Wanita, Kuatlah Demi Ilahi.....
“Susahnya jadi wanita ni, buat ni tak boleh, buat itu tak
boleh. Kena tutup sana, kena tutup sini. Tak bebas macam lelaki.” Satu keluhan
berat dilepaskan.
“Jika kau tahu bagaimana Allah sayangkan wanita, memang kau bersyukur
dilahirkan wanita, Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi,
jika Allah jadikan lelaki dengan penuh keistimewaan, begitu jugak dengan
perempuan, Allah itu Maha Adil.”
Terdiam dan mengeluh lagi.
Usah bersungut. Wanita sangat istimewa di sisi sebagaimana
lelaki juga, ketepikan isu kelainan gender seketika, sebab kita semua istimewa.
Terkadang wanita kena jadi kuat? Betul ke terkadang?
Sebenarnya bukan terkadang, memang wanita selalu kena jadi kuat. Jadilah kuat
demi Tuhan.
Wanita sebelum kedatangan Islam, kesian. Macam tak ada
nilai, diperlakukan sesuka hati, tapi selepas kedatangan Islam, agama Islam ini
yang telah mengangkat martabat wanita dan memuliakan kedudukan wanita.
Rasulullah SAW ajar kita untuk sayang dan berlemah lembut
dengan wanita, Rasulullah S.A.W kita sangat sweet. Senyum. Mungkinlah jika
dilihat secara fizikal, wanita memang kurang dibandingkan dengan lelaki.
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian
yang lain (wanita).” (Surah An-Nisaa’: Ayat 34)
Al-Quran jelas menceritakan bab tu, usah disangkal. Marilah
menjadi wanita yang bijak dan kuat tanpa mengetepikan lelaki, wanita memerlukan
lelaki, tapi bukanlah juga bermaksud wanita boleh terus lemah jika tanpa
lelaki.
Belajarlah untuk menjadi kuat dengan mencari kekuatan dengan
Ilahi. Jika Allah memberikan kekuatan fizikal lebih kepada lelaki, maka Allah
juga memberikan kelebihan juga kepada wanita dengan kelebihan kekuatan jiwa,
bahasa lainnya disebut emosi.
Sama ada kita lelaki mahupun perempuan, Allah ciptakan wanita beremosi cuma lelaki mereka pemimpin, oleh kerana sifat kepimpinan itulah mereka kawal emosi mereka untuk menjadi pemimpin yang baik.
Emosi yang baik maksudnya di sini, sebab wanita seorang ibu, dia lebih memerlukan emosi untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, habis tu lelaki tiada emosi?
Usah berdebat mana yang lebih mana yang kurang, sememangnya
fitrah manusia sebegitu. Kita istimewa bukan, berlainan tetapi masih memerlukan
antara satu sama lain.
Istimewanya wanita, dalam Al-Quran ada surah khusus untuk
wanita, surah An-Nisaa’. Masih ingin mengeluh wahai wanita?
Betapa sayang dan cintanya Allah pada wanita, tapi
kebanyakan wanita tidak menyedari tentang hal itu, masih menganggap diri
sendiri serba-serbi kekurangan, masih mengeluh seolah Tuhan tidak adil.
Berterima kasihlah dengan Tuhan yang telah meletakkan wanita di tempat istimewa, di sisi lelaki dan lebih istimewa di sisi Tuhan.
Wanita di zaman solafussoleh dulu turut ikut berperang
membela Islam, siapa yang kata wanita itu lemah?
Tapi itu bukan kewajipan, Allah tak mewajibkan ke atas
wanita untuk turut serta dalam peperangan, wanita sangat senang untuk masuk
syurga, tapi Rasullullah S.A.W kata penduduk yang paling ramai dalam neraka
adalah dalam kalangan wanita, kenapa ya?
“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4
perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga
yang diinginkannya.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu hibban dan Thabrani)
Sebab wanita, lupa bersyukur, banyak
mengeluh, banyak menyimpan ketidak puasan hati dengan sesuatu secara
berlebihan lalu menyebabkan mereka banyak mengungkit.
Allah tak suka, bila kita buat apa yang Allah tak suka, maka
apa nanti akibatnya? Semoga kalian diberikan ketetapan hati untuk menjadi wanita
yang kuat, kat dunia ni memang banyak ujian.
Kadang diberi ujian dengan suami yang tak bertanggungjawab,
diuji dengan kenodaan lelaki tehadap wanita, macam-macam yang Allah uji.
Tapi tujuannya adalah satu, untuk menguatkan iman. Apalah
yang hendak dibandingkan ujian-Ku dengan nikmat-Ku yang maha luas ini?
Buat wanita yang teraniaya, semoga diberikan kekuatan untuk
move on dengan kehidupan yang lalu dan beralih kepada kehidupan baru, usah
bersedih.
Sengaja Allah tutup pintu yang ini dan Allah telah
bentangkan seluas-luasnya pintu lain yang lagi besar untuk kita masuki, tapi
tulah kadang kita lupa, bukan sebetulnya, tapi kita sendiri yang memilih untuk
tidak mahu berganjak dengan hidup kita yang lalu.
Cukup untuk wanita merasa gembira dengan mengetahui bahawa
Allah sayang kalian, Rasullullah SAW sayang kalian, orang-orang di sekeliling kita
sayang kalian, eh… tiba-tiba dirasakan semua orang sayang kalian, cuma kalian saja
yang tidak menyedari tentang hakikat tu sebab banyak sangat menghitung
kekurangan hingga nikmat kelebihan yang Allah bagi.
Wanita mahupun lelaki, ingat satu benda. Allah sayang kita,
Allah cinta kita dan ujian di dunia adalah satu tali untuk menguatkan lagi
cinta Allah pada kita, sayang sedemikian rupa sehingga mengangkat darjat kita
lagi tinggi di sisi Allah.
Senyumkan saja, mudah-mudahan segala yang baik-baik datang
pada kita. Ingat ya wanita! Jadilah kuat demi Ilahi, dan sesungguhnya kalian ini
istimewa.
“Ya Allah, berikanlah kepada kami apa yang kami cintai dalam
cara yang Kau cintai.”
“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga yang diinginkannya.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu hibban dan Thabrani)
ReplyDelete