Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Tuesday, January 27, 2026

Amalan pada Malam Nisfu Sya’ban



Bulan Sya’ban

SYA’BAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Sya’ban dianggap pintu gerbang Ramadhan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Sya’ban dapat dilihat apabila Rasulullah S.A.W pernah memberitahu sahabat mengenai Sya’ban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Sya’ban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Sya’ban sahaja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan-bulan tersebut.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadah kepada Allah. Mereka akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah menghadap Allah suatu ketika nanti.

 


Malam Nisfu Sya’ban menjadi salah satu malam istimewa yang dinantikan oleh umat islam. Malam yang jatuh pada pertengahan bulan sya’ban ini diyakini sebagai waktu penuh rahmat dan penuh keampunan.

Dalam berbagai riwayat, disebutkan bahawa pada malam Nisfu Sya’ban, Allah S.W.T membuka pintu keampunan seluas-luasnya bagi hambaNya yang memohon ampun, berdoa dan mendekatkan diri kepadaNya. Kerana itu banyak ulama menganjurkan agar malam tersebut diisi dengan berbagai amalan ibadah, baik secara berjemaah mahupun berseorangan.

Bulan Sya’ban dikenal sebagai bulan persiapan spiritual sebelum tibanya bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W sendiri banyak memperbanyak ibadah di bulan ini, khususnya puasa sunat dan berdoa. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa malam Nisfu Sya’ban termasuk malam yang doa-doanya tidak tertolak, sejajar dengan malam jumaat dan dua malam hari raya.

 


Malam Nisfu Sya’ban juga sering disebut sebagai lailatul maghfirah, yakni malam pengampunan. Umat islam dianjurkan untuk memperbanyak istigfar, memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah lalu, serta memohon kebaikan untuk masa hadapan.

Berikut adalah sejumlah amalan yang lazim dilakukan umat islam saat malam Nisfu Sya’ban :

1.      Puasa Sunnah

Puasa sunnah, khususnya puasa ayyamul bidh (tanggal 13,14 dan 15 bulan Hijriyah) sangat dianjurkan di bulan Sya’ban. Rasulullah S.A.W dikenal sebagai insan yang banyak berpuasa di bulan ini kerana pada bulan Sya’ban, amal-amal manusia diangkat dan diperlihatkan kepada Allah S.W.T

 

2.      Memperbanyak istigfar

Memohon ampunan menjadi inti utama ibadah di malam Nisfu Sya’ban. Umat islam dianjurkan untuk memperbanyak istigfar sebagai bentuk penyesalan atas dosa dan kesalahan, sekaligus harapan untuk mendapat keampunan Allah S.W.T.

 


3.      Melaksanakan solat sunat

Solat sunat seperti solat tasbih dan solat awwabin dianjurkan dilakukan untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban. Solat ini umumnya dilakukan setelah maghrib atau di malam hari dengan bacaaan surah-surah pendek.


4.      Membaca Surah Yasin

Tradisi yang telah berkembang di tengah masyarakat adalah membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali. Bacaan tersebut disertai niat memohon panjang umur dalam ketaatan, keselamatan dari bala, serta kelapangan dan keberkahan rezeki.

 

5.      Memperbanyak zikir, selawat dan Doa

Malam Nisfu Sya’ban menjadi waktu yang tepat untuk memperbanyak zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, umat islam dianjurkan memanjatkan doa-doa kebaikan, baik untuk diri sendiri, keluarga mahupun umat islam secara umum.

 


Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Sya’ban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Sya’ban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

 

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

 

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

 

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

 


Dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah daripada kita yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang sohih.

 

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

 

Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban

Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :

Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.

Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.

Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

 

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

 


Jika diperhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan.  Sebetulnya kita perlu membaca al-Quran dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik;  membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

 

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :

“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)

Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quran dengan bertajwid pula adalah Fardhu ‘Ain ke atas semua orang islam.

 

Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan

Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:

Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.

Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.

Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:

 


Firman Allah di dalam al-Quran:

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

(Surah al-Mu’min, 40: 60)

 

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah al-Baqarah, 2: 186)

 


Para ulama menekankan bahawa inti dari malam Nisfu Sya’ban bukan hanya pada banyaknya amalan, tetapi pada kesungguhan hati dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua sentiasa ikhlas dalam beribadah kepada Allah S.W.T. Hanya Allah sahajalah Tuhan yang layak disembah dan diminta pertolongan. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan keampunan kepada semua umat islam di dunia ini. 

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)

 

Monday, January 19, 2026

Kisah Asiyah Bt Muzahim, Isteri Firaun Zaman Nabi Musa..

 

 


Asiyah Bt Muzahim , adalah salah seorang isteri kepada Firaun. Firaun merupakan insan yang paling menentang dakwah Nabi Musa A.s. Asiyah bukanlah seorang wanita biasa, beliau tidak pernah membiarkan dirinya ditentukan atau terhalang oleh perjalanan kehidupan yang menyakitkan. Sebaliknya, dia berani mempertahankan kepercayaan dalam dirinya, dan sanggup mati kerananya. Beliau merupakan seorang wanita islam yang sejati.

 

Atas sebab inilah Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut tentang Asiah  sebagai wanita teragung sepanjang zaman. Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Banyak lelaki yang telah mencapai kesempurnaan tetapi tidak ramai daripada kalangan wanita yang telah mencapai kesempurnaan kecuali Maryam Bt. Imran dan Asiyah isteri Firaun. 

                                                                                                   Riwayat Imam ALBukhari


Kisah Asiah bermula di Mesir, di mana beliau tinggal Bersama suaminya, seorang Raja Mesir (Firaun) yang terkenal dengan pemerintahannya yang kejam, dan dikenali sepanjang zaman. Selepas diberitahu oleh penilik nasib bahawa Firaun akan dijatuhkan oleh seorang anak dalam kalangan bani Israel, Firaun serta merta mengarahkan tenteranya untuk membunuh semua bayi lelaki yang dilahirkan.

 

Kitab suci Al-Quran ada menyebut tentang keperitan hidup anak-anak bani Israel pada zaman itu yang bermaksud :

“Dan kenanglah ketika kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu, sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu (AL-Baqarah 2: 49)


Jadi apabila Nabi Musa. A.S dilahirkan, ibu baginda risau akan kehidupannya kelak, kerana jantinanya sebagai seorang bayi lelaki. Namun, perancangan Allah itu lebih baik. Allah memberi jaminan kepada ibunya bahawa Nabi Musa A.S akan selamat, dan mengarahkan ibu baginda untuk meletakkan bayi lelakinya itu ke dalam bakul dan dihanyutkan di Sungai Nil.

Al-Quran menyebut :

Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa . “ Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara firaun), maka (letakkanlah di dalam peti dan  kepaskanlah dia ke laut, dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita, sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-Rasul kami (Al-Qasas 28 :7)

 


Siapa sangka, perancangan Allah itu sungguh hebat. Nabi Musa A.s , lelaki yang paling ditakuti oleh Firaun pada zaman itu, membesar di dalam kediamannya sendiri., dijaga dan dididik oleh isterinya. Ibu kandung Nabi Musa A.S. juga akhirnya berpeluang menjaga anaknya itu, beliau bekerja di samping Asiyah bagi menjaga bayi Musa. Asiyah tidak mengetahui bahawa wanita tersebut adalah ibu kandung Nabi Musa A.S.

Asiyah menyanyangi Nabi Musa A.s ibarat anaknya sendiri. Apabila baginda mula menyampaikan dakwah tentang keesaan Allah, Tuhan yang satu, Asiyah mempercayai dan beriman dengan sepenuh hati. Dia sendiri menyaksikan mukjizat Nabi Musa A.s di dalam istana Firaun, dan turut melihat bagaimana ahli-ahli sihir Firaun ditewaskan baginda, yang mana mereka turut mengakui tentang keeesaan Allah.

Walaubagaimanapun, menjadi isteri kepada seorang firaun yang kejam, yang mengangkat dirinya sebagai Tuhan, Asiyah terpaksa merahsiakan keimanannya itu.

 


Pada suatu hari, anak perempuan Firaun (daripada isteri lain) terdengar pendandan rambutnya menyebut ‘Bismillah’ yang bermaksud dengan nama Allah’. Terdengar ucapan itu, anak gadis itu melaporkan hal tersebut kepada firaun. Firaun dengan segera menangkap pendandan rambut itu dan keluarganya. Seorang demi seorang anaknya dihumban ke dalam lubang dipenuhi tembaga yang menyala dengan api.

Akhirnya, tiba giliran pendandan rambut itu, bersama bayinya yang digendong. Pada saat itu, dia berasa ragu-ragu untuk membiarkan bayinya itu dihumban. Namun, suatu keajaiban berlaku di mana bayi itu dapat berkata-kata. Bayi itu berkata bahawa seksaan dunia yang dihadapi mereka pada saat itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan hukuman di akhirat kelak. Yakin dengan apa yang terjadi, dia akhirnya mengorbankan diri bersama bayinya.

 


Asiyah mendedahkan secara terbuka keimanannya kepada Allah

Melihat keberanian pembantunya itu, Asiyah akhirnya memberanikan diri untuk berdepan dengan suaminya yang kejam. Dia mendedahkan keimanannya kepada Allah, menolak firaun sebagai Tuhan, dan berkata bahawa dia tidak kisah akan apa yang berlaku kepada dirinya kelak. Terkejut dengan pendedahan tersebut, firaun akhirnya mengarahkan tenteranya untuk menyeksa Asiyah di padang pasir, membiarkan dia kelaparan, dan menanggalkan pakaiannya.

Beliau diseksa dengan teruk, namun keimanannya langsung tidak goyah. Firaun kemudiannya mengarahkan tenteranya untuk mencari sebuah batu besar. Sekiranya Asiyah berkeras dengan pendiriannya yang enggan mengaku firaun sebagai Tuhan, maka batu tersebut akan dilontar kepadanya sehingga meninggal dunia. Jika tidak , nyawanya di dunia ini akan terselamat. Pengakhiran kisah Asiah, dia akhirnya meninggal dunia dengan pendiriannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

Berikut adalah kata-kata isteri Firaun yang disebut di dalam Al-Quran :

Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah disisiMU dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas) , serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. (At-Tahriim 66 :11)

Sedangkan Asiyah seorang Ratu di samping Firaun pun beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, maka kita sebagai orang biasa harus turut beriman teguh kepada Allah. Asiah pernah hidup dengan kemewahan yang tidak dapat kita bayangkan, namun dia tahu bahwa kekayaan dunia tidak kekal berbanding pengakhiran di akhirat kelak.

Kisah Asiyah menjadi pengajaran tentang iman sejati yang tidak dapat digoyahkan oleh ancaman dunia. Asiyah diabadikan sebagai salah seorang wanita mulia dalam sejarah islam kerana keberanian dan ketakwaannya. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada kisah Asiyah yang berani mempertahankan keimanannya walau diseksa dengan sangat kejam. Hanya keimanan yang kukuh mampu mendepani ujian yang dahsyat dari hiruk-piruk dunia yang mencengkam.

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)

Wednesday, January 14, 2026

Sifat Mazmumah Meracuni Hati



Sifat Mazmumah, atau yang juga dikenali sebagai sifat-sifat keji yang berlawanan dengan syarak, adalah sifat-sifat yang meracuni hati dan merosakkan hubungan dengan Allah SWT. Dalam tulisan ini, kita akan mengupas lebih lanjut tentang maksud sifat Mazmumah, memberikan contoh-contohnya, menyelidiki dalil-dalil yang melarangnya, menjelaskan cara untuk meninggalkan sifat-sifat ini, dan mengeksplorasi hikmah yang terkandung dalam meninggalkannya....

Maksud Sifat Mazmumah

Mazmumah merujuk kepada sifat dan tingkah laku keji yang bertentangan dengan ajaran syarak. Sifat-sifat ini, seperti riak, 'ujub, dan hasad, menunjukkan tanda-tanda ketidakpatuhan terhadap prinsip-prinsip agama dan moral yang tinggi.


Contoh Sifat Mazmumah

Sifat Mazmumah adalah sifat-sifat keji yang meracuni hati dan jiwa seseorang. Di bawah ini, kita akan mengeksplorasi tiga contoh sifat Mazmumah yang perlu dihindari secara lebih terperinci:

1. Riak (Tanda Kepalsuan)

Riak adalah sifat yang merujuk kepada perilaku melakukan amalan dengan niatan semata-mata untuk mendapatkan pujian dan perhatian dari orang lain. Ini adalah contoh jelas dari sifat Mazmumah yang perlu dihindari oleh umat Islam. Dalil melarang sifat riak dapat ditemui dalam Surah Al-Ma'un. Allah SWT menyebutkan:

"Maka kecelakaan yang besar bagi orang yang solat, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga bagi orang yang berkeadaan riak (dalam ibadah dan bawaannya)."

Ayat ini mengingatkan kita akan bahaya riak dalam ibadah dan cara kita berperilaku sehari-hari. Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang kebahayaan riak dalam hadisnya.

2. 'Ujub (Perasaan Bangga)

Sifat 'ujub merujuk kepada perasaan bangga dan sombong dengan amalan dan kelebihan yang dimiliki. Contoh sifat ini tercantum dalam Surah At-Taubah. Allah SWT menyebutkan:

"...Iaitu ketika kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun..."

Ayat ini mengingatkan kita bahwa perasaan sombong terhadap jumlah atau kelebihan yang dimiliki adalah tanda 'ujub, yang harus dihindari.

Hadis yang menceritakan nasib seseorang yang berlagak sombong juga menunjukkan betapa pentingnya menghindari sifat 'ujub dalam kehidupan sehari-hari.


3. Hasad (Perasaan Dengki)

Sifat hasad adalah perasaan dengki dan iri hati terhadap kelebihan atau kebaikan orang lain, serta berharap agar kelebihan tersebut hilang daripada mereka. Dalil yang melarang sifat hasad dapat ditemukan dalam Surah Al-Falak. Allah SWT menyebutkan:

"Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya."

Ayat ini mengingatkan kita akan bahaya perasaan dengki dan bahwa sifat ini adalah salah satu sifat Mazmumah yang harus dihindari.

Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang keburukan hasad dalam hadisnya:

"Hendaklah kamu menjauhi sifat hasad (dengki), sesungguhnya hasad (dengki) itu menghapuskan kebaikan seperti api membakar kayu api."

Dengan memahami sifat-sifat Mazmumah ini secara lebih mendalam, kita dapat lebih berhati-hati untuk menghindarinya dalam kehidupan sehari-hari kita dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT serta sesama manusia.


Dalil Sifat Mazmumah

Dalil-dalil yang melarang sifat-sifat Mazmumah adalah pemandu utama bagi umat Islam untuk menjauhi perilaku-perilaku yang meracuni hati dan jiwa. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW adalah sumber-sumber hukum yang memberikan petunjuk yang jelas mengenai larangan ini.

1. Riak (Surah Al-Ma'un)

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma'un:

"Maka kecelakaan yang besar bagi orang yang solat, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. Juga bagi orang yang berkeadaan riak (dalam ibadah dan bawaannya)."

Ayat ini menegaskan bahaya riak dalam ibadah dan tingkah laku sehari-hari. Ia mengingatkan kita bahwa niat dalam beribadah harus murni semata-mata untuk memenuhi ketaatan kepada Allah SWT, dan bukan untuk mendapatkan pujian manusia.


2. 'Ujub (Surah At-Taubah)

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah:

"...Iaitu ketika kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun..."

Ayat ini menekankan bahwa jumlah atau kelebihan yang dimiliki bukanlah indikator utama keberkatan atau keuntungan. Rasa bangga terhadap hal ini adalah contoh yang perlu dihindari.

3. Hasad (Surah Al-Falak)

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Falak:

"Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya."

Ayat ini menegaskan bahaya hasad dan perasaan dengki terhadap kelebihan orang lain. Ia mengingatkan kita untuk bersikap adil dan tidak menginginkan keburukan terhadap sesama manusia.


Hadis Rasulullah SAW

Rasulullah SAW juga memberikan penjelasan dan peringatan terhadap sifat-sifat Mazmumah ini melalui hadis-hadis beliau. Contohnya, dalam hadis beliau, beliau menyebutkan kebahayaan hasad dan bahayanya terhadap kebaikan seseorang.

Dengan memahami dan merujuk kepada dalil-dalil ini, umat Islam dapat memperoleh panduan yang jelas mengenai perilaku yang seharusnya dihindari dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini membantu dalam membangun karakter yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Cara Meninggalkan Sifat Mazmumah

Ada beberapa cara untuk meninggalkan sifat Mazmumah:

  • 1.      Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat Mazmumah.
  • 2.      Sentiasa muhasabah diri untuk terhindar dari sifat Mazmumah.
  • 3.      Mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia.
  • 4.      Berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa.
  • 5.      Mencontohi akhlak mulia para rasul dan sahabat.
  • 6.      Bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia.

 


Hikmah Meninggalkan Sifat Mazmumah

Meninggalkan sifat Mazmumah membawa berbagai hikmah yang penting dalam kehidupan seorang Muslim:

  • 1.      Membentuk akhlak yang mulia dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • 2.      Mendidik jiwa untuk tunduk kepada kekuasaan Allah SWT.
  • 3.      Memperkukuh jati diri Muslim dengan amalan sifat mahmudah.
  • 4.      Mendapatkan ketenangan hidup melalui hubungan harmoni dengan sesama manusia.
  • 5.      Memartabatkan imej Islam sebagai contoh terbaik dalam membangunkan modal insan.


Penutup

Sifat Mazmumah adalah ujian dalam kehidupan setiap Muslim. Dengan memahami maksudnya, menjauhkan diri dari contohnya, merujuk kepada dalil-dalil yang melarangnya, menerapkan cara-cara untuk meninggalkannya, dan merasakan hikmah-hikmah positif dalam proses ini, kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT dan masyarakat sekitar, serta memperkukuhkan akhlak Islam dalam diri kita. Semoga tulisan ini memberikan pencerahan dan inspirasi dalam perjalanan kita untuk menjadi individu yang lebih baik dan lebih bermoral.

 

Monday, January 12, 2026

Ahlak Mahmudah

 

Apa itu Akhlak Mahmudah, Pentingnya, dan Contoh-contoh Akhlak Mahmudah dalam Islam…

Apa itu Akhlak Mahmudah, Pentingnya, dan Contoh-contoh Akhlak Mahmudah dalam Islam.

Akhlak mahmudah adalah karakter terpuji yang dianjurkan dalam Islam. Pelajari pentingnya akhlak mahmudah dan contohnya seperti ikhlas, kejujuran, dan keadilan berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadis shahih.

 


Akhlak mahmudah, atau karakter terpuji, adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam Islam. Artinya, memiliki sifat-sifat yang baik dan terpuji merupakan hal yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam. Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi pengertian, pentingnya, serta contoh-contoh dari akhlak mahmudah berdasarkan dalil-dalil yang shahih dari Al-Quran dan Hadis.


Definisi Akhlak Mahmudah

Akhlak mahmudah merujuk pada karakter atau sifat-sifat yang terpuji, baik, dan mulia. Secara lebih spesifik, akhlak mahmudah menggambarkan perilaku dan sikap yang sesuai dengan ajaran Islam, mencerminkan ketakwaan kepada Allah SWT, serta memperbaiki hubungan dengan sesama manusia. Akhlak mahmudah adalah bahagian dari kesempurnaan iman seorang Muslim.

Pentingnya Akhlak Mahmudah dalam Islam

Ajaran Al-Quran

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran, surat Al-Qalam, ayat 4:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Ayat ini menegaskan bahwa Rasulullah Muhammad S.A.W memiliki akhlak yang agung, yang harus dijadikan teladan bagi umatnya. Ini menunjukkan pentingnya akhlak mahmudah dalam Islam, bahkan Rasulullah dijuluki sebagai "Rahmatan lil 'Alamin" yang artinya adalah rahmat bagi seluruh alam, kerana akhlaknya yang mulia.


Sunnah Rasulullah

Dalam banyak hadis, Rasulullah S.A.W menekankan pentingnya akhlak mahmudah. Salah satu contohnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

"Sesungguhnya di antara kalian yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik dalam perlakuan kepada isteri-isterinya." (HR. Tirmidzi)

Hadis ini menunjukkan bahwa akhlak yang baik adalah indikasi dari keimanan yang kuat. Rasulullah juga menekankan pentingnya berbuat baik kepada isteri, yang menunjukkan bahwa akhlak mahmudah tidak hanya berlaku dalam hubungan dengan Allah, tetapi juga dalam hubungan sosial.

Contoh-contoh Akhlak Mahmudah dalam Islam


1. Ikhlas (Kesungguhan)

Ikhlas adalah sikap yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan baik semata-mata karena Allah SWT, tanpa mengharapkan pujian atau imbalan dari manusia. Allah berfirman dalam Al-Quran, surat Al-Bayyinah, ayat 5:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

"Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, serta mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan yang demikian itu adalah agama yang lurus." (QS. Al-Bayyinah: 5)


2. Siddiq (Kejujuran)

Siddiq adalah kejujuran dalam perkataan dan perbuatan. Rasulullah S.A.W bersabda:

اجْتَنِبُوا الْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

"Jauhilah kebohongan, karena kebohongan membawa kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa membawa kepada neraka. Dan seseorang terus menerus berbohong dan berusaha untuk berbohong, sehingga ia akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta." (HR. Bukhari dan Muslim)


3. ‘Adl (Keadilan) 

Keadilan adalah prinsip utama dalam Islam yang menekankan pentingnya memberikan hak-hak setiap individu tanpa kecenderungan atau prasangka terhadap siapapun. Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ وَلَدُ آدَمَ دَمًا مَسْلُوقًا

"Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menumpahkan darah Muslim lainnya kecuali dengan alasan yang sah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menegaskan bahwa menghormati hak-hak dan kehidupan orang lain adalah kewajiban bagi setiap Muslim.

4. Rifq (Kemurahan)

Rifq adalah sikap lembut dan penuh kasih sayang terhadap sesama makhluk Allah. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ

"Barangsiapa yang tidak menunjukkan belas kasihan kepada orang lain, tidak akan mendapatkan belas kasihan dari Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajarkan pentingnya memiliki sikap lembut dan penuh kasih sayang terhadap sesama, termasuk hewan dan lingkungan sekitar.


5. Tawadhu’ (Kerendahan Hati)

Tawadhu’ adalah sikap rendah hati dan tidak sombong di hadapan Allah S.W.T dan sesama manusia. Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ تَوَاضَعَ لِلَّهِ رَفَعَهُ اللَّهُ

"Barangsiapa yang merendahkan dirinya karena Allah, maka Allah akan meninggikan derajatnya." (HR. Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahwa sikap tawadhu’ merupakan salah satu kunci untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT.


Kesimpulan

Akhlak mahmudah adalah bahagian dari ajaran Islam yang menggaris  pentingnya memiliki sifat-sifat terpuji dalam kehidupan sehari-hari. Dengan mengamalkan akhlak mahmudah, seorang Muslim dapat mencapai kesempurnaan iman, mendekatkan diri kepada Allah, dan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia. 

Melalui dalil-dalil yang shahih dari Al-Quran dan Hadis, kita dapat memahami, menginternalisasi, dan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan kita sehari-hari….

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)