Umat Islam
Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani
Hadis Akhir Zaman
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
Keterangan
Umat Islam akan mengikuti jejak
langkah ataupun cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam
urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau
orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun,
orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Zaman sekarang ini kita dapat lihat
kebenaran kata-kata Nabi Muhammad S.A.W ini. Ramai orang Islam yang kehilangan
pegangan di dalam kehidupan mereka. Mereka banyak meniru cara hidup Yahudi dan
Nasrani sama ada mereka sedar ataupun tidak.
Ramai orang Islam yang telah
terperangkap dengan tipu helah orang Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang
Islam yang menjadi alat dan tali barut mereka. Nauzubillah…
Lihatlah cara hidup kita, dari segi
pemakanan, pemakaian, pergaulan, pertuturan hinggalah dalam segala urusan
kehidupan kita telah banyak dipengaruhi cara hidup mereka. Di manakah al-Quran
dan As-sunnah dalam menjadi panduan hidup kita?
Adakah dek kerana kita tidak memahami
atau mengetahui sumber utama Islam ini menjadikan kita jauh dari nilai-nilai
Islam sebenar? Apakah usaha kita? Jangan menyesal di kemudian hari. Jadilah
golongan manusia yang sedikit bilangannya namun memberi manfaat yang besar
kepada agama Islam.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada
tipu daya Yahudi dan Nasrani….
Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad
:’)





Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah orang Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang Islam yang menjadi alat dan tali barut mereka. Nauzubillah…
ReplyDeleteLihatlah cara hidup kita, dari segi pemakanan, pemakaian, pergaulan, pertuturan hinggalah dalam segala urusan kehidupan kita telah banyak dipengaruhi cara hidup mereka.