Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas
umat nabi Muhammad S.A.W dari tiga bumi suciNya (
tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi
tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika
atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot
dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. Ia
menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki
kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan
pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan
bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada
di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al
hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka
tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya. Cinta
Palestin tanda iman dan taqwa Mencintai Palestin adalah tanda iman dan
taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air
sendiri. Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah
berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka
untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu.
Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu
memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan
mereka. Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan
tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah
milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin
adalah untuk umat Islam. Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba
membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin
dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan
seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Negara
Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa
mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam,
keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan
dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa,
putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. Membunuh umat Islam
adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka
ciptakan sendiri.
Cerita yang panjang Palestin ceritanya panjang dan akan
terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan
amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya
keadaan di bumi PalestinBegitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian
kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya
pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi
perjuangan Islam. Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan
Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan
membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian
konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak
dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah,
sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka
sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa
dan nadi umat Islam Palestin hari ini. Anda hanya perlu meneka, siapakah
yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?
Jangan pula mengharapkan negara kita.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu
sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang
sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang
bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah. Setiap kita
mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci
Palestin. Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun
untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis
Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan
pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.
Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.
ReplyDelete