Kata Azimat

Kata Azimat
" Usaha itu Perlu, Doa itu Pembantu, Allah itu Penentu"... "Setiap Ilmu Yg Dipelajari perlu kepada Bimbingan Akal serta Panduan Iman Agar tidak tersasar dari Landasannya"... "Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim, Tiada pintu yang pling kukuh selain pintu hati.., Tiada hutang yang pling berat selain hutang budi.., Tiada pemberian yang paling berharga selain memberi maaf"..."Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya selagi hamba- hambanyaNya mengingatinya"... "Setiap Ujian Yang Datang Daripada Allah.., Pasti akan ada hikmahnya..,Terpulang pada diri untuk menilainya"... "The More We Learn..., The More We Know that We Are So Stupid.."......"Ukhuwah yang dibina di antara kita biarlah seperti seutas tasbih..,, ada awal.., tiada penghujungnya,,,,, dicipta untuk mengingati-Nya...dibahagi untuk cinta-Nya..,, dan diratib demi keredhaan-Nya..Ukhuwah itu umpama ikatan tasbih.. Butir-butir tasbih mewakili roh-roh yang terjalin, manakala ikatan tali tasbih mewakili ukhuwah tersebut.. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus.., maka bercerailah roh-roh tersebut dan menjadi jauh..;')

Friday, March 14, 2025

Tapi Allah Tahu – Kisah Wanita Solehah

 

Tapi Allah Tahu – Kisah Wanita Solehah


Ketika waktu malam, Saidina Umar Al-Khattab RA memantau rakyatnya dengan mengenakan kain yang ditutup supaya orang tidak tahu itu dia.

 

Jika orang melihat Umar, semuanya gementar, apatah lagi bercakap dengannya.

 

Beliau sengaja mahu mendengar apa yang berlaku di kawasan Madinah (kawasan yang beliau tadbir).

 

Beliau risau jika ada perkara yang beliau tidak tahu berlaku di tengah-tengah Madinah kerana mereka segan mahu memberitahu Umar.

 

 


Maka, di waktu malam dalam keadaan bertutup, dia memantau rakyatnya.

 

 

Ternyata, semua tempat yang Umar singgah, semuanya puas hati akan cara yang dilakukan Umar dalam mentadbir sehingga singgah pada sebuah rumah.

 

Beliau terdengar perbualan emak dan anak perempuannya.

Emak yang bertugas untuk memerah dan menjual susu menyuruh anaknya mengambil air dan mencampurkan susu dengan air supaya kelihatan banyak dan dijual sedemikian rupa untuk mendapat untung lebih.


Jika disamakan dengan zaman sekarang, seperti madu yang dicampur dengan gula dan bermacam-macam lagi.


Perbuatan ini dilarang Umar.

 

Ibu: Mana amirul mukminin boleh tahu apa yang kita lakukan pada malam buta begini.

 

Anak: Ya, wahai ibu, amirul mukminin tidak tahu tetapi Tuhan tahu.

 

Umar mendengar perkataan anak perempuan tersebut dan ditanda rumah itu untuk mengenalpasti rumah ini yang didatanginya semalam.

 

Keesokannya, Umar mendatangi rumah tersebut dan meminang anak perempuan tersebut kepada anak lelakinya. Lahir dari keturunan ini seorang bernama Umar Bin Abdul Aziz daripada seorang wanita yang ‘raqibah salihah’ mempunyai sifat pengamatan kepada Allah yang luar biasa.

 

 


Begitulah, daripada orang soleh akan keluar anak yang solehah dan begitulah seterusnya. Kesimpulannya, betapa pentingya kita berbuat baik di mana-mana sahaja kerana kita di dalam pemerhatian Allah. Walaupun ketika keseorangan, jagalah tingkah laku kita dan bukannya hanya melakukan kebaikan di hadapan manusia sahaja.

1 comment:

  1. Betapa pentingya kita berbuat baik di mana-mana sahaja kerana kita di dalam pemerhatian Allah. Walaupun ketika keseorangan, jagalah tingkah laku kita dan bukannya hanya melakukan kebaikan di hadapan manusia sahaja... :')

    ReplyDelete