Seluruh
Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
Hadis Akhir Zaman
Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya,
“Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi S.AW menjawab, “Bahkan
kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan
Allah S.W.T akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,
dan Allah S.W.T akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan'”. Seorang
sahabat bertanya: “Apakah penyakit ‘wahan’ itu wahai Rasulullah S.A.W?”. Nabi
menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut pada mati?”.
(H.R. Abu Daud)
Keterangan
Subhanallah!!!
Memang benar apa yang disabdakan oleh Raulullah S.A.W Keadaan umat Islam pada
hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan Nabi S.A.W. Umat Islam
walaupun mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 2/5 dari penduduk dunia tetapi mereka
selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.
Saudara kita ada
yang ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh
dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan
kekuatan umat Islam.
Sebenarnya
segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin
itu sendiri, iaitu penyakit ‘wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari
dua unsur yang selalu wujud dalam kembar dua iaitu ‘cinta dunia’ dan ‘takut
mati’.
Kedua-dua
penyakit ini tidak dapat dipisahkan. ‘Cinta dunia’ bermakna tamak, rakus,
bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. ‘Takut mati’ pula
bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk
menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri
dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T
Sama-samalah sentiasa berdoa agar Allah S.W.T menurunkan hidayahnya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada kita kejayaan di dunia dan di akhirat… Aamiin..





‘Cinta dunia’ bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. ‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T
ReplyDelete