Solat Sunat Tasbih
Ini
adalah cara solat sunat tasbih yang lengkap. Solat sunat tasbih merupakan salah
satu dari banyak anugerah yang luar biasa yang telah disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW kepada umatnya.
Solat
ini tidak hanya dapat menghapus dosa sepenuhnya, tetapi juga membantu membangun
hubungan yang dekat dengan Allah.
Nabi
Muhammad SAW suatu hari berkata kepada bapa saudaranya, Abbas RA:
“Wahai
bapa saudaraku, tidakkah aku berikan kepadamu, tidakkah aku anugerahkan
kepadamu, tidakkah aku hadiahkan kepadamu, tidakkah aku rahmati kamu; Apabila
kamu melakukan sepuluh perkara, Allah akan mengampuni dosa-dosamu, baik masa
depan mahupun masa lalu, baru dan lama, yang kamu lupakan dan yang kamu lakukan
secara sengaja, besar dan kecil, tersembunyi dan terang-terangan.”
Kemudian beliau SAW mengajarkan cara untuk melaksanakan Solat Sunat Tasbih dan
menyuruh untuk menunaikannya sekali sehari. Jika tidak mungkin setiap hari,
maka setiap Jumat, dan jika ini tidak mungkin, maka setidaknya sekali sebulan,
dan jika ini pun tidak mungkin, maka sekali setahun, dan jika ini juga tidak
mungkin, maka paling tidak sekali seumur hidup.
(Abu Dawud dan Tirmidhi)
Solat
ini dikerjakan dalam empat rakaat sekaligus dan dapat dikerjakan pada bila-bila
masa siang . Sekiranya dikerjakan pada waktu malam,
solat ini dikerjakan 2 rakaat diikuti salam kemudian disambung 2 rakaat lagi.
Tasbih
untuk solat ini adalah:
Bacaan:
SubhaanAllahi Wal Hamdulillahi Wa Laa ilaha illal Laahu Wallahu Akbar
Maksud: Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah,
Allah Maha Besar
1.
Mulakan dengan
takbirratul-ihram
2.
Setelah membaca
Surah Al-Fatihah dan surah lainnya, baca tasbih 15 kali.
3.
Kemudian rukuk,
selepas selesai bacaan rukuk, baca tasbih 10 kali.
4.
Selepas bangun dari
rukuk, baca tasbih 10 kali.
5.
Pada sujud pertama
selepas bacaan sujud, baca tasbih 10 kali.
6.
Kemudian selepas
selesai bacaan duduk antara dua sujud, baca tasbih 10 kali (sebelum sujud
kedua).
7.
Kembali baca tasbih
10 kali pada sujud kedua.
8.
Selepas bangun dari
sujud, berhenti sekejap untuk baca tasbih 10 kali lagi. Kemudian baru bangun
untuk rakaat kedua.
Proses
ini diulang kembali untuk rakaat seterusnya. Jumlah tasbih yang anda ingin baca
adalah 300 kali. Sekiranya anda tertinggal bacaan tasbih di mana-mana
pergerakan, anda boleh menggantikan jumlah tasbih itu pada pergerakan
seterusnya.
o
Jangan membaca
dengan suara yang kuat.
o
Jangan menghitung
dengan jari atau menggunakan tasbih.
o
Disarankan untuk
menghitung dengan menekan jari secara lembut sebagai pengingat.
o
Jika terlupa membaca
zikir pada pergerakan tertentu, tambahkan pada pergerakan seterusnya.
Solat tasbih ini merupakan solat yang membuka pintu keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengajakan atau tidak, kecil atau besar, yang nampak mahupun tersembunyi.
ReplyDeleteSolat ini juga digalakkan kepada dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana solat ini mempunyai pelbagai keajaiban dan kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang melaksanakannya.
Bertasbihlah kerana ia dapat menyucikan jiwa kita daripada penyakit hati seperti perasaan dengki, sedih dan selalu rasa kekosongan Sekiranya jiwa kita diisi dengan kalimah yang indah seperti tasbih insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan damai