Guru merupakan seorang insan mulia yang tinggi kedudukannya dalam kalangan masyarakat. Tugas guru bukan hanya sekadar mengajar, atau menyampaikan ilmu pengetahuan, malah lebih dari itu tugas mereka adalah mendidik seorang manusia untuk menjadi insan yang mulia sebagaimana tugas seorang nabi dan rasul.
Di dalam Hadis Nabi Muhammad S.A.W terdapat banyak dalil yang menceritakan tentang galakan menyampaikan ilmu serta kelebihan menjadi seorang guru, antaranya ialah, Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka, kedua ibu bapanyalah yang bertanggungjawab meyahudikan dia atau menasranikan dia atau memajusikannya"
-HR Muslim
Kedua: Lebih mulia dari ahli ibadah
Diriwayatkan oleh Abu Darda R.A.
bahawa Nabi S.A.W bersabda,
Ibu bapa adalah pendidik utama setiap
manusia
“Sesungguhnya kelebihan orang yang
alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas
seluruh bintang-bintang.”
– HR Abu Daud
Ketiga: Pewaris para nabi
Diriwayatkan oleh Abu Darda r.a.
bahawa Nabi S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya ‘ulama adalah pewaris
nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka
telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia
telah mengambil bahagian yang banyak.”
– HR Abu Daud
Keempat: Lebih tinggi dari ahli ibadah
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Nabi S.A.W
bersabda,
“Kelebihan orang yang alim dibanding
dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di
antara kamu semua.”
– HR Tirmizi
Kelima: Didoakan Allah dan seluruh
makhluk di langit dan bumi
Semua makhluk di bumi dan langit mendoakan
kebaikan seorang guru
Dari Abu Umamah R.A bahawa Nabi S.A.W
bersabda :
“Sesungguhnya Allah S.W.T., para
malaikat dan seluruh penduduk di langit dan di bumi sehinggakan semut di
sarangnya dan ikan (di lautan) pasti akan berselawat (mendoakan) kebaikan bagi
orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”
– HR Tirmizi
Keenam: Jauh dari laknat Allah
Dari Abu Hurairah R.A bersabda Baginda
nabi Muhammad S.A.W
“Ketahuilah! Sesungguhnya dunia dan
segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah S.W.T dan
apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (mengtahui) atau orang yang
belajar.”
– HR Tirmizi
Ketujuh: Mendapat pahala orang yang
mengamalkannya
Dari Muaz bin Anas R.A bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda,
“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu
ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi
pahala orang yang mengamalkannya sedikit pun.”
– HR Ibnu Majah
Ingat! Tanpa jasa seorang guru maka tidak adalah seorang yang bergelar doktor, peguam atau sesiapa sahaja. Malah sesebuah tamadun juga tidak akan terbina tanpa seorang guru. Berdasarkan dalil hadis Nabi Muhammad S.A.W di atas, jelas bahawa Islam sangat memuliakan tugas seorang guru. Tidak kiralah samada dia seorang guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa atau tidak.
Selagimana seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemudian menyebarkannya untuk kebaikan seluruh manusia, maka dia adalah seorang guru yang tetap perlu dihormati dan mendapat ganjaran yang dijanjikan sebagaimana hadis di atas. Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)







Dari Abu Umamah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda :
ReplyDelete“Sesungguhnya Allah S.W.T., para malaikat dan seluruh penduduk di langit dan di bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti akan berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”
– HR Tirmizi