Berikut adalah butiran lanjut mengenai peristiwa kewafatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W:
· Sakit yang dialami: Baginda mengalami demam panas yang berlarutan sejak pulang dari Haji Wada'. Sebahagian riwayat menyatakan ia berkait dengan kesan racun yang dimakan ketika peristiwa Perang Khaibar.
· Peristiwa Bersiwak: Saat melihat abang Saidatina Aisyah membawa kayu sugi (siwak), baginda memberi isyarat ingin bersiwak. Saidatina Aisyah melunakkan siwak tersebut, menjadikannya amalan terakhir Baginda sebelum wafat.
· Ucapan Terakhir: Saidatina Aisyah mendengar Baginda membisikkan doa: "Ya Allah, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dan pertemukanlah aku dengan ar-Rafiq al-A'la (sahabat yang paling tinggi - para malaikat dan Allah S.W.T)."
· Reaksi Para
Sahabat: Saidina Umar bin al-Khattab pada awalnya tidak percaya dan menafikan
berita kewafatan itu. Namun, Saidina Abu Bakar al-Siddiq tampil mententeramkan
keadaan dan membaca ayat suci al-Quran, mengesahkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W
telah wafat..
Peristiwa kewafatan Rasulullah S.A.W yang sangat menyedihkan
umat islam itu berlaku pada hari Isnin selepas tergelincirnya matahari.
Mengikut sesetengah riwayat, ada yang mengatakan pada akhir waktu dhuha,
tanggal 12 Rabi‘ul Awwal tahun ke-11 Hijrah dalam usia 63 tahun. Malah, ada
kalangan ulama yang berpandangan bahawa Baginda S.A.W wafat pada usia 63 tahun
empat hari, dengan menambahkan bilangan empat hari. Di dalam Sahih al-Bukhari,
tanda awal akan saat kematian Rasulullah itu disebutkan oleh Baginda ketika
menyampaikan khutbah.
Menurut riwayat Abu Said al-Khudri, Rasulullah S.A.W dikatakan sedang menyampaikan khutbah lalu Baginda Nabi menyebutkan: "Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada seorang hamba sama ada untuk memilih dunia atau memilih berada disisi-Nya. Lalu hamba itu memilih untuk berada di sisi Allah."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)..
Sebaik mendengar ucapan ini, Abu Bakar tiba-tiba menangis.
Abu Said al-Khudri yang meriwayatkan hadis ini tertanya-tanya, apa yang
menyebabkan Abu Bakar menangis. Setelah beberapa ketika barulah mereka faham
bahawa perkataan 'hamba' yang disebutkan Rasulullah S.A.W itu adalah mengenai
dirinya sendiri. Iaitu Rasulullah sudah memilih untuk berada di sisi Allah… Ini
adalah detik awal, tanda-tanda kedatangan saat kewafatan Rasulullah SAW.
Sebahagian riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W mula menerima kesan racun
Yahudi Khaibar yang dikatakan menjadi punca kewafatan Rasulullah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Untuk pengetahuan semua, setelah berlakunya kemenangan
Khaibar, seorang perempuan Yahudi bernama Zainab binti al-Harith sudah
memberikan daging kambing yang beracun kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah sempat
meluahkan daging itu setelah dimaklumkan berkenaan racun tersebut. Namun
seorang sahabat bernama Bisyr bin al-Barra tidak mengetahui mengenai perkara
itu dan meninggal serta-merta selepas memakan daging itu. Rasulullah SAW
memanggil perempuan Yahudi itu dan bertanya mengapa dia melakukan sedemikian.
Perempuan Yahudi itu menjawab bahawa tujuan dia melakukan sedemikian adalah
kerana ingin menguji Rasulullah.
Malah, pada hakikatnya, bukan racun itu sahaja menjadi punca
kewafatan Rasulullah. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, Rasulullah S.A.W sudah
mula merasa sakit di rumah isterinya Saidatina Maimunah. Setelah itu Rasulullah
mula mengadu sakit dan demam. Ini terjadi di rumah Saidatina Aisyah.
Riwayat-riwayat ini menunjukkan bahawa tanda sakit
Rasulullah berlaku dari pelbagai keadaan. Bukan sekadar kambing beracun itu
sahaja.
Kesakitan sakaratul maut
Rasulullah sendiri melalui peristiwa ini sehingga pengsan
membayangkan betapa dahsyat saat sakaratul maut ini. Peristiwa kewafatan
Rasulullah diriwayatkan beberapa sarjana hadis. Ia menggambarkan beberapa
peristiwa dan kesakitan dilalui Baginda sebagai manusia sebelum saat kewafatan
Baginda.
Nabi Muhammad S.A.W tetap menyebut umatnya pada ketika
Malaikat Maut mencabut nyawa.
Malaikat Maut meminta izin masuk di depan pintu. Lalu,
Malaikat Jibril berkata, "Wahai Muhammad, itu Malaikat Maut. Ia meminta
izin masuk menemuimu. Ia tidak pernah meminta izin masuk kepada manusia
sebelumnya. Dan, ia tidak akan meminta izin masuk kepada seorang manusia pun
setelah ini."
Baginda bersabda, "Izinkanlah ia masuk”
Maka, Malaikat Maut pun masuk dan duduk di hadapan Nabi
Muhammad SAW, lalu berkata, "Sesungguhnya, Allah mengutusku untuk
menemuimu dan memerintahkanku untuk mematuhimu. Jika engkau memerintahkanku
mencabut nyawamu maka akan kucabut. Jika engkau tidak suka maka akan kutinggalkan."
Beliau bertanya, "Engkau akan melakukannya, wahai
Malaikat Maut?"
Malaikat Maut menjawab, "Ya, itulah yang diperintahkan
kepadaku."
Jibril kemudian mengatakan kepada Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya, Allah telah rindu bertemu denganmu."
Rasulullah SAW pun bersabda, "Segera lakukanlah apa
yang diperintahkan kepadamu."
Sementara itu, dalam kisah lainnya, kisah ini dapat
diketahui saat ada yang bertamu ke kediaman Rasulullah SAW tapi Fatimah, putri
nabi, tidak mengetahui siapa dia.
"Aku mohon maaf, tapi aku tidak bisa membiarkanmu masuk
kerana ayahku sedang sakit," kata Fatimah sambil menutup pintu.
Fatimah segera mendekati ayahnya, dan Rasulullah SAW
bertanya, "Wahai anakku, siapakah tetamu itu?"
Fatimah menjawab dengan lembut, "Aku tidak tahu, Ayah.
Tapi sepertinya ini pertama kalinya aku bertemu dengannya."
Rasulullah SAW menatap putri tercintanya dengan tatapan yang
menggetarkan. Beliau berkata, "Wahai anakku, ketahuilah bahwa tetamu yang
kamu lihat adalah yang mengakhiri kenikmatan sesaat. Dia yang memisahkan
pertemuan di dunia. Dia adalah Malaikat Maut." Mendengar itu, Fatimah
tidak bisa menahan tangisnya.
Kemudian, Malaikat Maut mendekati Rasulullah SAW. Karena
Rasulullah SAW menanyakan keberadaan Malaikat Jibril, Malaikat Maut memanggil
Malaikat Jibril untuk menemani Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertanya, "Wahai Jibril, katakan padaku
apa hakku di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala?"
Malaikat Jibril menjawab, "Wahai Rasulullah,
pintu-pintu langit akan terbuka dan para malaikat sudah menantikanmu di sana.
Semua pintu syurga telah terbuka lebar menantikan kedatanganmu."
Meskipun mendengar khabar gembira dari Malaikat Jibril,
Rasulullah SAW masih terlihat tetap bersedih.
Melihat kesedihan Rasulullah S.A.W, Malaikat Jibril bertanya,
"Mengapa engkau masih sedih seperti itu? Apakah engkau tidak bahagia
mendengar khabar ini, ya Rasulullah?"
Rasulullah SAW kembali bertanya, "Beritahukanlah
kepadaku, bagaimana nasib umatku kelak?"
Malaikat Jibril menjawab, "Jangan khawatirkan nasib
umatmu, ya Rasulullah. Aku mendengar Allah S.W.T berfirman
kepadaku: 'Aku telah mengharamkan syurga bagi selain umat Muhammad, hanya umatmu
yang berhak memasukinya.terlebih dahulu'"
Rasulullah S.A.W merasa sedikit tenang. Tak terasa, saat-saat
kepergian sang rasul semakin dekat. Malaikat Izrail terlihat sedang menjalankan
tugasnya. Perlahan-lahan, ruh Nabi Muhammad SAW diambil. Tubuh Rasulullah SAW
basah karana keringat.
Urat-uratnya tampak tegang. Sambil merasakan rasa sakit,
Rasulullah S.A.W berkata, "Wahai Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut
ini."
Melihat Rasulullah S.A.W dalam kesakitan, Malaikat Jibril
hanya bisa memalingkan wajahnya. Ia tidak mampu melihat Rasulullah SAW dalam
penderitaan seperti itu.
"Wahai Jibril, apakah engkau merasa jijik
melihatku sehingga kau memalingkan wajahmu?" tanya Rasulullah SAW.
Malaikat Jibril menjawab, "Siapakah yang akan tergamak melihat kekasih Allah menghadapi ajalnya?"
Bahkan ketika merasakan dahsyatnya rasa sakit sakaratul
maut, Rasulullah masih sempat berdoa untuk keselamatan umatnya. "Ya Allah,
dahsyat sekali maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku. Jangan
(timpakan) kepada umatku," doa Nabi Muhammad S.A.W.
Tubuh Rasulullah SAW semakin dingin. Bibirnya bergetar
seolah ingin mengucapkan sesuatu. Ali bin Abi Thalib mendekati beliau, dan
Rasulullah S.A.W berbisik, "Jagalah solat dan peliharalah orang-orang lemah
di antara kalian."
Tangisan terdengar di sekeliling dan Fatimah menutup
wajahnya dengan tangannya. Ali bin Abi Thalib mendekatkan telinganya ke bibir
Rasulullah S.A.W, dan Beliau berbisik, "Ummatii, ummatii, ummatii...
(Umatku, umatku, umatku...)."
Rasulullah SAW pun wafat pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11
Hijriah. Duka itu menyelimuti umat Islam di Madinah hingga kesedihan mendalam
bagi para sahabat seperti Umar bin Khattab dan Abu Bakar Ash Shiddiq serta semua para sahabat yang lain.
Reaksi Para Sahabat:
Abu Bakar al-Siddiq RA yang mendapat berita kewafatan
Rasulullah SAW, dengan segera bergegas datang. Setibanya di masjid, beliau
tidak mempedulikan sikap ‘Umar bin al-Khattab RA yang mengancam dengan keras
dan menafikan kewafatan Rasulullah SAW.
Lantas, Abu Bakar RA masuk ke dalam rumah Rasulullah SAW dan
terus menarik selimut yang menutupi muka dan kepala Baginda. Beliau menatap
dengan penuh kesedihan, lalu mengucup wajah yang mulia itu.
Lantas, Abu Bakar RA berkata:
بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، أَمَّا
الْمَوْتَةُ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْكَ فَقَدْ ذُقْتهَا، ثُمَّ لَنْ
تُصِيبَكَ بَعْدَهَا مَوْتَةٌ أَبَدًا.
“Demi sesungguhnya aku kasihkanmu lebih daripada kasihku
kepada ayah dan ibuku. Inilah kematian pertama yang Allah SWT wajibkan kepadamu
yang kamu rasai. Kemudian selepas ini, kamu tidak akan merasai mati lagi untuk
selama-lamanya.”
Kain selimut diangkat semula untuk menutupi wajah kekasih
Allah SWT yang mulia itu. Kemudian, beliau terus keluar dan menuju ke masjid.
‘Umar RA terus mengucapkan dengan tegas bahawa Rasulullah
SAW tidak wafat dan akan bertindak terhadap sesiapa yang mengatakan bahawa
Baginda telah wafat.
Maka, Abu Bakar RA berkata:
عَلَى رِسْلِكَ يَا عُمَرُ، أَنْصِتْ!
“Berhenti! Wahai ‘Umar, diamlah kamu!”
Umar RA enggan mematuhi perintah tersebut. Abu Bakar RA
terus berpaling kepada orang ramai dan menyampaikan ucapannya yang masyhur:
أَيُّهَا النَّاسُ، إنَّهُ مَنْ كَانَ
يَعْبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ
اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. قَالَ: ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ:
“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya sesiapa yang menyembah
Muhammad, sebenarnya Muhammad sudah mati; dan sesiapa yang menyembah Allah,
sebenarnya Allah itu Maha Hidup tidak mati sekali-kali (seterusnya menyebutkan
firman Allah SWT):
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ
خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى
أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا
وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ١٤٤
“Tiadalah Muhammad itu melainkannya seorang Rasul.
Sesungguhnya telah berlalu rasul-rasul sebelumnya. Adakah sekiranya Muhammad
mati atau dirinya dibunuh, (patutkah) kalian berpaling tadah dengan
menyelewengkan agamanya? Dan sesiapa yang berpaling tadah dengan menyelewengkan
agamanya, maka dia tidak mendatangkan apa-apa mudarat terhadap Allah sedikit
pun. Dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang
yang bersyukur (akan ni‘mat Islam yang tiada bandingannya itu).” (Surah Ali
‘Imran: 144) [Ibn Hisham, Sirah Nabawiyyah, jld. 2, ms. 656]
Setelah mendengar ucapan itu, mereka semua tercengang dan
Umar RA jatuh terduduk kesedihan kerana kakinya sudah tidak dapat menanggung
lagi jasadnya. Seolah-olah ayat yang dibacakan oleh Abu Bakar RA itu baharu
sahaja diwahyukan.
Demikianlah kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah SAW yang tiada tolok bandingnya. Begitu juga kecintaan Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang beriman. Namun, Baginda tetap memilih kepada yang lebih dicintai, iaitu bertemu dengan Allah SWT di alam akhirat.
Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah (8 Jun 632 Masihi) di pangkuan isteri tercinta, Saidatina Aisyah RA di Madinah. Detik-detik akhir baginda diwarnai dengan peristiwa bersiwak, dan lafaz terakhir baginda adalah kalimah tauhid, sebelum diangkat ke rahmatullah pada usia 63 tahun.
Kisah Sedih Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah
SAW.
Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul
betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang
berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal
terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana perasaan beliau
yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi
pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan
sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"
Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam
beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. Kemudian, Bilal pun
berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para
sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal
melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan
Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat
mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang
pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap
ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.
(Ada satu sumber menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih
ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah
lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu
ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa
tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas
menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua
orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. Mereka berlari
lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya
pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. Diciumnya
mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan
Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan
sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda,
dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju
untuk melaungkan azan.
Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat
kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah. Apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk
Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan
menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada
Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang
Baginda seolah olah hidup kembali.
Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk
terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله
أكبر , bercucuran air mata para sahabat. Mereka merasakan seperti
Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal
sebut أشهد أن محمدا رسول الله
, Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada
Bilal ,bertanyakan kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat
merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد
أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah
sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan
mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis
kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW. Laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik
dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah
ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut.
Adakah kita semua mempunyai perasaan sedemikian seperti Bilal Bin Rabah r.a terhadap Rasulullah? … Renung2kan bersama…. Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)









Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
ReplyDeleteلَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Qs. al-Ahzaab: 21).