesimpulan
Fatimah Az-Zahra, puteri tercinta Rasulullah S.A.W yang juga merupakan sosok yang penuh inspirasi. Kehidupannya yang sederhana, keimanannya yang kuat terhadap Allah SWT, dan kasih sayangnya kepada keluarga menjadi teladan bagi kita semua. Dengan meneladani beliau, kita dapat meraih kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")