Golongan
Anti Hadis
Hadis Akhir Zaman
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a.
berkata: Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: Hampir tiba suatu masa di mana
seorang lelaki sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang
kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata: “Pegangan kami dan
kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran
kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi S.A.W melanjutkan sabdanya): “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W
samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T”.
(H.R.
Abu Daud dan Ibnu Majah)
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari agama Islam. Dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahami Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi S.A.W.
Al-Quran banyak menerangkan
hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka, hadislah yang berfungsi untuk
memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayat Al-Quran serta
menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat
tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti
disertai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran perlu dibaca dengan memahami maknanya sekali. Barulah boleh ia diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Maka, hadis juga perlu dipelajari atau dibaca bagi memahami isi kandungan Al-Quran.
Jika tidak, kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk mentafsirkan isi
kandungan Al-Quran. Lebih-lebih lagi, bahasa Arab bukan bahasa yang kita fahami.
Ayuh! Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran serta hadis Nabi
Muhammad S.A.W...
Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :’)





Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka, hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayat al-Quran serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W.
ReplyDelete