Adakah kita pernah bertanya pada diri kita sendiri, siapakah
yang paling kita cintai?..
Bagaimana kita boleh meraih cinta dan kasih sayang yang
sebenar, yang tidak akan hilang dengan berlalunya masa….
… atau berubah dengan bergantinya keadaan?....
Mungkinkah kita mencari cinta dari sumber yang paling suci
dan kekal dari Pencipta kita, Allah?...
Perjalanan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini mungkin akan mengubah pandangan kita tentang hidup dan membawa kita ke arah mendapatkan cinta dan kasih sayang yang sebenar iaitu cinta Allah….
Mari kita menerokai perjalanan ini bersama-sama…
Sayangilah Allah
S.W.T, dan Dia Akan Membuat Makhluk di Langit dan Bumi Menyayangi Kita…
Berusahalah sepenuhnya untuk meraih kasih sayang Allah S.W.T…
Apabila Allah sayang pada kita, Dia akan memerintahkan
makhluk-makhlukNya di langit dan bumi untuk menyayangi kita…
Betapa hebatnya kasih sayang yang dititahkan oleh Allah S.W.T
pada makhlukNya berbanding dengan bentuk-bentuk kasih sayang lain….Tidak ada
satu pun pokok, batu, manusia, jin atau sebarang makhluk yang kita ketahui
wujud, kecuali mereka akan sayang pada orang yang disayangi Allah S.W.T,
sebagai tanda penghargaan kepada Penguasa ― Yang Maha Mulia, dan patuh kepada perintahNya.
Ini disahkan dalam apa yang disampaikan oleh Nabi ﷺ
Abu Hurairah berkata:
Apabila Allah, Yang Maha Kuasa dan Maha Berkat, sayang pada
hamba, Dia akan memanggil Jibril A.S, “Aku sayang pada si hamba ini, oleh itu
sayangilah dia.”
Rasulullah ﷺ bersabda: Kemudian
Jibril akan menyayangi dia. Dia juga akan memanggil semua penduduk di langit: “Allah
Yang Maha Kuasa dan Maha Mulia sayang pada hamba ini, oleh itu sayangilah dia.”
Maka makhluk di langit akan mula menunjukkan kasih sayang mereka. Baginda berkata: Kemudian orang itu akan diterima oleh orang ramai di bumi…. Dan apabila Allah S.W.T benci pada hamba itu, maka Allah akan panggil Jibril dan berkata: “Aku benci hamba itu, oleh itu bencilah dia.”
Dia ﷺ berkata: Kemudian
Jibril akan membencinya. Dia akan panggil semua penduduk di langit: “Sesungguhnya Allah
membenci hamba itu, oleh itu bencilah dia.” Kemudian kebencian akan ditunjukkan
kepadanya di bumi….
Sahih Muslim, , (hadis nombor 1771).
Tanggungjawab seorang hamba adalah memperoleh kasih sayang
Allah S.W.T melalui setiap perbuatan yang dilakukan…. Antara perbuatan tersebut
ialah sepatutnya dia takut kepada Allah ― secara tersembunyi dan terbuka,
sayang kepada Rasulullah S.A.W, dan keluarganya…. Dia juga patut menyayangi orang-orang
yang soleh dan merendah diri.
Jadi dia juga patut teguh dalam menjalankan solat fardhu,
dan melaksanakan banyak solat sunat dan melakukan banyak amalan baik sebanyak
mungkin, berurusan dengan orang lain dengan baik dan menjaga hati dan lidah
(dari perbuatan yang dilarang), dan lain-lain….
Inilah sebahagian dari banyak amalan yang dapat mengundang kasih
sayang Allah dan memperbanyak keberkatan-Nya terhadap amalan hamba-Nya.
Doa adalah faktor penting dalam meraih Kasih Sayang Allah .
Meskipun doa adalah permintaan dan rayuan yang dibuat kepada
Allah, ini juga merupakan salah satu cara untuk mendapat kasih Sayang Allah dan
juga jalan bagaimana ia dapat dicapai.
.jpg)
Diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda:
Rasulullah S.A.W berkata: “Ini adalah antara doa Nabi Daud:
Ya Allah, aku memohon cintamu, cinta orang-orang yang
mencintaimu, dan perbuatan yang akan membuatku meraih cintamu. Ya Allah,
buatlah cintamu lebih aku cintai daripada jiwa, keluarga, dan cintaku pada air
dingin.
— At-Tirmidzi mengatakan ini adalah Hasan.
Bagaimana Tanda Mendapat Cinta Allah?
Antara tanda-tanda cinta ini ― antara hamba dan Tuhannya ―
ialah ia akan kekal setelah kematian hamba.
Ramai orang akan menyaksikan pengebumiannya.…. Orang-orang akan memohon rahmat untuknya, dan
sebutan tentangnya serta amal baiknya akan tersebar di kalangan orang
seolah-olah dia masih hidup di antara mereka.
Oleh kerana itu, keluarganya, anak-anaknya, dan kaum
kerabatnya akan dihormati.
Carilah individu seperti mereka; seraplah sifat mereka untuk
diri sendiri dan biarkan mereka menjadi lentera hidupmu; jika kamu melaksanakan
semua ini, kamu akan mencapai kasih sayang Allah S.W.T sedemikian rupa sehingga
mereka di langit dan bumi akan mencintai kamu.
Ingatlah, kasih sayang Allah adalah harta yang paling
berharga dan tak ternilai harganya.
Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat menandingi nikmat mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah.Oleh itu, marilah kita berusaha untuk meraihnya. Marilah kita memperkukuh pokok keimanan kita.
Dalam usaha kita ini, mari kita renungkan beberapa soalan:
Bagaimana kita boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah?
Bagaimana kita boleh memastikan bahawa setiap amalan yang
kita lakukan, kecil atau besar, adalah untuk mencari redha dan kasih sayangNya?
Bagaimana kita boleh menjadi seperti individu-individu yang
disayangi Allah, supaya kita juga bisa dicintai oleh makhluk di langit dan di
bumi?
Mari kita renungkan bersama dan semoga kita semua menjadi lebih dekat dengan kasih sayangNya… Sentiasalah kita menjadi mahluk Allah yang sentiasa berkasih-sayang sesame kita.. Jangan ada rasa dendam dan benci di antara kita khususnya sesama manusia di dunia ini..
Kasih sayang itu perintah
Allah… Allah sangat cintakan hambaNya yang hidup dalam suasana berkasih-sayang….
Marilah suburkan ikatan ukhuwa sesama saudara… Allahumma solli ‘ala saidina
Muhammad :”)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)


Sayangilah Allah S.W.T, dan Dia Akan Membuat Makhluk di Langit dan Bumi Menyayangi Kita… Berusahalah sepenuhnya untuk meraih kasih sayang Allah S.W.T…
ReplyDeleteApabila Allah sayang pada kita, Dia akan memerintahkan makhluk-makhlukNya di langit dan bumi untuk menyayangi kita…