Sedekah bermaksud pemberian harta yang dimiliki kepada orang lain semata-mata kerana Allah S.W.T untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan memperoleh keredhaan-Nya. Sedekah merupakan salah satu amal ibadah yang memberikan banyak manfaat. Tidak hanya manfaat untuk penerimanya saja, melainkan untuk pemberi sedekah.
Al-Quran memperingatkan bahawa: "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai hakikat kebajikan yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi."
(Surah Ali Imran:
92).
Itulah ujiannya di mana sedekah bukan memberi saki baki apa yang kita tidak mahukan lagi, tetapi apa yang terbaik yang kita miliki dan paling disayangi.
Bahkan, martabat yang lebih tinggi lagi ialah apabila
seseorang itu masih mampu memberi sedekah kepada orang lain dalam keadaan
dirinya sendiri memerlukan. Ini dapat difahami daripada firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
"Dan mereka juga
mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada mereka sendiri, sekalipun
mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat."
(Surah Al-Hasyr: 9).
Begitu juga apa yang
disabdakan Baginda S.A.W tatkala ditanya:
"Apakah sedekah yang terbaik? Jawabnya: "Sedekah hasil jerih
payah orang yang kekurangan dan mulakanlah dengan orang di bawah
tanggunganmu."
(HR Ibn Hibban, Abu Daud dan Ahmad)
Lebih dari sekadar berkongsi harta, sedekah merupakan cara
berkongsi kebahagiaan kepada orang-orang yang memerlukan. Sedekah juga merupakan cerminan keimanan,
rasa syukur, dan kepedulian terhadap sesame insan.
Sebagaimana disebutkan dalam beberapa Ayat Al-Quran, Surah Al
Baqarah ayat 261, Allah S.W.T, berfirman:
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ
اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا
بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ
يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ
Ertinya: "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya
di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap
tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki,
dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Lantaran itu, antara 10 manfaat sedekah yang dapat diperoleh
oleh umat islam yang mengamalkannya ialah
:
1. Memanjangkan sedia jangka hayat/umur
Manfaat sedekah yang pertama adalah memanjangkan umur
seseorang. Sedekah diyakini mampu
memanjangkan usia sebagaimana dikisahkan
pada masa Nabi Ibrahim A.S.
Saat itu, ada seorang pemuda yang juga merupakan sahabat
sekaligus murid kepada Nabi Ibrahim A.S,
menyampaikan berita tentang pernikahannya. Rencananya, pernikahan pemuda tersebut akan
berlangsung esok hari. Akan tetapi,
Malaikat Izrail datang dan mengabarkan bahwa pemuda tersebut akan menemui
ajalnya esok hari.
Mendengar khabar tersebut, Nabi Ibrahim A.S pun terdiam dan
tidak memberitahu pemuda tersebut. Namun, pada keesokan harinya, ternyata pemuda
tersebut tetap hidup dan melangsungkan pernikahan. Bahkan, pemuda tersebut panjang umur hingga
membuat Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada Malaikat Izrail.
Malaikat Izrail pun menjelaskan bahwa pada malam sebelum
pernikahan, pemuda tersebut menyedekahkan setengah hartanya. Hal ini membuat pemuda tersebut mendapatkan
manfaat sedekah, iaitu Allah S.W.T memberikannya umur panjang sehingga 70
tahun.
2. Melembutkan Hati
Manfaat sedekah yang kedua adalah membantu melembutkan
hati. Sedekah dapat membantu melunakkan
hati seseorang yang keras. Ketika Anda
bersedekah, hati menjadi tersentuh oleh penderitaan orang lain dan terdorong
untuk membantu mereka.
Hal ini dapat membuat hati seseorang lebih peka dan penuh
kasih sayang. Rasulullah S.A.W. juga bersabda:
"Jika kamu ingin melembutkan hatimu, berilah makan fakir miskin dan belailah kepala anak yatim."
(HR. Ahmad)
3. Membersihkan Harta
Harta yang kita miliki tidak terlepas dari hak orang
lain. Maka dari itu, sedekah merupakan
salah satu cara untuk membersihkan harta dari hak tersebut.
Sedekah juga bisa membantu kita membersihkan harta dan
terlindungi dari harta haram, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
"Hai para pedagang, sesungguhnya perniagaan ini sering
kali diiringi dengan perbuatan sia-sia dan sumpah. Oleh karena itu,
bersihkanlah harta dengan sedekah."
(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Nasa'i)
4. Melindungi dari Bencana
Sedekah dapat menyelamatkan pengamalnya daripada mendapat banyak
bala. Diriwayatkan daripada Sa'id bin Mas'ud al-Kindi RA, katanya, sabda
Rasulullah S.A.W:
"Tiada seorang lelaki yang bersedekah pada siang hari atau malamnya melainkan Allah pelihara daripada mati disebabkan sengatan binatang berbisa atau ditimpa keruntuhan, atau mati mengejut."
(Lihat Tanbih
Al-Ghafilin, halaman 309)
Sedekah juga diyakini mampu melindungi diri dari berbagai
bencana, seperti gempa bumi, banjir, dan kebakaran. Kita sebagai manusia tentu
tidak akan mampu menjangkakan musibah apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Oleh karena itu, sedekah mampu menjadi salah satu cara
mencegah datangnya bencana tak terduga di masa depan. Namun, kita tetap tidak akan pernah tahu
sedekah mana dan sedekah apa sahaja yang mampu menghindari bencana tersebut,
sehingga kita terlepas darinya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap
perkara yang tersembunyi kerana Dialah Tuhan sekalian Alam.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bersegeralah kamu bersedekah,
sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah”.
(HR. Imam Baihaqi).
5. Mempermudah Urusan
Manfaat sedekah lainnya yang mampu dirasakan seseorang adalah mempermudah segala
urusan. Sedekah sendiri merupakan bentuk
perkongsian untuk meringankan beban masyarakat yang memerlukannya.
Dengan memberikan sedekah, baik dalam bentuk makanan, wang,
atau pakaian kepada yang memerlukannya dapat meringankan beban orang lain. Usaha memudahkan urusan orang lain ini akan
menjadi ganjaran pahala sehingga Allah S.W.T juga memudahkan urusan seseorang hambaNya. Allah S.W.T berfirman :
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, dan pada tiap-tiap bulir terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.”
(Surah Al-Baqarah,
2:261).
6. Mempererat Tali Persaudaraan
Sedekah juga dapat mempererat tali persaudaraan antara
sesama. Ketika bersedekah, seseorang
cenderung menunjukkan kepedulian terhadap sesama dan membangun rasa saling
percaya dan kasih sayang.
Hal ini akan menjadi ingatan positif bagi penerima sedekah
dan menjadikan individu terbabit sebagai orang yang baik. Jika hubungan ini terus dipupuk dan diasah,
maka seeorang akan mendapatkan saudara
baru setiap melakukan kebaikan bersedekah.
7. Cara Memberi Kebahagiaan
Kita perlu sedar bahawa kebahagiaan akan cepat menular apabila seseorang berkongsi
kebaikan. Ada riwayat yang menyatakan,
bahawa berkongsi kebaikan dapat melahirkan rasa bahagia dan mengurangi rasa
derita.
"Tidak hanya membuat kita merasa bahagia, berkongsi
kebaikan dengan orang lain ternyata juga mampu mengurangi serta menghapuskan kedukaan
dan memberikan kesan yang positif bagi tubuh semua.
Oleh kerana itu, sedekah bisa menjadi wadah yang tepat dalam
memberi kebahagiaan dengan orang
lain. Ketika melihat orang lain
tersenyum karena menerima sedekah, hati pun akan turut merasakan kebahagiaan.
8. Mendapatkan Doa dari Malaikat
Bersedekah juga mampu mendapatkan manfaat yang tak terduga, iaitu
didoakan oleh para malaikat. Malaikat
akan berdoa untuk orang-orang yang gemar melakukan sedekah.
Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W :
"Tidaklah datang satu hari pun bagi seorang hamba, melainkan akan turun dua malaikat. Salah satu dari malaikat itu berkata 'Ya Allah, berilah balasan yang baik bagi orang yang bersedekah'. Dan malaikat yang satu lagi akan berkata, 'Ya Allah, berilah kemusnahan atas orang yang menahan hartanya. (bakhil)'"
(HR. Bukhari dan Muslim)
9. Meningkatkan Rasa Syukur
Bersedekah merupakan salah satu tanda bahwa Allah S.W.T.
telah memberikan rasa kecukupan untuk seseorang. Oleh kerana itu, untuk mengungkapkan rasa
syukur atas nikmat yang diberikan Allah S.W.T, kita dianjurkan untuk
bersedekah. Sedekah dapat membantu
meningkatkan rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan Allah S.W.T.
Ketika melihat orang lain yang kurang beruntung, seseorang akan
lebih bersyukur atas apa yang telah dimiliki.
10. Meraih Pahala
Pahala merupakan ganjaran dari perbuatan baik yang dilakukan
manusia sebagai imbalan atas ketaatan terhadap Allah S.W.T dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Sedekah merupakan amal ibadah yang dianjurkan untuk
dilakukan umat islam. Oleh sebab itu ,
Allah S.W.T . menjanjikan pahala berlimpah bagi umat Muslim yang bersedekah.
Sebagaimana tertulis dalam Alquran surat Al Hadid ayat 18 :
إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ
وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah
dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah
pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka;
dan bagi mereka pahala yang banyak.
Cara Tepat dalam Bersedekah
Pahala dari sedekah memanglah besar. Tetapi, agar lebih
tepat sasaran bersedekah juga harus dilakukan dengan benar.
Salah satu cara yang tepat dalam bersedekah adalah berniat karena Allah S.W.T. Niatkanlah sedekah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu sesame insan. Jangan sampai ada niat untuk mendapatkan pujian dan pengakuan dari sesama manusia.
Semoga sedekah yang diberi mampu memenuhi keperluan penerima dan meringankan kesukaran yang dihadapinya, apatah lagi dalam keadaan situasi kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang.
Berkongsilah rezeki kepada orang lain demi manfaat ummah tanpa mengharapkan sebarang balasan mahupun ucapan terima kasih daripadanya, agar rezeki bertambah berkat di samping ganjaran pahala berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T…
Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad :”)












Sedekah adalah amal yang sangat mulia dan memiliki banyak keutamaan, baik di dunia mahupun di akhirat. Dengan bersedekah, kita tidak hanya membantu orang lain, tetapi juga mendapatkan pahala yang berlipat ganda dari Allah S.W.T.
ReplyDeleteMari kita manfaatkan setiap kesempatan untuk bersedekah, baik dengan harta, ilmu, maupun perkara lainnya... Semoga setiap amal yang kita lakukan menjadi jalan menuju keberkahan dan keredhaan Allah S.W.T... Allahumma solli 'ala saidina Muhammad :")