Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Monday, December 1, 2025

 

Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain

Hadis Akhir Zaman

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. 

                                                                                    (H.R. Muslim)

Keterangan

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

“Larangan seperti di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram”.



“Namun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaaan cintakan agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

“Demikian yang dijelaskan oleh para alim ulama’ dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-thabi, dan al-Humaidi”.

Hadis ini menjadi peringatan kepada kita bahawa apabila mendengar hadis-hadis yang banyak menghuraikan tentang kemunduran umat Islam dan kemerosotan akhlak mereka, janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita sentiasa muhasabah diri kita dan jangan suka menuding jari akan kesalahan orang lain.



Perbaikilah diri sendiri di samping mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Walaupun hal kerosakan akhlak umat Islam sering diketengahkan ketika ini, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat iaitu dengan perasaan penuh belas kasihan dan rasa cintakan agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah akan orang lain..



Mudah-mudahan Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah Nya. Amiiin… 

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :’)

1 comment:

  1. Perbaikilah diri sendiri di samping mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Walaupun hal kerosakan akhlak umat Islam sering diketengahkan ketika ini, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat iaitu dengan perasaan penuh belas kasihan dan rasa cintakan agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah akan orang lain..

    ReplyDelete