Kekuatan iman dan amal benteng hadapi godaan Iblis dan syaitan...
Ia terpaksa dihadapi lebih daripada berbilion umat manusia dalam melawan musuhnya yang satu dalam pelbagai
watak. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka
jadikanlah ia musuh yang sebenar kerana dia mengajak golongannya supaya menjadi
ahli neraka.”
Nabi Adam A.S selaku makhluk yang istimewa ciptaan Allah S.W.T adalah insan yang pertama menghadapi godaan ini. Keistimewaan inilah yang mengundang dendam daripada Iblis yang juga sebelum ini penghulu kepada malaikat.
Penderhakaan yang dilakukan iblis terhadap Allah S.W.T
menyebabkan ia dilaknat dan diusir dari syurga. Di sinilah bermulanya
permusuhan Iblis terhadap umat manusia yang membawa kepada sumpahan untuk
menyesatkan umat manusia.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Syaitan memujuk mereka dengan tipu daya. Maka jelaslah pengaruh syaitan itu
dan Allah mengingatkan mereka mengenai larangan itu dan permusuhan bagi mereka
berdua. (Adam dan Hawa).
(Surah Al-A’raf ayat 22).
Firman Allah SWT: “Iblis berkata:
“Tuhanku, oleh kerana Engkau memutuskan bahawa aku tersesat, maka aku akan
memastikan bahawa kesesatan ini akan menjadi perhiasan umat manusia
seluruhnya.” (Surah Hijr ayat 39).
Oleh yang demikian, sifat dendam ini perlu dikikis daripada minda dan hati manusia kerana ia adalah hasutan Iblis dan syaitan yang hanya merugikan umat manusia dan akan memusnahkan harta benda, malah nyawa yang tidak berdosa.
Iblis dan yaitan juga berupaya menyuntik perasaan dendam, iri hati, angkuh, bongkak, tamak haloba, pentingkan diri sendiri dan semua sifat mazmumah (keji) yang lain bagi merealisasikan tugasnya menyesatkan umat manusia.
Benteng
yang kukuh perlu dibina dan dibentuk bagi menghalang pengaruh godaan Iblis dan syaitan kerana semangat tipu daya yang dimilikinya tidak pernah luntur sehingga
hari kiamat.
Kita mestilah menjadikan Iblis dan syaitan sebagai musuh yang sebenar dan perlu diperangi. Permusuhan ini perlu diterjemahkan dengan meninggalkan perkara yang keji dan mungkar. Ilmu dan amalan yang benar perlu dipersiapkan di samping sentiasa berwaspada terhadap kelemahan diri kita sendiri.
Manusia mukmin juga perlu sentiasa beristiqamah
dengan jalan yang lurus dan diredhai Allah S.W.T. Ia juga benteng menghindarkan
tipu daya Iblis dan syaitan. Hati kita
hendaklah tetap teguh dengan jalan itu walaupun akan datang suara wakil dari syaitan
yang sentiasa memujuk agar kita terpesong daripada jalan yang lurus.
Firman Allah SWT: “Inilah jalan Tuhanmu yang lurus dan janganlah kamu menuruti jalan lain yang akan menyesatkan kamu.”
(Surah al-An 'am ayat 153).
Firman-Nya: “Syaitan itu hanya akan mengajak golongannya menuju neraka yang menyala.”
(Surah al-Fatir ayat 6).
Di samping itu juga, doa yang
bersifat konsisten serta tahap tawakal yang tinggi kepada Allah S.W.T juga
boleh membantu menghindarkan gangguan. Jadikan Allah S.W.T sebagai tempat untuk
kita menyerahkan segala urusan berbekalkan usaha yang ikhlas dan
bersungguh-sungguh.
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah sedangkan Dia menunjukkan jalan
kepada kami. Kami tetap bersabar terhadap ujian dan hanya pada-Nya kami
bertawakkal”.
(Surah Ibrahim ayat 12).
Kita hendaklah sentiasa
mengingati Allah S.W.T yang menjadikan kita sebagai khalifah berpandukan kitab
yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman.
Firman Allah S.W.T: “Sesiapa yang
berpaling dari mengingati Allah, maka kami akan membiarkan syaitan untuk
menyesatkannya. Mereka akan terhalang dari jalan yang lurus dan menyangka
mereka adalah orang yang benar.”
(Surah Zukhruf ayat 36 dan 37).
Inilah satu penyakit yang melanda umat kini yang mana semua pihak menyatakan bahawa mereka berada pada landasan yang benar. Maka neraca yang sebenar ialah merujuk kepada Allah dan Rasulnya.
Kita juga mestilah menjauhi orang lalai dan leka diulit keindahan serta
kesibukan dunia sehingga lupa urusan kewajipan yang akan menyelamatkan mereka
pada hari kemudian.
Berdampingan dengan seseorang
individu atau kumpulan yang rosak juga dapat mempengaruhi diri terjebak sama
dalam godaan syaitan yang mana kita sentiasa melihat contoh dilakukan dan
terkesan daripada segala tidak tanduk mereka.
Firman Allah SWT:
“Ketika orang yang kita ikut dulu
berlepas diri ketika melihat azab Allah, barulah disedari bahawa hubungan
terputus dan semuanya akan dipersoalkan. Pengikut berkata: “Kalaulah kami dapat
kembali ke dunia, nescaya kami akan jauhi mereka seperti apa yang mereka lakukan
pada hari ini.”
(Surah al-Baqarah ayat166).
Nabi Musa AS adalah salah seorang nabi ulul azmi yang mempunyai kelebihan dan kesabaran yang tinggi. Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَلَا تَكُن فِي مِرْيَةٍ مِّن لِّقَائِهِ ۖ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿٢٣﴾ وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil....
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”
(Surah al-Sajdah: 23-24)
Kisah ini disebutkan oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur (1/115) dengan menisbahkannya kepada Ibn Abi al-Dunya dalam Maka'id al- Syaitan (hlm. 65), daripada Ibn 'Umar R.Anhuma, katanya: Iblis bertemu dengan Nabi Musa A.S lalu dia berkata, 'Hai Musa, engkau orang yang dipilih oleh Allah untuk memikul risalah-Nya dan Allah telah berbicara denganmu secara langsung. ..
Aku ini termasuk salah satu makhluk Allah, aku telah berbuat dosa dan aku ingin bertaubat. Mohonkanlah syafaat untukku kepada Rabb-ku agar Dia berkenan menerima taubatku. Kemudian Musa A.S memohon kepada Rabb-nya, maka dijawab, "Wahai Musa, Aku telah memenuhi keperluanmu."
Lalu Musa AS menemui Iblis dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya kamu diperintahkan untuk bersujud kepada kubur Adam maka taubatmu akan diterima. Iblis bersikap sombong dan marah, seraya berkata, "Aku tidak mahu bersujud kepadanya ketika dia masih hidup, lalu apakah aku akan bersujud kepadanya ketika dia sudah mati?"
Iblis melanjutkan perkataannya, "Wahai Musa! Kamu mempunyai hak kerana kamu telah memohonkan syafaat untukku kepada Rabb-mu. Ingatlah aku dalam tiga keadaan, sebab aku tidak akan membinasakanmu pada tiga keadaan itu:
Ingatlah aku ketika kamu sedang marah, kerana aku mengalir di dalam darahmu.
Ingatlah aku ketika kamu pergi ke medan perang, kerana sesungguhnya aku datang kepada anak keturunan Adam ketika dia berangkat ke medan perang, lalu aku mengingatkan dia akan anaknya, isterinya, dan keluarganya, hingga akhirnya dia berpaling meninggalkan medan perang.
Berhati-hatilah bila duduk dengan seorang perempuan yang bukan mahrammu, kerana sesungguhnya aku menjadi utusannya kepadamu dan menjadi utusanmu kepada dirinya.
Kisah ini turut disebut oleh Ibn 'Asakir dengan sanadnya dalam Tarikh Dimasyq (61/128), sepertimana disebut juga oleh al-Ghazali dalam Ihya' Ulum al-Din (3/32), Ibn al-Jauzi dalam Talbis Iblis (hlm. 29), Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kaba'ir (1/140), Abu al-Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin (hlm. 206), dan al-Syibli dalam Akam al-Marjan fi Ahkam al-Jan (hlm. 271),
Berkata Nabi Yahya A.S : "Kamu bohong! Jangan kamu nasihati aku, tetapi beritahu padaku tentang anak-cucu Adam."
Iblis berkata; "Mereka di sisi kami ada 3 golongan. Adapun satu golongan dari mereka, mereka adalah golongan yang sangat kuat terhadap kami, sehingga kami mengujinya dan berjaya menguasainya, kemudian dia menghilangkannya dengan istighfar dan bertaubat.
Maka dia merosakkan segala usaha kami, kemudian kami bersedia padanya maka dia juga bersedia, dan kami tidak memperolehi darinya apa-apa dari hajat kami. Maka kami padanya dalam keadaan bermasalah.
Golongan yang kedua, mereka dalam genggaman kami sepertimana bola di tangan anak-anak kalian, boleh dimainkan bila-bila masa yang kami mahu. Mereka ini cukup bagi kami.
Sedangkan golongan yang terakhir, mereka seperti kamu yang ma'sum. Kami tidak berupaya suatu apa pun ke atas mereka."
Berkata Nabi Yahya A.S tentang itu, "Adakah kamu berupaya sesuatu dariku?"
Iblis berkata, "Tidak, melainkan hanya sekali. Iaitu ketika kamu sedang makan, kamu tidak merasa puas, sehingga kamu makannya sebanyak yang kamu mahu, hingga kamu tidur malam itu kamu tidak melakukan solat malam sepertimana yang kamu biasa lakukan."
Maka Nabi Yahya A.S berkata padanya, "Tidak akan aku buat silap lagi dan kenyang dari makananku buat selamanya."
Berkata Iblis; "Tidak akan aku buat silap lagi, dan tidak aku nasihati lagi nabi selepasmu."
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam az-Zuhd, dan al-Baihaqi dalam
Syu'bul Iman dari Tsabit al-Banani dia berkata, "Diceritakan kepada kami
bahawa Iblis menjelma pada Yahya bin Zakariya dan memperlihatkan kepadanya
barang-barang tergantung dari setiap sesuatu.
Berkata Nabi Yahya A.S, "Hai Iblis, apakah dia barang-barang tergantung yang aku lihat padamu itu?"
Iblis berkata; "Ini adalah syahwat yang aku dapati dari anak-cucu Adam."
Nabi Yahya berkata; "Adakah aku juga ada?"
Iblis berkata; "Tidak."
Nabi Yahya berkata; "Maka adakah kamu dapat sesuatu dariku?"
Iblis berkata; "Mungkin ketika kamu kekenyangan kami beratkan kamu dari mengerjakan solat dan zikir."
Nabi Yahya berkata, "Adakah selain itu lagi?"
Iblis berkata; "Tidak."
Nabi Yahya berkata; "Demi Allah, aku tidak akan memenuhkan perutku dengan makanan buat selamanya."
Iblis berkata; "Demi Allah, aku tidak akan menasihati
seorang Muslim buat selamanya."
Kesimpulannya, Iblis dan syaitan adalah musuh kita yang sebenar yang perlu diperangi kerana ia mempunyai sekutu dalam kalangan manusia dan jin yang berperanan untuk menyesatkan manusia. Menurut Ibnu Jarir, syaitan akan menggoda dari setiap jalan. Jika itu jalan kebaikan, maka syaitan akan menghalangnya. Jika itu jalan kemungkaran, syaitan sentiasa menghiasinya di mata mereka..
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya syaitan menghalangi anak Adam dengan segala cara.” (HR Ahmad).
Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggoda umat manusia. Jika tidak berjaya diajak kufur, manusia akan diajak untuk melakukan maksiat, dari dosa besar hingga dosa kecil... Jika tidak berjaya, Ia tidak akan membiarkan manusia melakukan pelbagai kebaikan. Namun sebaliknya, Ia memasukkan sifat bangga diri (ujub), menunjuk-nunjuk (riak dan sum'ah) sehingga kebaikan yang dilakukan akan hilang nilainya di hadapan Allah..
Tidak cukup dengan itu, syaitan juga berusaha memperdayakan manusia dengan pelbagai kebaikan dan amalan. Ini menjadikan mereka melalaikan amalan yang lebih besar.
Manusia sibuk mengejar fadhilat (keutamaan), tetapi membuat mereka lupa tentang farîdhah (kewajipan). Mereka sibuk mengerjakan suatu kewajipan, tetapi melalaikan kewajipan yang lain.
Al Hasan bin Shalih rahimahullah berkata, “Sesungguhnya syaitan boleh membuka 99 pintu kebaikan untuk membawa kepada 1 pintu keburukan yang dia inginkan.” (Al Muntaqa an Nafis min Talbis Iblis, hal 63).
Kekuatan benteng yang dibina untuk melindungi godaan syaitan dapat dinilai menerusi sudut komitmen kita terhadap hukum Allah S.W.T. Kadar kekuatan kita dapat diukur melalui kekuatan hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Semoga kita dapat meningkatkan
keimanan kita dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T kerana dengan iman, ilmu dan
amal kebajikan yang mampu menjadi benteng dalam diri daripada terjerumus ke
dalam hasutan Iblis dan Syaitan Laknatullah ini… Allahumma solli ‘ala saidina
Muhammad :”)
.jpg)




.jpg)



.jpg)
.jpg)

.jpg)
Nabi S.A.W turut mengajarkan kita satu lagi lafaz indah yang melengkapi fungsi doa berlindung daripada syaitan demi kebaikan masa depan akhirat kita:
ReplyDeleteاللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalan kami sebagai penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hari kami, adalah hari di mana kami berjumpa dengan-Mu kelak.”
Kesimpulannya.., sentiasalah basahi lidah kita dengan doa berlindung daripada Iblis dan syaitan agar kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah S.W.T yang mutlak, bebas daripada cengkaman iblis, hasutan syaitan dan kembali sebagai jiwa yang tenang... Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")