Muqaddimah Bicara..
Sebagai insan biasa, manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan kehidupan hari ini yang penuh dengan fitnah hidup yang pelbagai. Namun, kita tidak seharusnya berdiam diri, kita perlu menghalangi diri dari terlibat sama dalam gejala dosa dan maksiat yang semakin berleluasa dini hari. Batasi dengan iman dan seringlah bertaubat, sesungguhnya kehidupan akhirat lebih indah dari yang terindah di dunia. Tuhan itu Maha Penerima Taubat, akan tetapi, ramai manusia pada hari ini yang seakan-akan tidak mahu kembali ke landasan iman yang sebenar dan terdapat juga segelintir manusia pada hari ini masih sukar untuk menerima hakikat kehidupan bahawa mereka hanyalah di taraf “hamba abdi” sahaja di bumi Allah ini.
Pengertian Taubat
Taubat dapat diertikan sebagai kembali kepada ajaran Allah S.W.T dengan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebahagian ulama’ mengertikan taubat sebagai kembali daripada jalan salah yang ditunjuki oleh syaitan kepada jalan yang sebenar berdasarkan kepada petunjuk daripada Allah Yang Maha Esa.
Menurut pendapat Ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah :
Menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan azam yang kukuh di dalam hati bahawa tidak akan sesekali mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.
Jika seseorang telah bergelumang dengan perbuatan maksiat, iaitu perbuatan yang sentiasa didorong oleh nafsu syahwat dan syaitan, dengan selalu meninggalkan perintah Allah S.W.T, maka setelah sedar dan insaf serta segera menyesali perbuatan itu lagi, maka barulah ini yang dikatakan dengan taubat yang sebenar-benarnya iaitu taubat Nasuha.
Setiap insan yang telah mengerjakan maksiat dan kezaliman terhadap penciptanya atau terhadap sesama mahluk-Nya, maka individu tersebut wajib bertaubat dengan segera tanpa melengah-lengahkannya.
Untuk memastikan taubat seseorang itu diterima oleh Allah S.W.T, maka ia harus memerhatikan syarat-syarat taubat yang sempurna. Menurut sebahagian ulama’, jika dosa itu berhubung-kait dengan Allah S.W.T, maka syaratnya adalah :
1) Menghentikan maksiat pada masa itu juga dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan.
2) Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukannya atas sebab keterlanjurannya. Bermula dari hari pertama sesudah seseorang itu melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga kepada akhir hayatnya.
3) Niat bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Jika dosa itu berhubung-kait dengan manusia, maka taubat tersebut ditambah dengan syarat yang keempat:
4) Menyelesaikan urusannya dengan manusia yang dianiaya atau dizalimi itu seperti meminta
maaf atau mengembalikan apa yang harus dikembalikan.
Sepertimana Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran yang mulia:
maaf atau mengembalikan apa yang harus dikembalikan.
Sepertimana Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran yang mulia:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,”
(Surah Asy-Syams :Ayat 9)
Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghindarkan diri kita daripada sebarang perbuatan yang membawa kepada maksiat dan dosa sama ada terhadap Allah S.W.T atau sesama mahluk-Nya. Mudah-mudahan kita semua tergolong ke dalam kelompok orang-orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteperkongsian yg menyedarkn diri drp terus leka dgn nikmatNYA.
Terima kasih ya.
w'slm.., erm.., same2.. thnx gak pd saudari coz sudi bace.., renungan utk dr sndiri juge.. (^_^)..
ReplyDeleteemmmm... bgus2.:)
ReplyDeletemabruk..
ReplyDeletepengisian yg baik~
Sedang Mencuba.........Great Share Bro. :)
ReplyDeleteSyukran jazilan pade semua yg sudi menerima perkongsian ilmu yang tidak sbrapa drpd ana.. (^_6)
ReplyDelete