‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا
أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.”
(Surah Al Ahzab : 45)
Manakala Junjungan besar kita, Nabi Muhamaad S.A.W adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ
مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ
اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup para nabi dan adalah Allah Maha mengetahui akan segala sesuatu.”
(Surah Al Ahzab : 40)
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan diceritakan kisah
25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu secara umumnya sudah kita ketahui,
namun kita tidak dimaklumkan bilakah mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan
peristiwa serta keterangan di bumi negara manakah kisah mereka berlaku.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن
قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”
(Surah Ghafir : 78)
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat 25 orang saja tapi
lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana disebutkan di dalam hadis berikut :
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)”
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي
الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
“Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.”
(Surah Az-Zukhruf : 6)
Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama mereka disebutkan secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim.
Terdapat beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang
anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan beberapa
keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik dari Al-Quranul
Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta sejarah.
Berikut adalah
senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat. Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits
bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup
sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di
Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan
Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah
dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai
4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di
Makkah.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan
Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup
pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang
tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam
Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat
di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh.
Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di
dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam
bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang
tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda
mempunyai 2 anak perempuan dan Baginda
meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam
bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di
Makkah.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda
wafat di Madyan.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 4 kali di dalam
Al-Quran. Mempunyai 26 anak.
Baginda wafat di Huran di Syam.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin
Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria
di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Tanah Tih.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak.
Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi
pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun
dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam
Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin
Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi
nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di
Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis,
Palestin.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan
Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin
Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang
Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
Baginda tidak wafat tapi diangkat ke
sisi Allah.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub.
Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada
tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan
orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
Baginda wafat di Palestin.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Ninawa di Iraq.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin
Sulaiman. Dianggarkan Baginda
Baginda hidup pada tahun 91-31 SM
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di
Palestin. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai
seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan
Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda
Baginda hidup pada tahun 1SM –
31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat
di Damsyik, Syiria.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin
Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup
pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25
kali di dalam Al-Quran. Baginda juga
tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan
Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan
Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh
manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda
mempunyai 7 orang anak dan wafat
di Madinah.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ
مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ
اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak
angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu,
tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(QS. Al Ahzab : 40)
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha
Mengetahui apa yang benar)





.jpg)



Mengenal 25 nabi dan rasul adalah bahagian dari rukun iman ke-4. Semua nabi dan rasul adalah lelaki terpilih dari golongan manusia. Allah S.W.T telah memilih dan menentukan mereka dari sekalian hamba-hambaNya.
ReplyDeleteAllah memberi kelebihan kepada mereka dengan nubuwah dan risalah, memperkuat mereka dengan mu’jizat serta memberi kemuliaan kepada mereka dengan risalah untuk menyampaikan kepada manusia agar mereka menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan selainNya.
Sesungguhnya, mereka para Rasul–‘alahimush shalatu was salam– telah berbuat jujur dan menyampaikan apa yang telah diperintahkan Allah S.W.T...