Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Friday, March 21, 2025

Panduan Solat Sunat Tasbih

 

Solat Sunat Tasbih


Ini adalah cara solat sunat tasbih yang lengkap. Solat sunat tasbih merupakan salah satu dari banyak anugerah yang luar biasa yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.

Solat ini tidak hanya dapat menghapus dosa sepenuhnya, tetapi juga membantu membangun hubungan yang dekat dengan Allah.

Panduan Solat Sunat Tasbih

Nabi Muhammad SAW suatu hari berkata kepada bapa saudaranya, Abbas RA:

“Wahai bapa saudaraku, tidakkah aku berikan kepadamu, tidakkah aku anugerahkan kepadamu, tidakkah aku hadiahkan kepadamu, tidakkah aku rahmati kamu; Apabila kamu melakukan sepuluh perkara, Allah akan mengampuni dosa-dosamu, baik masa depan mahupun masa lalu, baru dan lama, yang kamu lupakan dan yang kamu lakukan secara sengaja, besar dan kecil, tersembunyi dan terang-terangan.”

Kemudian beliau SAW mengajarkan cara untuk melaksanakan Solat Sunat Tasbih dan menyuruh untuk menunaikannya sekali sehari. Jika tidak mungkin setiap hari, maka setiap Jumat, dan jika ini tidak mungkin, maka setidaknya sekali sebulan, dan jika ini pun tidak mungkin, maka sekali setahun, dan jika ini juga tidak mungkin, maka paling tidak sekali seumur hidup.
(Abu Dawud dan Tirmidhi)

Cara Melaksanakan Solat Sunat Tasbih

Solat ini dikerjakan dalam empat rakaat sekaligus dan dapat dikerjakan pada bila-bila masa siang . Sekiranya dikerjakan pada waktu malam, solat ini dikerjakan 2 rakaat diikuti salam kemudian disambung 2 rakaat lagi.

Tasbih untuk solat ini adalah:

 

 

Bacaan: SubhaanAllahi Wal Hamdulillahi Wa Laa ilaha illal Laahu Wallahu Akbar
Maksud: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah Maha Besar


Kaifiat Solat Sunat Tasbih

1.            Mulakan dengan takbirratul-ihram

2.            Setelah membaca Surah Al-Fatihah dan surah lainnya, baca tasbih 15 kali.

3.            Kemudian rukuk, selepas selesai bacaan rukuk, baca tasbih 10 kali.

4.            Selepas bangun dari rukuk, baca tasbih 10 kali.

5.            Pada sujud pertama selepas bacaan sujud, baca tasbih 10 kali.

6.            Kemudian selepas selesai bacaan duduk antara dua sujud, baca tasbih 10 kali (sebelum sujud kedua).

7.            Kembali baca tasbih 10 kali pada sujud kedua.

8.            Selepas bangun dari sujud, berhenti sekejap untuk baca tasbih 10 kali lagi. Kemudian baru bangun untuk rakaat kedua.

Proses ini diulang kembali untuk rakaat seterusnya. Jumlah tasbih yang anda ingin baca adalah 300 kali. Sekiranya anda tertinggal bacaan tasbih di mana-mana pergerakan, anda boleh menggantikan jumlah tasbih itu pada pergerakan seterusnya.


Perkara Yang Dielakkan Dalam Solat Sunat Tasbih

o        Jangan membaca dengan suara yang kuat.

o        Jangan menghitung dengan jari atau menggunakan tasbih.

o        Disarankan untuk menghitung dengan menekan jari secara lembut sebagai pengingat.

o        Jika terlupa membaca zikir pada pergerakan tertentu, tambahkan pada pergerakan seterusnya.

 

Friday, March 14, 2025

Kalimah Syahadah

 

Kalimah Syahadah

Sejak perkembangan Islam dari zaman Nabi Muhammad sehinggalah sekarang, penyelewengan terhadap akidah berlaku begitu banyak sekali, sehingga membawa kepada kekeliruan.

 

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh musuh Islam ditambah dengan kejahilan umat Islam itu sendiri.

 

Sebab itu, penting bagi kita untuk berpegang teguh dengan ilmu usuluddin iaitu akidah yang benar yang berasaskan tauhid.

 


Apabila kita berbicara tentang tauhid, ia melibatkan dua kalimah syahadah yang juga dikenali sebagai al-shahadatain.

 

1. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

 

2. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah

 


Dua kalimah syahadah ini berkait rapat dengan iman dan ia adalah pengisytiharan yang membawa perubahan besar dalam kehidupannya di dunia dan akhirat.

 

Malah, ia menjadikan seseorang itu tunduk dengan segala peraturan yang ditetapkan Allah.

 


Keimanan yang lahir dari dalam diri akan menghasilkan sifat-sifat yang terpuji seperti ikhlas, positif, sabar, tawakal, tidak mudah berputus asa malah sanggup untuk mengorbankan keseronokan sementara bagi mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.

 

Dalam catatan sirah, ketika para sahabat berhijrah ke Habsyah yang mana pada ketika itu dalam majlis yang dihadiri pendeta Kristian, mereka diperintahkan untuk sujud sembah kepada Raja Najasyi.

 


Namun dengan lantang Ja’far bin Abi Talib membantah dan mengatakan; “Kami tidak sujud melainkan kepada Allah.”

 


Keimanan yang kukuh sebeginilah yang diterapkan oleh Rasulullah, walau dalam keadaan situasi apa sekali pun mereka tetap yakin dengan pertolongan Allah, sehinggalah umat Islam suatu ketika dahulu mampu mengalahkan empayar hebat seperti Rom dan Parsi.

 

Wallahu’alam.

Kesempurnaan diri muslim

 

Kesempurnaan diri muslim

Islam hadir untuk mewujudkan rasa kasih sayang sesama manusia dengan menggalakkan kita berbuat kebaikan kepada orang sekeliling.

 

Hasilnya, akan wujud suasana yang aman, adil malah memberi ketenangan kepada setiap jiwa manusia.

 

Namun, semua ini tidak akan tercapai selagi mana kita masih belum mempunyai hasrat bahawa orang lain juga boleh menikmati kebahagiaan seperti mana apa yang kita dapat.

 


Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

 

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.”

 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Iman merupakan pengakuan hati terhadap ketauhidan Allah serta beriktikad dengan rukun-rukun Iman.

 


Jadi, hadis di atas menunjukkan bahawa iman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan setelah dia menjadi seorang yang baik, jauh daripada sifat pentingkan diri, suka orang lain peroleh kebaikan seperti apa yang dia dapat.


Ada beberapa perkara yang menjadi kesempurnaan dalam diri seorang Muslim, iaitu:

(a) Dia suka orang lain melakukan ketaatan seperti mana yang dia suka untuk dirinya sendiri. Dia tidak suka orang lain melakukan kejahatan seperti mana yang dia tidak suka untuk dirinya sendiri.

 (b) Dia bersungguh-sungguh dalam melakukan dakwah dan islah kepada saudara seislam yang lalai terhadap  kewajipan agama.

(c) Dia tidak menangguh bahkan bersegera dalam menunaikan hak kepada saudara seagama, sebagaimana dia suka apabila haknya ditunaikan oleh orang lain.

 


Jika seseorang itu ingin dijauhkan daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga, maka hendaklah dia mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari akhirat, dalam keadaan dia telah menyempurnakan hak sesama manusia…

 

Wallahu’alam…..

Tapi Allah Tahu – Kisah Wanita Solehah

 

Tapi Allah Tahu – Kisah Wanita Solehah


Ketika waktu malam, Saidina Umar Al-Khattab RA memantau rakyatnya dengan mengenakan kain yang ditutup supaya orang tidak tahu itu dia.

 

Jika orang melihat Umar, semuanya gementar, apatah lagi bercakap dengannya.

 

Beliau sengaja mahu mendengar apa yang berlaku di kawasan Madinah (kawasan yang beliau tadbir).

 

Beliau risau jika ada perkara yang beliau tidak tahu berlaku di tengah-tengah Madinah kerana mereka segan mahu memberitahu Umar.

 

 


Maka, di waktu malam dalam keadaan bertutup, dia memantau rakyatnya.

 

 

Ternyata, semua tempat yang Umar singgah, semuanya puas hati akan cara yang dilakukan Umar dalam mentadbir sehingga singgah pada sebuah rumah.

 

Beliau terdengar perbualan emak dan anak perempuannya.

Emak yang bertugas untuk memerah dan menjual susu menyuruh anaknya mengambil air dan mencampurkan susu dengan air supaya kelihatan banyak dan dijual sedemikian rupa untuk mendapat untung lebih.


Jika disamakan dengan zaman sekarang, seperti madu yang dicampur dengan gula dan bermacam-macam lagi.


Perbuatan ini dilarang Umar.

 

Ibu: Mana amirul mukminin boleh tahu apa yang kita lakukan pada malam buta begini.

 

Anak: Ya, wahai ibu, amirul mukminin tidak tahu tetapi Tuhan tahu.

 

Umar mendengar perkataan anak perempuan tersebut dan ditanda rumah itu untuk mengenalpasti rumah ini yang didatanginya semalam.

 

Keesokannya, Umar mendatangi rumah tersebut dan meminang anak perempuan tersebut kepada anak lelakinya. Lahir dari keturunan ini seorang bernama Umar Bin Abdul Aziz daripada seorang wanita yang ‘raqibah salihah’ mempunyai sifat pengamatan kepada Allah yang luar biasa.

 

 


Begitulah, daripada orang soleh akan keluar anak yang solehah dan begitulah seterusnya. Kesimpulannya, betapa pentingya kita berbuat baik di mana-mana sahaja kerana kita di dalam pemerhatian Allah. Walaupun ketika keseorangan, jagalah tingkah laku kita dan bukannya hanya melakukan kebaikan di hadapan manusia sahaja.

Wanita, Kuatlah Demi Ilahi.....

 

Wanita, Kuatlah Demi Ilahi.....

 


“Susahnya jadi wanita ni, buat ni tak boleh, buat itu tak boleh. Kena tutup sana, kena tutup sini. Tak bebas macam lelaki.” Satu keluhan berat dilepaskan.

 

“Jika kau tahu bagaimana Allah sayangkan wanita, memang kau bersyukur dilahirkan wanita, Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi, jika Allah jadikan lelaki dengan penuh keistimewaan, begitu jugak dengan perempuan, Allah itu Maha Adil.”

 

Terdiam dan mengeluh lagi.

 



Usah bersungut. Wanita sangat istimewa di sisi sebagaimana lelaki juga, ketepikan isu kelainan gender seketika, sebab kita semua istimewa.

 

Terkadang wanita kena jadi kuat? Betul ke terkadang? Sebenarnya bukan terkadang, memang wanita selalu kena jadi kuat. Jadilah kuat demi Tuhan.

 

Wanita sebelum kedatangan Islam, kesian. Macam tak ada nilai, diperlakukan sesuka hati, tapi selepas kedatangan Islam, agama Islam ini yang telah mengangkat martabat wanita dan memuliakan kedudukan wanita.

 

Rasulullah SAW ajar kita untuk sayang dan berlemah lembut dengan wanita, Rasulullah S.A.W kita sangat sweet. Senyum. Mungkinlah jika dilihat secara fizikal, wanita memang kurang dibandingkan dengan lelaki.

 


“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita).” (Surah An-Nisaa’: Ayat 34)

 

Al-Quran jelas menceritakan bab tu, usah disangkal. Marilah menjadi wanita yang bijak dan kuat tanpa mengetepikan lelaki, wanita memerlukan lelaki, tapi bukanlah juga bermaksud wanita boleh terus lemah jika tanpa lelaki.

 

Belajarlah untuk menjadi kuat dengan mencari kekuatan dengan Ilahi. Jika Allah memberikan kekuatan fizikal lebih kepada lelaki, maka Allah juga memberikan kelebihan juga kepada wanita dengan kelebihan kekuatan jiwa, bahasa lainnya disebut emosi.

 

Sama ada kita lelaki mahupun perempuan, Allah ciptakan wanita beremosi cuma lelaki mereka pemimpin, oleh kerana sifat kepimpinan itulah mereka kawal emosi mereka untuk menjadi pemimpin yang baik.


Emosi yang baik maksudnya di sini, sebab wanita seorang ibu, dia lebih memerlukan emosi untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, habis tu lelaki tiada emosi?

 


Usah berdebat mana yang lebih mana yang kurang, sememangnya fitrah manusia sebegitu. Kita istimewa bukan, berlainan tetapi masih memerlukan antara satu sama lain.

 

Istimewanya wanita, dalam Al-Quran ada surah khusus untuk wanita, surah An-Nisaa’. Masih ingin mengeluh wahai wanita?

 

Betapa sayang dan cintanya Allah pada wanita, tapi kebanyakan wanita tidak menyedari tentang hal itu, masih menganggap diri sendiri serba-serbi kekurangan, masih mengeluh seolah Tuhan tidak adil.

 

Berterima kasihlah dengan Tuhan yang telah meletakkan wanita di tempat istimewa, di sisi lelaki dan lebih istimewa di sisi Tuhan.

Wanita di zaman solafussoleh dulu turut ikut berperang membela Islam, siapa yang kata wanita itu lemah?

 

Tapi itu bukan kewajipan, Allah tak mewajibkan ke atas wanita untuk turut serta dalam peperangan, wanita sangat senang untuk masuk syurga, tapi Rasullullah S.A.W kata penduduk yang paling ramai dalam neraka adalah dalam kalangan wanita, kenapa ya?

 

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga yang diinginkannya.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu hibban dan Thabrani)

 

Sebab wanita, lupa bersyukur, banyak mengeluh, banyak menyimpan ketidak puasan hati dengan sesuatu secara berlebihan lalu menyebabkan mereka banyak mengungkit.

 

Allah tak suka, bila kita buat apa yang Allah tak suka, maka apa nanti akibatnya? Semoga kalian diberikan ketetapan hati untuk menjadi wanita yang kuat, kat dunia ni memang banyak ujian.

 


Kadang diberi ujian dengan suami yang tak bertanggungjawab, diuji dengan kenodaan lelaki tehadap wanita, macam-macam yang Allah uji.

 

Tapi tujuannya adalah satu, untuk menguatkan iman. Apalah yang hendak dibandingkan ujian-Ku dengan nikmat-Ku yang maha luas ini?

 

Buat wanita yang teraniaya, semoga diberikan kekuatan untuk move on dengan kehidupan yang lalu dan beralih kepada kehidupan baru, usah bersedih.

 

Sengaja Allah tutup pintu yang ini dan Allah telah bentangkan seluas-luasnya pintu lain yang lagi besar untuk kita masuki, tapi tulah kadang kita lupa, bukan sebetulnya, tapi kita sendiri yang memilih untuk tidak mahu berganjak dengan hidup kita yang lalu.

 

Cukup untuk wanita merasa gembira dengan mengetahui bahawa Allah sayang kalian, Rasullullah SAW sayang kalian, orang-orang di sekeliling kita sayang kalian, eh… tiba-tiba dirasakan semua orang sayang kalian, cuma kalian saja yang tidak menyedari tentang hakikat tu sebab banyak sangat menghitung kekurangan hingga nikmat kelebihan yang Allah bagi.

 


Wanita mahupun lelaki, ingat satu benda. Allah sayang kita, Allah cinta kita dan ujian di dunia adalah satu tali untuk menguatkan lagi cinta Allah pada kita, sayang sedemikian rupa sehingga mengangkat darjat kita lagi tinggi di sisi Allah.

 

Senyumkan saja, mudah-mudahan segala yang baik-baik datang pada kita. Ingat ya wanita! Jadilah kuat demi Ilahi, dan sesungguhnya kalian ini istimewa.

 


“Ya Allah, berikanlah kepada kami apa yang kami cintai dalam cara yang Kau cintai.”

 

 

Thursday, March 13, 2025

Palestine milik umat Islam

Kami bersama Palestin selama-lamanya.... :')


Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad S.A.W dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya. Cinta Palestin tanda iman dan taqwa Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu.
Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka. Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam. Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.
Cerita yang panjang Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi PalestinBegitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam. Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini. Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri? Jangan pula mengharapkan negara kita.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah. Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin. Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.