Golongan Yang Sentiasa Menang
Hadis Akhir Zaman
Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata: Rasulullah S.AW bersabda: “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Mereka sentiasa berjaya”.
(H.R. Bukhari)
Keterangan
Allah S.W.T telah menjadikan umat
Islam (umat nabi Muhammad S.A.W) ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu, Allah
S.W.T berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan lahirnya
generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujudnya
golongan mukminin di atas muka bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat
Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan
mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang
berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin,
Yahudi dan Nasrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang
berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,
serangan bangsa Monghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamadun Baghdad
pada pertengahan abad keenam Hijrah.
Begitu juga dengan penyembelihan
beramai-ramai kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di
Andalus (Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh-pengaruh
imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary
Nasrani yang mempunyai peralatan dan kemudahan yang canggih-canggih dan
seterusnya serangan (pengaruh) dari segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya.
Walaupun ujian yang sangat dahsyat
melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi
mempunyai identiti dan peranan yang hebat dalam peta dunia pada hari ini. Di
manakah sumbangan kita? Apa peranan kita? Walaupun pada hari ini ada
dalam kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat langsung tentang agama
Islam tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan
memperjuangkan agama Islam.
Walaupun ramai umat Islam yang telah
hancur akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diperlekahkan oleh agama-agama
lain namun Islam masih lagi gagah dan teguh.
Walaupun aktivis-aktivis Islam
ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di suatu tempat yang lain mereka
disanjung dan dihormati. Begitulah, umat Islam tidak akan lenyap dari muka bumi
ini melainkan kehendak Allah S.W.T. Pada masa yang dikehendakiNya, maka
lenyaplah umat Islam, pada masa itu Allah S.W.T akan mematikan setiap jiwa yang
beriman dan yang tinggal hanyalah orang-orang yang jahat dan orang kafir. Maka,
pada saat itulah akan berlaku hari kiamat…
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")







Allah S.W.T telah menjadikan umat Islam (umat nabi Muhammad S.A.W) ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu, Allah S.W.T berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujudnya golongan mukminin di atas muka bumi ini.
ReplyDelete